You are on page 1of 11

05/11/2013

Creatine | Zaki Khan

Entri Cara Bersenam E-Buku KURSUS Muscle Plan TENTANG ZK Tanya ZK!
Cari...

Halaman Utama Nutrisi Creatine

Nutrisi

Kongsi

Creatine
Ditulis Oleh Zaki Khan Creatine? Apa sebenarnya creatine? Creatine adalah sebatian bernitrogen yang hadir secara semulajadi dalam daging dan ikan. Ia diproses di hati, pankreas dan buah pinggang. Dalam pecahan sainstifiknya dipanggil asid metylguanidine asetik yang terdiri daripada tiga asid amino iaitu methionine, arginine dan glycine. Kegunaan dalam sistem tenaga boleh rujuk entri Sistem Tenaga 1 Sistem Tenaga 2 Sistem Tenaga 3
zakikhan.net/creatine/ 1/11

05/11/2013

Creatine | Zaki Khan

Pada peringkat awal dunia makanan tambahan, ia diperkenalkan dalam bentuk creatine monohydrate. Otot menyimpan creatine dalam bentuk creatine phosphate. Ia berfungsi sebagai sebahagian daripada sistem tenaga ATP-PC atau dikenali sebagai sistem phosphagen. ATP adalah tenaga segera daripada sel dimana secara ringkasnya ATP dipecahkan ke bentuk ADP dan kembali ke bentuk ATP dengan bantuan creatine phosphate. Apa lagi kelebihan creatine? Creatine atau bahasa melayunya kretin juga bertindak sebagai volumizer atau pembesar sel dengan menarik air ke dalam sel otot. Creatine adalah benda pertama kepada kesan ini diikuti oleh produk-produk NO.

Jenis Creatine 1. Monohydrate Creatine monohydrate adalah jenis pertama yang dikeluarkan dan masih ada dibawah beberapa jenama seperti EAS. Jenis ini memerlukan gula, dalam bentuk fructose untuk penyerapan yang baik. Ia memerlukan fasa loading 4 hingga 5 kali sehari untuk 4 hingga 5 hari pertama sebelum kembali ke dos sebenarnya. Contoh: EAS Phosphagen
zakikhan.net/creatine/ 2/11

05/11/2013

Creatine | Zaki Khan

2. Ethyl Ester Jenis yang popular di pasaran pada masa kini. Ia tidak memerlukan gula dan fasa loading. Ada dalam bentuk pil dan serbuk. Contoh: VPX Shotgun, MRI Black Powder 3. Tri-Creatine Malate Tri-creatine malate adalah sebatian yang dibentuk daripada creatine monohydrate dan asid malic. Asid malic terlibat dalam kitar kreb dan membantu dalam penghasilan tenaga. Apabila asid malic dan creatine monohydrate bergabung, ia jadi lebih larut air. Creatine monohydrate kurang larut air. Tri-creatine malate dipercayai lebih baik daripada creatine monohydrate yang biasa. Contoh: Gaspari Size On, MusclePharm Creatine 4. Buffered Creatine Ia boleh dikatakan paling terkini di pasaran dengan nama Kre-Alkalyn. Ia mempromosikan creatine bertukar bentuk ke creatinine dalam masa yang singkat. Ia dikatakan paling cepat larut dan mudah ditapis buah pinggang. Tiada masalah gastric. Creatine jenis lain ada dikaitkan dengan masalah gastric. Contoh: Labrada Kre-Alkalyn 5. Micronized Creatine Jenis ini menghasilkan partikel kecil berbanding creatine yang biasa. Ia ada fasa loading dan diminum dengan fructose untuk memaksimakan hasil. Boleh dikatakan jenis termurah jika dibandingkan dengan jumlah hidangan. Contoh: ON Creatine Powder, Dymatize Creatine Micronized

Ada beberapa jenis lagi produk creatine dalam pasaran tapi tidak berapa popular dan akan datang mungkin lebih banyak lagi produk akan keluar dengan pelbagai jenis dakwaan dan kajian. Jika ditanya, adakah produk creatine berkesan? Saya sendiri menggunakan creatine, jenis micronized yang mana lebih jimat berikutan saiz hidangan yang tinggi. Boleh lihat perbezaan kekuatan akan tetapi bukan dalam jangka masa yang singkat. Ia mengambil masa untuk lihat perubahannya. Secara teoritikalnya, apabila creatine tinggi, badan boleh menghasilkan tenaga tambahan yang memberi keupayaan untuk melakukan ulangan latihan yang lebih. Kesannya, saiz bertambah dan lebih lean. Adakah creatine ada kesan sampingan? Terdapat beberapa kes dilaporkan dengan penggunaan creatine monohydrate di mana buah pinggang gagal menapis creatine yang masuk secara berlebihan. Kajian menunjukkan pengguna ada masalah buah
zakikhan.net/creatine/ 3/11

05/11/2013

Creatine | Zaki Khan

pinggang sebelum menggunakan produk tersebut. Rujukan bahaya creatine http://www.dangersofcreatine.com/ http://www.mayoclinic.com/health/creatine/NS_patient-creatine/DSECTION=safety

Bila masa penggunaannya? Ia dicadangkan sebelum, semasa dan selepas latihan. Kebanyakan mencadangkan semasa. Ada juga menambah masa lain seperti masa bangun dari tidur. Produk creatine boleh digunakan oleh lelaki dan perempuan. Produk makanan tambahan creatine bukan wajib diambil. Ia cuma makanan tambahan. Anda juga boleh dapatkan creatine daripada makanan solid seperti daging merah. Rujukan http://en.wikipedia.org/wiki/Creatine

zakikhan.net/creatine/

4/11

05/11/2013

Creatine | Zaki Khan

Zaki Khan Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Anda mungkin juga meminati:

zakikhan.net/creatine/

5/11

05/11/2013
Lemak Sodium Gout 2 Diet Sihat

Creatine | Zaki Khan

LinkWithin

Suka

90

Tw eet

4 Komen

1.

Oct30 MUHAMAD AMIRUDIN Asalamualaikum saya ada sedikit kemuskilan saya telah melakukan senaman di gym selama 2 tahun. Berat asal saya sebelum ini adalah 64kg tinggi 1.71m. setelah melakukan sizing berat badan saya meningkat kepada 76kg dengan hanya mengambil protein mass dan pngambilan makanan berkalori tinggi. Kini saya telah mula cutting dan mengambil produk muscletetch (nitro tech) dan mengalami penurunan berat badan mendadak kepada 69 kg Adakah ianya normal?.. saya juga menjaga diet makan 5 kali sehari dan tidur cukup 8 jam sehari Apakah masalah yang saya hadapi? Balas

Nov03 Zaki Khan kemungkinan most gain daripada air. atau diet terlalu low calori Balas

2.

Oct30 Mohd Zaki Bin Ramli thankzgood info Balas

3.

Oct31 mie besibaru good info tu..saya x amek cretin, cuma pkai aminomax 8000 gaspari, stakat ni rsa cam serasi..satu pil pakej amino, creatine, glutamine, jimat bajet sket.. Balas

Tinggalkan Komen
zakikhan.net/creatine/ 6/11

05/11/2013

Creatine | Zaki Khan

Your email address will not be published. Required fields are marked * Name * Email * Website

Comment You may use these HTML tags and attributes: < ah r e f = " "t i t l e = " " >< a b b rt i t l e = " " >< a c r o n y mt i t l e = " " >< b >< b l o c k q u o t ec i t e = " " >< c i t e >< c o d e >< d e ld a t e t i m e = " " >< e m >< i >< qc i t e = " " >
< s t r i k e >< s t r o n g > Hantar Komen

zakikhan.net/creatine/

7/11

05/11/2013

Creatine | Zaki Khan

zakikhan.net/creatine/

8/11

05/11/2013

Creatine | Zaki Khan

zakikhan.net/creatine/

9/11

05/11/2013

Creatine | Zaki Khan

Facebook
Find us on Facebook

Rakan Kami

Muscle Plan
Find us on Facebook

Zaki Khan
Like 83,382 people like Zaki Khan.

Muscle Plan
Like 15,496 people like Muscle Plan.

Facebook social plugin

Facebook social plugin

zakikhan.net/creatine/

10/11

05/11/2013

Creatine | Zaki Khan

2010-2013 ZK Dinamik (M) Sdn Bhd loading

zakikhan.net/creatine/

11/11

You might also like