You are on page 1of 6

SK ISKANDAR PERDANA 32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID LINUS & PEMULIHAN KHAS

SK ISKANDAR PERDANA, 32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR PERAK DARUL RIDZUAN -------------------------------------------------------------------------------------------------

KERTAS KERJA PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID LINUS & PEMULIHAN KHAS
PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.Justeru,setiap segala yang diatur,disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu,bagi merealisasikan hasrat ini,satu bentuk perancangan yang baik,tersusun,terarah,bermatlamat dan bermakna perlu direncanakan.Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu.Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini. Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guruguru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Pada tahun 2010, Guru Khas Pemulihan telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid Linus tegar yang tidak melepasi Konstruk 1 & 2.

TUJUAN Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk mengadakan majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga LINUS dan Pemulihan Khas.

MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.

OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRA Objektif Program Literasi Pada akhir Program Literasi murid berupaya: i. ii. iii. iv. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan.

Objektif Program Numerasi: Pada akhir Program Numerasi murid berupaya: i. ii. iii. iv. v. vi. SASARAN Murid tahap 1 yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas TEMPOH Mac November 2012 (Sepanjang Tahun mengikut Plan Taktikal) membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga angka 1000 membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan.

OBJEKTIF PROGRAM IBU BAPA 1. Memberi pengenalan & pemhaman mengenai program LINUS & Pemulihan Khas 2. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam menghapuskan buta 3M tahap 1 pada 2012. membantu pihak sekolah untuk

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM Tarikh Hari Tempat : 7 April 2012 : Sabtu : Bilik Darjah 5 Cemerlang

SENARAI PENCERAMAH 1. En.Mohd Hanifah bin Main ( Penolong PPD Pendidikan Khas) 2. Pn. Nik Hasni bt. Mamat ( Fasilinus)

TENTATIF PROGRAM MASA 9.00 pg 9.15 pg 9.20 pg 9.25 pg 9.45 pg 10.45 pg 11.00 pg 11.15 pg AKTIVITI Pendaftaran Ibu Bapa Ucapan pengerusi Bacaan Doa Ucapan Tuan Guru Besar Taklimat Fasilinus mengenai LINUS & Pemulihan Khas Sesi soal jawab Jamuan Ringan Bersurai

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS


Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Pengurus Pen. Pengurus Setiausaha Pengacara AJK Brosur AJK Siaraya & peralatan : En Shahari B. Embon (Guru Besar) : Pn. Hjh Khairiah bt Lahamad (Penolong Kanan Pentadbiran) : Pn Nor Samsuniah bt Musa (Penolong Kanan HEM) : En Abdullah Radzi b. Abbas (Penolong Kanan Kokurikulum) : Cik Noraini bt Abdul Hamid : Pn. Hjh Aniah bt Noh : Pn. Norazita bt Jasdi : Pn. Hjh Aniah bt Noh : Pn. Faridah Anom bt Harun Pn. Fuziah Bt Alang Ahmad : En. Salam Izwan B. Ramly En. Shah Alim b. Baharuddin

AJK Makanan AJK Backdrop AJK Pendaftaran AJK Bilik Taklimat Juru Foto

: Pn. Siti Haslina bt Syed Ali : Pn. Arbaayah bt Salleh Hoodin : Pn. Mariam Megat bt Alg Mohd : Pn. Halimatun Maimunah Bt Mior Hamzah En. Khairil Azam b. Mohd Idris : Pn.Nor Jamilatun Bt Jonid

ANGGARAN KEWANGAN Bil 1 2 3 Perkara Backdrop Jamuan Hadiah para jemputan JUMLAH Kos & Bil 1 x RM50.00 30x RM2.00 3x RM10 Jumlah (RM) 50.00 60.00 30.00 140.00 Sumber B&Kaunseling PIBG PK

SUMBER KEWANGAN 1) Panitia Bahasa Malaysia 2) Panitia Bimbingan & Kaunseling KEPERLUAN PERALATAN
1) LCD - mohon pinjaman daripada bilik komputer

2) Skrin Projektor - mohon pinjaman daripada bilik komputer

PENUTUP Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras buta 3M di sekolah dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah
literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ribuan terima kasih.
Disediakan Oleh, ........................... (NORAINI ABDUL HAMID) Setiausaha Program Pemulihan, SK Iskandar Perdana Tarikh: Disemak Oleh, .......................... (KHAIRIAH LAHAMAD) PK Pentadbiran, SK Iskandar Perdana, Tarikh: Diluluskan Oleh, .......................... (SHAHARI EMBON) Guru Besar, SK Iskandar Perdana, Tarikh: .

You might also like