You are on page 1of 6

No.

Rujukan :

XBA3108/06/09/007/09(05)

MINIT MESYUARAT PANITIA PJ BIL. 2 /2013 SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAD DATU II


Tarikh Hari Masa Tempat : : : : 3 Oktober 2013 Khamis 11.40 pagi Bilik Gerakan

KEHADIRAN 01. En. Yusdi Yusoff 02. En. Shaiful Mizan Sabtu 03. Pn. Dg. Adzniah Pg. Hassan 04. Pn. Salmiah M. Sidik 05. En. Yusree Yusoff 06. En. Isnain Rabaha 07. Pn. Asisah Gonna 08. En. Pravin Kumar 09. Pn. Sausah Rakimin 10. Pn. Sadiah Usman Ketua Panitia PJK Setiausaha Panitia PJK Guru penolong Guru penolong Guru penolong Guru penolong Guru penolong Guru penolong Guru penolong Guru penolong

TIDAK HADIR 01. En Mohd Helmee Mohd Alwie 02. En. Mohd Ariffin Madaali 03. En. Salam Emok 04. En. Brahim Bisel Guru Penolong Guru penolong Guru Penolong Guru Penolong

BIL. 1.

AGENDA 1.

TINDAKAN / CATATAN

1.0 2. Ucapan Pengerusi

2. 1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan ucapan terima kasih di atas kehadiran guru-guru Pendidikan Jasmani di dalam mesyuarat kali ke-2 bagi tahun 2013

1.2 Ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen guruguru mengajar Pendidikan Jasmani.

2.0

Pengesahan minit mesyuarat 2.1 En. Isnain Rabaha mengesahkan minit mesyuarat Bil. Bil. 1/2013 1/2013

2.2 En. Yusree Yusoff menyokong pengesahan minit mesyuarat.

3.

4.1

3.0 4. Perkara-perkara berbangkit4.2 3.1 Menyemak minit mesyuarat lalu.

3.2 Sistem pemarkahan sama seperti peperiksaan yang lalu iaitu 50% dari peperiksaan dan 50% lagi dari aktiviti amali.

3.3 KSSR juga menggunakan format yang sama iaitu 50% peperiksaan dan 50% daripada penilaian berkala.

3.4 Ujian TID telah ditukar kepada ujian SEGAK

3.5 Panitia akan menggunakan ruangan di kawasan blok B untuk memaparkan maklmat berkaitan PJK

3.6 Duit lebihan menjual baju PJ pada tahun lalu telah digunakan untuk membeli baju PJ guru-guru Pendidikan

Jasmani.

3.7 Format penulisan buku RPH mengikut format sedia ada yang terdapat di dalam buku RPH

3.8 Peralatan PJ banyak hilang walaupun disimpan di makmal komputer. Banyak peralatan yang digunakan tidak dipulangkan semula.

3.9 Pencerapan kali kedua akan dibuat pada bulan Oktober 2013. Guru-guru diminta bersedia.

5. 4.0 6. Program SEGAK

6.1 6.2 4.1 Pelaksanaan akan dibuat seminggu sebelum peperiksaan akhir tahun.

4.2 Program ini untuk tahap 2 sahaja.

7. 5.0 8. Baju PJK

8.1 8.2 5.1 Pakaian guru-guru tiada masalah ketika P&P.

5.2 Pakaian PJ di kalangan murid-murid tidak mengikut etika pemakaian sekolah kerana kurang penguatkuasaan. Diharap guru-guru dapat mengambil tindakan.

5.3 Baju PJ mestilah berkolar.

5.4 Baju PJ boleh dipakai sehingga tamat sesi persekolahan.

5.5 Murid-murid dibenarkan memakai kasut sukan semasa PJ tetapi perlu menukar kepada kasut sekolah selepas waktu PJ 8.3

5.6 Stok baju PJ yang tinggal adalah bersaiz besar iaitu saiz M dan saiz L.

5.7 Guru yang mengurus baju PJ sesi pagi - En. Yusdi Yusoff. Guru petang yang mengurus baju PJ Pn. Sausah Rakimin.

5.8 Corak baju PJ akan diubah. Oleh itu, pertandingan mereka baju PJ yang baharu akan dilakukan di kalangan guru-guru pertandingan: dan pentadbir sekolah. Syarat-syarat

- Warna bebas kecuali hitam - Jenis kain corton - Yuran penyertaan percuma - Baju berkolar 5.9 Borang penyertaan boleh diperoleh melalui Pn. Sadiah Usman. Tarikh tutup pertandingan adalah sebelum 30 Oktober 2013.

9. 6.0 Bengkel Jasmani Pendidikan 6.1 Bengkel sepatutnya dilaksanakan sebanyak 2 kali pada tahun ini tetapi terdapat kekangan masa. Oleh itu, hanya 1 bengkel akan dibuat pada tahun ini.

6.2 Bengkel pertama akan dibuat pada 12 Oktober 2013 bermula jam 7.00 pagi. Bengkel yang akan dilaksanakan adalah Bengkel Kecergasan dan Permainan.

6.3 Guru-guru mengajar dan akan mengajar subjek PJ perlu menghadiri bengkel ini. Guru-guru yang berminat boleh menyertai bengkel ini dan makluman perlu dilakukan kepada

En. Yusdi Yusoff bagi penyediaan peralatan dan makanan.

6.4 Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah : - Ujian SEGAK - Kemahiran asas Bola Jaring - Peraturan dan permainan Bola Jaring

10. 7.0 11. Pendidikan Dadah dalam 7.1 Pendidikan dadah dalam P&P telah lama dilaksanakan P&P tetapi pelaksanaannya tidak dititik beratkan. Perlu diterapkan di dalam P&P sekurang-kurangnya 2 masa pengajaran (1 jam) dalam setahun.

7.2 Guru-guru perlu melakukan penggabungjalinan P&P antara PJ dan Pendidikan Dadah. Kekreatifan semasa P&P terpulang kepada kebijaksanaan guru-guru.

7.3 Pelaksanaan boleh dilakukan dengan kerjasama daripada guru-guru PPDa.

12. 8.0 13. Hal-hal lain 8.1 Pn. Dg Adzniah Pg. Hassan mencadangkan agar membuat inhouse training bagi sukatan KSSR PJ. Guruguru yang pernah berkursus perlu mengadakan LDP supaya semua guru sekolah ini tahu pelaksanaan KSSR sebelum pelaksanaan penuh beberapa tahun lagi.

8.2 Pn. Asisah Gonna menyatakan menghadapi masalah mengutip duit baju PJ untuk tahun 1. Beliau mencadangkan agar duit baju PJ untuk tahun 1 dimasukkan di dalam yuran sekolah.

8.3 Pn. Asisah Gonna meminta peralatan sukan terutama

untuk tahap 1 ditambah. 8.4 Pn. Sadiah Usman menyatakan Kursus Kejurulatihan Bola Jaring belum mendapat respon daripada ketua Kelab Bola Jaring sekolah.

9.0

Penutup

9.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru yang terlibat dengan mesyuarat kali ini.

9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.............. ( SHAIFUL MIZAN BIN SABTU ) , Setiausaha Panitia, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II.

......... ( EN YUSDI BIN YUSOFF ) Ketua Panitia, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II.

Minit mesyuarat ini: Dicadangkan oleh Disokong oleh Tarikh : : : . . .

Sk

1. Sekolah 2. Semua Guru PJK 3. Fail

You might also like