You are on page 1of 80

1/19/2014 8:16 PM

Perkongsian Idea Guru Cemerlang

PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.

Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan untuk membilang benda, orang, binatang dan tempat.

Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti buah, batang, dan lain-lain.

Angkatan
Digunakan untuk sekumpulan manusia atau benda.

penulis polis

tentera seniman

Batang
Digunakan untuk menunjukkan benda-benda yang panjang.

galah gigi

paku sungai

Bentuk
Digunakan untuk benda-benda kecil yang berkeluk.

cincin mata kail

permata subang

Bidang
Digunakan untuk benda-benda yang terbentang luas.

kain kebun

layar tikar

Butir
Digunakan untuk benda-benda yang bulat atau kecil.

batu manik

peluru telur

Cubit
Digunakan untuk benda yang diambil sedikit dengan jari.

garam gula

ikan kunyit

Deret
Digunakan untuk bangunan atau benda yang bersusun-susun.

bangunan kedai

kereta rumah

Gulung
Digunakan untuk benda panjang dan lebar yang bergulung.

dawai filem

kertas tikar

Ikat
Digunakan untuk benda-benda yang telah diikat.

lidi papan

tebu sayur

Kawan
Digunakan untuk kumpulan binatang atau haiwan.

burung kambing

lebah lembu

Keping
Digunakan untuk benda-benda yang nipis atau pipih.

biskut gambar

roti syiling

Ketul
Digunakan untuk benda-benda yang berketul dan padu.

ais daging

sabun tulang

Kotak
Digunakan untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak.

mancis pensel

rokok sabun

Longgok
Digunakan untuk benda-benda yang berada dalam longgokan.

cili durian

pakaian tanah

Pasang
Digunakan untuk benda-benda yang berpasangan.

baju kasut

setokin subang

Pucuk
Digunakan untuk benda atau senjata yang halus serta nipis.

jarum meriam

rebung surat

Rumpun
Digunakan untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat.

padi pandan

serai tebu

Timbun
Digunakan untuk benda-benda yang dilonggokkan setempat.

batu kayu api

sampah tanah

Titis
Digunakan untuk cecair yang menitis.

air dakwat

darah embun

Ulas
Digunakan untuk isi buahbuahan yang berpangsa.

cempedak durian

limau nangka

AKTIVITI BERKUMPULAN
Dua belas (12) penjodoh bilangan serta tiga puluh enam (36) contohnya akan dipaparkan di monitor/skrin komputer anda.

Anda dikehendaki menyusun dan memadankan penjodoh bilangan tertentu dengan tiga (3) contoh yang sesuai dengannya. Bagi setiap padanan yang betul akan diberi dua (2) markah.

Berkas Bilah Buku Genggam Gugus Helai

Kaki Kepal Longgok Papan Rangkap Tangkai

pasir daun bunga parang pantun nasi

kekwa sabit tanah puisi padi rotan

benang kertas payung langsat mercun tuala

kunci petai lidi sajak cendawan anggur

sabun pakaian tanah golok coklat roti

durian pulut kunci beras duku padi

BERKAS

BILAH

lidi kunci rotan

golok parang sabit

BUKU

GENGGAM

benang roti sabun

beras padi pasir

GUGUS

HELAI

anggur kunci langsat

daun kertas tuala

KAKI

KEPAL

bunga cendawan payung

nasi pulut tanah

LONGGOK

PAPAN

durian pakaian tanah

coklat mercun petai

RANGKAP TANGKAI

pantun sajak puisi

duku kekwa padi

MARKAH AKTIVITI KUMPULAN


Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C -

KUIZ BERKOMPUTER
Kuiz

ini mengandungi lima belas (15) soalan objektif. Terbahagi kepada tiga (3) kumpulan yang terdiri daripada lima (5) orang pelajar setiap kumpulan.

Soalan

satu akan dijawab oleh peserta pertama setiap kumpulan. Langkah yang sama akan diulang bagi soalan yang seterusnya. Peserta setiap kumpulan akan berpeluang menjawab sebanyak tiga kali.

Cara

menjawab soalan kuiz, peserta akan mengangkat huruf A, B, C atau D bagi pilihan jawapan soalan yang dipaparkan di skrin. Dua markah akan diberi bagi setiap jawapan yang betul @ tepat.

OK

Setiap petang, kelihatan ______ burung terbang pulang ke sarang. A. B. C. D. sepasukan sekawan segerombolan sekumpulan

OK

KE SOALAN 02

Kumar pun mengambil se ______ cangkul untuk membuat beberapa batas sayur. A. B. C. D. kaki ikat batang rawan

OK

KE SOALAN 03

Berat timbangan dua puluh ______ pisang itu ialah seratus kilogram. A. B. C. D. biji sikat sisir tandan

OK

KE SOALAN 04

Se ______ gula pasir sudah memadai untuk memaniskan secawan teh. A. B. C. D. cubit biji buku genggam

OK

KE SOALAN 05

Perompak yang bersenjatakan se ______ pistol itu ditembak mati oleh polis.
A. B. C. D. bentuk pucuk bilah utas

OK

KE SOALAN 06

Pak Cik Seman memikul se ______ rotan untuk dijual di Pekan Sabtu.
A. B. C. D. berkas ruas gugus jemput

OK

KE SOALAN 07

Ruang tamu di rumahnya dihiasi dengan beberapa ______ bunga orkid.


A. B. C. D. helai kuntum tangkai jambak

OK

KE SOALAN 08

Ayah membeli se ______ anggur dan sebiji tembikai di pasar malam.


A. B. C. D. rangkai tangkai gugus timbun

OK

KE SOALAN 09

Emak hanya memerlukan se ______ beras untuk memasak bubur.


A. B. C. D. biji kotak genggam longgok

OK

KE SOALAN 10

Ali dan adiknya berehat di bawah se ______ buluh sambil membaca buku.
A. B. C. D. ruas rumpun kerat potong

OK

KE SOALAN 11

________ rumah kedai telah musnah dijilat api dalam kebakaran petang semalam. A. B. C. D. Sekumpulan Sebidang Sederat Sebuah

OK

KE SOALAN 12

Terdapat se ______ anak sungai yang jernih airnya mengalir di Desa Wangi.
A. B. C. D. sebuah sebatang sebidang seutas

OK

KE SOALAN 13

Sehari se ______ benang, lama-lama menjadi sehelai kain.


A. B. C. D. utas urat lembar buku

OK

KE SOALAN 14

______ bunga telah diletakkan di leher menteri itu semasa ketibaannya.


A. B. C. D. Sekuntum Sekalung Setangkai Sejambak

OK

KE SOALAN 15

______ kertas melayanglayang di udara apabila ditiup angin.


A. B. C. D. Sekeping Sepotong Selembar Sebidang

OK

KE SLAID 75

MARKAH KUIZ BERKOMPUTER


Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C -

MARKAH AKTIVITI KUMPULAN


Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C -

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN


Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C -

MD. RAMLI BIN SABRAN S. K. SUNGAI TUNGKU


GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU
January 19, 2014 Inovasi Guru Cemerlang B/Melayu

ICT
80

You might also like