You are on page 1of 32

Soalan-soalan Lazim Harta Intelek

Intellectual Property - Frequently Asked Questions (FAQs)

Siri Penerbitan Panduan Harta Intelek


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia Soalan-soalan Lazim Harta intelek Sistem Paten di Malaysia Sistem Cap Dagangan di Malaysia Sistem Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia Sistem Petunjuk Geografi di Malaysia Sistem Hakcipta di Malaysia

Penafian
Buku panduan ini mengandungi maklumat asas mengenai tajuk yang berkaitan tetapi tidak bermaksud sebagai ganti kepada dokumen atau khidmat nasihat perundangan profesional. Rujukan kepada produk dan perkhidmatan, nama syarikat, pertubuhan dan laman web tidak bermaksud sebarang sokongan atau pengiktirafan oleh MyIPO.

Hakcipta MyIPO (2008)


Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian penerbitan ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua samada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

MyIPO April 2008

Panduan Harta Intelek - 2 Soalan-soalan Lazim Harta Intelek


Buku panduan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai harta intelek. Penyediaan dokumen ini turut mengambil kira maklum balas yang diterima oleh MyIPO.

PATEN
1. Apakah itu paten? Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta, sama ada suatu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, ataupun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Paten dilindungi selama 20 tahun dari tarikh pemfailan. 2. Apakah itu perbaharuan utiliti? Perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta yang ringkas. Perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun dan boleh dilanjutkan selama dua tempoh 5 tahun, menjadikan tempoh maksima perlindungan selama 20 tahun. Apakah hak pemunya paten? Pemunya paten mempunyai hak untuk menggunakan rekacipta yang dipatenkan atau memberi lesen kepada orang lain bagi menggunakan rekacipta tersebut atau menjual hak tersebut kepada orang lain yang akan menjadi pemilik baru kepada rekacipta tersebut. 4. Bolehkah pemohon mengetahui samada rekaciptanya adalah sesuatu yang baru sebelum memohon perlindungan? Boleh. Carian boleh dilakukan di Bilik Carian Awam di MyIPO atau melalui capaian internet Patent and Trade Mark Administration System (PANTAS) keatas dokumen paten Malaysia yang terdahulu. Bolehkah pemohon mendapat perlindungan selepas rekaciptanya diketahui umum sebelum pemohon membuat permohonan? Boleh, dengan syarat pemohon memfailkan permohonan dalam tempoh 12 bulan selepas rekaciptanya dizahirkan. 6. Berapakah jumlah kos permohonan paten dan perbaharuan utiliti? Jumlah kos bagi permohonan paten RM 1050 dan bagi perbaharuan utiliti RM 900.

3.

5.

7.

Dimanakah pemohon boleh mendapat bantuan bagi permohonan paten?

menyediakan

Pemohon boleh mendapat perkhidmatan penyediaan permohonan paten dengan ejen paten yang berdaftar. Adakah setiap permohonan dianggap sulit? Ya, setiap permohonan adalah sulit sehingga selepas 18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan permohonan bagi tujuan semakan awam.

8.

9.

Bolehkah pemohon mengambil tindakan mahkamah jika seseorang meniru rekaciptanya semasa permohonan sedang diproses? Tindakan mahkamah tidak boleh diambil semasa permohonan sedang diproses. Walau bagaimanapun, tindakan mahkamah boleh diambil sebaik sahaja pemberian paten dikeluarkan. Hak perlindungan paten bermula dari tarikh pemfailan. Apakah yang berlaku setelah paten luput ? Sebaik sahaja paten luput, pemunya tidak lagi mempunyai hak eksklusif ke atas rekacipta tersebut. Bagaimanakah pemohon ingin mendapatkan perlindungan rekaciptanya di negara lain? Terdapat dua cara dimana suatu rekacipta boleh mendapat perlindungan di negara lain. Permohonan boleh dibuat terus ke negara negara berkenaan atau melalui sistem permohonan paten antarabangsa (Patent Cooperation Treaty).

10.

11.

12.

Apakah itu Triti Kerjasama Paten (PCT)? PCT adalah triti antarabangsa, yang ditadbir oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (World Intellectual Property Organisation - WIPO) dengan memberi kemudahan bagi pemfailan permohonan paten antarabangsa ke atas suatu rekacipta di negara lain dengan hanya memfailkan satu permohonan.

13.

Di manakah permohonan paten antarabangsa boleh difailkan? Permohonan paten antarabangsa boleh difailkan di MyIPO, yang merupakan Pejabat Penerima [Receiving Office (RO)]. Apakah fi yang terlibat bagi memfailkan permohonan paten antarabangsa? Terdapat tiga jenis fi bagi memfailkan permohonan paten antarabangsa : (i) fi pemfailan antarabangsa; (ii) fi carian; dan (iii) fi penghantaran. Pemohon hendaklah membayar hanya satu set bayaran fi berkenaan dalam Ringgit Malaysia. (sila rujuk PCT Fees di laman web MyIPO: www.myipo.gov.my) Berapa lamakah proses permohonan paten antarabangsa sebelum memasuki fasa nasional ? Proses permohonan paten antarabangsa mengambil tempoh masa lebih kurang 18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan sebelum memasuki fasa nasional. Proses permohonan adalah termasuk carian yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Carian Antarabangsa (ISA) dan penerbitan dokumen paten serta laporan carian oleh Biro Antarabangsa (WIPO). Apakah itu carian antarabangsa ? Carian antarabangsa adalah carian yang berkualiti ke atas dokumen paten dan bahan rujukan teknikal yang berkaitan. Keputusan laporan carian antarabangsa dan pendapat bertulis oleh ISA adalah mengenai kebaharuan rekacipta permohonan tersebut. Apakah itu penerbitan antarabangsa ? Penerbitan antarabangsa ialah penerbitan kandungan permohonan paten antarabangsa ke seluruh dunia bersama-sama laporan

14.

15.

16.

17.

carian antarabangsa oleh WIPO. Ianya diterbitkan selepas 18 bulan dari tarikh prioriti. 18. Apakah itu pemeriksaan permulaan antarabangsa? Pemeriksaan permulaan antarabangsa ialah pemeriksaan ke atas kebolehpatenan (patentability) rekacipta dimana satu laporan akan dikeluarkan mengenai kebolehpatenan rekacipta tersebut. Laporan ini memberi pendapat bertulis ke atas kriteria mematuhi kebolehpatenan bagi setiap tuntutan dimana pemeriksaan dijalankan untuk menilai peluang bagi mendapatkan perlindungan paten. Bila dan bagaimanakah memasuki fasa nasional? permohonan paten antarabangsa

19.

Pemohon hendaklah membuat permohonan untuk memasuki fasa nasional sebelum tamat tempoh 30 bulan dari tarikh prioriti. Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti membayar fi memasuki fasa nasional dan mengemukakan satu salinan permohonan antarabangsa dalam Bahasa Inggeris. Apakah faedah PCT? PCT memberi kemudahan bagi pemfailan permohonan paten antarabangsa ke atas suatu rekacipta ke negara-negara lain dengan hanya memfailkan satu permohonan di Pejabat Paten Nasional negara-negara anggota, atau boleh juga difailkan terus ke Biro Antarabangsa, WIPO. Oleh itu sistem pemfailan ini dapat menjimatkan kos pemohon.

20.

CAP DAGANGAN
1. Apakah cap dagangan? Cap dagangan ialah apa-apa tanda yang dapat membezakan barangan dan perkhidmatan seseorang peniaga daripada peniagapeniaga yang lain. Cap dagangan termasuklah perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut. Cap dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna membuat pilihan barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan. Contoh-contoh cap dagangan:-

2. Apakah fungsi-fungsi cap dagangan? Fungsi asal- Cap dagangan dapat menunjukkan asal usul sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan. Fungsi pemilihan - Cap dagangan mempermudahkan pengguna membuat pilihan semasa membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan. Fungsi kualiti - Pengguna boleh memilih barangan atau perkhidmatan yang berkualiti berdasarkan reputasi sesuatu cap dagangan. Fungsi pemasaran - Cap dagangan adalah medium pengiklanan yang berkesan bagi membolehkan pengeluar memasarkan barangan atau perkhidmatan. Fungsi ekonomi Sesuatu cap dagangan terkenal yang terbukti kualitinya, atau mempunyai reputasi yang tinggi boleh dilesenkan atau dipindahmilik kepada pihak lain yang menjadikannya aset ekonomi.

3. 4.

Apakah perundangan yang mentadbir cap dagangan? Akta Cap Dagangan 1976 Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 1997

Kenapakah pendaftaran cap dagangan penting?

Hak eksklusif - Pemilik Cap Dagangan berdaftar adalah diberikan hak eksklusif untuk menggunakan cap dagangan mereka dalam perniagaan. Mereka juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang menggunakannya tanpa kebenaran sama ada dalam bentuk sivil melalui peruntukan pelanggaran (infringement) di bawah Akta Cap Dagangan 1976 atau pun mengemukakan aduan kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) untuk tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. Bukti sah di sisi undang-undang - Sijil Pendaftaran boleh dijadikan bukti sah kepunyaan ke atas sesuatu cap dagangan di mana ia boleh diterima di mahkamah. Sijil Cap Dagangan merupakan dokumen yang penting untuk mengesahkan hak milik sesuatu cap dagangan dalam urusan perdagangan dan perniagaan. 5. Adakah cap dagangan wajib didaftarkan? Pendaftaran cap dagangan adalah penting untuk mendapat hak eksklusif bagi tujuan mengeksploitasi dan mengambil tindakan pelanggaran walau pun tidak wajib didaftarkan. 6. Apa akan terjadi sekiranya cap dagangan tidak didafttarkan dalam memulakan tindakan pelanggaran? Pemilik tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah peruntukan Akta Cap Dagangan 1976. Walau bagaimanapun tindakan pelanggaran boleh diambil di bawah prinsip undang-undang lazim. Sekiranya cap dagangannya digunakan oleh pihak lain, mereka perlu membuktikan kepada mahkamah bahawa berlaku kekeliruan di kalangan pengguna

berkaitan dengan asal usul sesuatu barangan serta membuktikan bahawa kedudukan pasaran mereka terjejas. Tindakan ini boleh menyebabkan perbalahan rumit untuk diselesaikan dan memakan masa yang panjang serta melibatkan kos yang tinggi. 7. Adakah semua cap dagangan boleh didaftarkan? Tidak. Sesuatu cap dagangan yang hendak didaftarkan mestilah: satu atau beberapa perkataan yang dicipta; nama perseorangan/firma/syarikat yang dinyatakan dengan cara yang khas atau tertentu; tandatangan pemohon yang boleh dibaca; tidak boleh menerangkan sifat atau kualiti barangan atau perkhidmatan atau satu nama tempat/geografi; apa-apa tanda yang distinktif seperti logo, gambar, simbol dan sebagainya; tidak memperdaya atau mengelirukan, tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang dan tidak menyinggung mana-mana pihak; tidak menyerupai atau hampir menyerupai pendaftaranpermohonan cap terdahulu; dan tidak menyerupai atau hampir menyerupai mana-mana cap dagangan yang terkenal (well-known mark). Cap dagangan juga tidak boleh didaftarkan jika mengandungi apa-apa perkataan atau representasi yang dilarang di bawah Seksyen 15 Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan 13, 14 dan 15 Peraturan Cap Dagangan 1997. Antara lain: Paten, Telah Dipatenkan, Surat Paten Diraja, Berdaftar, Rekabentuk Berdaftar Dan Hakcipta; DYMM Yang Dipertuan Agong, DYMM Permaisuri Agong, DYMM Sultan-Sultan Dan Tuan Yg Terutama Yang Dipertuan Negeri; Mahkota atau Lambang Diraja atau Imperial, Lencana, Lambang Kebangsawanan atau Lambang Kebesaran; Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia; Bulan Sabit Merah Dan Palang Geneva Yang Berwarna Merah Dan Palang Persekutuan Swiss Yang Berwarna Putih Atau Perak Yang Berlatarkan Warna Merah; Perkataan atau representasi Asean dan Bunga Raya.

10

8. Adakah pendaftaran di Malaysia memberi perlindungan di seluruh dunia? Tidak, kerana perlindungan adalah tertakluk kepada wilayah/negara dimana pendaftaran dipohon sahaja. 9. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perlindungan di luar negara? Pemohon boleh membuat permohonan secara berasingan di setiap negara yang dikehendaki. Namun begitu permohonan pendaftaran di Malaysia boleh digunakan untuk Tuntutan Tarikh Prioriti bagi pendaftaran di negara-negara ahli Konvensyen Paris atau World Intellectual Property Organization (WIPO). 10. Apakah prosedur-prosedur pemfailan? Setiap permohonan cap dagangan hendaklah: Memfailkan borang CD 5 sebanyak 5 salinan termasuk 1 salinan asal; Mengemukakan Akuan Bersumpah yang menyatakan cap dagangan tersebut adalah miliknya; Menyertakan fi sebanyak RM250.00. Jika bayaran secara cek/ kiriman wang/wang pos, hendaklah di atas nama Perbadanan Harta Intelek Malaysia; Mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang lain seperti borang 49 (bagi pemilikan persendirian dan perkongsian), Tuntutan Tarikh Prioriti dan sebagainya. Berapa lamakah tempoh perlindungan cap dagangan? Tempoh sah perlindungannya ialah 10 tahun dan boleh diperbaharui bagi satu tempoh selama 10 tahun seterusnya. Bilakah permohonan pendaftaran Cap Dagangan boleh dibuat? Permohonan pendaftaran boleh dibuat pada bila-bila masa sama ada cap dagangan tersebut telah, sedang atau akan digunakan di masa hadapan. Berapakah jumlah kos bagi sesuatu permohonan Cap Dagangan? Jumlah kos yang terlibat bagi pemfailan permohonan cap dagangan ialah RM700.00.

11.

12.

13.

11

14.

Siapakah yang Dagangan?

boleh

membuat

permohonan

pendaftaran

Cap

Mana-mana pemilik Cap Dagangan sama ada warganegara atau bukan warganegara yang sedang menggunakan cap tersebut di Malaysia atau bercadang untuk menggunakannya boleh membuat pendaftaran. Pemilikpemilik tersebut boleh terdiri daripada orang perseorangan, perkongsian, syarikat atau pertubuhan. Perlukah pemohon melantik ejen cap dagangan untuk memfailkan permohonan? Pemohon tempatan boleh memfailkan permohonan cap dagangan dengan sendirinya. Manakala, pemohon luar negara hendaklah memfailkannya melalui ejen cap dagangan berdaftar. Siapakah ejen cap dagangan berdaftar? Ejen cap dagangan berdaftar adalah orang perseorangan, firma atau syarikat yang berdaftar di dalam Daftar Ejen Cap Dagangan. Mereka dilantik oleh pemohon untuk mewakili dirinya di dalam proses untuk mendapatkan pendaftaran cap dagangan.

15.

16.

12

REKA BENTUK PERINDUSTRIAN


1. Apakah reka bentuk perindustrian? Reka bentuk perindustrian ialah rupa bentuk luaran secara keseluruhan yang memberi suatu penampilan yang unik pada suatu barang atau produk yang dihasilkan secara perindustrian. Apakah ciri-ciri reka bentuk perindustrian?

2.

Ciri-ciri reka bentuk perindustrian adalah terdiri daripada bentuk dan tatarajah (3 dimensi) atau corak dan hiasan (2 dimensi) atau kedua-duanya yang digunakan pada sesuatu barang. (a) Bentuk dan tatarajah (Ciri 3D) Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah terletakkepada bentuk dan tatarajah yang terdapat pada barang berkenaan. (b) Corak dan hiasan (Ciri 2D) Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah terletak kepada corak dan hiasan yang terdapat pada barang berkenaan. (c) Gabungan kedua-dua ciri 3D dan 2D di atas. 3. Apakah syarat didaftarkan? bagi membolehkan reka bentuk perindustrian itu

Bagi membolehkan sesuatu reka bentuk perindustrian didaftarkan, ianya hendaklah baru di Malaysia dan tidak pernah dizahirkan kepada awam sebelum permohonan difailkan. Walau bagaimanapun ciri-ciri perbezaan yang tidak ketara atau biasa bukanlah dianggap baru. Contohnya pensil bersaiz biasa yang direka bentuk menjadi pendek. Apakah yang tidak dikategorikan sebagai reka bentuk perindustrian? (i) Ciri-ciri barangan yang tidak mempunyai nilai estetik yang menarik pada pandangan mata.

4.

13

(i)

Kaedah atau prinsip pembinaan. Ciri-ciri barangan yang ditentukan semata-mata oleh fungsi. (dictated solely by the function). Ciri-ciri barangan yang bergantung kepada rupa suatu barangan lain (integral parts).

(iii) (iv) 5.

Apakah reka bentuk perindustrian yang tidak boleh didaftarkan? Reka bentuk yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral. Bagaimanakah cara untuk memfailkan permohonan bagi mendaftarkan reka bentuk perindustrian? Pemohon hendaklah mengemukakan: i) Borang permohonan RBP 1 yang lengkap diisi dalam Bahasa Malaysia atau Form ID 1 dalam Bahasa Inggeris. ii) Enam set representasi samada dalam bentuk lukisan ataupun gambar foto termasuk satu salinan asal. iii) Satu pernyataan kebaharuan. iv) Bayaran fi v) Pernyataaan yang mewajarkan hak pemohon keatas pendaftaran (statement justifying applicants right) sekiranya pemohon bukan pencipta. Bilakah sesuatu permohonan harus difailkan? Pemohon perlu memfailkan permohonan reka bentuk perindustriansecepat mungkin atau sebelum sesuatu barang itu dizahirkan kepadaawam. Tuntutan hak adalah berdasarkan kepada pertama difailkan atau first to file.

6.

7.

14

8.

Siapakah yang layak memohon untuk mendaftarkan reka bentuk perindustrian? Individu atau syarikat. Berapa lamakah proses pendaftaran reka bentuk perindustrian? Suatu permohonan yang lengkap boleh didaftarkan dalam tempoh 8 bulan dari tarikh pemfailan. Berapa lamakah tempoh perlindungan reka bentuk perindustrian? Tempoh perlindungan reka bentuk perindustrian berdaftar adalah selama 5 tahun berkuatkuasa dari tarikh pemfailan. Perlindungan tersebut boleh dilanjutkan selama 2 tempoh dimana setiap tempoh perlindungan adalah selama 5 tahun. Tempoh maksima perlindungan ialah 15 tahun. Kenapakah pendaftaran reka bentuk perindustrian penting? Pemilik reka bentuk perindustrain berdaftar mempunyai hak eksklusif ke atas reka bentuk perindustrian di mana pemilik berhak untuk membuat, mengimport, menjual dan juga melesenkan atau menyewakan apa-apa barang yang menggunakan reka bentuk perindustrian tersebut. Mana-mana pihak lain mestilah memperolehi kebenaran pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar sebelum menggunakan reka bentuk perindustrian berdaftar berkenaan. Pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang melakukan pelanggaran dalam tempoh 5 tahun dari tarikh pelanggaran. Apakah yang boleh dilakukan sekiranya ada pihak yang meniru reka bentuk perindustrian berdaftar? Pemilik berdaftar boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang menggunakan reka bentuk perindustriannya tanpa kebenaran melalui tindakan sivil. Sijil Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian boleh digunakan sebagai bukti yang sah dalam tuntutan hak milik berkenaan di mahkamah.

9.

10.

11.

12.

15

13.

Bilakah reka bentuk perindustrian itu boleh dikeluarkan atau dijual? Pemohon boleh mengeksploitasikan reka bentuk perindustrian selepas ianya difailkan.

14.

Bolehkah maklumat permohonan reka bentuk perindustrian itu didedahkan kepada umum? Maklumat dan butiran lengkap permohonan reka bentuk perindustrian yang masih dalam pertimbangan untuk pendaftaran hanya akan terbuka untuk pemeriksaan awam setelah ianya didaftarkan. Perlukah seseorang itu mendaftarkan reka bentuk perindustriannya? Suatu reka bentuk perindustrian perlu didaftarkan untuk mendapatkan perlindungan dibawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.

15.

16. Adakah pendaftaran di Malaysia memberi perlindungan di seluruh dunia? Tidak, kerana pendaftaran di Malaysia hanya memberi perlindungan di Malaysia sahaja. Pemilik reka bentuk perindustrian yang ingin mendapat perlindungan di luar negara perlu memfailkan permohonan di negara berkaitan. Walaubagaimana pun pemohon boleh menggunakan pendaftaran di Malaysia untuk membuat Tuntutan Tarikh Prioriti bagi pendaftaran di negaranegara ahli Konvensyen Paris atau World Intellectual Property Organization (WIPO) dengan syarat permohonan difailkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemfailan di Malaysia. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perlindungan di luar negara? Pemohon boleh membuat permohonan secara berasingan di setiap negara yang dikehendaki. Namun begitu permohonan pendaftaran di Malaysia boleh digunakan untuk Tuntutan Tarikh Prioriti bagi pendaftaran di negara-negara ahli Konvensyen Paris atau World Intellectual Property Organization (WIPO).

17.

16

18.

Perlukah pemohon melantik ejen reka bentuk perindustrian untuk membuat permohonan? Pemohon tempatan boleh memfailkan permohonan reka bentuk perindustrian dengan sendirinya. Manakala, pemohon luar negara hendaklah memfailkannya melalui ejen reka bentuk peridustrian berdaftar. Siapakah ejen reka bentuk perindustrian berdaftar? Ejen reka bentuk perindustrian berdaftar adalah orang perseorangan. Mereka dilantik oleh pemohon untuk mewakilinya di dalam proses untuk mendapatkan pendaftaran reka bentuk perindustrian.

19.

17

PETUNJUK GEOGRAFI
1) Apa itu petunjuk geografi? Akta Petunjuk Geografi 2000 mendefinisikan petunjuk geografi sebagai suatu petunjuk yang mengenal pasti apa-apa barang sebagai berasal dari sesuatu negara atau wilayah, atau sesuatu kawasan atau tempat dalam negara atau wilayah itu, jika suatu kualiti, reputasi atau ciri lain tertentu barang itu adalah berpunca dari tempat asal geografinya. Adakah Malaysia mempunyai barangan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000? Malaysia mempunyai beberapa barangan yang layak dan telah didaftarkan sebagai petunjuk geografi. Barangan ini juga telah dieksploitasikan secara komersil di dalam dan luar Negara. Salah satu contohnya adalah Sarawak Pepper iaitu produk lada hitam yang dihasilkan di negeri Sarawak. Lada hitam dari Sarawak ini telah dikenali di peringkat antarabangsa kerana produk yang dihasilkan dari wilayah Sarawak ini berkualiti dan mempunyai reputasi yang baik. Selain itu juga, barangan petunjuk georafi yang telah didaftarkan di Malaysia adalah Sabah Tea, Tenom Coffee, Borneo Virgin Coconut Oil dan Sabah Seaweed. Keempat-empat barangan petunjuk geografi ini berasal dari negeri Sabah. Adakah petunjuk geografi hanya boleh digunapakai ke atas barangan keluaran pertanian? Penggunaan petunjuk geografi adalah tidak terhad atau tertakluk kepada keluaran pertanian sahaja. Ini kerana petunjuk geografi boleh digunapakai bagi barangan keluaran semulajadi seperti Gamat Langkawi dan juga hasil kraftangan seperti Songket Terengganu, Batik Kelantan serta makanan seperti Belacan Papar dan Budu Kelantan. Adakah pendaftaran petunjuk geografi ini wajib? Pendaftaran petunjuk geografi tidak diwajibkan namun pendaftaran amat digalakkan untuk melindungi kepentingan pengeluar dan pengguna.

2)

3)

4)

18

Tuan punya petunjuk geografi yang berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk mengeksploitasi barangan petunjuk geografi bagi mendapat pengikhtirafan baik di dalam negara mahupun luar negara. 5) Bolehkah petunjuk geografi didaftarkan oleh individu? Pendaftaran petunjuk geografi bukanlah merupakan konsep pemilikan persendirian oleh seseorang individu tetapi konsep pemilikan bersama bagi pengeluar-pengeluar yang menjalankan aktivitinya dalam kawasan geografi yang dinyatakan. Petunjuk geografi juga boleh didaftarkan oleh suatu pihak yang berwibawa seperti pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, badan berkanun; dan organisasi atau persatuan perdagangan. Apakah keistimewaan petunjuk geografi? keistimewaan petunjuk geografi adalah pada barangannya yang mempunyai kualiti dan ciri-ciri lain yang dipengaruhi oleh kedudukan geografi tempat ianya dikeluarkan. Contoh petunjuk geografi seperti Champagne amat dikenali di seluruh dunia terutama dikalangan peminat wain. Ini adalah kerana, wain yang berasal dari wilayah Champagne yang terletak di Perancis mempunyai kualiti yang baik dan rasa yang istimewa berbanding wain yang dihasilkan dari kawasan lain. Berapa lamakah tempoh perlindungan petunjuk geografi yang diperuntukan di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000? Tempoh perlindungan petunjuk geografi yang berdaftar adalah selama 10 tahun dari tarikh pemfailan. Pembaharuan pendaftaran boleh dibuat bagi setiap 10 tahun selagi petunjuk geografi itu digunapakai. Apakah skop perlindungan petunjuk geografi di Malaysia? Perlindungan petunjuk geografi adalah terhad di negara di mana ianya didaftarkan. Sehubungan itu, petunjuk geografi yang didaftarkan di Malaysia hanya dilindungi di negara ini sahaja. Bagi mendapatkan perlindungan di negara lain, petunjuk geografi berkenaan perlu didaftarkan di negara berkaitan. Apakah perbezaan antara petunjuk geografi dengan cap dagangan? Cap dagangan adalah sesuatu tanda untuk mengenalpasti sesuatu

6)

7)

8)

9)

19

barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar dan tanda ini dapat membezakan barangan tersebut dengan barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar lain. Manakala petunjuk geografi adalah indikasi di mana barangan tersebut dihasilkan dan mempunyai ciri yang berkait rapat dengan tempat pengeluarannya atau kedudukan geografi. . Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terkilan jika didapati petunjuk geografi yang digunakan adalah mengelirukan orang ramai? Mana-mana pihak yang terkilan boleh memfailkan kes ke Mahkamah Tinggi.

10)

20

HAKCIPTA

1.

Apakah hakcipta? Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka di Malaysia. Apakah Akta yang melindungi hakcipta? Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta 1987. Apakah karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta? Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hakcipta ialah: (i) karya sastera ; (ii) karya muzik; (iii) karya seni ; (iv) filem ; (v) rakaman bunyi ; (vi) siaran; dan (vii) karya terbitan. Adakah Malaysia mempunyai sistem pendaftaran hakcipta? Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik. Bagaimanakah cara untuk membuktikan pemilikan hakcipta? Bagi membuktikan pemilikan hakcipta, pemilik bolehlah membuat: i) Akuan Berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960; atau II) Karya yang dicipta hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang dilakri dan diposkan ke alamat sendiri.

2.

3. 4.

5 .

21

6.

Apakah syarat-syarat yang perlu ada untuk mendapatkan perlindungan hakcipta? Hakcipta wujud apabila syarat-syarat berikut dipenuhi : (i) usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli; (ii) karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan; (iii) penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan (iv) karya tersebut adalah dibuat di Malaysia atau penerbitan yang pertama karya adalah di Malaysia. Siapakah yang memiliki hakcipta?

7.

Pemilikan hakcipta bergantung kepada keadaan berikut: i) karya yang dibuat dibawah sesuatu kontrak perkhidmatan; - hakcipta untuk karya ini dimiliki oleh majikan ii) karya yang dibuat dibawah satu kontrak untuk perkhidmatan; - hakcipta untuk karya ini dimiliki oleh pencipta iii) karya yang ditempah - hakcipta daripada karya ini dimiliki oleh pihak yang membuat penempahan. Bolehkah hakcipta dipindahmilik? Hakcipta boleh dipindahmilik melalui penyerahhakkan, berwasiat dan dengan kuatkuasa undang-undang. pemberian

8.

9.

Selain daripada hak komersil pemunya dan pencipta karya, apakah hak lain yang diberikan kepada pencipta karya? Undang-undang hakcipta memberikan hak moral kepada pencipta karya Apakah jenis hak moral yang diberikan oleh Akta? Dua jenis hak moral adalah diberikan iaitu: i) hak untuk dikenali sebagai pencipta karya; dan ii) hak untuk karya tidak dicacatkan.

10.

22

11.

Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pemunya hakcipta bagi pelanggaran hak moral? Pemunya hakcipta boleh mengambil tindakan undang-undang, termasuk gantirugi kewangan dan injunksi . Berapa lamakah tempoh perlindungan hakcipta? (i) Bagi karya sastera, muzik dan seni hakcipta wujud semasa hayat pencipta dan 50 tahun selepas kematiannya; (ii) Bagi karya rakaman bunyi, filem dan siaran hakcipta wujud selama 50 tahun, bermula dari tahun kalender selepas tarikh ia mula diterbitkan; dan (iii) Bagi edisi yang diterbitkan hakcipta wujud selama 50 tahun daritahun kalender selepas tarikh penerbitan pertama. Apakah hak-hak eksklusif pemilik hakcipta? Pemilik hakcipta mempunyai hak esklusif untuk mengawal sebahagianbesar karya terutamanya: (i) pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan (termasuk fotokopi, rakaman dan lain-Iain); (ii) penyampaian kepada orang awam; (iii) pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam; (iv) pengedaran salinan-salinan kepada awam melalui penjualan atau pemindahan pemunyaan secara lain; dan (i) penyewaan secara komersil kepada orang awam. Apakah pelakuan-pelakuan yang melanggar hakcipta? Pelakuan-pelakuan berikut adalah melanggar hakcipta: (i) mengeluar semula dalam sebarang bentuk, (ii) menayang, mempamer, memain dan mengedarkan kepada orang awam atau menyiarkan keseluruhan atau sebahagian karya itu; (iii) mengimport apa-apa artikel ke negara ini bagi tujuan perdagangan atau untuk mendapat keuntungan; (iv) membuat, untuk jualan atau sewa apa-apa salinan langgaran ; (v) menjual, menyewakan atau secara dagangan, mendedah atau menawarkan untuk jualan salinan langgaran; (vi) mengedarkan salinan langgaran ;

12.

13.

14.

23

(vii) (viii) (ix) (x)

memiliki, melainkan untuk kegunaan persendirian dan domestik apa-apa salinan langgaran; dengan cara dagangan, mempamerkan kepada umum apa-apa salinan langgaran. mengimpot ke Malaysia, melainkan untuk kegunaan persendirian dan domestik sebarang salinan langgaran ; atau membuat atau memiliki sebarang perekaan yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran.

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan persendirian dan domestik? Penggunaan persendirian dan domestik adalah setakat tiga salinan karya sahaja. Apakah pengecualian yang diberikan di bawah Akta Hakcipta 1987 kepada pengguna karya? Penggunaan karya secara urusan yang wajar bagi tujuan yang berikut adalah dibenarkan tertakluk kepada penghargaan diberikan kepada pencipta karya:(i) penggunaan bagi tujuan penyelidikan; (ii) penggunaan bagi pengajian persendirian; dan (iii) penggunaan bagi tujuan kritikan dan laporan semasa. Apakah jenis tindakan yang boleh diambil bagi pelanggaran hakcipta? Terdapat dua jenis tindakan yang boleh diambil iaitu tindakan sivil dan jenayah. Apakah penalti yang boleh dikenakan bagi pelanggaran hakcipta? Bagi setiap pelanggaran hakcipta, mahkamah boleh mengenakan denda minima sebanyak RM2,000 dan denda maksima sebanyak RM20,000 bagi setiap pelanggaran. Adakah menjadi kesalahan sekiranya karya hakcipta tersebut dimuat turun dari internet tanpa kebenaran pemunya hakcipta? Ini juga menjadi kesalahan di bawah Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987.

16.

17.

18.

19.

24

20.

Adakah jumlah penalti yang sama dikenakan sekiranya muat turun tersebut dilakukan dengan memintas langkah-langkah teknologi yang disediakan oleh pemunya hakcipta bagi mengawal penggunaan karya? Penalti yang lebih tinggi dikenakan iaitu denda tidak melebihi RM250,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan hakcipta? Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Bahagian Penguatkuasa) dan Polis DiRaja Malaysia bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang tersebut. Apakah remedi yang boleh diberikan oleh pihak mahkamah bagi pelanggaran hakcipta? Remedi berikut diberikan oleh mahkamah:i) gantirugi kewangan; ii) akaun keuntungan; iii) hantar serah; dan iv) injunksi. Apakah yang dimaksudkan dengan badan pemungut hakcipta? Badan pemungut hakcipta ialah badan yang diberikan kuasa untuk memungut bayaran royalti bagi pihak pemunya hakcipta. Apakah badan badan pemungut hakcipta yang ada di Malaysia? Badan-badan pemungut hakcipta tersebut adalah: Nama: Public Performance Malaysia Sdn Bhd [PPM] (173608-V) Tahun Ditubuhkan: 1988 Ahli : Recording Companies Karya yang diwakili: Sound, Music Video and Karaoke Recordings Laman Web: www.ppm.org.my Nama: Music Authors Copyright Protection Bhd [MACP] (186403-X) Tahun Ditubuhkan: 1989 Ahli: Composers, Lyricists and Publishers Karya yang diwakili: Musical Works

21.

22.

23.

24.

25

25. 26. 27.

Laman Web: www.macp.com.my Nama: Performers and Artistes Rights (M) Sdn Bhd[PRISM](542747M) Tahun Ditubuhkan: 2001 Ahli: Recording Artistes and Musicians Karya yang diwakili: Performances embodied in Sound Recordings Laman Web: www.prism.org.my

Adakah Kerajaan Malaysia mengiktiraf badan-badan pemungut tersebut? Badan tersebut diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Apakah hak yang diberikan oleh badan pemungut kepada pihak yang memohon lesen? Badan pemungut boleh mengeluarkan lesen kepada pihak yang terbabit untuk menyiarkan karya-karya berhakcipta di tempat awam. Apakah yang dilakukan oleh badan pemungut kepada royalti yang dipungut tersebut? Royalti tersebut diagihkan oleh badan pemungut kepada pemunya karya pada setiap tahun. Adakah pihak Kerajaan yang menetapkan kadar royalti yang dikutip oleh badan pemungut? Kerajaan tidak mengawal dan tidak terlibat dalam menetapkkadar tersebut. Ia ditetapkan secara kontrak antara pemunya hakcipta dan badan pemungut. Kenapa pihak Kerajaan tidak boleh terlibat di dalam menetapkan kadarini? Hakcipta adalah hak persendirian. Jikalau berlaku pertelingkahan antara pemunya hakcipta dan badan pemungut, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pemunya hakcipta? Pertelingkahan bolehlah diselesaikan melalui bantuan Tribunal Hakcipta.

28.

29.

30.

26

31.

Apabila berlaku pertelingkahan antara pengguna karya dan badan pemungut, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pengguna karya? Pertelingkahan ini bolehlah juga diselesaikan melalui bantuan Tribunal Hakcipta. Apakah itu Tribunal Hakcipta? Tribunal Hakcipta adalah ditubuhkan di bawah Akta Hakcipta 1987 untuk:i) memberikan lesen bagi penterjemahan karya kepada Bahasa Malaysia; dan iii) menyelesaikan isu penetapan kadar royalti. Apakah asas penubuhan Tribunal Hakcipta? Ditubuhkan mengikut peruntukan seksyen 28 Akta Hakcipta 1987 bagi mewujudkan keseimbangan hak di antara pemilik hakcipta dan pengguna. Siapakah yang melantik ahli Tribunal? Ahli- ahli Tribunal dilantik oleh Y.B. Menteri yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran Akta Hakcipta 1987, iaitu Y. B. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Siapakah yang menjadi ahli? Keahlian Tribunal adalah terdiri daripada seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan tidak lebih daripada 20 orang ahli-ahli lain. Apakah Fungsi Tribunal? i) Menimbangkan permohonan bagi mendapatkan lesen untuk mengeluar dan menerbitkan terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan sesuatu hasil penulisan yang ditulis dalam apa-apa bahasa lain; dan ii) menyelesaikan pertikaian antara pengguna karya-karya berhakcipta dan pemilik hakcipta.

32. 33.

34.

35.

36.

27

37. Apakah Kes-kes yang boleh difailkan kepada Tribunal? i) Kes untuk menterjemah karya asing sekiranya tuan punya karya tidak dapat dihubungi atau tuan punya enggan memberi kebenaran. ii) Kes berkaitan dengan terma dan skim pelesenan hakcipta termasuk: a) kes berkaitan dengan kadar bayaran royalti; dan b) pengendali skim pelesenan enggan beri lesen atau enggan perbaharui lesen. 38. Siapakah yang boleh mengemukakan kes kepada Tribunal? Pihak-pihak berikut boleh memulakan prosiding:i) Wakil orang yang memerlukan lesen; ii) Pengendali skim pelesenan; dan iii) Orang yang enggan diberi lesen oleh pengendali skim pelesenan. Bagaimanakah cara membuat permohonan ke Tribunal? Permohonan hendaklah dibuat berdasarkan peruntukan Akta Hakcipta 1987. Bolehkah rayuan dibuat terhadap keputusan Tribunal? Keputusan Tribunal boleh dirayu oleh pihak yang terkilan kepada Mahkamah Tinggi Harta Intelek. Apakah yang dimaksudkan dengan hak pelaku? Adalah hak yang diberikan kepada mereka yang mengambil bahagian dalam persembahan awam secara langsung. Berapa lamakah tempoh perlindungan hak pelaku diberikan? Perlindungan diberikan selama 50 tahun dari tarikh persembahan. Apakah kelayakan bagi perlindungan pelaku? Hak pelaku hendaklah wujud dalam tiap-tiap persembahan secara langsung yang pelakunya itu ialah: i) warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau ii) bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia tetapi

39.

40.

41.

42. 43.

28

persembahannyaa) di adakan di Malaysia b) telah digabungkan dalam rakaman bunyi yang dilindungi di bawah Akta ini; atau c) belum lagi ditetapkan dalam rakaman bunyi tetapi termasuk dalam suatu siaran yang layak untuk dilindungi di bawah Akta ini

29

REKA BENTUK SUSUN ATUR LITAR BERSEPADU


1. Apakah Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu? Rekabentuk susun atur litar bersepadu adalah susunan tiga dimensi unsurunsur sesuatu litar bersepadu dan sebahagian atau semua saling hubungan litar bersepadu itu atau susunan tiga dimensi sedemikian yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk dikilang.. Apakah undang-undang yang melindungi Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu?

2.

Undang-undang yang melindung reka bentuk susun atur litar bersepadu adalah Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000. 3. Bagaimana untuk melindungi susun atur litar bersepadu? Sesuatu reka bentuk susun atur layak mendapat perlindungan secara automatik sebaik sahaja memenuhi syarat-syarat berikut; Asli iaitu ia adalah hasil usaha intelek penciptanya sendiri dan bukan perkara biasa antara pencipta reka bentuk susun atur dan pengilang litar bersepadu; telah ditetapkan dalam bentuk material atau digabungkan dalam suatu litar bersepadu; dan pemegang hak reka bentuk susun atur itu adalah orang yang layak. Siapakah pemegang hak reka bentuk susun atur dan apakah hak pemegang hak? Pencipta; Orang yang menugaskan jika reka bentuk susun atur itu dicipta menurut sesuatu penugasan; Majikan jika reka bentuk susun atur itu dicipta oleh pekerja dalam menjalankan pekerjaannya. Apakah hak pemilik reka bentuk susun atur? Pemegang hak sesuatu reka bentuk susun atur terlindung mempunyai hak yang berikut;

4.

5.

30

Menghasilkan semula dan memberi kuasa penghasilan semula reka bentuk susun atur terlindungnya; dan Mengeksploitasikan secara perdagangan dan memberi kuasa pengeksploitasian secara perdagangan; - Reka bentuk susun atur terlindungnya ; - Litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu; atau - Barang yang mengandungi litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur terlindung itu.

6.

Bagaimanakah dengan tempoh perlindungan? Sesuatu reka bentuk susun atur dilindungi bagi tempoh 10 tahun dari tarikh ia mula-mula dieksploitasi secara perdagangan. Walau apa pun, perlindungan yang diberikan tamat selepas 15 tahun selepas tarikh ia dicipta.

31

32

You might also like