You are on page 1of 1

e-Forum 4 Pada tahun 2012, USA dilaporkan ingin mengatur satu sistem radar yang sensitif di rantau Asia

Tenggara sebagai pelengkap keupayaan peluru berpandu kapal perangnya (Aegis), yang membuat rondaan di kawasan perairan antarabangsa di Laut China Selatan. Sistem apakah di dalam pecahan sistem kecil yang boleh dikategorikan untuk tindakan USA ini?

Tindakan USA yang dilaporkan ingin mengatur satu sistem radar yang sensitif di rantau Asia Tenggara dikategorikan di dalam pecahan sistem intrusif (system intrusive). Sistem ini mengambil kira penyertaan negara-negara luar dalam politik antarabangsa sesuatu rantau. e-Forum 5 Pada tahun 2012, USA dilaporkan ingin mengatur satu sistem radar yang sensitif di rantau Asia Tenggara sebagai pelengkap keupayaan peluru berpandu kapal perangnya (Aegis), yang membuat rondaan di kawasan perairan antarabangsa di Laut China Selatan. Walaupun ada dakwaan mengatakan rancangan USA hanyalah untuk memantau tindak-tanduk Korea Utara, China pula sangsi akan niat USA. Kedudukan Pyongyang didakwa China tersasar keluar dari laut China Selatan yang ingin dipantau oleh USA. Rusia juga turut membantah rancangan ini. Ada penganalisis berpendapat bahawa sebenarnya rancangan USA hanyalah untuk menimbang-tara kuasa China yang dilihatnya semakin teguh dari segi kedudukan ekonomi serta keupayaan ketenteraan. Pendekatan apakah yang diguna oleh penganalisis tersebut? Pendekatan yang digunakan oleh penganalisis ialah pendekatan sistematik yang meliputi sistem politik keseluruhannya yang telah mendapat reaksi dari beberapa buah negara. Menerusi pendekatan ini, sesetengah penganalisis berpendapat bahawa rancangan USA dikatakan hanyalah untuk menimbang-tara kuasa China. Ada juga yang berpendapat bahawa USA ingin memantau negara Korea Utara. Bagi China pula, mereka berasa curiga dengan rancangan yang diaturkan oleh USA. Rusia juga turut membantah dengan rancangan tersebut.

You might also like