You are on page 1of 3

Bagi membantu rakan-rakan saya turunkan projek yang telah berjaya dilaksanakan dan harus difahami perancangan startegik

bukan semata-mata program akademik PK. (mengikut apa yang diajar oleh guru) Usaha mewujudkan perpustakaan mini untuk Pendidikan Khas saya garapkan melalui menyerapkan program ke dalam matapelajaran Pertukangan Kayu (Kemahiran Hidup). Di mana RPI murid diukur melalui kebolehan mengecat, susun atur perabut, rak buku, membuat pemasangan rel langsir, menutup kayu plywood di bahagian atas pintu/tingkap perpustakaan apabila perpustakaan kami menerima alat penghawa dingin. Secara mudahnya perancangan startegik mempunyai dua elemen iaitu; Pelan Tindakan/Taktikal dan Pelan Operasi. Pelan Tindakan/Taktikal bolehlah dianggap visi (apa yang hendak dilaksanakan) berkaitan sesuatu projek melalui sesuatu subjek yang diajar manakala Pelan Operasi pula boleh dianggap misi iaitubagaimana cara untuk melaksanakan program/projek sehingga berjaya.

PELAN TINDAKAN/TAKTIKAL
ISU STARTEGIK MATLAMAT STRATEGIK 1. Penghasilan perpustakaan mini Pendidikan Khas Memastikan murid-murid Pendidikan Khas dapat menikmati suasana bilik bacaan yang kondusif dan efisien INDIKATOR PETUNJUK PRESTASI 1.1 Terhasilnya bilik perpustakaan mini Pendidikan Khas 1.2 Murid-murid Pendidikan Khas dapat meminjam, memulang dan membaca buku-buku perpustakaan mini tersebut OBJEKTIF STRATEGI Memupuk minat membaca di kalangan murid-murid Pendidikan Khas Meningkatkan keupayaan prestasi membaca di kalangan murid-murid Pendidikan Khas

Bil

Tindakan/Program/ Projek

Pelaksana/ Tanggungjawab En. Zharulnizam Shah B. Zainal Abidin

Tempoh

Sumber(kos/ Manusia/Alat)

Output

KPI

Plan Kontigensi

Catatan

1.

Perpustakaan Mini Pendidikan Khas

Januari hingga Mac 2009

LPBT Pend. Khas Sumbangan ahli parlimen dan DUN

Muridmurid P.Khas dapat suasana bilik bacaan yang kondusif

Terhasil perpustakaan mini

PELAN OPERASI
Nama Program Matlamat Objektif Program Tarikh & Tempoh pelaksanaan : Perpustakaan Mini Pendidikan Khas : Terhasilnya Perustakaan Mini Pendidikan Khas : Murid-murid Pendidikan Khas dapat suasana bilik bacaan yang kondusif : Januari hingga Mac 2009

Jawatankuasa Pelaksana & Senarai tugas : Lampiran Kos Pelaksanaan : RM18,000.00

LANGKAH 1. -

PROSES KERJA Mesyuarat makluman program Ucapan Pengetua merangkap pengerusi Makluman cara pelaksanaan Hal-hal lain Pelaksanaan Program

TANGGUNGJAWAB Pengetua, GPK1, Guru Penyelaras Pend. Khas, Ketua Panitia, Guru-guru Pendidikan Khas

TEMPOH 1 hari

CATATAN

Januari 2009

2.

Semua AJK yang terlibat. 2.1 Kesediaan fizikal 2.1.1 Mengecat bilik perpustakaan 2.1.2 Kemaskini tikar getah 2.1.3 Susun atur rak buku 2.1.4 Susun atur perabot 2.1.5 Memasang langsir 2.1.6 Susun atur meja bacaan 2.1.7 Susun atur kerusi

Febuari hingga Mac

2.2. Kesediaan bahan 2.2.1 Menyediakan kira-kira 3500 naskah buku-buku bacaan pelbagai topik 2.2.2 Menyediakan kata-kata hikmat untuk ditampal di tempat yang bersesuaian 2.2.3 Menyediakan carta-carta yang berkaitan dengan budaya membaca sebagai motivasi

2.3 Sistem 2.3.1 Mewujudkan satu sistem pinjaman dan pemulangan buku yang sistematik. 2.3.2 Memastikan setiap buku dicap Sepanjang tahun

Unit Pendidikan Khas SMK Gemereh pada muka surat 9. 2.3.4 Memastikan wujud tempoh yang ditetapkan untuk pemulangan bagi setiap buku yang dipinjam.

2.4 Pengoperasian 2.4.1 Memastikan murid-murid dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan. ( Buku-buku, cartacarta, akhbar-akhbar, majalahmajalah) 2.4.2 Memastikan operasi peminjaman dan pemulangan mengikut piawaian yang telah ditetapkan 3. Penilaian 3.1 Menilai segala kelemahan daripada pelbagai aspek; keceriaan, sistem dan pengoperasian Penyelaras Program, AJK Program Julai hingga Oktober

Semuga perkongsian ini dapat menjawab soalan para sahabat yang memerlukan contoh perancangan startegik. Untuk mendapatkan contoh akademik PK bagi matapelajaran BM, sila hubungi saya melalui FB Pujangga Seni dan tinggalkan mesej dan alamat email. Kepada sahabatsahabat yang belum memperolehi buku KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS juga masih boleh menghubungi saya melalui cara yang sama meninggalkan mesej melalui FB nama dan alamat penuh untuk diposkan. Kos termasuk pos RM17 semenanjung Malaysia dan RM18 Sabah/Sarawak.

You might also like