You are on page 1of 5

Minit Mesyuarat

PANITIA MATEMATIK SEKOLAH KEBANGSAAN JERNANG 35600 SUNGKAI PERAK DARUL RIDZUAN MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 4/ 2013

Tarikh Hari Tempat

: 14 OKTOBER 2013 : Isnin : Bilik Komputer

Kehadiran : Semua Guru Panitia Matematik (6 orang) Kehadiran : 1. En Mohd Kairul Amri Bin Dolah - (Ketua Panitia- Pengerusi) 2. Pn. Nurlizana binti Hamdan- Setiausaha 3. En. Mohd Faharulzaman Bin Ayub 4. Pn. Mashani binti Othman 5. En. Abu Samah Bin Mohd Basri 6. En. Mohd Isa Bin Mohd Yusof

Agenda: I. II. III. IV. V. Ucapan Pengerusi Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Ke tiga. Perkara Berbangkit Perbincangan Profesionalisme Hal-hal lain.

AGENDA

I.

PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT (En. Mohd Kairul Amri Bin Dolah)

1. Beliau mengalu-ngalukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kerana semua AJK dapat menghadiri dan meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat kali ke empat ini. 2. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanjang tahun 2013. Beliau juga berharap prestasi ini dapat di teruskan dengan lebih cemerlang pada tahun hadapan. Beliau berdoa semoga keputusan UPSR juga terutamanya matapelajaran Matematik akan meningkat pada tahun ini . Ucapan terimakasih juga di tujukan untuk guru tahun enam memandangkan segala usaha yang telah di curahkan untuk meningkatkan prestasi UPSR pada tahun ini. Tindakan: Semua guru Matematik

II. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU. 3. Cadangan mengesahkan minit oleh : Puan Mashani Binti Othman Disokong oleh : Puan Nurlizana Binti Hamdan

III. PERKARA BERBANGKIT 4. KSSR dan SPPBS

4.1 Semua guru KSSR perlu memasukkan data prestasi SPPBS sebelum 30 haribulan November 2013. Pengerusi mengingatkan semua murid perlu melepasi sekurang-kurangnya band 3 kecuali murid Linus ataupun murid yang mengalami masalah kehadiran sahaja. 4.2 Kursus Dalaman KSSR Tahun 3. 4.2.1 Pengerusi meminta semua guru Matematik faham di dalam melaksanakan KSSR walaupun belum mengajar di kelas KSSR kerana ianya adalah dasar kerajaan dan semua guru perlu tahu. Tindakan: Semua guru Matematik 4.3 Guru yang terlibat dalam KSSR perlu memastikan semua fail KSSR di simpan ditempat yang selamat dan senang untuk di rujuk bila ada pemantauan oleh Jabatan.

4.4 Penaksiran perlu dibuat mengikut masa dan kesesuaian iaitu sebanyak 4 kali taksiran iaitu bulan Mac, Mei, Julai dan Oktober. Kaedah taksiran ini akan berterusan untuk tahun hadapan. Oleh itu semua guru perlu memasukkan data prestasi murid secara online pada tarikh yang telah di sebutkan di atas. Tindakan : Guru KSSR 1V. PERBINCANGAN PROFESIONALISME

5. Perbincangan aktiviti tahunan untuk Panitia Matematik Tahun 2014. 5.1 Semua guru di minta memberi cadangan aktiviti panitia untuk tahun hadapan. Semua cadangan perlu di sampai ke tangan setiausaha panitia selewat-lewatnya 18 hb Oktober 2013. Tindakan : Semua guru 6. Alatan P&P. 6.1 Peruntukan yang di berikan kepada Panitia Matematik telah habis di gunakan seperti yang di beritahu. Oleh itu peralatan yang belum belum di beli akan di usahakan pada tahun hadapan. 6.2 Pengerusi mengingatkan semua peralatan Matematik perlu di simpan di dalam Bilik Matematik sahaja. Peralatan yang di pinjam perlu di rekodkan. 6.3 Semua guru boleh mencadangkan peralatan yang sesuai untuk di gunakan pada tahun hadapan kepada Ketua Panitia. Tindakan : Semua guru 7. Analisa/ PostMortem Peperiksaaan Akhir Tahun 7.1 Guru perlu memasukkan markah secara online sebelum atau pada 30 hb Oktober 2013. Sebelum itu guru perlu memeriksa kertas jawapan murid dengan teliti supaya murid berada di kelas mengikut prestasi mereka. 7.2 Analisa Post Mortem juga perlu dibuat dan dihantar pada 1 hb November 2013 dan di serahkan kepada Setiausaha iaitu Puan Nurlizana untuk di failkan. Tindakan: Semua guru

10.

Buku Latihan Tahun 2013 10.1 Penggunaan buku latihan bagi tahun 2013 adalah seperti berikut: Tahun 1: 3 buah buku kotak sedang. Tahun2 : 2 buah buku kotak sedang. Tahun 3: 2 buah buku kotak sedang. Tahun 4: 3 buah buku kotak kecil Tahun 5: 3 buah buku kotak kecil Tahun 6: 3 buah buku kotak kecil Tindakan : Semua guru Matematik

IV. HAL HAL LAIN 11. En Mohd Isa bin Yusof mengingatkan supaya guru-guru dapat mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran untuk tahun hadapan dengan membuat ABM yang sesuai dan menarik minat murid terutamanya untuk murid yang lemah. 12. Beliau juga meminta Panitia Matematik untuk mengemaskini fail yang berkaitan sebelum sesi persekolahan berakhir. Tindakan: Semua guru Matematik

V. PENUTUP 13. Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua AJK di atas segala kerjasama dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini. Beliau berharap semua guru dapat menjalankan tindakan susulan agar semua perancangan berjalan lancar. 14. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.05 petang.

Minit dicatat oleh:

Di semak oleh:

................................................... (PN. Nurlizana binti Hamdan) Setiausaha Panitia Matematik SK Jernang

.................................................. (En. Mohd Kairul Amri Bin Dolah) Ketua Panitia Matematik SK Jernang

Tarikh: 18 November 2013

Di sahkan oleh:

.......................................................... (En. Anuar Bin Kintan) Guru Besar SK Jernang

You might also like