You are on page 1of 34

941120-02-5793 PENGENALAN Menurut kamus dewan edisi keempat, halaman 1130, pengorganisasian membawa maksud perihal atau proses

mengorganisasi sesuatu seperti institusi itu yang menitikberatkan ilmu. Manakala berdasarkan buku rujukan Longman penggal 2 pula memberi takrifan bahawa pengorganisasian merupakan proses menyusun dan mengagihkan sumber lain untuk melaksanakan tugas agar matlamat sesebuah organisasi yang ditetapkan dapat dicapai dengan cekap, sistematik, dan berkesan. Penyelidik telah memilih organisasi di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu sebagai kajian yang bertajuk sistem pengorganisasian dan gaya kepimpinan yang diamalkan dalam pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Organisasi ini dipilih adalah untuk mengkaji reka bentuk organisasi, proses pengorganisasian, menganalisis konsep

pengorganisasian yang digunakan dan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan yang dipraktikan oleh pihak pengurusan atasan dalam pentadbiran sekolah. Seperti yang sedia maklum, setiap organisasi yang telah ditubuhkan mempunyai beberapa elemen dan perkara yang signifikan dan perlu diambil kira dalam aspek pengurusan. Oleh hal yang demikian, perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan sangat penting dalam memastikan segala matlamat dan objektif yang dirangka tercapai. Mengikut pandangan Mintzberg mengatakan bahawa setiap organisasi mesti mempunyai lima komponen asas iaitu manusia, matlamat, penstrukturan organisasi, aktiviti organisasi dan pengawalan yang dijalankan dalam organisasi. Oleh sebab itu, pengkaji telah berminat untuk mengkaji sistem pengorganisasian dan gaya kepimpinan yang diamalkan di dalam pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Oleh itu, pelbagai kaedah kajian telah digunakan oleh penyelidik iaitu kaedah pemerhatian, soal selidik, dan rujukan bagi mendapat maklumat yang lebih terperinci. Pendekatan ini telah berjaya dilaksanakan dan penyelidik telah berjaya mengenal pasti segala kemusykilan dan berjaya mencapai objektif kajian iaitu untuk mengkaji sistem organisasi dan gaya kepimpinan yang diamalkan di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu.

941120-02-5793 OBJEKTIF KAJIAN Terdapat empat objektif kajian dalam menjalankan kajian ini dan kajian ini dibuat berlandaskan kepada objektif yang berikut : 1. Mengkaji reka bentuk organisasi yang digunakan oleh Sekolah KebangsaanTaman Bersatu. 2. Mengelaskan proses pengorganisasian yang diamalkan oleh pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. 3. Menganalisis konsep pengorganisasian yang digunakan di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. 4. Mengenalpasti gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh pihak atasan dalam organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu.

941120-02-5793 LATAR BELAKANG / LOKASI KAJIAN Lokasi merupakan perkara paling dominan dalam menjalankan sesuatu kajian untuk mendapatkan maklumat yang lebih menyeluruh dalam dapatan kajian. Oleh itu, penyelidik telah memilih lokasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu yang terletak di kawasan Kuala Kedah dan berada di daerah Kota Setar, jalan Kuala Kedah sebagai kawasan fokus untuk menjalankan kajian dan penyelidikan. Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu mula dibuka pada tahun 2004 iaitu pada 1 Mac 2004. Sekolah yang dibina secara Design and Build ini telah meletakkan nama Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu merupakan sebuah sekolah yang tercanggih dalam negeri Kedah pada ketika itu. Sekolah ini mempunyai reka bentuk bangunan yang canggih dan tersergam indah, bermula dengan 12 bilik darjah dan 6 bilik khas. Dengan keluasan 8.05 ekar, sekolah ini turut mempunyai sebuah bangunan surau, bangunan Prasekolah, Dewan Besar dan Kuarters Guru berkonsep apartment yang mempunyai 16 unit rumah. Pada awal pembukaannya, sekolah ini hanya mempunyai 300 orang murid yang ditempatkan dalam 10 bilik darjah dari tahun 1 hingga tahun 5. Bilangan guru pula pada masa itu ialah seramai 23 orang dan kakitangan sokongan seramai 2 orang. Kebanyakan murid adalah dari Taman Bersatu dan kawasan perumahan yang berdekatan dan juga kawasan tepi laut. Pada 2 Januari 2005, kelas Pendidikan Bermasalah Pembelajaran telah dibuka dengan kekuatan 2 orang guru dan 6 orang murid. Pada awal tahun 2009, kerja baikpulih secara besar-besaran telah diljalankan memandangkan sekolah ini didapati mendap dengan begitu teruk. Pada akhir tahun 2010, kerja-kerja baikpulih telah siap sepenuhnya. Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan yang telah dijalankan mendapati bilangan murid terkini ialah seramai 628 orang dengan tenaga pengajar seramai 48 orang guru, 4 orang pembantu pengurusan murid dan 6 orang staf sokongan. Seterusnya, Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu merupakan lokasi yang sangat strategik kerana organisasi ini terletak berhampiran dengan Bandar Alor Setar dan hanya mengambil jarak sebanyak 8 kilometer sahaja untuk sampai ke Bandar Alor Setar malahan berada di kawasan perumahan yang padat dan kawasan sekolah ini juga bersebelahan dengan pantai Kuala Kedah.
3

941120-02-5793 Hal ini akan memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Taman Bersatu dan kawasan berhampiran untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar. Selain itu, di lokasi kajian ini juga terdapat pelbagai kemudahan insfrastruktur. Antaranya, jalan raya, bas, kemudahan internet, premis perniagaan, masjid, stesen minyak dan sebagainya. Dengan adanya kemudahan ini, akan memudahkan dan menarik minat penduduk untuk memilih sekolah Kebangsaan Taman Bersatu sebagai tempat anak-anak mereka menuntut ilmu. Jika dilihat dari kedudukan sekolah ini, sekolah ini berada di dalam kawasan perumahan Taman Bersatu. Taman bersatu pula berada di jalan Kuala Kedah poskod 06600. Walaupun lokasi sekolah ini agak berada di kawasan pedalaman, tetapi sekolah ini juga dikenali oleh semua orang umum. Jika sesiapa yang hendak datang ke Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, seseorang itu perlulah mencari dan berada di Jalan Kuala Kedah kerana jalan Kuala Kedah merupakan jalan utama untuk sampai ke sekolah ini. Di jalan Kuala Kedah, mempunyai satu simpang lampu isyarat yang dikenali lampu isyarat Batas paip yang bersebelahan dengan kilang Bernas dan kompleks perniagaan Nakhoda. Seterusnya belok ke kiri sehingga jumpa stesen minyak Petronas yang berada di sebelah kanan dan seterusnya belok ke kanan kerana selepas stesen minyak itu akan mempunyai satu simpang yang tertera tulisan Taman Bersatu dan hanya perlu mengikuti jalan yang lurus untuk sampai di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Kini, simpang di hadapan Taman Bersatu sedang ditransformasikan dengan pembinaan jalan dan pemasangan lampu isyarat baru. Hal ini kerana, Taman Bersatu kini sudah mempunyai 4 fasa, malahan di dalam Taman Bersatu pula mempunyai sebuah masjid dan sekolah. Pintu masuk ke Taman Bersatu juga turut dikongsi oleh Taman Selat yang turut berada di dalam Taman Bersatu.

941120-02-5793 KAEDAH KAJIAN Semasa menjalankan kajian, beberapa kaedah telah diaplikasikan dalam melengkapkan tugasan dan penyelidikan. Seperti kaedah soal selidik, pemerhatian, dan rujukan. SOAL SELIDIK Kaedah soal selidik ini merupakan satu kaedah yang paling utama dalam mengumpulkan maklumat dan data primer mengenai kajian yang lebih sahih berdasarkan soalan-soalan yang disoal di dalam borang soal selidik. Oleh sebab itu, penyelidik telah menggunakan kaedah ini bagi membantu memperoleh sumber primer dalam organisasi pengurusan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Borang soal selidik ini telah diberikan kepada 14 orang responden yang merupakan guru-guru yang berkhidmat di sekolah itu. Kertas soal selidik yang disediakan mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A menyoalkan mengenai demografi responden dan bahagian B pula terdiri daripada 8 soalan yang menyoalkan tentang keseluruhan kajian. Borang ini berbentuk tertutup bagi mendapat maklum balas yang tepat dan mudah diproses semasa dianalisa. PEMERHATIAN Satu lagi kaedah yang dapat menyumbang kepada sumber primer dalam kajian ialah kaedah pemerhatian. Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang dapat membantu mendapatkan maklumat primer selain daripada kaedah soal selidik dan kaedah temu bual. Melalui kaedah ini, penyelidik memerlukan masa untuk menjalankan pemerhatian di kawasan kajian iaitu di kawasan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Penyelidik akan memerhati dengan sendiri keadaan kawasan kajian tersebut dan membolehkan penyelidik lebih memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden.

941120-02-5793 RUJUKAN Kaedah ini digunakan bagi mencari maklumat berkaitan dengan tajuk kajian yang telah penyelidik lakukan. Rujukan yang diperoleh adalah dari pelbagai sumber bertulis seperti bahan dari buku rujukan, bahan-bahan bertulis mengenai organisasi kajian, internet dan kamus dewan untuk mencari makna dan maklumat tentang sesuatu perkara yang diinginkan oleh penyelidik. Kaedah ini merupakan kaedah sekunder iaitu kaedah yang sudah bahannya sudah tersedia ada untuk dikaji.

DAPATAN KAJIAN REKA BENTUK ORGANISASI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BERSATU.


GURU BESAR

PENOLONG KANAN 1 GURU KAUNSELING AHLI JAWATANKUASA

PEND. KHAS

PEPERIKSAAN

JADUAL WAKTU

PRA - SEKOLAH

JABATAN HEM PENGURUSAN DISIPLIN / PENGAWAS KAUNSELING SPBT / BOSS KECICIRAN MURID KESIHATAN / KESELAMATAN / KEBERSIHAN KWAMP SUSU SEKOLAH KANTIN PPDA/JENAYAH SURAU PELANCONGAN

JABATAN PANITIA BAHASA MELAYU

JABATAN KOKURIKULUM UNIT UNIFORM

BAHASA INGGERIS KELAB / PERSATUAN MATEMATIK SAINS PJK PSV KEMAHIRAN HIDUP PENDIDIKAN ISLAM MUZIK BAHASA CINA KAJIAN TEMPATAN SIVIK PENDIDIKAN MORAL 7 SUKAN / PERMAINAN

941120-02-5793 Reka bentuk pengorganisasian menjelaskan tugas-tugas setiap individu dalam organisasi, mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab terhadap siapa dan membentuk saluran komunikasi. Struktur organisasi ialah satu sistem atau jaringan formal tentang perkaitan dan perhubungan antara tugas dan aktiviti yang berlainan. Struktur organisasi juga menjelaskan bagaimana penyelarasan dapat dilakukan untuk mencapai objektif organisasi. Kajian mendapati bahawa, organisasi di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu menggunakan reka bentuk pengorganisasian berbentuk divisyen atau jabatan. Hal ini telah dijelaskan melalui carta organisasi pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu seperti diatas. Pengorganisasian ini terbahagi kepada 7 divisyen atau jabatan iaitu jabatan Hal Ehwal Murid (HEM), jabatan Kokurikulum, jabatan Pendidikan Khas, jabatan Ketua Panitia, jabatan Peperiksaan, jabatan Jadual waktu, dan jabatan Pra-Sekolah. Di jabatan HEM, terbahagi pula kepada 11 bahagian yang terdiri daripada jabatan disiplin, jabatan bimbingan kaunseling, jabatan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), jabatan keciciran murid, jabatan kesihatan / keselamatan / kebersihan, jabatan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), jabatan program susu sekolah, jabatan pengurusan kantin / RMT, jabatan PPDA / jenayah, jabatan surau dan jabatan pelancongan. Setiap bahagian yang berada di bawah pentadbiran jabatan HEM mempunyai tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh pekerja-pekerja bawahan di jabatan HEM Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu bagi mencapai objektif jabatan iaitu untuk meningkatkan tahap disiplin dan melahirkan murid yang tidak tercicir dan peribadi mulia. Seterusnya, jabatan kokurikulum pula terbahagi kepada 3 jabatan iaitu jabatan unit uniform, jabatan persatuan dan kelab dan jabatan sukan dan permainan. Ketiga-tiga jabatan yang berada di bawah jabatan kokurikulum berperanan untuk melahirkan murid yang mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelektual dan mencapai matlamat sekolah untuk melahirkan murid yang berketerampilan dalam kokurikulum.

941120-02-5793 Jabatan pendidikan khas merupakan salah satu jabatan yang mempunyai organisasi yang terkecil dalam pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Seterusnya, jabatan ketua panitia. Jabatan ketua panitia merupakan unit organisasi yang paling besar dalam organisasi pentadbiran di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Dalam jabatan ini, terdapat 13 jabatan kecil yang terkandung di bawah jabatan panitia seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), Pendidikan Seni Visual (PSV), Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Muzik, Kajian Tempatan, Bahasa Cina, Sivik Kewarganegaraan, dan Pendidikan Moral. Kesemua unit kecil diatas berperanan dalam menyediakan wahana pembelajaran kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu dan berusaha untuk mencapai usaha dalam meningkatkan kecermerlangan melalui sistem pelajaran dan pembelajaran yang sempurna dan berkesan. Selain itu, jabatan penilaian peperiksaan juga merupakan satu jabatan kecil dalam organisasi pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Jabatan ini mempunyai tugas dalam bidang yang berkaitan dengan peperiksaan dan ujian bulanan sekolah tidak termasuk dengan peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Unit ini juga berperanan dalam menyediakan bahan-bahan peperiksaan seperti menyediakan kertas soalan peperiksaan dan skema jawapan peperiksaan sekolah. Setelah dikaji, jabatan ini bermatlamat untuk melahirkan murid yang sentiasa bersedia dan yakin untuk menghadapi peperiksaan awam seperti UPSR dengan lebih yakin dan mempunyai pengalaman yang luas untuk menjawab jenis-jenis soalan peperiksaan. Di samping itu, jabatan jadual waktu pula memainkan peranan dalam menyediakan jadual waktu pembelajaran kepada guru dan juga murid sekolah. Jabatan jadual waktu tidak mempunyai jabatan-jabatan kecil yang lain dibawahnya kerana jabatan ini hanya memerlukan staf yang sedikit sahaja. Jabatan ini sebenarnya diorganisasi oleh pihak pengurusan atasan seperti dipengerusi oleh Guru Besar diikuti oleh Penolong Kanan 1 dan ahli-ahlinya iaitu Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum. Ia berperanan dalam membina jadual pembelajaran yang lebih kondusif dan sistematik seperti jadual waktu di setiap kelas dan jadual-jadual peperiksaan sekolah.

941120-02-5793 Akhir sekali iaitu jabatan penyelaras Pra-Sekolah. Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu mempunyai Pra-Sekolah yang menempatkan murid yang berumur 5 hingga 6 tahun. Jabatan ini mempunyai tanggungjawab dalam mendidik murid-murid yang berumur 6 tahun dalam bersedia untuk berhadapan dengan pembelajaran di tahun 1 nanti apabila mencapai umur 7 tahun. Sebenarnya, terdapat beberapa kebaikan dengan menggunakan struktur organisasi mengikut divisyen. Struktur organisasi mengikut divisyen ini sesuai digunakan untuk organisasi yang menghadapi perubahan persekitaran yang pantas. Misalnya, persekitaran sekolah yang sentiasa berubah seperti dengan kemasukkan guru besar baharu yang sentiasa mengamalkan sistem pentadbiran baharu. Malahan, struktur berbentuk divisyen ini juga dapat menyesuaikan permintaan dan kehendak seseorang dan mempunyai tanggungjawab yang jelas bagi setiap jabatan bahkan memudahkan pembangunan kerjaya dalam setiap fungsi.

10

941120-02-5793 PROSES PENGORGANISASIAN Proses pengorganisasian merujuk kepada proses pengumpulan dan pengelompokan sumber manusia dan aktiviti yang sepadan dan logik dalam unit kerja untuk mencapai objektif organisasi. Pengorganisasian juga penting kerana ini dapat membantu pihak pengurusan atasan mengawal dan berkomunikasi secara berkesan dengan staf bawahan. Dengan kata lain, melalui proses pengorganisasian, penyelarasan antara aktiviti dalam satusatu unit atau jabatan dapat dilakukan dengan berkesan dan prosesnya hanya melibatkan 5 langkah yang asas seperti berikut :-

PENENTUAN OBJEKTIF

PENGENALPASTIAN AKTIVITI

PENGELASAN AKTIVITI

PENGELOMPOKAN AKTIVITI

PENGAGIHAN TUGAS, AUTORITI, DAN TANGGUNGJAWAB

11

941120-02-5793 PENENTUAN OBJEKTIF Perkara yang paling utama dalam proses pengorganisasian ialah penentuan objektif organisasi. Penentuan objektif merupakan proses yang paling awal yang perlu dilakukan pengurus atasan bagi mengenal pasti objektif organisasi setiap jabatan dalam organisasi. Objektif dan matlamat ditetapkan berdasarkan kemampuan dan kebolehan pekerja dalam setiap jabatan atau unit untuk mencapai objektif tersebut. Misalnya, Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu mempunyai visi dan misinya yang tersendiri dan visinya adalah untuk menjadikan sekolah unggul penjana generasi terbilang. Misinya pula iaitu, untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti. Bukan itu sahaja, Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu juga turut mempunyai slogan iaitu SKTB mengorak kecemerlangan dan mempunyai matlamat bagi merealisasikan visi dan misi sekolah. Matlamat Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu ialah, untuk memastikan semua murid mempunyai daya saing yang tinggi dalam akademik dan kokurikulum serta akhlak yang terpuji berlandaskan 5 prinsip berikut iaitu pertama, berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan dalam semua bidang. Kedua, berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik melalui proses pembelajaran dan pelajaran yang berkesan. Seterusnya, melahirkan murid yang berketerampilan dalam kokurikulum dan meningkatkan tahap disiplin dan melahirkan murid yang berperibadi mulia. Akhir sekali, muwujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif. Oleh hal yang demikian, pihak pengurus atasan organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu telah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan organisasi.

12

941120-02-5793 PENGENALPASTIAN AKTIVITI Setelah objektif dan matlamat sudah ditetapkan dalam organisasi, pengurusan atasan akan mengenal pasti secara lebih terperinci tentang aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan dalam usaha mencapai objektif yang ditetapkan. Pengenalpastian aktiviti sangat signifikan kerana kaedah ini dapat mendukung fungsi dan matlamat hala tuju jabatan. Hal ini termasuk menyenaraikan dan membahagikan aktiviti utama dan sampingan seperti, organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu telah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pekerja-pekerjanya. Perkara ini dilakukan dengan menyenaraikan dan membahagikan aktiviti kepada semua jabatan yang terdapat dalam organisasi supaya objektif utama sekolah dapat dicapai. Misalnya, bagi mencapai visi dan misi sekolah iaitu Sekolah unggul penjana generasi terbilang, pengurus atasan iaitu Guru Besar sekolah telah menggariskan beberapa aktiviti seperti berusaha dalam menyediakan kemudahan yang selengkapnya di sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif supaya dapat menjadi sekolah yang unggul dalam semua bidang pendidikan sekaligus dapat melahirkan generasi yang berkebolehan dan terbilang disusuli aktiviti-aktiviti lain yang juga dapat membantu dalam mencapai visi, misi dan matlamat organisasi sekolah. Contoh aktiviti yang digariskan seperti :a) Merangka jadual pemantauan kerja bertulis murid. Kaedah ini bertujuan untuk memantau perkembangan pelajar melalui buku latihan, nota, lembaran kerja dan sebagainya. b) Mengariskan aktiviti atau program pemantauan prestasi murid. Cara ini bertujuan untuk memastikan murid sentiasa mempunyai prestasi yang baik dalam pelbagai aspek. c) Membuat jadual pemantauan pengurusan bilik darjah. Hal ini kerana, melalui kaedah ini, pihak pengurusan sekolah dapat mengenal pasti kemudahan di setiap bilik darjah sama ada baik ataupun kurang memuaskan supaya persekitaran yang lebih kondusif dapat dicipta di dalam bilik darjah. d) Mengadakan seminar dan teknik menjawab soalan bagi mempertingkatkan lagi peratusan akademik sekolah. e) Program-program sukan seperti kejohanan sukan sekolah, merentas desa, dan melibatkan diri ke peringkat lebih tinggi.
13

941120-02-5793 PENGELASAN AKTIVITI Pengelasan aktiviti merujuk kepada kerja menyusun aktiviti mengikut kemahiran dan kecekapan pekerja atau kriteria tertentu. Kesemua aktiviti yang telah dikenal pasti akan dikelaskan dan disusun mengikut kemahiran dan kecekapan pada kriteria-kriteria tertentu. Dalam sesebuah organisasi, pelbagai aktiviti perlu dilakukan untuk mencapai objektif. Oleh itu, penyelidik telah mendapati bahawa organisasi di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu telah menyediakan piagam pelanggan yang perlu dipatuhi dan segala tugasan yang hendak dilakukan mestilah berlandaskan piagam pelanggan dan objektif sekolah supaya tidak terpesong dengan apa yang dimatlamatkan. Oleh sebab itu, segala aktiviti yang dirancang dan digariskan bagi mencapai matlamat akan dikelaskan mengikut kemahiran dan kepentingan yang terdapat di setiap jabatan. Contohnya, objektif dan matlamat Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu adalah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti. Jadi, bagi memastikan segala pendidikan disampaikan berkualiti, tanggungjawab ini telah dikesan dan akan dikelaskan kepada jabatan ketua panitia bagi setiap mata pelajaran di sekolah tersebut. PENGELOMPOKAN AKTIVITI Pengelompokan aktiviti merujuk kepada proses mengumpul aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian tertentu. Contohnya, matlamat utama organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu adalah untuk menyeimbangkan akademik dan kokurikulum, oleh itu, aktiviti yang sepadan dari segi fungsi akan dikelompokan untuk membentuk satu bahagian kerja formal. Setiap unit akan bertanggungjawab terhadap aktiviti yang dikelaskan dan dikelompokan. Misalnya, jabatan kokurikulum. Pihak pengurusan atasan organisasi iaitu Guru Besar dan Penolong Kanan 1 sekolah telah mengelompokan beberapa aktiviti yang berkaitan sukan dan aktiviti di luar bilik darjah seperti aktiviti latihan rumah sukan dan kawad kaki sebelum kejohanan sukan sekolah tiba. Oleh itu, pihak pengurus atasan telah mengenal pasti aktiviti itu sememangnya sesuai kepada jabatan kokurikulum dan juga sesuai dengan fungsi jabatan kokurikulum.

14

941120-02-5793 PENGAGIHAN TUGAS, AUTORITI, DAN TANGGUNGJAWAB Setelah mengenal pasti pengelompokan aktiviti, proses terakhir dalam proses pengorganisasian iaitu pengagihan tugas, autoriti dan tanggungjawab. Oleh itu, pihak pengurusan atasan akan mengagihkan tugas-tugas kepada ketua-ketua jabatan dan memberi penerangan yang terperinci di setiap jabatan tersebut tentang sasaran yang perlu dicapai oleh setiap jabatan terhadap tugas yang telah diberikan. Oleh hal yang demikian, ketua di setiap jabatan pula perlulah memainkan peranan yang sangat penting dalam mengatur strategi jabatan dan akan mengagihkan pula tugas kepada pekerja bawahan mengikut kemahiran yang dimiliki dan juga fungsi supaya segala matlamat yang ditetapkan dapat dicapai. Sebagai contoh, pihak atasan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu telah meletakkan sasaran mendapat peratusan 90 % keatas bagi mata pelajaran bahasa Melayu pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2013. Oleh sebab itu, pengerusi panitia bahasa Melayu iaitu Pn. Noor Aziroh Bt Mohd Tajuddin telah mengagihkan tugas-tugas kecil yang perlu dilaksanankan kepada pekerja bawahannya. Sehubungan itu, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan seperti mengadakan seminar dan teknik menjawab kertas bahasa Melayu kepada murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Untuk itu, jabatan panitia perlulah menyediakan perancangan dan menyediakan serta memantau segala rangancan yang akan dilakukan.

15

941120-02-5793 KONSEP PENGORGANISASIAN Terdapat pelbagai jenis konsep pengorganisasian yang diamalkan oleh organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu dan telah dikenal pasti iaitu :AUTORITI Autoriti ialah hak untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk menjalankan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Hak membuat keputusan ini ditentukan melalui struktur organisasi yang formal. Hal ini kerana, seseorang pengurus itu mempunyai kuasa autoriti disebabkan oleh kedudukkannya dalam struktur organisasi. Walau bagaimanapun, hak untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan tidak berada 100% kepada pengurus dan ianya tertakluk kepada ruang lingkup yang terhad. Contohnya, konsep pengorganisasian di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu menggunakan konsep autoriti formal dimana Guru Besar sebagai ketua dan hanya mampu memberikan arahan kepada pekerja bawahannya iaitu guru-guru di sekolah itu. Setiap arahan dan keputusan yang diarahkan guru besar bukanlah direka sendiri tetapi berlandaskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu iaitu Puan. Zaibaidahaini Binti Abdul Razak telah bertanggungjawab untuk menjalankan tugas dan memberi tahu pekerja bawahannya mengenai arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. TANGGUNGJAWAB Tanggungjawab bermaksud kewajipan dan amanah yang diberikan kepada seseorang pekerja disebabkan oleh kedudukan, fungsi atau kerjanya. Pendek kata, tanggungjawab boleh dirujuk sebagai satu kewajipan yang dikaitkan dengan satu-satu pekerjaan atau fungsi. Hal ini kerana, tanggungjawab akan wujud apabila seseorang itu menerima satu-satu tugasan atau pekerjaan daripada ketuanya atau pengurusnya. Sebagai contoh, penyelidik dapat melihat peranan guru di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu yang sentiasa bertanggungjawab. Sepanjang pemantauan yang telah dijalankan oleh penyelidik di kawasan kajian juga mendapati bahawa, guru-guru di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu mempunyai tanggungjawab yang tinggi setelah menerima arahan daripada Guru Besar. Antara tanggungjawab yang telah dipamerkan seperti bertanggungjawab mengajar anak muridnya mengikut kelas dan masa yang telah ditetapkan.
16

941120-02-5793 Selain itu, guru-guru di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu juga memainkan peranan dan tanggungjawab yang signifikan dalam pelbagai aspek bukan hanya mengajar sematamata. Antara tanggungjawab lain ialah semua guru di sekolah itu mempunyai tanggungjawab dalam merealisasikan visi, misi dan matlamat sekolah. Malahan, mereka juga sentiasa patuh akan arahan daripada guru besar dan laksanakan tugas seperti arahan Guru Besar kepada semua guru untuk menghadirkan diri dalam mesyuarat. Oleh itu, setiap guru mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi dengan mematuhi arahan tersebut dan menghadirkan diri dalam mesyuarat dalaman sekolah yang sentiasa diadakan 3 kali dalam seminggu iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Perkara itu sudah jelas menunjukkan tanggungjawab guruguru di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. AKAUNTIBILITI Maksud akauntibiliti ialah sikap bertanggungjawab seseorang kepada pihak yang terlibat tentang sebarang tindakan yang diambil dalam proses pelaksanaan tugasnya dan sedia untuk memberikan jawapan terhadap tindakannya kepada pihak yang berhak untuk mendapatkan penjelasan tersebut. Hal ini bermakna, akauntibiliti berkaitan dengan jangkaan bahawa seseorang individu tertentu boleh dipersalahkan atau diberikan penghargaan atas hasil kerja yang dicapai. Ringkasnya, seseorang pekerja itu bertanggungjawab penuh terhadap tugas yang dilaksanakannya tanpa meletakkan kesalahan itu kepada orang lain. Manakala, jika sesuatu tugas itu berhasil individu itu tidak akan menganggap bahawa kejayaan tersebut adalah hasil usahanya semata-mata. Konsep akauntibiliti ini sebenarnya sudah lama dipraktikan dalam kalangan guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu sejak sekolah ini dibuka lagi. Contohnya, penyelidik mendapati bahawa terdapat seorang guru bahasa Melayu di sekolah berkenaan pada tahun lepas gagal untuk memenuhi inspirasi sekolah untuk melihat pelajar kelasnya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Tetapi, guru tersebut tidak menyalahkan sesiapa dalam perkara ini dan menyalahi diri sendiri terhadap apa yang telah berlaku.

17

941120-02-5793 PEMENCARAN AUTORITI Pemencaran autoriti merujuk kepada proses membuat keputusan yang diagihkan ke semua peringkat organisasi. Pemencaran autoriti ini juga telah diamalkan di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Contohnya, terdapat sesetengah keputusan digubal oleh jabatan lain. Misalnya digubal oleh jabatan Kokurikulum bukannya daripada Guru Besar. Dalam konsep ini, Guru Besar hanya berperanan dalam menyetujui sahaja terhadap apa yang telah dirancang oleh jabatan kokurikulum seperti perkara yang berkaitan dengan sukan sekolah. Pemencaran autoriti ini membolehkan bidang-bidang kuasa lain membuat keputusan sendiri. Melalui cara ini, pihak sekolah berjaya mendapat hasil keputusan yang pelbagai mengikut bidang atau jabatan di sekolah dan boleh memilih mana-mana keputusan yang lebih baik untuk dilaksanakan. Terdapat juga faktor yang mempengaruhi tahap pemencaran autoriti iaitu beban tugas pengurus. Hal ini kerana, jika beban pengurus adalah banyak, maka organisasi juga boleh menilai tahap kemampuan dan kebolehan pekerja-pekerjanya. Sekiranya pekerjapekerja dianggap berkemahiran tentang kerja yang dilakukan, maka kuasa boleh diagihkan kepada mereka untuk membuat keputusan sendiri. Dalam pada itu, terdapat juga beberapa kelebihan menggunakan pemencaran autoriti iaitu dapat mengurangkan beban kerja. Perkara ini dapat disimpulkan bahawa beban kerja pihak pembuat keputusan dapat dikurangkan kerana mendapat bantuan daripada pekerja bawahannya. Dengan cara ini, pengurus atasan iaitu Guru Besar sekolah dapat memberikan tumpuan pada pencapaian strategi organisasi. Di samping itu, kelancaran kerja juga dapat diwujudkan. Hal ini kerana, kehilangan masa bekerja dan kelewatan kerja dapa dielakkan kerana pembuatan keputusan tidak perlu datang daripada pihak atasan. Malahan, pekerja terlatih juga dapat dilahirkan kerana pengurusi bawahan di setiap jabatan di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu akan mendapat pengalaman dalam membuat keputusan. Kemahiran membuat keputusan ini sangat penting sekiranya seseorang guru itu dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi kelak. Bukan itu sahaja, antara kelebihan lain ialah, akan mendapat satu kepuasan dan motivasi pekerja. Hal ini kerana, kepuasan kerja dapat dipertingkatkan kerana pekerja dan pengurus bawahan diberi peluang untuk merangka keputusan sendiri terutama jika keputusan tersebut diterima oleh pihak atasan. Oleh itu, jabatan bawahan ini akan lebih berasa dihargai melalui peluang yang telah diberikan.
18

941120-02-5793 Misalnya, jabatan HEM Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu telah diberi peluang untuk menetapkan keputusan dan strategi yang tersendiri dalam meningkatkan tahap disiplin murid tanpa campur tangan daripada Guru Besar sekolah. Pada pemerhatian penyelidik telah mendapati dengan berbuat demikian ini akan dapat mewujudkan suasana kerja yang lebih berkesan kerana jabatan HEM biasanya mempunyai lebih banyak maklumat yang lebih terperinci tentang displin pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Cara ini juga membolehkan jabatan HEM membuat keputusan dengan lebih berkesan dalam memantapkan lagi disiplin murid supaya dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar iaitu untuk melihat tahap disiplin murid Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu berada pada tahap 1.60 % pada tahun 2013. PENUGASAN Penugasan ialah suatu proses dengan pengurus memberikan hak kepada staf bawahan untuk membuat keputusan dan bertindak dalam bidang tertentu. Setiap pengurus sememangnya wajar melaksanakan konsep penugasan seperti ini di dalam organisasi supaya dapat mengelakkan mana-mana individu dalam organisasi memikul tanggungjawab yang terlalu berat dan membebankan. Contohnya, penyelidik mendapati bahawa organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu iaitu ketua di setiap jabatan telah melaksanakan penugasan autoriti kepada pekerja bawahannya dengan memilih pekerja yang berkebolehan untuk memegang tugas yang diberikan. Malahan, berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan, lebih 90% bersetuju terhadap tugas yang telah diberikan oleh pihak pengurusan atasan dan berpuas hati dengan tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan kepada mereka. Maka jelaslah bahawa konsep penugasan sudah digunakan di dalam struktur organisasi pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu.

19

941120-02-5793 AUTORITI LINI Autoriti lini ialah hak yang ada pada seseorang pengurus untuk membuat keputusan yang melibatkan aktiviti utama bagi pencapaian matlamat organisasi secara langsung. Autoriti lini juga dimiliki oleh pengurus yang mempunyai hak untuk mengarah dan mengawal aktiviti staf bawahannya untuk melakukan tugas seperti yang diarahkan. Autoriti lini juga mengalir dari atas ke bawah organisasi melalui rantaian arahan utama seperti yang ditunjukkan dalam carta organisasi. Penyelidik juga telah mengenal pasti bahawa autoriti lini ini telah dipraktikkan dalam organisasi pentadbiran di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu iaitu Guru Besar berkuasa dalam memberi arahan kepada jabatan bawahannya dalam melaksanakan sesuatu dasar sekolah untuk mencapai matlamat, visi dan misi sekolah. Akan tetapi, berdasarkan kajian soal selidik juga mendapati walaupun arahan datangnya daripada Guru Besar tetapi setiap arahan atau keputusan yang dirangka akan mendapat pandangan dan berbincang terlebih dahulu dalam mesyuarat mingguan guru-guru sebelum diwartakan sebagai arahan kepada semua jabatan dan setelah semua menyetujui arahan itu, maka arahan atau keputusan itu wajib dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap jabatan. JANGKAUAN KAWALAN Jangkauan kawalan merujuk kepada bilangan staf bawahan yang melaporkan terus kepada seseorang pengurus atau penyelia. Bilangan staf bawahan yang diselia oleh seseorang penyelia atau pengurus mempunyai bilangan yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain mengikut dan bergantung kepada fungsi di sesebuah jabatan. Terdapat dua jenis jangkauan kawalan iaitu jangkauan kawalan luas dan jangkauan kawalan sempit. Jangkauan kawalan luas ialah bilangan pekerja yang banyak dan diletakkan di bawah seorang ketua. Contohnya, jabatan HEM dan jabatan ketua panitia Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu merupakan jabatan yang mempunyai konsep jangkauan kawalan luas dimana banyak bilangan subordinat untuk diselia dan dipertanggungjawab kepada pengurus dan kepada pekerja di bawahnya. Namun, jabatan lain kebanyakkannya merupakan jangkauan kawalan sempit dimana seseorang pengurus akan mengawal bilangan staf yang sedikit dan sederhana.

20

941120-02-5793 RANTAIAN ARAHAN Rantaian arahan ini pula merujuk kepada hubungan langsung antara ketua dengan pekerja dari segi sistem pelaporan dalam sesebuah organisasi. Rantaian arahan menunjukkan garisan autoriti yang tidak terputus-putus yang menyambungkan setiap individu dengan pihak pengurusan atasan melalui jawatan di setiap tahap pengurusan. Ringkasnya, rantaian ini juga merujuk kepada sesuatu rancangan tentang siapa yang patut melaporkan kepada siapa. Untuk melihat lebih mudah boleh juga merujuk pada carta organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, rantaian arahan berlaku mengikut anak panah seperi dibawah :GURU BESAR

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN GURU KAUNSELING

AHLI JAWATANKUASA GURU-GURU

Menurut Henri Fayol, semakin jelas rantaian arahan, maka semakin berkesan proses membuat keputusan dan kecekapan. Hal ini kerana, individu mengetahui siapa yang berhak membuat keputusan dan membuat tindakan serta siapakah yang perlu melaksanakan arahan berkenaan. Sebagai contoh, organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu mempunyai rantaian arahan yang jelas iaitu setiap jabatan atau guru-guru mempunyai rantaian arahan yang tidak terputus dari guru besar ke setiap jabatan bawahan di sekolah tersebut. Oleh itu, segala arahan daripada guru besar akan mudah diterima oleh guru-guru bawahan terhadap sesuatu perkara.

21

941120-02-5793 JENIS KUASA PEMIMPIN KUASA SAH. Kuasa sah merujuk kepada yang ada pada seseorang pemimpin disebabkan oleh jawatan yang sah yang disandangnya dalam organisasi. Sebagai contoh, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu mempunyai kuasa sah terhadap semua kakitangan dalam semua jabatan dan organisasi di dalam pentadbiran sekolah kerana beliau mempunyai kuasa sah yang tertinggi dalam organisasi. Malahan, kuasa ini mestilah tidak salah diguna pakai kerana kuasa sah Guru Besar ini sebenarnya terletak pada Kementerian Pelajaran Negeri Kedah. Segala peratusan dan undang-undang Kementerian perlulah dipatuhi sepenuhnya oleh Guru Besar. JENIS KEPIMPINAN KEPIMPINAN TRANSFORMATIONAL. Merupakan pemimpin yang menyampaikan visi yang jelas tentang sesuatu matlamat dan member tumpuan kepada proses kerja dan menekankan kejayaan setiap pekerjanya. Seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Puan Zaibaidahaini telah mengamalkan jenis kepimpinan transformational untuk melancarkan lagi tugas dalam pentadbiran sekolah tersebut. Kepimpinan ini mempunyai empat komponen penting iaitu :1. Stimulasi intelek menggalakkan kretiviti pekerja untuk meneroka kaedah dan cara baharu untuk melakukan kerja dan belajar sekali gus memperbaiki diri. 2. Timbang rasa peribadi pemimpin seperti ini memberikan sokongan dan galakan kepada setiap pekerjanya. Bertujuan untuk memupuk hubungan kerja yang baik dan berkongsi idea. 3. Motivasi berinspirasi pemimpin mempunyai visi yang jelas yang boleh disampaikan dan disuarakan kepada pekerja. Oleh itu, pekerja akan lebih berusaha untuk mencapai visi tersebut. 4. Pengaruh idealisme pemimpin bertindak sebagai model contoh bagi pekerja. Oleh sebab itu, pekerja akan menghormati pemimpin dan mencontohi pemimpin mereka.
22

941120-02-5793 GAYA KEPIMPINAN TERTINGGI ORGANISASI GAYA KEPIMPINAN DEMOKRATIK Kepimpinan merupakan satu proses dengan pengurus atau pemimpin cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Seperti kata lain, kepimpinan juga membawa maksud bahawa kejayaan seseorang pemimpin sebenarnya bergantung pada kejayaan pekerjanya. Apabila pekerjanya berjaya menghasilkan prestasi kerja yang baik, maka pemimpin tersebut juga berjaya memimpin dengan baik dan berkesan. Kepimpinan yang baik penting kepada organisasi kerana pemimpin memulakan tindakan dengan mengkomunikasikan dasar dan rancangan kepada staf bawahan tentang apa yang perlu dilaksanakan demi membantu organisasi mencapai matlamat. Selain itu, kepimpinan yang baik juga dapat memotivasikan pekerja dengan menggunakan insentif kewangan dan bukan kewangan bagi memastikan pekerja itu menjadi seorang yang produktif. Malahan, dapat memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pekerja bawahan agar melaksanakan tugas atau kerja dengan berkesan dan cekap. Di samping itu, dapat membentuk keyakinan yang tinggi dalam diri pekerja, meningkatkan semangat pekerja dan membentuk persekitaran kerja yang lebih kondusif. Melalui kepimpinan yang baik, penyelarasan semua aktiviti di setiap jabatan atau unit dapat dilakukan dengan baik dan berkesan. Gaya kepimpinan yang diamalkan di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu iaitu gaya kepimpinan demokratik. Hal ini jelas terbukti, berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan, penyelidik mendapati bahawa semua responden telah memilih gaya kepimpinan demokratik yang telah diamalkan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Malahan, responden juga telah mengemukakan bukti bagaimana cara demokratik yang telah ditunjukkan oleh Guru Besar iaitu rata-ratanya menulis bahawa guru besar sering mengadakan perbincangan dan mesyuarat bersama-sama guru untuk menentukan sesuatu keputusan. Ini bermakna, responden dapat memahami apakah maksud kepimpinan demokratik yang sebenar seperti apa yang ditunjukkan oleh Guru Besar sekolah dan sememangnya benar apa yang diperkatakan oleh responden. Penyelidik juga telah mendapati gaya kepimpinan organisasi tertinggi iaitu guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu telah mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dalam pentadbirannya.
23

941120-02-5793 Gaya kepimpinan demokratik juga dikenali sebagai gaya kepimpinan penglibatan. Pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan demokratik akan melibatkan staf bawahan dalam proses membuat keputusan. Antara ciri-ciri gaya kepimpinan demokratik ialah pekerja digalakkan berkongsi idea dan pendapat untuk membuat keputusan. Penyelidik mendapati bahawa ciri-ciri ini juga digunakan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Berpandukan kajian soal selidik mendapati responden telah menyatakan bahawa Guru Besar sentiasa mengadakan perbincangan mengenai bidang tugas dan pembahagian kerja dengan staf dan guru-guru bawahan. Perkara ini juga jelas menggambarkan bahawa Guru Besar dan guru sekolah bersama-sama menentukan kaedah dan proses kerja. Oleh sebab pekerja digalakkan untuk berkongsi pendapat dan pandangan, maka pekerja akan lebih komited dengan tugas yang diberikan. Hal ini juga dapat meningkatkan kreativiti dan produktiviti pekerja. Akan tetapi, gaya kepimpinan demokratik tidak sesuai digunakan jika pekerja itu tidak mempunyai kemahiran untuk memberikan pandangan dan idea yang bernas. Bagi mendapat lebih sahih, tepat dan terperinci mengenai gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurusan tertinggi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, boring soal selidik telah disediakan. Borang ini diberi kepada 14 orang responden iaitu 4 orang guru lelaki dan 10 orang guru perempuan. Beberapa soalan mengenai gaya kepimpinan telah disoal dan responden perlu menanda jawapan yang diberikan mengikut skala yang telah ditetapkan.

24

941120-02-5793 Berikut pula merupakan contoh soalan dan analisis yang telah dianalisa penyelidik terhadap borang soal selidik :Arahan : tandakan ( / ) pada skala yang sesuai. Sangat Setuju (1) Setuju (2) Memuaskan (3) Tidak Setuju (4) Sangat Tidak Setuju (5)

BIL 1 2 3

SOALAN (1) ini 36%

4 5 6 7

Adakah struktur organisasi sekolah sistematik? Adakah Guru Besar sekolah ini mempunyai 57% 43% 0% budaya demokratik dalam pentadbiran? Tugasan yang diberikan pihak pengurusan atasan 50% 36% 14% adakah mempunyai matlamat untuk mencapai matlamat sekolah? Berpuas hatikah anda terhadap kepimpinan yang 36% 50% 14% ditunjukkan oleh Guru Besar? Adakah Guru Besar menunjukkan keakraban 64% 29% 7% antara Guru Besar dengan guru-guru? Adakah Guru Besar selalu berbincang dengan 50% 36% 14% staf sebelum membuat keputusan? Pengurusan dalam pentadbiran sekolah ini 36% 50% 14% adakah sistematik dan berkesan? Adakah anda berpuas hati dengan tugasan yang 57% 29% 14% telah ditetap oleh pihak pengurusan atasan kepada anda? Jadual : Peratusan soal selidik mengikut soalan dan skala

SKALA (2) (3) (4) 57% 7% 0% 0% 0%

(5) 0% 0% 0%

0% 0% 0% 0% 0%

0% 0% 0% 0% 0%

Berdasarkan jadual diatas mendapati bahawa responden telah menunjukkan jawapan yang positif kerana penyelidik mendapati responden hanya menggunakan skala 1 (sangat setuju) hingga skala 3 (memuaskan) sahaja. Jika diteliti kesemua soalan disoal bersifat positif. Berdasarkan soalan 1 iaitu mengenai struktur organisasi di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Maka jelaslah menunjukkan sebanyak 36% memilih skala 1 (sangat setuju) dan 57% memilih skala 2 (setuju) bahawa struktur organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu merupakan satu struktur organisasi yang sistematik dan hanya 7% sahaja memilih skala 3 (memuaskan).

25

941120-02-5793 BIL 2 4 5 6 SOALAN Adakah Guru Besar sekolah ini mempunyai budaya demokratik dalam pentadbiran? Berpuas hatikah anda terhadap kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru Besar? Adakah Guru Besar menunjukkan keakraban antara Guru Besar dengan guru-guru? Adakah Guru Besar selalu berbincang dengan staf sebelum membuat keputusan? (1) 57% 36% 64% 50% SKALA (2) (3) (4) 43% 0% 0% 50% 29% 36% 14% 7% 14% 0% 0% 0%

(5) 0% 0% 0% 0%

Soalan 2 pula menyoalkan mengenai gaya kepimpinan Guru Besar dalam melaksanakan pentadbiran di sekolah dan penyelidik mendapati semua responden memilih skala 1(sangat setuju) dan skala 2 (setuju) bahawa budaya yang dibawa oleh Guru Besar sekolah iaitu budaya demokratik. Oleh itu, maka sekali lagi jelas memperlihatkan bahawa gaya demokratik telah diamalkan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu dalam mentadbir sekolah. Beralih kepada soalan 4 menunjukkan hampir kesemua guru atau responden berpuas hati terhadap kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Hal ini kerana, setelah dianalisa mendapati bahawa sebanyak 36% sangat berpuas hati dengan memilih skala 1 ( sangat setuju ) dan sebanyak 50% memilih skala 2 ( setuju ) manakala 14% dengan memilih skala 3 ( memuaskan ). Skala 4 ( tidak setuju ) dan skala 5 ( sangat tidak setuju ) masing-masing mencatatkan 0%. Berpandukan soalan 5 dan 6, penyelidik telah mendapati bahawa semua guru di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu menunjukkan minat untuk bekerja dibawah pimpinan Guru Besar iaitu Puan Zaibaidahaini binti Abdul Razak. Buktinya dapat dilihat pada soalan 5 dan 6 dimana Guru Besar sekolah telah menunjukkan keakraban antara guru besar dengan guruguru bawahan yang lain. Buktinya juga dapat kita lihat sebanyak 64% memilih skala 1 (sangat setuju ) dan 29% pula memilih skala 2 ( setuju ) dan selebihnya memilih skala 3 iaitu memuaskan. Bagi skala 4 dan skala 5 masing-masing mendapat 0%. Manakala soalan 6 pula tidak jauh bezanya dimana hanya 14% sahaja memilih skala 3 iaitu memuaskan dan selebihnya memilih skala 1 dan skala 2 iaitu soalan yang berkaitan gaya kepimpinan Guru Besar sekolah yang mudah dan selalu membuat perbincangan dengan staf sebelum membuat keputusan.
26

941120-02-5793 PENUTUP Sepanjang kajian dijalankan, penyelidik mendapati bahawa ke semua objektif kajian telah mencapai sasaran yang diinginkan. Reka bentuk organisasi di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu merupakan satu struktur organisasi yang jelas mengikut rantaian arahan yang berkesan. Penyelidik mendapati bahawa reka bentuk organisasi merupakan satu struktur sistematik. Hal ini kerana, struktur organisasi yang sistematik akan membantu sekolah dalam melaksanakan pentadbiran dengan lebih lancar dan berkesan. Carta organisasi yang sistematik sememangnya membantu sekolah dalam mencapai misi dan visi sekolah. Malahan, Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu telah menetapkan satu matlamat sekolah yang begitu jelas dan boleh dicapai. Oleh sebab itu, pelbagai proses telah dijalankan dalam organisasi bagi mencapai matlamat tersebut seperti pengenalpastian aktiviti, pengelasan aktiviti, pengelompokan aktiviti, dan pengagihan tugas kepada pekerja bawahan. Segala proses tersebut telah diaplikasikan dalam organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu dalam melahirkan sebuah golongan murid yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Beberapa konsep pengorganisasian di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu iaitu, autoriti, tanggungjawab, akauntibiliti, pemencaran autoriti, penugasan, autoriti lini, jangkauan kawalan dan rantaian arahan. Kesemua konsep tersebut mampu meletakkan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu menjadi sekolah yang terbilang seperti mana dengan visi dan misi sekolah. Setiap konsep yang digunakan juga telah memberikan lebih banyak kebaikan berbanding keburukan. Selain itu, kajian juga akhirnya, berjaya mencapai objektif terakhir kajian iaitu untuk mengetahui gaya kepimpinan tertinggi di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Sepanjang kajian dilaksanakan dan berdasarkan temubual dan soal selidik yang telah dijalankan segala maklumat mengenai gaya kepimpinan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu dapat diketahui. Dan diakhir kajian, penyelidik telah mengesan gaya yang diamalkan oleh Guru Besar iaitu gaya kepimpinan demokratik.

27

941120-02-5793 Berikut merupakan cadangan penyelidik terhadap organisasi di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu :1) Bagi memantapkan lagi peratusan akademik sekolah, pihak sekolah perlulah mengadakan pelbagai program pemantapan akademik seperti menjemput penceramah luar untuk memberikan motivasi dan mengadakan bengkel / teknik menjawab soalan pada setiap bulan agar pelajar lebih bersedia untuk berhadapan dengan peperiksaan.

2) Selain itu, pihak pegurusan atasan juga perlulah memandang serius dalam keseimbangan tugas. Hal ini kerana, berdasarkan temubual yang dijalankan, masih terdapat sesetengah guru tidak mendapat tugas yang sesuai sekaligus akan membebankan guru tersebut. Oleh itu, keseimbangan tugas perlu dilakukan secara berkala supaya tugas yang diberikan lebih konsisten malah beban guru juga dapat dikurangkan.

3) Di samping itu, setiap guru juga perlu diberi peluang untuk menunjukkan potensi diri masing-masing. Hal ini kerana, penyelidik telah mendapat maklumat bahawa pihak sekolah lebih gemar memfokuskan kepada staf tertentu dalam menunjukkan potensi. Oleh itu, pihak pengurusan atasan sewajarnya tidak perlu memfokuskan kepada staf tertentu tanpa menyedari bahawa staf lain juga turut mempunyai kebolehan yang boleh menyumbang manfaat kepada sekolah.

28

941120-02-5793 RUJUKAN 1) Hajah Noresah Baharom ( 2005 ). Kamus Dewan Edisi Keempat. Ampang/Hulu Kelang, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2) Aini Hayati Mohamad dan Faridahwati Mohd. Shamsudin ( 2013 ). Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 2. Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur: Penerbitan Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

3) Mokhtar

Pet,

Noor

Azman

Hasan,

et

al

(2013).

Teks

STPM

Pengajian Perniagaan Penggal 2. 4 Jalan Pemaju U1/15, Seksyen U1, Shah Alam: Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd. 4) Shanthi Subramaniam dan Mah Boon Kiet (2013). Teks STPM

Pengajian Perniagaan Penggal 2. Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

5) Noorainy Mohd. Zain ( 2013 ). Buku Pelan Tindakan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu.

6) http://www.googlemaps.com.my Dimuat turun pada 23 Julai 2013. 7) http://www.sekolahkebangsaantamanbersatu.gov.my Dimuat turun pada 30 Julai 2013.

29

941120-02-5793 LAMPIRAN 1

Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu Puan Zaibaidahaini Binti Abdul Razak Sumber : kerja lapangan 2013
30

941120-02-5793 LAMPIRAN 2

Matlamat Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu Sumber : kerja lapangan 2013

Carta Organisasi Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu Sumber : kerja lapangan 2013
31

941120-02-5793 LAMPIRAN 3

Aspirasi Juara Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. Sumber : kerja lapangan 2013

32

941120-02-5793 LAMPIRAN 4

Peta kawasan Kuala Kedah Sumber : www.googlemaps.com

33

941120-02-5793 LAMPIRAN 5

Lencana Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu Sumber : www.sekolahtamanbersatu.gov.my

Bendera Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu Sumber : www.sekolahtamanbersatu.gov.my

34

You might also like