You are on page 1of 1

as letak si mati.

Pada malam pada hari perkuburan, ahli keluarga akan mengadakan upacara memisah dengan menutup semua lampu dalam rumah. Tujuannya ialah agar ro h si mati akan balik ke rumah untuk "megoit-megoit" atau membawa dan mengambil b arang-barang milik si mati. Pada hari ketiga (3) pula, ahli keluarga simati meng adakan upacara pembahagian atau "Ikidan / angkiban" . Benda yang boleh dijadikan angkiban ialah ternakan dan tanaman. Tuju annya ialah mengadakan pembahagian harta untuk simati. Contoh narrator ialah " A nu bin Dia, ini saja bahagian mu. Jangan lagi ganggu kami". Pembahagian ini dila kukan dengan tangan kiri dan membelakang. Pada hari kelima atau ketujuh pula, up acara keselamatan yang dipanggil "Memagompi" melalui upacara mengendi dilakukan dengan bantuan sesorang yang mahir megendi. Berikut adalah adat-adat yang sering dilakukan oleh masyarakat Kadaz an apabila berlaku sesuatu kematian. 2.1.4.1 Semasa Kematian Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kema tian di kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-j aga dan moginupus. 2.1.4.2 Memberi Tahu Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia , semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dia lami oleh keluarga si mati. Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soa l kematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarak at Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara peng kebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut kepercayaan m asyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu kemungkinan pe nyakit akan menimpa mereka pula. Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal ber jauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan. 2.1.4.3 Berjaga-Jaga Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipa kaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi . Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yan g diselitkan pada bibirnya buat seketika. Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu , mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya ter utama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melan gkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ. Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak me nerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia.

You might also like