You are on page 1of 1

Kesan yang kedua ialah kesan terhadap ekonomi .

Perluasan kuasa Inggeris telah menyebabkan berlakunya perubahan sistem ekonomi di Tanah Melayu. Sebelum campurtangan Inggeris, masyarakat Melayu mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan apabila berlakunya perluasan kuasa Inggeris, sistem ekonomi komersil pula diperkenalkan. Sistem ekonomi komersial merujuk kepada lebihan hasil secara besar-besaran dan melibatkan banyak pihak yang memerlukan barang ekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Sistem ekonomi ini bermula pada abad ke-19 dan 20 terutamanya selepas kemasukan Inggeris. Ini kerana Inggeris lebih menumpukan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport. Ini telah mendorong pelabur2 asing ke Tanah Melayu dan membawa teknologi serta system pengurusan ekonomi. Penggunaan kapal korek dan pam kelikir telah digunakan bagi menggantikan teknik lama iaitu mendulang yang agak merugikan . Melalui teknologi baru yang dibawa oleh Inggeris menjadikan hasil pengeluaran bijih timah yang diperolehi lebih banyak dan cepat serta tidak perlu menggunakan tenaga buruh yang ramai. Pembinaan jalan raya yang merentasi daerah pedalaman telah mewujudkan kawasan baru serta mewujudkan pembukaan bandar2 baru. Perusahaan getah diperkenalkan bagi menggantikan kopi. Teknik penorehan getah yang menggunakan teknologi yang lebih moden dan canggih tlah membawa kepesatan kepada pengeluaran hasil getah. Perkembangan ekonomi diseimbangkan oleh kewujudan system pengangkutan darat.

Perubahan sistem ekonomi di Tanah Melayu berlaku daripada 3 aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, Sultan dan pembesar tidak mempunyai kuasa ke atas tanah jajahan dan juga adat Melayu. Ini kerana Inggeris telah menghapuskan beberapa amalan dalam adat Melayu. Contohnya seperti menghapuskan sistem kerah dan serah oleh para pembesar. Sistem hamba abdi juga dihapuskan dan rakyat boleh memiliki tanah bagi menjalankan serta meningkatkan hasil pertanian tanpa menyerahkan sebahagian hasil mereka kepada Sultan atau pembesar.

You might also like