You are on page 1of 8

Rumusan Kuliah

Dalam kuliah ini, saya telah mempelajari tentang dasar pendidikan semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Kedatangan pekerja buruh yang begitu ramai telah mewujudkan suatu keperluan bagi pembinaan sekolah untuk pendidikan anak-anak mereka. Oleh yang demikian, dalam pemerintah Inggeris terutama di hujung jurun ke-19 dan awal kurun ke-20, pendidikan rendah berbentuk formal, sekular dan mengikut kaum telah diperkenalkan. Sekolah tersebut dikenal sebagai sekolah vernakular.

Sekolah Cina

Sekolah Inggeris

Sekolah Vernakular

Sekolah Melayu

Sekolah Tamil

Sekolah vernakular bermakna sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, sekolah Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar. Sekolahsekoleh tersebut mempunyai orientasi tersendiri serta jauh daripada keseragaman.

Faktor-faktor penubuhan sekolah vernakular

Dasar pemerintahan British di Tanah Melayu pada masa itu ialah pecah dan perintah

Tidak terdapat satu dasar pelajaran kebangsaan pada masa itu

Sikap kedaerahan yang diwarisi setiap kaum

Sekolah Melayu Pada tahun 1854, Gabenor Jeneral di India menghantar perutusan Jemaah Pengarah melawat Negeri-negeri Selat untuk membuat laporan pendidikan di negerinegeri tersebut.Pada tahun 1855, sebuah sekolah Melayu yang pertama telah didirikan di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pada tahun berikutnya,iaitu pada tahun 1856, dua buah sekolah lagi dibuka, iaitu di Teluk Belangah dan Kampung Gelam Singapura. Sekolah di Teluk Belangah, kemudiannya dijadikan maktab perguruan bagi guru-guru sekolah Melayu. Sekolah di Kampung Gelam pula berubah menjadi sekolah Quran sehingga disusun semula. Pada tahun yang berikutnya, ramai seklolah melayu juga ditubuhkan tetapi terpaksa ditutup atau dijadikan sekolah lain pada akhirnya.

Sekolah-sekolah Melayu yang didirikan di Melaka berjalan terus sehingga disusun semula oleh nazir sekolah selepas tahun 1872. Sekolah Melayu lebih berjaya di Melaka kerana hampir semua penduduknya terdiri daripada orang Melayu dan juga guru Melayu mudah didapati. Pada tahun 1871, A.M Skinner telah memulakan sekolah-sekolah Melayu berdasarkan kelas Quran dalam satu percubaan. Pada tahun 1972. A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi iaitu:

Pagi
Pelajaran biasanya dijalankan. Sebagai contoh, Bahasa Melayu, ilmu Arab, Matematik dan sebagainya.

Petang
Pelajaran agama Islam diajar Bahasa Arab dan Al-Quran

Mulai abad ke-20, pekebunan dan anyaman diperkenalkan. Ini berikutan cadangan laporan oleh Winstedt pada tahun 1917. Skinner telah dilantik sebagai Nazir Sekolah-sekolah. Bagi kanak-kanak perempuan Melayu, sekolah pertama didirikan di Teluk Belangah pada 1884. Sebuah lagi sekolah perempuan Melayu didirikan di Pulau Pinang pada tahun 1889. Bagi menyediakan guru-guru Melayu, R.J. Wilkinson telah menubuhkan sebuah maktab perguruan di Melaka pada tahun 1907. Walau bagaimanapun, sekolah Melayu terpaksa menghadapi pelbagai masalah pada mulanya seperti berikut:
Kepentingan pendidikan kurang disedari

Jawatan-jawatan bagi calon yang tamat sekolah Melayu berpendapatan rendah

Dasar pentadbiran Inggeris

Sekolah Cina Ramai imigran dari China datang ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki dan telah mendorong sekolah Cina ditubuhkan. Sekolah Cina pertama dimulakan di Melaka pada tahun 1815 oleh sekumpulan mubaligh dari Persatuan Mubaligh London. Dalam hal pembinaan sekolah Cina, pentadbiran Inggeris bersikap tidak mahu campur tangan, malahan menentang keras pembiayaan untuk pembinaan sekolah Cina. Biasanya, rumah juga digunakan sebagai sekolah. Dialek tempatan digunakan sebagai bahasa pengantar. Pengajaran bahasa Cina dibuka oleh:

Individu Cina

Persatuan Cina daerah

Persatuan suku kaum

Jabatan pentadbir

Pada awalnya, kurikulum sekolah berbentuk klasik lama. Murid-murid juga mempelajari kaligrafi dan kira-kira. Sejak tahun 1901, sekolah-sekolah Cina mula mendapat bantuan kewangan dari negera China di bawah pemerintahan Manchu. Guru-guru juga dibawa dari Negara China. Kurikulum baru dimulakan. Pelajar-pelajar belajar teks klasik lama, Sejarah, Ilmu Alam, Sains dan sebagainya. Pada tahun 1919, sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu mula menggunakan bahasa Mandarin yang juga telah menjadi bahasa pengantar rasmi di Negara China. Dengan adanya bantuan kewangan, pengaruh politik parti nasional, iaitu Kuomintang, terus berkembang di sekolah-sekolah Cina. Pada tahun 1920, Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuan utamanya untukmengawal perkembangan sekolah-sekolah Cina. Antara kandungan Enakmen Pendaftaran Sekolah:

1. Pengarah pelajaran berkuasa untuk menutup sebarang sekolah yang tidak mematuhi peraturan

2. Semua guru serta pentadbirannnya hendaklah didaftar dan diselia oleh pengarah pelajaran.

3. Setelah didaftar di bawah enakman tersebut, sekolah-sekolah Cina itu akan diberi bantuan oleh kerajaan Inggeris.

Enakmen ini dipandang oleh masyarakat Cina sebagai sesuatu yang mencabuli hak asasi orang Cina dalam pengurusan sekolah. Berikutan tindakan tegas ini, hampir 315 buah sekolah dibatalkan pendaftrannya di antara tahun 1925 dan 1928. Satu pindaan dibuat kepada enakmen tersebut pada tahun 1925, yang membolehkan pengarah pelajaran membatalkan pendaftaran seseorang guru yang aktivitinya dianggap subvertif. Dasar pendtadbiran Inggeris seperti ini, secara langsung atau tidak langsung akan mewujudkan jurang pendidikan antara anak-anak Melayu dan Cina. Sekolah Tamil Kebanyakan pekerja India bertutur bahasa Tamil dan menyebabkan sekolah yang dibuka menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantarnya. Pentadbiran Inggeris mewajibkan tuan estet untuk menyediakan sekolah Tamil. Tindakan ini juga merupakan dorongan bagi pekerja-pekerja India daang ke negara ini. Sekolah-sekolah Tamil mula dibina di tempat-tempat seperti berikut:

estet-estet kopi

estet-estet kelapa

estet-estet getah

Sejak tahun 1902, kerajaan Inggeris mula memberi kemudahan untuk menubuhkan sekolah Tamil sama ada di estet atau di bandar, khasnya untuk anak pekerja di Jabatan Kereta Api dan Kerja Raya. Menjelang tahun 1920, jumlah murid sekolah Tamil di persekutuan adalah lebih kurang 4000 orang. Pada tahun 1925, Kod Buruh dikuatkuasakan dan setiap estet yang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajibkan untuk menyediakan sekolah dan guru bagi kanakkanak itu. Sekolah Tamil hanya bertujuan untuk membasmi buta huruf di kalangan kanakkanak estet. Sedikit peruntukan wang tahunan juga diberikan kepada sekolah Tamil. Wang ini diberikan berdasarkan pencapaian murid dalam peperiksaan serta kehadiran mereka. Seorang nazir sekolah tamil dilantik pada tahun 1930 untuk tujuan penyeliaan dan pengawasan. Jawatan tersebut dimansuhkan pada tahun 1932.

Mubaligh Kristian

Majikan

Individu yang berkenaan

Penubuh sekolah Tamil

Sekolah Inggeris Semasa penjajahan Inggeris, sekolah Inggeris terdiri daripada dua jenis:

Free school

Sekolah Inggeris separa bantuan

Free school dinamai sedemikian bukan kerana tidak dikenakan bayaran yuran, tetapi kerana ia terbuka kepada murid dari semua bangsa tanpa mengira kaum dan taraf sosioekonomi. Penang Free School merupakan free school yang ulung, dimulakan pada tahun 1816 atas inisiatif Rev. R. Hutchings. Mulai tahun 1891, sekolah tersebut mula menyediakann pendidikan sekolah menengah. Golongan sekolah-sekolah separa bantuan lebih dikenali sebagai sekolah mubaligh. Sekolah-sekolah Inggeris ini ditubuhkan serta dibiayai oleh Persatuan Mubaligh London, Mubaligh Methodist, Gereja England dan Mubaligh Roman Katolik. Semua kanak-kanak, tanpa mengira bangsa atau agama, boleh memasuki sekolah mubaligh. Sekolah-sekolah ini bertujuan untuk menyediakan pendidikan am serta memperbaik akhlak mengikut ajaran agama Kristian. Sekolah Inggeris hanya terdapat di bandar. Disebabkan orang Melayu terikat dengan undang-undang untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu, maka ramai orang Melayu tidak berpeluang memasuki sekolah Inggeris. Walau bagaimanapun, pada penghujung tahun 1930-an, melalui cara peperiksaan, pelajarpelajar Melayu dipilih memasuki sekolah Melayu khas (special malay class) setelah tamat empat tahun pendidikan dasar Melayu. Selepas dua tahun dalam kelas Melayu khas, murid berkenaan dinaik ke tahun empat di sekolah dasar Inggeris. Dalam era ini, wujud pelbagai kurikulum yang digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masing-masing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi. Situasi seperti ini telah mewujudkan berbagai-bagai kesulitan dari segi sosioekonomi.

You might also like