You are on page 1of 19

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

RANTAI / SIRATAN MAKANAN

PENGENALAN
Dalam suatu ekosistem, setiap organisma saling berinteraksi melalui perhubungan makanan. Dalam interaksi ini,organisma hidup boleh dikelaskan sebagai pengeluar, pengguna dan pengurai.

PENGELUAR, PENGGUNA DAN PENGURAI


PENGELUAR- Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar kerana tumbuhan membina makanannya sendiri melalui fotosintetesis. Pengguna terbahagi kepada tiga iaitu: PENGGUNA PRIMER-haiwan yang hanya memakan tumbuhan. PENGGUNA SEKUNDAR haiwan yang makan pengguna primer. PENGGUNA TERTIER - haiwan yang makan pengguna sekundar. PENGURAI Organisma yang mendapatkan makanan dengan cara menguraikankan organisma yang telah mati.

RANTAI MAKANAN
Dapat ditakrifkan sebagai satu kumpulan organisma apabila terdapatnya pemindahan tenaga melalui satu siri memakan(pemangsa) dan kena makan(mangsa) atau setiap benda yang hidup menjadi makanan kepada benda hidup yang lain.

Contoh rantai makanan:-

Pokok padi (pengeluar)

Tikus

Ular

Helang (pengguna tertier)

(pengguna primer) (pengguna sekunder)

Habitat yang berbeza biasanya mempunyai rantai makanan dan siratan yang berbeza.

JENIS-JENIS RANTAI MAKANAN


Rantai makanan pemangsa- rantai makanan ini bermula daripada herbivor dan kepada karnivor kecil hinggalah yang besar. Pemangsa pada aras yang pertama lebih kecil daripada yang kedua dan seterusnya.

Rantai makanan parasit- rantai makanan ini juga bermula daripada herbivor tetapi tenaga makanan dipindahkan daripada organisma yang besar kepada yang kecil. Organisma yang besar ialah perumah dan yang kecil ialah parasit.

Rantai makanan saprofit- Rantai makanan ini menunjukkan pemindahan tenaga daripada jirim organik haiwan dan tumbuhan yang mati kepada mikroorganisma.

SIRATAN MAKANAN
Kesemua rantai makanan saling berhubung untuk membentuk siratan makanan. Ini kerana kebanyakkan pengguna makan lebih dari satu jenis makanan. Oleh itu, siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan.

Contoh siratan makanan

Piramid nombor
Merupakan satu susunan organisma yang menunjukkan bilangan relatif organisma pada setiap peringkat rantai makanan. Sekiranya diperhatikan dalam ekosistem yang tidak terganggu, kita akan dapati bilangan hidupan yang paling banyak ialah tumbuhan. Tumbuhan membekalkan makanan kepada pelbagai jenis haiwan. Oleh itu, bilangannya harus melebihi haiwan untuk menampung keperluan setiap haiwan.

Bilangan pengguna primer seharusnya melebihi bilangan pengguna sekunder dan bilangan pengguna sekunder mesti melebihi bilangan pengguna tertier. Sekiranya jumlah bilangan hidupan dalam setiap peringkat disusun mengikut tertib dalam rantai makanan, satu model piramid nombor akan terbentuk.

Contoh piramid nombor

Pada rantai makanan yang melibatkan parasit, keadaan sebaliknya akan dapat dilihat. Jumlah parasit jauh lebih banyak daripada jumlah perumah. Misalnya sepohon pokok didiami oleh beberapa ekor burung herbivor yang memakan buah. Pada seekor burung itu pula akan terdapat berpuluh-puluh atau beratus-ratus kutu atau pijat.

Piramid bilangan pada rantai makanan parasit.

ALIRAN TENAGA
Dalam setiap rantai makanan, tenaga berpunca daripada matahari. Tenaga daripada tumbuhan dipindahkan kepada organisma lain malalui rantai makanan dan siratan makanan. Dalam setiap peringkat, tenaga akan digunakan untuk respirasi dan aktiviti organisma seperti pertumbuhan dan pergerakan. Untuk mendapatkan semula tenaga, organisma tersebut mestilah membina makanan sendiri atau mencari makanan lain.

Aliran tenaga dalam piramid nombor bermula daripada pengeluar. Walau bagaimanapun, terdapat kehilangan tenaga apabila tenaga dipindahkan dari satu peringkat ke peringkat yang lain.

Tenaga dalam setiap peringkat akan hilang melalui aktiviti organisma seperti respirasi, pencernaan, perkumuhan dan pergerakan. Oleh itu, bilangan organisma pada dasar piramid mestilah jauh lebih banyak dari bilangan organisma di atasnya supaya jumlah tenaga yang ada padanya mencukupi untuk menyokong organisma di atasnya.

Kepentingan siratan makanan


Memastikan kemandirian spesies- jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran. Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber

Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan terganggu,bilangan hidupan dalam siratan makanan akan berubah dan menyebabkan keseimbangan alam terganggu. Contoh : pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan mempengaruhi bilangan ular. Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.

You might also like