You are on page 1of 22

Kumpulan 2

Assalamualaikum…
Pendahuluan
Kami akan menerangkan perubahan-perubahan yang berlaku
pada dalam zaman kanak-kanak bermula dari lahir sehingga
akil baligh iaitu pada umur 0 sehingga 11 tahun.

Perubahan-perubahan yang berlaku pada zaman kanak-kanak


melibatkan tiga aspek yang amat penting iaitu :
1. Perkembangan fizikal ~ pendengaran,penglihatan dan deria
yang lain
2. Perkembangan kognitif ~ berfikir,bahasa dan kecerdasan
3. Perkembangan psikososial ~ emosi,personaliti dan hubungan
sosial
Kanak - kanak

Kanak – kanak atau juga di


kenali sebagai budak atau anak
kecil yang masih belum sampai
usia baligh.
Perkembangan manusia adalah
sebagaimana berikut:

•Bayi
•Kanak-kanak
•Remaja
•Dewasa
•Tua

Istilah kanak-kanak adalah berbeza dengan anak


meskipun mempunyai kaitan yang sangat rapat.
"Perkembangan kanak-kanak" ialah kajian
proses dan mekanisme
yang bertindak sewaktu perkembangan
fizikal dan mental seorang bayi menjadi
orang dewasa.
Ini bayi
Zaman Bayi
Peringkat pertama bermula dengan zaman bayi (0-2 tahun) iaitu zaman
yang pesat dari segi fizikal,kognitif dan psikososial.
Mulai dari kelahirannya, bayi memerlukan sentuhan yang dapat
membuatkannya sentiasa berasa selesa dan selamat. kita juga perlu
sentiasa memberikan rangsangan seperti memegang bayi secara
bertentangan, sentiasa becakap dengannya, menyanyi untuknya,
memberikan permainan berbunyi , memanggil namanya dan memberikannya
gambar yang terang untuk menggalakkan perkembangannya kerana
perkembangan pada peringkat ini dapat dilihat dengan cepat dari sehari
ke sehari.

0 - 2 Minggu
Fizikal ~ Fizikal akan berkembang dengan pesat.
Kognitif & psikososial ~Ketika ini bayi hanya menangis untuk
berkomunikasi.
2 bulan
Fizikal ~ Perubahan pesat pada deria seperti penglihatan
menjadikan bayi lebih peka dengan persekitaran.
~ Bayi mula melihat permukaan dan gambar yang
mempunyai warna imej hitam dan putih
~ Deria pendengaran pula semakin peka dengan mula
memberi perhatian pada suara dan bunyi dan mula
mengenali suara ibu bapa.
Kognitif ~ Lebih tumpuan pada deria motor iaitu lebih
banyak menggunakan pergerakan anggota badan.
~ Bayi mula mengangkat kepala dan mampu capai
objek yang dihulurkan.
~ Bayi mula meniru beberapa bunyi vokal dan kita
mula dapat mengenali perbezaan tangisan seperti
lapar, letih dan sebagainya.
Psikososial ~ Bayi mula tersenyum.
4 - 5 bulan
Kognitif ~ Mengeluarkan bunyi seakan bercakap dan
mula bergerakbalas dengan permainannya
~ Bayi mula ketawa
~ Mula mengenali namanya sendiri
~ Mula memahami perkataan ‘’TIDAK’’
Psikososial ~ Mengenali orang yang dilihat setiap hari

6-9 bulan
Fizikal, kognitif & psikososial ~Perkembangan pesat
dari segi emosi,kognisi dan bahasa.
~ Bayi dapat mengulangi bunyi dan dapat
membentuk 2 bentuk bunyi seperti ma-ma,
da-da
~ Bayi mula takut dengan ketinggian.
~ Bayi mula menunjukkan minat atau tidak
kepada makanan
10 – 12 bulan

Fizikal & kognitif


~ Mampu memberikan gerakkan yang ringkas seperti
menggelengkan kepala (sebagai tanda “tidak”)
~ Mula mengenali sebahagian bunyi dan percakapan dan mungkin
boleh bercakap lebih dari perkataan mama dan papa.
~ Mempunyai sifat ingin tahu
~ Menari apabila mendengar muzik.

Psikososial
~ Boleh meniru tingkahlaku yang diajar
Memiliki permainan atau anak patung kegemaran.

Sehingga berumur 2 tahun


Psikososial
~ Bayi mula membentuk perapatan sosial dengan ibu bapa, jika
ditinggalkan oleh ibubapa bayi akan mengalami kebimbangan
perpisahan, iaitu akan menangis dan menjerit.
Zaman Kanak-kanak
Awal
2 Hingga 7 Tahun
Perkembangan zaman kanak-kanak awal
kognitif-(peringkat praoperasi)
2)kanak-kanak mula berfikir secara tidak logik (tidak
seperti orang dewasa) tetapi berupaya berfikir
berdasarkan imej mental. Fikiran bersifat tertumpu pada
diri sendiri (egosentrik),berfikir tentang objek objek
mati sebagai hidup (animisme) contohnya percaya bahawa
bulan itu hidup kerana ia mengikut pergerakan kita.
2) Mula membuat imaginasi secara aktif
3) Pertumbuhan paling impresif ialah dari segi bahasa:
• 2 tahun -menguasai 250 perkataan
• 6 tahun -menguasai 14,000 perkataan
Zaman Kanak-kanak
Tengah
7 Hingga 11 Tahun
Perkembangan zaman Kanak-kanak Tengah
Pada usia 7 tahun, seorang kanak-kanak sudah bersedia dari
segi sosial dan intelektual untuk mula belajar di sekolah rendah

Fizikal ~ Tidak banyak perubahan berlaku

Kognitif
6)kanak-kanak sudah mampu menggunakan konsep yang
digunakan oleh orang dewasa kecuali konsep-konsep abstrak
(zaman operasi konkrit)
7)Mampu menyusun objek-objek mengikut saiz,berat,tinggi dan
seumpamanya.
8)Sudah memahami konsep terbalikan. Contoh: 2+3=5 sama juga
5-2=3
4)Mula memahami konsep pengekalan/pemuliharaan.
Contoh:kuantiti air tidak akan berubah hanya kerana bentuk
atau sifat-sifat permukaan lain berubah. Cth:satu liter air
tetap sama saiznya walau diletak dalam bekas berbeza
Psikososial ~ Mula mempunyai ikatan rapat dengan rakan
sebaya terutama yang sama jantina
~ Mula membentuk rakan karib yang
menunjukkan persahabatan itu penting
PERKEMBANGAN KANAK-
KANAK MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM
Penutup
Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang kritikal bagi
diri seseorang di mana ia merupakan zaman
persediaan untuk perkembangan seterusnya.

Perkembangan fizikal,emosi,intelektual(kognitif) dan


sosial merupakan asas penting untuk individu
berkembang ke peringkat selanjutnya

Secara kesimpulannya, perkembangan emosi seseorang


kanak-kanak yang melalui peringkat pertumbuhan
fizikal yang merangkumi faktor persekitaran yang
positif boleh meransang perkembangan emosi yang
stabil dan baik.
Sekian

Terima kasih
a lind i
shir an
a m
zi

You might also like