You are on page 1of 13

Page 1 UCAP UTAMA Y. BHG.

DATO NOOR REZAN BINTI BAPOO HASHIM TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PADA KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 2008 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera Terima kasih saudara Pengacara Majlis, Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang saya hormati sekalian, 1) Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di majlis yang gilang gemilang ini. Justeru, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Institut Aminuddin Baki di atas kesungguhan menjayakan majlis pada hari ini. Terima kasih juga pada pihak IAB kerana memberikan penghormatan kepada saya untuk menyampaikan ucap utama dan melakukan perasmian pembukaan Kolokium Kebangsaan Instruksional pada pagi ini. 1 Page 2 Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. 2) Tema Kolokium Kebangsaan pada kali ini ialah Sekolah Kluster Pemangkin Kepimpinan Instruksional. Tema yang dipilih pada kali ini sangat sesuai dalam kita membincangkan tentang meningkatkan kecemerlangan pendidikan serta membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara adalah bertujuan untuk peningkatan kualiti pendidikan dan ia berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan. 3) Sebelum membincangkan tentang sekolah kluster dan kepimpinan instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster. Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian

autonomi terpimpin. Selaras dengan prinsip asas sekolah kluster ialah mengelakkan elitism dengan semua pihak akan berada dalam padang permainan yang sama. Kluster, ialah sebuah sekolah terbaik daripada setiap 2 Page 3 kategori sekolah, yang dipilih dan diberi kuasa autonomi, walaupun sekolah itu dalam kategori pendidikan khas, pedalaman atau sekolah Orang Asli. Kedudukan sekolah kluster dalam hierarki sekolah sebagai terbaik dalam kalangan yang terbaik. Pewujudan sekolah kluster ini sesuai dengan pendekatan kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia sejajar usaha memantapkan pengurusan sekolah kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengorak langkah dengan memperkemaskan elemen kepimpinan dan pengurusan dalam kalangan pemimpin sekolah kluster bagi memastikan mereka mampu mentadbir dengan baik dan berkesan. Tuan-tuan dan puan-puan 4) Pengwujudan sekolah kluster dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan instruksional. Persoalannya bagaimanakah sekolah kluster dapat menjadi pemangkin kepada kepimpinan instruksional? Sebelum saya menjelaskan hubungkait antara sekolah kluster dengan kepimpinan instruksional adalah lebih baik konsep kepimpinan instruksional diperhalusi dan dijelaskan hubungannya dengan sekolah berkesan. Kajian mengenai kepimpinan instruksional hanya bermula pada awal 1980an apabila penyelidikan berkaitan dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah (school improvement) telah mengenal pasti kepimpinan pengetua/guru besar merupakan faktor utama dalam memastikan kejayaan akademik sesebuah sekolah (Edmonds, 1982; Leithwood & Montgomery, 1982, Purkey & Smith, 1983). Kajian yang bermula di sekolahsekolah pinggir bandar yang berpencapaian rendah di Amerika merebak dengan 3 Page 4 pantas ke seluruh dunia berkaitan dengan sekolah berkesan. Di Malaysia kajian sekolah berkesan dan kepimpinan instruksional berlangsung di sekitar lewat 1980an (Abdul Karim, 1989, 1993; Ahmad Tajuddin, 1989) 5) Konstruk kepimpinan instruksional adalah warisan daripada ribuan kajian yang dibuat berkaitan dengan sekolah berkesan yang bermula sekitar awal 1980an. Lantaran daripada kajian-kajian tersebut maka timbullah konsep kepimpinan instruksional yang dikatakan mempunyai hubungan langsung dengan sekolah berkesan. Untuk itu, pemimpin instruksional sudah pastilah berupaya menjadikan sesebuah sekolah itu berkesan. Kajian-kajian yang dilakukan di Barat memberi konsep sekolah berkesan sebagai sekolah yang meningkatkan pencapaian akademiknya secara keseluruhan. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. 6).

Walau apapun pengertian dan kriteria yang dicanangkan di barat, kita perlu ingat bahawa kita ada acuan yang tersendiri untuk mengukur konsep sekolah berkesan. Pada hemat saya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah menjelaskan secara terperinci fokus pembangunan pendidikan di negara kita. Apa yang dijelaskan dalam FPK adalah salah satu daripada komponen penting yang mendasari konsep sekolah berkesan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijelaskan bahawa: 4 Page 5 Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah LEBIH MEMPERKEMBANGKAN potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk MELAHIRKAN insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah BERTUJUAN UNTUK melahirkan WARGA NEGARA Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran KELUARGA, masyarakat dan negara. 7) Dalam usaha menterjemahkan FPK ini, sistem pendidikan yang kita bangunkan akan memberi fokus untuk melahirkan generasi yang seimbang perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketerampilan, patriotik, tidak bersikap individualistik sebaliknya mempunyai semangat kerja berpasukan serta mampu memainkan peranan dalam memajukan keluarga, masyarakat dan negara. Dalam lain perkataan, pembangunan pendidikan di negara kita sebenarnya memberi fokus terhadap pembangunan modal insan iaitu satu komponen yang sangat penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Inilah fokus kita, membangunkan murid agar menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. 8) Hala tuju pembangunan pendidikan kita yang memberi fokus terhadap pembangunan modal insan mendapat sokongan padu daripada kerajaan. Dalam RMK-9, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diperuntukkan dana sebanyak RM23.198 billion iaitu peruntukan kedua tertinggi selepas Jabatan Perdana Menteri. Sokongan dan peruntukan yang dihulurkan oleh kerajaan diharapkan dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia amnya dan kita warga pendidik khasnya dalam usaha 5 Page 6 mencapai matlamat sekolah berkesan menurut acuan kita sendiri iaitu menjadikan pembangunan insan sebagai modal pertama dan utama dalam membangunkan masyarakat dan negara.

9) Walau bagaimanapun, kita sedar bahawa dalam usaha kita membangunkan sistem pendidikan supaya menjadi lebih mantap, kita sebenarnya terpaksa berhadapan dengan isu-isu yang mencabar tanggungjawab kita. Saban hari kita dikejutkan dengan isu-isu yang memaparkan tentang kelemahan kita. Bermula dengan isu pemimpin sekolah yang rendah moralnya, guru-guru pula sering dilaporkan tidak mesra murid, dan murid pula dilaporkan ponteng kelas dan sekolah. Ditambah lagi dengan isu-isu seperti buli, gansterisme, drop-out, murid tidak menguasai kemahiran 3M dan pelbagai lagi isu yang berkaitan dengan kita dan sistem pendidikan yang kita bangunkan. 10) Isu-isu ini sekiranya tidak diselesaikan akan terus memaparkan kelemahan kita dan sistem pendidikan yang kita bangunkan. Oleh itu, selaku pemimpin barisan hadapan tuan-tuan dan puan-puan mempunyai peranan amat besar bagi memastikan gejala ini tidak terus menghantui kita. Pemimpin instruksional yang perkasa diyakini dapat mengurangkan gejala ini kalau pun tidak boleh menghapuskannya sama sekali. Dalam konteks ini ramai tokoh pendidik menganjurkan agar pemimpin pendidikan memahami dan mengaplikasi konsep kepimpinan instruksional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di sekolah (Hallinger, 2003, 2005; Mortimore, et al., 1995; Southworth, 2002). Ciri-ciri dalam kepimpinan instruksional dilihat sebagai salah satu jalan bagi mengatasi isu-isu yang disebutkan di atas daripada terus berulang dalam dunia pendidikan kita. 11) Kepimpinan instruksional mampu mempengaruhi pendekatan guru mengajar yang mana seterusnya berkait langsung dengan hasil pembelajaran murid, serta peningkatan potensi murid tersebut. Sudah semestinya cara pemimpin sekolah bertindak bergantung kepada analisis persekitaran sekolah. Oleh itu, pemimpin instruksional sepatutnya 6 Page 7 memahami masalah yang dihadapi oleh guru dan murid sekolahnya. Pemimpin instruksional yang perksasa sentiasa berusaha untuk menyediakan inovasi kurikulum dan memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. 12) Kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung kepada keupayaan pemimpin sekolah tersebut bermula daripada pemimpin peringkat tinggi hingga kepada pemimpin peringkat rendah. Inilah perubahan yang berlaku di dalam kepimpinan instruksional masa kini iaitu berfokuskan kepada perkongsian kepimpinan instruksional atau shared instructional leadership. Oleh itu kejayaan sekolah bergantung kepada sejauh mana usaha dan komitmen yang diberi oleh setiap peringkat pemimpin sekolah di dalam menyelaras dan menyokong setiap aktiviti instruksional supaya berlaku kesinambungan di antara satu peringkat ke peringkat yang lain. Pemantauan dan kawalan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya penambahbaikan dapat dilakukan.

13) Ramai pengkaji dalam bidang kepimpinan instruksional menggunakan kerangka yang dikemukakan oleh Hallinger dan Murphy (1985) dan Hallinger (1990) sebagai panduan. Aspek-aspek yang amat diberi penekanan ialah pendefinisian misi sekolah, mengurus program instruksional dan pembangunan budaya pembelajaran sekolah yang positif. Institut Aminuddin Baki juga telah cuba membantu pihak sekolah dengan memberi tumpuan latihan kepada aspek-aspek tersebut dengan memperincikan lagi setiap aspek itu. Antara perkara yang diperincikan ialah penetapan matlamat sekolah, memantau keupayaan guru mengajar dan murid belajar, menyelia dan menilai program instruksional, mengawal masa, menggalakkan perkembangan profesional, sentiasa kelihatan, dan memberi ganjaran kepada guru dan murid. 14) Sejak kebelakangan ini, pihak sekolah sentiasa diberi tugas-tugas yang pelbagai untuk dilaksanakan. Pihak sekolah sering dipanggil untuk menghadiri mesyuarat, kursus dan sebagainya dari semasa ke semasa. 7 Page 8 Perkara yang amat membimbangkan ialah apabila pemimpin sekolah seringkali terpaksa menghilangkan diri daripada sekolah. Sekiranya keadaan ini berterusan untuk jangkamasa yang panjang, perjalanan aktiviti instruksional amat sukar dikawal dan perhatian serta komitmen sepenuhnya tidak dapat diberi. Situasi ini bertambah serius sekiranya warga sekolah terdiri daripada guru-guru baru atau kurang mahir. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan baik. Oleh itu, pemimpin sekolah haruslah bijak menangani situasi seumpama ini. Dalam hal-hal tertentu, konsep-konsep seperti empowerment, shared leadership, atau distributed leadership harus diaplikasikan. Pemimpin sekolah perlulah sentiasa kelihatan berada di sekolah, ibarat ibu yang memelihara dan melindungi anaknya dengan baik. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. 15) Pemimpin instruksional yang sentiasa memberi fokus kepada aspek-aspek merancang, mengelola, mengawal, menyelia dan membangunkan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara teliti dan perinci. Justeru itu, pemimpin instruksional yang akan sentiasa mengorientasikan pemikiran semua warga sekolah kepada pencapaian matlamat iaitu ke arah peningkatan pencapaian akademik murid. Mereka mempunyai misi yang lebih terperinci dengan memberi penekanan kepada pencapaian akademik. Ini dilakukan dengan meletakkan harapan dan standard yang tinggi untuk guru dan murid. Peranan ini selaras dengan usaha-usaha melahirkan sekolah yang berkesan seperti yang ditekankan Mortimore, et al., (1995). Adalah diharapkan dengan adanya pemberian autonomi, sekolah kluster akan meningkatkan keupayaan pemimpinpemimpin instruksional untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah. 16) Salah satu dimensi utama dalam kepimpinan instruksional (Hallinger, 1985, 2000) ialah pendefinisian misi sekolah. Dalam dimensi ini dua fungsi utama pemimpin instruksional ialah membentuk matlamat sekolah dan menyebarkan

matlamat ini kepada semua warga sekolah. Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan sistem pendidikan berpusat, matlamat sekolah yang dibina perlulah 8 Page 9 berdasarkan mandat yang diterima melalui Akta Pendidikan 1996. Mandat ini menekankan fungsi teras (core business) sekolah dalam menjayakan kurikulum kebangsaan disamping aktiviti-aktiviti kokurikulum yang menyokong kurikulum. 17) Dalam melaksanakan fungsi ini, pemimpin instruksional yang perkasa perlu memastikan semua staf mempunyai matlamat yang jelas dan boleh diukur. Semua warga sekolah perlu memberi tumpuan kepada peningkatan akademik murid. Selalunya matlamat yang dibina oleh pemimpin instruksional yang perkasa adalah mencabar, boleh dicapai dan boleh diukur. Demi mengukur matlamat, piawai atau standard tertentu perlu dibentuk supaya dapat mengesan prestasi. Piawai yang boleh diukur ini adalah petunjuk-petunjuk prestasi utama (key performance indicators) pencapaian kurikulum sekolah. Antaranya ialah Gred Purata Murid, Gred Purata Mata Pelajaran, Gred Purata Sekolah atau peratus kelulusan murid. Berdasarkan piawai ini, pemimpin sekolah perlu membentuk objektif. Pembinaan objektif pula perlu mengambil kira pencapaian asas atau Take-Off-Value dan sasaran yang ingin dicapai atau Expected Target Result, serta tempoh untuk mencapai objektif. 18) Pemimpin instruksional yang perkasa mampu mempengaruhi kualiti pencapaian akademik sekolah dengan menyelaraskan misi sekolah dengan struktur sekolah seperti standard akademik, masa pembelajaran dan kurikulum. Dalam penjanaan misi sekolah yang bermakna, pemimpin instruksional yang perkasa akan mengambil kira konteks sekolah seperti status sosio-ekonomi murid, saiz sekolah, dan komuniti setempat. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. 19) Keberkesanan sekolah berkait rapat dengan penyeliaan perkembangan guru (Hallinger, 2005). Perkembangan guru dan penyeliaan adalah saling berhubungan antara satu sama lain. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab menjalankan penyeliaan bagi menambahbaik tugas guru-guru dan komited kepada pengajaran dan pembelajaran. Apabila kita memperkatakan tentang penyeliaan pengajaran dan pembelajaran oleh pemimpin sekolah maka kita tidak dapat lari daripada membuat satu penilaian. Namun begitu terdapat 9 Page 10 pihak yang memandang konsep penilaian guru oleh pemimpin semasa penyeliaan dijalankan sebagai satu proses pencapaian kompetensi guru berbanding dengan piawai yang telah ditetapkan. Oleh itu konsep penilaian perlu diperluaskan kepada perkara-perkara yang melibatkan aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam bilik darjah dan mengenal pasti hasil pembelajaran yang tercapai. Dengan kata lain, fokus terhadap penilaian kurang menumpukan pengukuran tetapi sebaliknya lebih kepada penjelasan mengenai aktiviti-aktiviti pembelajaran dan juga mengenal pasti kepentingan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini kepada murid yang mempunyai tahap yang berbeza. 20) Penyeliaan merupakan satu kaedah untuk membantu guru berkembang

dan membentuk seorang individu menjadi profesional. Tujuan penyeliaan boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori utama iaitu: i. Kawalan kualiti. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab untuk memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan melawat bilik-bilik darjah, melakukan rondaan di kawasan sekolah, berbincang dengan staf dan melawat dan berbincang dengan murid sekerap yang mungkin. ii. Perkembangan profesional. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab untuk membantu guru berkembang dan membina kefahaman mengenai pengajaran dan budaya bilik darjah, menambahbaik kemahiran pengajaran serta memperkembangkan ilmu. iii. Motivasi guru. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab untuk membentuk dan menyemai motivasi dan komitmen guru kepada pengajaran dan matlamat sekolah. 21) Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya boleh dijalankan oleh pemimpin sekolah tetapi juga guru-guru sendiri dalam bentuk kumpulan. Peranan pemimpin instruksional yang perkasa adalah untuk memastikan penyeliaan berjalan, sumber-sumber diagihkan bagi membolehkan program dijalankan, dan segala aktiviti yang membolehkan guru bekerja sesama mereka dengan efektif. Secara keseluruhannya bagi membantu, membimbing dan 10 Page 11 menyokong pengajaran dan pembelajaran guru, pemimpin instruksional yang perkasa harus membuat penyeliaan dari semasa ke semasa. 22) Keberkesanan sekolah juga dikaitkan dengan pemimpin instruksional yang sentiasa membuat penilaian terhadap peningkatan murid. Ini dapat dibuktikan melalui Teori Lima Faktor Edmonds (1979) yang menyatakan asas kepada kejayaan sekolah ialah kepimpinan pendidikan yang teguh, penekanan kepada kemahiran yang asas, persekitaran yang teratur dan selamat, jangkaan terhadap murid dan penilaian yang kerap terhadap peningkatan murid. Pemimpin instruksional yang perkasa dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dengan lebih tepat dengan membuat pemantauan pencapaian murid secara konsisten. Melalui pengumpulan data-data pencapaian murid, pemimpin dapat menganalisis tahap pencapaian murid seterusnya dapat menyediakan strategi peningkatan mengikut kumpulan sasaran tahap murid. 23) Kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah itu juga sangat bergantung kepada sejauh mana pihak sekolah berupaya mengurus kurikulum yang telah ditetapkan Kementerian dengan cekap. Pemimpin instruksional yang perkasa dapat mengatur strategi yang sesuai; merancang, mengkoordinasi dan melaksana program-program kurikulum yang dapat meningkatkan prestasi sesebuah sekolah dari aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu.

Dalam meta-analisis lebih daripada 88 kajian peringkat kedoktoran di tujuh buah negara, Hallinger (2003) mendapati kepemimpinan instruksional mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kejayaan sekolah dalam bidang akademik. Sebaliknya, Ahmad (1989) mendapati ramai pengetua tidak dapat memberi penekanan dalam bidang ini lantaran daripada tugas-tugas lain yang perlu tindakan segera. Justeru itu, kecekapan pemimpin sekolah hendaklah melebarkan lagi keupayaan mereka bagi memastikan kejayaan-kejayaan lain juga boleh berlaku seiring dengan kejayaan akademik seperti dalam bidang kokurikulum yang diyakini dapat membentuk jati diri murid-murid. 24) Adalah penting untuk kepemimpinan di setiap peringkat memahami sedalam-dalamnya kehendak dasar kurikulum, berupaya melaksanakan 11 Page 12 kehendak dasar kurikulum tersebut, serta berkebolehan pula untuk bertindak sesuai dengan keperluan masa kini dan cabaran masa hadapan kementerian. Sesungguhnya cabaran yang dihadapi masa kini amat mencabar bagi kepemimpinan sekolah dengan perubahan dan pengubahsuaian kurikulum senantiasa dilakukan oleh Kementerian bagi memastikan ia tetap relevan dengan kehendak semasa. Oleh itu, pemimpin instruksional yang perkasa hendaklah sentiasa peka dan bertindak secara proaktif dan kreatif bagi menterjemahkan dasar-dasar yang telah ditetapkan itu kepada tindakan dan amalan. Pemimpin instruksional yang perkasa mampu mengurus kurikulum dengan berkesan dan berupaya mengembangkan potensi dan minat murid ke tahap maksimum. Isu-isu berkaitan dengan PPSMI, 3M, dan kadar celik huruf yang masih lagi belum memuaskan memerlukan kepimpinan yang berwibawa bagi memastikan isu-isu tersebut dapat diselesaikan di peringkat sekolah. Sesungguhnya, kita hanya ada lebih kurang 12 tahun lagi bagi merealisasikan Wawasan 2020. Masa untuk berlengah sudah tiada, dan seharusnya para pemimpin pendidikan di setiap peringkat bergerak secara sederap dan bersinergi, dan pantas bagi memintas segala jua bentuk halangan dan rintangan. 25) Antara halangan dan rintangan yang perlu diharungi adalah berpunca daripada diri pemimpin itu sendiri seperti kekurangan ilmu dan kemahiran, kelemahan jati diri, dan kepincangan sikap. Oleh itu, semua pemimpin di pelbagai peringkat hendaklah menyemak dan merefleksi diri sendiri bagi mengenalpasti kekurangan yang dimiliki. Disamping itu, para pemimpin pendidikan juga seharusnya mencari jalan bagaimana memperbaiki segala kelemahan yang ada. Indeks Prestasi Utama (KPI) adalah salah satu kaedah bagi mengesan dan memperbaiki diri sendiri dan juga organisasi yang dianggotai. Tugas dan tanggungjawab pemimpin pendidikan amat berat kerana pemimpin pendidikan bukan sahaja memikul amanah untuk melahirkan insan berilmu dan berakhlak tinggi, malah turut berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan. 26) Oleh itu, para pemimpin instruksional hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan keintelektualan peribadi dan kemantapan emosi, disamping menjadi juara (champion) bagi membangun dan mengembangkan potensi semua 12

Page 13 staf yang dipimpin. Sesungguhnya kuasa pakar dan kuasa rujukan yang dimiliki pemimpin instruksional menjadi sumber inspirasi kepada staf untuk terus komited dalam menjalankan tugas masing-masing (Lyons & Murphy, 1994). Pemimpin pendidikan yang berwibawa dan bijak dapat melahirkan ramai juara dikalangan staf. Pengiktirafan yang diberikan kepada staf dengan pengagihan kepimpinan ini mampu meningkatkan keterampilan dan kompetensi staf, sekali gus meningkatkan harga diri dan self-esteem mereka. 27) Bagi membangun sistem pendidikan bertaraf dunia yang bakal melahirkan generasi yang mampu bersaing di arena global, Kementerian telah menjadikan pembangunan kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang berkesan di semua peringkat sebagai salah satu daripada fokus utama Perancangan Pembangunan Pendidikan 2010. Justeru itu, para pemimpin seharusnya berusaha bersungguhsungguh, mencari peluang belajar, berguru dan sebagainya untuk meningkatkan keterampilan masing-masing. Di zaman langit terbuka ini, peluang untuk memperkasakan diri sendiri sungguh banyak. Pembelajaran secara maya sudah pun menjadi trenda (aliran) masa kini. Disamping itu, Kementerian sentiasa memberi latihan berterusan kepada para pemimpin pendidikan melalui Institut Aminuddin Baki (IAB). Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. 28) Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Institute of Educational Leadership (2000) bertajuk Leadership for Student Learning - Reinventing Principalship, seorang pemimpin sekolah memainkan peranan terpenting dalam tanggungjawab untuk memastikan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Laporan tersebut merumuskan bahawa: principals today must serve as leaders for student learning. They must know academic content and pedagogical techniques. They must work with teachers to strengthen skills. They must collect, analyze and use data in ways that fuel excellence.They must rally students, teachers, parents, local health and social service agencies, youth development groups, local businesses, and other community residents and partners around the common goal of raising student 13 Page 14 performance. And they must have the leadership skills and knowledge to exercise the autonomy and authority to pursue these strategiesThey must do all these things, but too often, they do not. 29) Seperti yang disebutkan oleh Mortimore, et al., (1995), penumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu faktor yang penting untuk keberkesanan sekolah. Sehubungan itu, salah satu aspek yang perlu diberi penekanan adalah memaksimumkan waktu pengajaran dan pembelajaran. Kajian-kajian dalam bidang ini mengutarakan supaya semua kegiatan sekolah dijadualkan dengan rapi supaya tidak mengganggu masa pengajaran dan pembelajaran. Davis dan Thomas (1989) menyarankan:

Administrators should organize the school calendar to provide maximum learning time. Student pullouts from regular classes (eg. early dismissal for games) should be minimized or eliminated Unassigned time and time spent on non instructional activities should be minimized. 30) Justeru, amalan time-on-task (Stallings & Kaskowitz, 1974) dalam proses pengajaran dan pembelajaran wajar dijadikan budaya oleh setiap guru. Salah satu kajian awal tentang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan oleh Carroll (1963) yang mengutarakan bahawa pembolehubah yang paling utama dalam pembelajaran adalah masa. Secara ringkas, Carroll (1963) merumuskan bahawa masa untuk pembelajaran merangkumi aspek allocated time iaitu masa yang diperuntukkan untuk sesuatu pembelajaran dan aspek engaged time iaitu masa yang sebenarnya digunakan untuk pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara engaged time dengan pencapaian murid. Menyedari hakikat ini, pihak sekolah wajar mengambil langkah-langkah untuk meminimumkan pembaziran masa pengajaran dan pembelajaran (time-wasters) yang mungkin terhasil akibat perancangan yang lemah atau ketidakpekaan terhadap perkara ini. Secara am, antara perkaraperkara yang menyumbang kepada pembaziran waktu pembelajaran di sekolah adalah kelewatan guru masuk kelas, ketidakhadiran guru yang tiada pengganti, guru-guru dan murid-murid yang tidak hadir dalam kelas kerana penglibatan 14 Page 15 dalam aktiviti-aktiviti seperti raptai majlis tertentu atau latihan sukan, mesyuarat yang dikendalikan pada waktu pembelajaran, dan lain-lain lagi. Dalam hal ini, pemimpin instruksional yang perkasa perlu bijak dan proaktif dalam menyusun strategi untuk mengatasi masalah ini. Bagi memastikan waktu pengajaran dan pembelajaran yang maksimum, pihak sekolah mesti membudayakan amalan guru masuk kelas awal, pengurusan jadual waktu ganti yang rapi dan sistematik termasuk pemantauan yang rapi. Ada juga sekolah-sekolah yang mengamalkan penggunaan modul-modul pembelajaran semasa ketiadaan guru agar pembelajaran masih berlangsung. Ada juga pihak sekolah yang meletakkan dasar bahawa tiada sebarang mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan pada waktu persekolahan termasuk menjadualkan pelaksanaan latihan kokurikulum di luar waktu persekolahan contohnya di sebelah petang atau pada hari Sabtu. 31) Pembelajaran merupakan tugas murid. Perkara asas yang mendorong pembelajaran murid adalah motivasi. Motivasi mungkin lahir daripada minat dalaman mereka terhadap aktiviti pembelajaran ataupun datangnya daripada insentif luaran seperti kata-kata pujian, penggredan dan lain-lain lagi. Penggunaan insentif yang berkesan dapat mendorong murid untuk lebih bertanggungjawab terhadap segala yang mereka lakukan. Umpamanya, kajian menunjukkan pencapaian murid lebih tinggi jika guru memeriksa kerja rumah yang diberikan berbanding dengan murid-murid yang kerja rumahnya tidak disemak oleh guru (Cooper, et al., 1989). Guru yang mengajar dengan mengambilkira potensi berlainan murid juga merupakan satu bentuk insentif. Slavin (1990) mendapati pelaksanaan kaedah belajar sama dalam kumpulan-

kumpulan kecil dapat menjadi insentif kepada murid untuk belajar kerana muridmurid digalakkan untuk bekerjasama bagi menguasai kemahiran tertentu dan ini menimbulkan keseronokan bagi mereka. Memberi ganjaran kepada murid berdasarkan peningkatan prestasi juga merupakan insentif yang berkesan (Natriello, 1987; Slavin,1980). Insentif juga dipengaruhi oleh kualiti pengajaran dan aras pengajaran yang sesuai. Murid akan lebih cenderung untuk mengikuti sesuatu pelajaran jika guru dapat mempersembahkannya dengan cara yang menarik dan mempunyai makna serta dalam kemampuan mereka untuk mempelajarinya (Balshaw & Farrell, 2002). Good & Brophy (1997) mendapati guru-guru yang meletakkan pengharapan yang tinggi terhadap pencapaian murid 15 Page 16 juga merupakan insentif untuk murid, Ini meningkatkan keyakinan diri mereka melalui kepercayaan self-fulfilling prophecy. 32) Dalam konteks yang sama, prestasi kerja guru yang berkait rapat dengan kualiti pengajaran juga bertitik tolak daripada motivasi yang dialaminya. Motivasi guru berkait rapat dengan kualiti pekerjaan (quality worklife) yakni kepuasan dan keseronokan bekerja yang terhasil daripada kerja yang bermakna. Biasanya, persekitaran dan suasana tempat kerja amat mempengaruhi kepuasan kerja seseorang yang secara sendirinya memberi insentif untuk melakukan pekerjaan. Sehubungan ini, kepentingan kualiti kerja dalam mengurangkan tekanan dan burnout perlu dititikberatkan (Cunningham, et al., 1983). Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh pemimpin sekolah dalam usaha memberi insentif kepada guru. Kajian oleh Leithwood dan Jantzi (2000) menyarankan memberi perhatian secara individu kepada guru-guru serta mengiktiraf potensi guru-guru dapat meningkatkan semangat guru untuk bekerja. Secara terperinci, kajian tersebut mencadangkan pemimpin sekolah merangsang guru-guru secara intelektual (stimulate intellectually), memberi sokongan secara individual (individualized support) serta menjadi model ikutan dalam usaha membina keyakinan guru-guru. Selain itu, pemimpin juga boleh menggunakan perbincangan dua hala sebagai kaedah menjana pemikiran guru dalam menyelesaikan masalah yang kompleks. Kaedah ini juga berkesan dalam memberi teguran kepada guru seperti mana yang diutarakan oleh (Ryan, 1996; Tushman & OReilly, 1997), Successful organizations reward success and acknowledge or celebrate failures by creating opportunities to openly discuss and learn from mistakes. Selain itu, pemimpin juga dapat memberi insentif untuk bekerja kepada guru dengan berusaha mengurangkan kekangan atau halangan yang wujud di dalam organisasi. Pemimpin seharusnya berusaha untuk untuk memperbaiki sistem yang didapati membantut kemajuan organisasi (Avolio & Howell, 1993). Antara usaha-usaha lain yang boleh dilakukan oleh pemimpin sekolah adalah mewujudkan sistem pengupayaan dikalangan guru dengan memberi mereka peluang untuk mempraktikkan teacher leadership. Tuan-tuan dan puan-puan 16 Page 17 33) Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar hubungan antara

kepimpinan instruksional dengan sekolah berkesan. Ingin saya jelaskan sekali lagi bagaimana sekolah kluster menjadi pemangkin kepada kepimpinan instruksional. Mengikut Ouchi (2003), yang telah menjalankan kajian di 223 buah sekolah di enam bandar utama iaitu Edmonton, (Canada), Seattle, Houston, New York, Los Angeles dan Chicago. Kajian mendapati sekolah-sekolah yang cemerlang mempunyai sistem pentadbiran yang autonomi. Pengetua bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi sekolah. Ouchi (2003) menyimpulkan terdapat tujuh kunci utama kejayaan sekolah-sekolah ini iaitu pengetua bersifat entrepreneur, setiap sekolah mengawal bajet sendiri, setiap warga sekolah bertanggungjawab ke atas prestasi murid dan bajet, setiap guru diberi penurunan kuasa, fokus terhadap kejayaan murid, setiap sekolah adalah komuniti pembelajar dan setiap keluarga mempunyai pilihan ke atas sekolah. Berasaskan kepada kajian ini maka konsep sekolah kluster akan menjadi pemangkin kepada kepimpinan sekolah apabila mereka diberi kuasa autonomi untuk menentukan halatuju dan niche sekolah masing-masing. Namun begitu kita tidak akan mengikut acuan sekolah-sekolah di barat seratus peratus. Sekolah kluster di Malaysia akan mengikut konsep dan acuannya sendiri. Adalah diharapkan sekolah kluster dapat melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan dan menghasilkan pemimpin instruksional yang berkualiti. Usaha ini perlu sebagai persediaan kepada pemimpin sekolah kluster ini untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah masing-masing setelah mereka diberi kuasa autonomi dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan sumber manusia, kewangan, dan pentadbiran. 17 Page 18 Kertas kerja ini telah dimulai dengan diskusi mengenai konsep serta definisi sekolah kluster serta hubungkait dengan kepimpinan instruksional dan sekolah berkesan. Lantaran itu, saya telah melontarkan beberapa pandangan dan idea kepada tuan-tuan dan puan-puan, para pemimpin peringkat akar umbi, bagi menyahut cabaran tersebut demi melahirkan murid-murid yang berkualiti tinggi yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Bertepatan dengan tema seminar, Sekolah Kluster pemangkin Kepimpinan Instruksional, tuan-tuan dan puanpuan selaku pemimpin barisan hadapan mempunyai misi yang sangat besar bagi memastikan segala yang direncana Kementerian tercapai mengikut perancangan. Akhir kata, dengan lafaz Bismillah hirrohman nirrohim SAYA DENGAN RASMINYA MEMBUKA KOLOKIUM KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KALI KE 2 Sekian, terima kasih 18 Page 19 RUJUKAN Ahmad Tajuddin Abdul Hamid. (1989). The role of the principal as an instructional leader. Tesis M.Ed. yang tidak diterbitkan - Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. Avolio, B. J. & Howell, J. M. (1993). Transformational leadership, transactional leadership, locus of control and support for innovation: Key predictors of

consolidated business unit performance. Journal of Applied Psychology, 78, 891-902. Carroll, J.B. (1963) A model of school learning, Teachers College Record, 64, 8, pp. 723-33. Cooper, H., Robinson, J. C., & Patall, E. A. (1989). Does homework improve academic achievement? A synthesis of research, 1987-2003. Review of Educational Research, Spring2006, Vol. 76 Issue 1, p1-62. Cunningham, C. E., Woodward, C. A., Shannon, H. S., MacIntosh, J., Lendrum, B., Rosenbloom, D., Brown, J. (2002). Readiness for organizational change: A longitudinal study of workplace, psychological and behavioural correlates. Journal of Occupational & Organizational Psychology, Dec2002, Vol. 75 Issue 4, p377-392. Edmonds, R. (1979). Some school works and more can. Journal of Social Policy. Vol. 9, 28-32. Hallinger, P. (2003). Leading educational change: Reflections on the practice of instructional and transformational leadership. Cambridge Journal of Education, Vol. 33, No. 3. Hallinger, P. (2005). Instructional Leadership and the School Principal: A Passing Fancy that Refuses to Fade Away. Leadership & Policy in Schools, Vol. 4 Issue 3, p221-239. Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional leadership behavior of principals. Elementary School Journal, 86(2), 206-218. Leithwood, K. & Jantzi, D. (2000). Principal and Teacher Leadership Effects: a replication. School Leadership & Management, Vol. 20 Issue 4, p415-434. Lyons, C. A. & Murphy, M. J. (1994). Principal self-efficacy and the use of power. Paper presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association (New Orleans, LA, April 4-8, 1994). Dokumen ERIC, ED 373421. Mortimore, P., Sammons, P. & Hillman, J. (1995). Key Characteristics of Effective Schools. Kertas Kerja Effective Schools Seminar, Kementerian Pendidikan Malaysia. 19 Page 20 20 Ouchi, W.G.(2003). Making schools work: A revolutionary plan to get your children the education they need. Simon & Schuster. New York. Slavin, M. J. (1990). Emergence and maintenance of leadership among gifted students in group problem solving. Roeper Review, Vol. 12 Issue 4. Southworth, G. (2002). Instructional leadership in Schools: reflections and empirical evidence. School Leadership & Management, Vol. 22, No. 1.

You might also like