You are on page 1of 10

ISL M7

Tajuk : - Mendapatkan maklumat tentang kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas. - Merancang satu sesi amali yang berkaitan dengan pergerakan asas

Definisi Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi 2.1.2 Kaedah

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963). Jenis kaedah Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah 1. Kaedah Tradisional Ia meliputi Tugasan membaca buku teks Kuliah Mengucap dengan kuat Tumpuan kepada perbendaharaan Laporan secara lisan oleh murid Mengkaji semula(riview)

ISL M7

Ujian,kuiz dan peperiksaan

2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan 3. Kaedah kumpulan - perbincangan kumpulan - kuliah perbincangan - kerja jawatankuasa - main peranan - Sesi Buzz - Sumbangsaran - Wawancara - Konferen

4. Kaedah penyelesaian masalah Ia meliputi Projek Tinjauan Penyelidikan atau penjelajahan Tunjukcara atau demonstrasi

ISL M7

Kelab kesihatan Lawatan

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut. 1. Menganalisis dan memahami masalah 2. Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah. 3. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat. 4. Membentuk jawapan yang mungkin. 5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif. 6. Pilih penyelesaian yang sesuai. 7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan 1.Menggalakkan interaksi antara pelajar 2.memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi 3.menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji. Kelemahan 1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru 2. Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

ISL M7

5. Kaedah Kolaboratif Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan. 6. Kaedah Koperatif

Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah 1. murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan 2. murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif. 3. murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan. 4. murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. 5. Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif. 6. Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.

ISL M7

Sesi amali yang berkaitan dengan pergerakan asas : Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Dirian Bangau Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak 2) Angkat sebelah kaki bersudut 90 darjah 3) Tangan didepakan untuk meningkatkan keseimbangan Pergerakan 2 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Bola Berputar Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak 2) Rendahkan badan seperti melutut 3) Depakan tangan ke hadapan dan menyentuh lantai 4) Gulingkan badan ke hadapan sebanyak dua kali 5) Berdiri tegak seperti sediakala. Pergerakan 3 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Irama gelung Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak sambil memegang gelung dengan tangan kanan 2) Pusingkan gelung bermula dari arah bawah Pergerakan 4 Jenis pergerakan : Lokomotor Nama pergerakan : Pusingan menggapai langit Alatan : Tilam Cara pelaksanaan : 1) Menahan badan dengan tangan, bermula dengan tangan 2) Pusingkan badan ke arah bertentangan dengan tangan kanan menahan badan 3) Ulang langkah 1 dan 2

ISL M7

Pergerakan 5 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Tepuk pundi Alatan : Pundi kacang (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak sambil memegang pundi kacang 2) Lambung pundi kacang itu ke atas sambil menepuk tangan dua kali Pergerakan 6 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Jambatan Gantung Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Baring di atas lantai 2) Bengkokkan lutut dan bawa tangan ke belakang 3) Angkat bahagian belakang badan ke atas

Pergerakan 7 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Gerakan harimau Alatan : Pundi kacang (2) Cara pelaksanaan : 1) Posisi adalah seperti merangkak 2) Pundi diletakkan di atas belakang tapak tangan 3) Merangkak ke hadapan bermula dengan tangan kanan di hadapan dan diikuti tangan kiri pula secara berselang-seli PERGERAKAN 8 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Lompat Tinggi-tinggi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri seluas bahu dengan lutut dibengkokkan sedikit dan tangan dihayun ke belakang.

ISL M7

2) Lompat setinggi mungkin ke hadapan 3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan lutut dibengkokkan sedikit untuk menyerap hentakan. Pergerakan 9 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Gelungku pusing Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Duduk melutut dengan memegang gelung ke hadapan 2) Pusingkan gelung 360 bermula dari arah kanan dengan menggunakan tangan Pergerakan 10 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Imbangan pundi Alatan : Pundi kacang (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri dengan sebelah kaki sementara pundi diletakkan di atas kepala 2) Lompat ke hadapan dengan sebelah kaki (seperti permainan ketingting) sambil tangan didepakan untuk mengimbang badan 3) Rapatkan kedua-dua belah kaki setelah semasa mendarat PERGERAKAN 11 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Duduk Si Tempang Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta berdiri tegak dengan tangan di sisi 2) Peserta mendepakan tangan ke sisi sambil mengangkat dan meunjurkan kaki ke hadapan 3) Peserta duduk separuh dan pastikan lutut dibengkokkan 90 darjah. Pergerakan 12 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Bus driver

ISL M7

Alatan : Gelung (1) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri sambil memegang gelung ke hadapan seperti memegang stereng bas 2) Berjalan ke hadapan dengan memulakan langkah dengan kaki kanan dan memusing gelung ke arah kiri dahulu 3) Ulang langkah 2 dengan menukar arah kaki dan arah pusingan gelung Pergerakan 13 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Lompat Berpusing Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak kemudian berlari anak sejauh 4 langkah 2) Lompat sambil memusingkan badan 3) Mendarat dengan kedua-dua belah kaki Pergerakan 14 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan Lokomotor Nama pergerakan : Belantanku sayang Alatan : Belatan (2) Cara pelaksanaan : 1) Berdiri tegak 2) Belatan digerakkan bermula dengan arah atas 3) Kemudian, belatan digerakkkan ke arah sisi 4) Seterusnya, belatan digerakkan ke arah hadapan 5) Ulang langkah 2,3 dan 4 PERGERAKAN 15 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan : Imbangan Sisi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta baring sisi kanan 2) Tangan kanan ditegakkan untuk mengangkat badan ke atas 3) Tahan dan cuba imbangkan badan selama 5 saat

ISL M7

Pergerakan 16 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Gulingan Balak Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berbaring dengan tangan lurus ke atas 2) Gulingkan badan ke sisi Pergerakan 17 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan Bukan lokomotor Nama pergerakan : Gerudi belantan Alatan : Belantan (2) Cara pelaksanaan : 1) Bongkokkan badan dengan mengangkat sebelah kaki sambil tangan memegang belatan ke hadapan 2) Angkat kaki kiri ke belakang dan putarkan belatan ke hadapan 3) Ulang langkah 2 dengan mengangkat kaki kanan PERGERAKAN 18 Jenis Pergerakan : Bukan Lokomotor Nama Pergerakan :Bangkit tubi Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Peserta meletakkan tangan di sisi badan dan lutut dibengkokkan 2) Peserta meletakkan tangan secara bersilang di dada 3) Peserta bangun hingga dada mencecah lutut 4) Kembali ke kedudukan asal

PERGERAKAN 19 Jenis pergerakan : Manipulasi Alatan dengan Lokomotor Nama pergerakan : Lompatan Si Gemuk Alatan : Kotak dan gelung (1) Cara pelaksanaan :

ISL M7

1) Berdiri di permulaan kotak dengan badan berada di dalam gelung 2) Tangan memegang gelung pada paras pinggang 3) Lompat melepasi kotak 4) Mendarat dengan lutut dibengkokkan sedikit Pergerakan 20 Jenis Pergerakan : Lokomotor Nama Pergerakan : Kudaku Laju Alatan : Tiada Cara Perlaksanaan: 1) Berdiri tegak dengan siku dibengkokkan ke dada 2) Kaki kanan diangkat ke hadapan dan kaki kiri melangkah seperti biasa 3) Pergerakan diulang dengan bergerak ke hadapan

Rujukan : http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=83

http://pjthepioneering.blogspot.com/2010/11/assignmentpergerakan-asas.html

You might also like