You are on page 1of 19

TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA (RABU 8 FEB 2012)


7:30 pagi 9:00 pagi : Berkumpul di IPG Kampus Temenggong Ibrahim : Bertolak ke Teluk Gorek (Chalet & Camp Site) Mersing. 12:30 tengahari 12:35 tengahari : Tiba di Teluk Gorek (Chalet & Camp Site) Mersing 1. Taklimat ringkas (Tuan Md. Jasa bin Siraj) 2. Pembahagian kumpulan (1hingga 6 kumpulan) 3. Menaikkan bendera 12:50 tengahari 2:00 petang : Rehat dan Solat :Mendirikan Khemah & Layout Khemah

(Tuan Md. Jasa bin Siraj ) 3:00 petang : Taklimat oleh pegawai KRS 1. Perjalanan perkhemahan (Kem Komanden - Tuan Zali bin A. Rahman) 2. Gajet (Tuan Rosli bin Kayar) 3. Makanan (Tuan Hajah Rosnah binti A. Rajak) 4. Pioneering (rakit) (Tuan Azman bin Manas) 4:30 petang 5:00 petang : makan petang 1. Mencari bahan untuk membuat gajet (mengikut kumpulan) 2. Membina gajet (mengikut kumpulan) 7:00 petang 7:30 malam 9:00 malam 12:00 malam : Makan malam dan Urus diri : Solat berjemaah dan tazkirah : Kemahiran Pioneering (Tuan Tauhit bin Sadar) : makan malam dan Rehatkan diri

HARI KEDUA (KHAMIS 9 FEB 2012)


6:00 pagi 7:00 pagi 7:30 pagi 8:00 pagi : Solat subuh dan tazkirah : Menaikkan bendera dan senaman : Sarapan : Aktiviti air dan darat (mengikut kumpulan) 1. Kump 1 (kump 1,2,3) - aktiviti air (rakit/keyakinan diri) (Tuan Azman bin Manas)

2. Kump 2 (4,5,6) - aktiviti darat (kembara/Abbseilling) (Tuan Yazed bin Abd Manap)

1:30 tengahari 2:30 petang

: Rehat dan Solat 1. kump 1- Orienteering/ Pandu arah (Tuan Md. Jasa bin Siraj dan Tuan Naemas binti Taib) 2. kump 2:- Asas kawad kaki (Tuan Zali bin A. Rahman)

5:00 petang

1. kump 1- Asas kawad kaki (Tuan Zali bin A. Rahman) 2. kump 2- Orienteering/ Pandu arah (Tuan Md. Jasa bin Siraj dan Tuan Naemas binti Taib)

7:00 petang 7:30 malam 8:30 malam

: Makan Malam dan Urus diri : Solat berjemaah dan tazkirah : Majllis Perasmian Perkhemahan dan Pentauliahan KRS (perasmi: Ustaz Nasir bin Wahid)

10:00 malam 12:00 malam

: Bantu Mula (Tuan Naemas binti Taib) : makan malam dan Rehatkan diri

HARI KETIGA (JUMAAT 10 FEB 2012)


6:00 pagi 7:00 pagi 7:30 pagi 8:00 pagi : Solat subuh dan tazkirah : Menaikkan bendera dan senaman : Sarapan : Aktiviti air dan darat (mengikut kumpulan) 1. Kump 1 (kump 1,2,3) - aktiviti darat (kembara/Abbseilling) (Tuan Yazed bin Abd Manap) 2. Kump 2 (4,5,6)- aktiviti air (rakit/keyakinan diri) (Tuan Azman bin Manas) 1:00 tengahari 2:30 petang 5:00 petang 7:00 petang 7:30 malam 8:30 malam 11.00 malam 12:00 malam 12:15 malam 1:30 malam : Rehat dan Solat : Ujian Simpulan dan Ikatan (Tuan Naemas binti Taib) : Ujian Kawad Kaki (mengikut kumpulan) : Makan Malam dan Urus diri : Solat berjemaah dan tazkirah : Malam Ikatan Bersaudara (Tuan Tauhit bin Sudar) : Slot bersama Tuan Yazid bin Abd Manap : Makan malam : Raptai Istiadat Pentauliahan (Tuan Zali bin A. Rahman) Rehatkan diri

HARI KEEMPAT (SABTU 11 FEB 2012)


6:00 pagi 7:00 pagi 7:30 pagi 8:00 pagi 9.30 pagi : Solat subuh dan tazkirah : Menaikkan bendera dan senaman : Sarapan : Istiadat Pentauliahan Mengemas Peralatan dan perkhemahan (Tuan Azman bin Manas) 10:30 pagi : Pentauliahan Leftenan Muda dan Majlis Penutup 2:00 petang 2:30 petang : Sesi bergambar : Bersurai

LAPORAN AKTIVITI (KUMPULAN 6)

HARI PERTAMA
1. Seramai 59 orang kadet telah mendaftarkan diri dalam perkhemahan kali ini. 2. Beberapa taklimat serta amanat sepanjang program pentauliahan ini berjalan telah disampaikan oleh unit-unit setiap aktiviti. 3. Menaikkan bendera (nyanyi lagu Negeri Johor, lagu Kebangsaan dan lagu KRS) 4. Mendirikan khemah 5. Membuat gajet

Aktiviti 1- Mendirikan Khemah


Bagi aktiviti membina khemah telah dikendalikan oleh Tuan Zali bin A. Rahman. Setiap khemah didiami oleh 3 hingga 5 orang kadet. Setelah taklimat diberikan, semua kadet dikehendaki memasang khemah masing-masing di tapak perkhemahan yang telah ditetapkan. (6 khemah kadet lelaki dan 13 khemah kadet perempuan). Melalui aktiviti ini, saya dapat mempraktikkan cara memasang khemah dengan betul melalui ilmu yang telah disampaikan semasa dalam kuliah KRS. Melalui aktiviti ini juga, saya dapat menjalinkan kemesraan dan kerjasama di antara sesame kadet. Hasil kerjasama antara setiap ahli kadet, maka khemah yang kukuh dapat didirikan untuk didiami oleh kadet sepanjang kursus pentauliahan ini dijalankan.

Aktiviti 2- Membina Gajet


Aktiviti membina gajet telah dikendalikan oleh Tuan Rosli bin Kayar. Aktiviti ini dijalankan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan ( 6 kumpulan). Setiap kumpulan telah dipertanggungjawabkan mencari kayu di kawasan berhampiran tapak perkhemahan untuk membina ampaian, rak kasut, pagar sekeliling khemah dan tiang bendera. Gajet direka bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja serta penghidupan semasa berada di kawasan perkhemahan. Gajet juga merupakan satu bahagian yang dinilai dalam sesuatu perkhemahan, Oleh yang demikian, setiap kadet dalam kumpulan kami telah memberi kerjasama yang baik sepanjang aktiviti ini berjalan. Hasil daripada aktiviti ini terbinalah gajet ampaian, rak kasut, pagar sekeliling khemah dan tiang bendera. Ilmu ikatan dan simpulan yang telah dipelajari di dalam kuliah dapat dipraktikkan dalam penghasilan gajet. Antara jenis ikatan dan simpulan yang kumpulan kami gunakan ialah simpulan manok, simpul balak, ikat serong, lilit kacang dan simpulan dua lilit.

Aktiviti 3- Pioneering (membina rakit)


Aktiviti Pioneering atau membina rakit telah dikendalikan oleh Tuan Azman bin Manas. Aktiviti ini dijalankan dengan gabungan dua kumpulan iaitu kumpulan satu dan kumpulan 4, kumpulan 2 dan kumpulan 5, serta kumpulan 3 dan kumpulan 6.

Setiap kumpulan perlu membina rakit dengan bahan-bahan yang diberikan iaitu kapsul PVC, papan, tali, boya dan pelampung. Rakit yang dibina akan diuji untuk aktiviti air pada keesokkan harinya. Dalam aktiviti ini, beberapa jenis ikatan telah digunakan iaitu ikatan seraya, ikatan balak, ikatan lilit kacang dan simpul manuk. Sebanyak 3 jenis rakit telah dicipta hasil daripada kerjasama setiap kumpulan. Melalui aktiviti Pioneering atau membina rakit ini, saya berasa amat bangga kerana mampu membina rakit hasil kerjasama yang padu antara kadet lelaki dan perempuan. Setiap dari kami bersungguh-sungguh dalam membina rakit ini hingga siap tanpa mengira penat walaupun masing-masing dalam keadaan keletihan.

HARI KEDUA

Aktiviti 1- Aktiviti Darat - Kembara dan Abseilling


Sebelum memulakan aktiviti kembara dan abseilling, kami kumpulan 2 (gabungan kumpulan 4,5,6) telah membuat regangan badan (warm up). Ini telah dikendalikan oleh Tuan Tauhit bin Sadar. Aktiviti kembara ini bermula pada pukul 8:00 pagi. Kami berjalan sambil menikmati keindahan alam sekitar sejauh 50 km. Apabila telah sampai dikaki telah memberikan sedikit

puncak Gunung Arung, Tuan Tauhit bin Sadar

taklimat mengenai abselling samada dari aspek keselamatan, peralatan dan pengalaman beliau.

Aktiviti abseilling ini telah dikendalikan oleh Tuan Yazed bin Abd Manap, Tuan Zali bin A. Rahman, Tuan Tauhit bin Sadar, Tuan Md. Jasa bin Siraj dan Tuan Rosnah binti A. Rajak. Melalui aktiviti ini saya dapat mengenalpasti beberapa jenis peralatan untuk melakukan aktiviti abseiling. Antaranya ialah helmet, hand glove and hook serta perkataan on balley.

Seramai 29 peserta kadet KRS telah Berjaya melakukan aktiviti ini. Walaupun terpaksa menunggu hampir 3 jam untuk sampai giliran saya, tetapi hasilnya berbaloi. Ini kerana saya dapat melakukan aktiviti ini dengan jayanya dan dapat mengatasi masalah gemuruh dan gayat kepada ketinggian. Selain itu aktiviti ini membolehkan saya yakin dan percaya pada diri sendiri yang saya mampu melakukan aktiviti mencabar dan lasak seperti abseiling ini.

Aktiviti 2- ORIENTEERING/PANDU ARAH


Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Tuan Md bin Jasa dan Tuan Naemas binti Taib. Perserta secara berpasangan perlu membaca peta yang telah diberikan dan mencari check point melalui kordinat yang telah diberi. Aktiviti ini berlangsung jam 5.00 petang. Melalui aktiviti ini, saya dapat menguji kefahaman dalam membaca kompas dengan betul. Terdapat 9 check point dalam ujian ini. Ujian ini sangat mencabar kebolehan kami dalam menentukan check point yang betul. Kumpulan saya telah mengambil masa selama 1 jam untuk

menyudahkan aktiviti ini. Ini disebabkan kami tersalah menentukan arah kompas pada check point kedua. Setelah menyedari kesalahan kami, kami telah berpatah balik dan menentukan arah kompas yang betul sehingga menjumpai check point ketiga. Walaubagaimanapun, ianya tidak mematahkan semangat kami malah membuatkan kami merasa pentingnya membaca peta dan memahaminya serta menentukan arah kompas yang betul. Aktiviti ini merupakan pengalaman yang baru bagi saya dan saya seronok menjalani ujian orienteering ini. Semoga aktiviti ini boleh menjadikan panduan kepada kami pada masa akan datang.

Aktiviti 3-

Majllis Perasmian Perkhemahan dan Pentauliahan KRS

Majlis perasmian bermula jam 8:30 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh perasmi jemputan Jabatan Agama Johor iaitu Ustaz Nasir bin Wahid selaku pembangunan manusia. Majlis perasmian ini telah diadakan di dalam dewan tertutup dan dipengerusikan oleh Mohd Nor Azam bin Mokhtar. Majlis ini dimulai dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Kem Komanden - Tuan Zali bin A. Rahman. Seterusnya ucapan oleh perasmi, Ustaz Nasir bin Wahid. Beliau sedikit sebanyak menceritakan pengalaman ketika menyertai kem beruniform satu ketika dahulu. Selain itu, beliau mengucapkan tahniah kepada kami kerana berjaya menyertai pasukan beruniform ini dan mengharapkan badan beruniform seperti KRS tidak hanya disertai di maktab sahaja malah mengharapkan para guru sekolah agama akan menubuhkan KRS di sekolah masing-masing. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada perasmi yang disampaikan oleh Tuan Zali bin A. Rahman dan diiringi oleh Tuan Zahari bin Othman. Penutup kepada majlis ini diadakan sesi bergambar bersama para peserta KRS, para pelatih berserta perasmi undangan.

Aktiviti 4- Bantu Mula


. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Tuan Naemas binti Taib. Beliau telah

menunjukkan kepada kadet cara-cara kemahiran asas pertolongan cemas. Tuan Naemas binti Taib telah mengajar ahli kadet KRS teknik memberi bantuan dengan pernafasan (CPR) yang betul. Selain itu beliau menerangkan cara memberi bantuan dengan menggunakan kain anduh samaada dibalut dikepala atau siku. Melalui slot ini, kadet dapat mengetahui cara dan teknik yang betul ketika memberi rawatan sementara kepada mangsa sebelum di bawa ke klinik atau hospital atau sebelum ketibaan doktor. Walaupun kadet bukanlah orang yang pakar dalam pertolongan cemas, namun seharusnya kadet perlu tahu sedikit ilmu perubatan ini.

HARI KETIGA

Aktiviti 1- air rakit/ keyakinan di air


Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Tuan Azman bin Manas dan Tuan Md. Jasa bin Siraj. Sebelum kadet masuk ke dalam air, Tuan Azman telah menyuruh kadet membuat regangan badan (warm up) agar tidak berlaku kekejangan di dalam air. Setiap peserta dikehendaki memilih pasangan masing-masing untuk saling membantu bagi melaksanakan aktiviti ini. Saya berasa seronok melakukan aktiviti ini kerana dapat member pengalaman baru kepada saya. Melalui aktiviti ini juga, keyakinan diri di dalam air(water confident) dapat ditingkatkan. Peserta dikehendaki mengapungkan diri secara terlentang dan menelangkup dengan bantuan pasangan dan lepaskan pasangan tadi jika sudah yakin terapung di dalam air kemudian peserta diarah menelentang dan menelangkup tanpa BA. Peserta juga turut diajar teknik-teknik berenang yang betul. Bagi aktiviti raket pula, setiap kumpulan perlu menguji tahap kekukuhan rakit yang telah dibina pada hari sebelumnya. Aktiviti ini sangat menyeronokkan kerana ianya merupakan pengalaman baru pada saya dalam berakit serta kerjasama antara ahli kumpulan sangat baik.

Aktiviti 2 Ujian simpulan dan ikatan


. Aktiviti ini telah diuji oleh Tuan Azman bin Manas dan Tuan

Md. Jasa bin Siraj dan Tuan Naemas binti Taib. Sebanyak 5 simpulan dan ikatan telah diuji kepada semua kadet. Kadet perlu menyiapkan ikatan dan simpulan dalam masa yang ditetapkan. Ikatan tersebut perlulah kemas dan betul bagi memperolehi skala 10. Untuk memperolehi markah bonus, setiap kadet perlu

menjawab 2 soalan yang telah diberikan oleh pegawai dengan betul berkaitan jenis dan fungsi sesuatu ikatan. Saya berasa bangga dan gembira kerana berjaya membuat semua jenis ikatan dan simpulan dalam ujian ini.

Aktiviti 3 Ujian Kawad Kaki


Bagi ujian kawad kaki, setiap kumpulan telah dibahagikan kepada pegawai yang akan menguji. Bagi kumpulan saya (kumpulan 6) telah diuji oleh pegawai Tuan Mohamad Yazid. Untuk ujian kawad kaki ini, kami akan diuji untuk menjalankan kawad statik dan kawad dinamik . Bagi kawad statik, kami diuji cara memberi arahan kepada skuad. Antaranya arahan masuk barisan, paraskan skuad, sedia/ senang diri dan luruskan barisan. Bagi kawad dinamik pula, setiap kadet dikehendaki melakukan kawad hormat ke hadapan, hormat selaku terima sijil, tukar langkah semasa berjalan, dan buka/tutup barisan. Saya berasa bangga kerana berjaya menjalani ujian ini dengan jayanya. Kerjasama antara ahli kumpulan juga baik bagi memastikan ujian dapat berjalan dengan lancar

Aktiviti 3 Malam Ikatan Bersaudara


Aktiviti ini bermula jam 9.00 malam dan melibatkan semua kadet mengikut kumpulan. Untuk aktiviti ini setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan mengikut tema dan genre yang telah diberikan dengan tema 1 Malaysia:Kumpulan 1- Boria Kumpulan 2- Dikir Barat Kumpulan 3- Lakonan/Sketsa Kumpulan 4- wawancara Kumpulan 5- coral speaking Kumpulan 6- seloka Pengadil untuk Malam Ikatan Bersaudara ialah tuan Azman dan Tuan Rosli. Walaupun persediaan untuk seloka tersebut tidak seberapa, namun persembahan kami telah berjaya membuatkan para penonton ketawa dan gembira. Kerjasama antara ahli kumpulan juga sangat baik. Pemenang keseluruhan pada malam ikatan bersaudara di menangi oleh kumpulan 2. Kumpulan kami sekadar menang untuk anugerah kumpulan ceria malam ikatan bersaudara.

HARI KEEMPAT

PENTAULIAHAN
Majlis pentauliahan adalah acara kemuncak bagi kursus ini. . Ianya adalah acara yang paling dinantikan oleh semua kadet. Seramai 59 kadet telah ditauliahkan pangkat Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah. Majlis pentauliahan ini telah disempurnakan oleh Tuan Rosnah binti A. Rajak Kami berasa bangga dan bersyukur kerana Berjaya

ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda Kadet Remaja Sekolah. Saya berharap segala ilmu yang telah dipelajari dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri dan generasi akan datang

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA KURSUS PENTAULIAHAN LEFTENAN MUDA

Kem Komanden JK Peralatan JK makanan JK Kebajikn & Keselamatan JK Kerohanian

: Tuan Zali bin A. Rahman : Tuan Azman bin Manas : Tuan Rosnah binti A. Rajak : Tuan Md. Jasa bin Siraj

: Tuan Rosli bin Kayar : Tuan Yazed bin Abd Manap

Ajk

1. : Tuan Tauhit bin Sadar 2. Tuan Naemas binti Taib

Kumpulan 6
MOHD NAWAWI BIN ALI MUSTOFA HATIMI BIN SAYED MOHD NOR AZAM BIN MOKHTAR FATCHUROZI BIN TUKIMON NAJIAH BINTI MOHD SAMSI UMI KELSUM BINTI MOHAMED SITI MUNIRAH BINTI IDRIS SIDDIKAH BINTI HASSAN ZALIHA BINTI SANAT MASLEINA BINTI MUHAMMAD

Lampiran

PEMENANG KUMPULAN CERIA MALAM IKATAN BERSAUDARA.

You might also like