You are on page 1of 13

KANAK-KANAK PEMULIHAN

Nama ahli kumpulan: Haziqah Mahirah bt Ruhizat Nurdeeyana Hasna bt Ahap Nuriati bt Sabu Nur Anisah bt Zahari Rabiatul Adawuia bt Mursidi

Asia and Pasific Programme of education Innovation for development (1987)

Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pasific Programme of education Innovation for development (1987) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sasaran pengajaran pemulihan ialah : Those that are categorised as having learning problems generally display a disability in areas such as reading, spoken or written language, mathematics and in skills related to perceptual processes in learning. Due to their shortcomings in one or more of the areas, some children find learning a difficult task.

Menurut Brennan (1974), Murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat. Manakala Pusat Perkembangan Kurikulum (1984)

Murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Menurut Koh Boh Boon (1984),

Mentakrifkan murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti
kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan menderita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu.

Menurut Johnson (1963)

Mendefinisikan kumpulan murid lambat sebagai murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang sedarjah dengannya.

Menurut Benner (1974)

Mendefinisikan murid lembam sebagai murid-murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak dapat dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan.

KESIMPULAN
Kesimpulan, murid pendidikan pemulihan ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan di bawah sederhana atau rencatan yang ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitankesulitan am atau tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa. Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis atau mengira.

PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGENALAN
Program Pemulihan Khas dilaksanakan oleh (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pada tahun 1983, Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang memberi fokus kepada masalah menguasai kemahiran asas. Usaha bagi menangani masalah tersebut dijalankan menerusi Program Pemulihan Khas yang diwujudkan di setiap sekolah rendah.

DEFINISI PROGRAM PEMULIHAN KHAS


Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus dan diruang yang khusus.

MURID PEMULIHAN KHAS


Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

MATLAMAT
Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini murid dapat: 1. Menguasai kemahiran asas 3M 2. Meneruskan pembelajaran di kelas biasa 3. Membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran

TINDAKAN SUSULAN
Murid-murid yang telah mengikuti Kelas Pemulihan Khas dan berjaya mengatasi masalah dalam mana-mana kemahiran adalah layak dikembalikan ke kelas biasa. Walaupun demikian, guru pemulihan khas dan guru biasa akan sentiasa mengikuti perkembangan murid tersebut dengan memberi bantuan agar tidak terus terbiar dan boleh mengikuti pembelajaran di kelas biasa.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS


Emosi dan tingkahlaku

Sosial

Perasaan risau dan rendah diri Perasaan sedih atau hiba atau duka Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran Perasaan takut akan perkara-perkara baru Tidak bersedia mematuhi peraturan

Gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawankawan Banyak perangai ganjil seperti menghisap dan menggigit jari Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN KHAS


Kesihatan
Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan Pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang Tumpuan perhatian terhad Lemah gerak motorkasar dan halus Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit

Kesediaan belajar
Kurang bersedia untuk belajar Perbendaharaan kata kurang Lemah permahaman Kurang keyakinan diri

Pengamatan

Tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan turutan Lemah pendengaran bunyi Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah Lambat mengkelaskan benda Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru

Tidak dapat menyelesaikan masalah Sukar membuat kenyataan am Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang Tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif Lemah pergerakan dan perbuatan Lemah daya pemikiran Tidak boleh mengingat kembali

You might also like