You are on page 1of 12

Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Pengenalan Pengurusan kelas yang mesra Budaya penting supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid.

Pengurusan Bilik Darjah

Mesra Budaya

Persekitaran Fizikal

Persekitaran Sosio-emosi
Pengurusan P&P Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

Perhubungan Kelompok Etnik

Pedagogi Kelas Bercantum

Sosiolinguistik

Penilaian Berasaskan Budaya

Pengurusan Persekitaran Fizikal


Pengurusan bilik darjah bermaksud satu proses

mendapatkan penyertaan dan kerjasama ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Ini termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat mencapai objektif ke arah pembinaan Modal Insan yang menjurus kepada pembinaan JERIS.

Guru

seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Lemlech (1988), menjelaskan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan.

Marzano

(2003), menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan persekitaran fizikal efektif bagi membantu perkembangan murid.

Kemudahan asas dalam bilik darjah mestilah

mencukupi serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru telah berjaya membentuk Budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan.

Pengurusan

fizikal bilik darjah bolehlah dirumuskan meliputi aspek keselamatan termasuklah menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah. Peraturan diwujudkan berpandukan Pekeliling dan Peraturan Sekolah. Antaranya mencakupi amalan menepati masa, amanah, rasa tanggungjawab, menjaga kebersihan, hormatmenghormati, bertolak ansur dan bekerjasama.

Ruang dan pergerakan harus diurus supaya lebih

fleksibel. Penyediaan ruang yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada murid ketika belajar. Aspek pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan murid juga akan mendorong murid untuk memberikan tumpuan kepada proses P&P.

Pengurusan Persekitaran SosioEmosi


Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan

menjadi perangsang dan membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfork (1990), motivasi dan kuasa dalaman akan mengawal tingkah-laku murid. Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran, dll. Peneguhan Positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid.

Emosi murid yang stabil membolehkan murid

mengikut aliran semasa tanpa kehilangan identiti. Murid yang mempunyai emosi yang stabil mempunyai minat yang mendalam, suka berjenaka, disenangi kawan, boleh menerima demokrasi secara terbuka, suka berjenaka serta menanggung konflik yang berlaku dalam bilik darjah. Emosi murid perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada dalam kelas.

Hubungan Positif antara guru dan murid haruslah

dibina terlebih dahulu. Guru mestilah mengamalkan kepimpinan Demokrasi serta mengambil berat tentang fisiologi dan akademik murid. Murid mestilah diberi peluang untuk bersosial sesama mereka dalam aktiviti P&P. Dengan cara ini, mereka akan dapat memahami emosi rakan sebaya dan mengenali perasaan orang lain.

Perkembangan

kemahiran menyelesaikan masalah mengembangkan Nilai Kendiri (SelfEsteem) dan perasaan hormat-menghormati di kalangan kanak-kanak. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan diri, inisiatif persefahaman antara mereka perlu diperkembang bila mereka sendiri digalakkan membuat keputusan.

You might also like