You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA IGAN

P.O. BOX 240, 96400 MUKAH

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA


TINGKATAN LIMA
EKONOMI ASAS
KERTAS DUA
2 JAM
Arahan: Kertas Soalan ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A mengandungi lima
soalan dan anda perlu menja wab ti ga soalan . Bahagian B pula ada satu soalan
dan anda wajib menja wab soalan tersebut. Peruntukkan 30 minit untuk setiap
soalan. Jawapan anda hendaklah berpandukan kata kunci soalan dan
pe runtuk kan markah .

Bahagia n A
Arahan : Bahagian ini mengandungi lima soalan. Ada harus menjawab tiga soalan dari
bahagian ini.

Soalan 1

Syarikat
Balai Polis Keselawatan
Dang Wangi Maju Sdn.
Bhd.

a. Bezakan kedua-dua jenis barang di atas dari sudut ekonomi.


(8 markah)

Rajali mendapat wang saku daripada ibunya berjumlah RM5. Dia ingin
membeli pelbagai jenis barang tetapi wang tersebut tidak mencukupi

b. I. Apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh Rajali?


(1 markah)

II. Huraikan cara Rajali mengatasi masalah tersebut (4 markah)

En. A Chong, seorang usahawan yang terlibat dalam pengeluaran Basikal.


Dalam pengeluarannya En. Chong perlu menggabungkan faktor-faktor
pengeluaran dengan cekap.

1
c. Jelaskan tiga faktor pengeluaran yang perlu digabungkan oleh En. Chong
dalam pengeluaran. (6 markah)

d. Jelaskan tiga ciri sistem ekonomi kapitalis. (6 markah)

S oalan 2

Iklan 1 Iklan 2
Jawatan : Pegawai Akaun Jawatan : Pegawai Pemasaran
Gaji permulaan : RM 2000 Gaji permulaan: RM 2 500
Kemudahan : kemudahan tempat tinggal, Pengalaman : sekurang-kurangnya 2 tahun
kemudahan pengangkutan. Tempat bertugas : Ipoh, Perak
Tempat bertugas : Kuching, Sarawak

a. Raya yang berasal dari Sibu, Sarawak memilik untuk memohon pekerjaan sebagai
Pegawai akaun. Jelaskan faktor-faktor yang mendorong beliau berbuat demikian.
(8 markah)

Pendapatan yang
produktif ialah
pendapatan yang
diperoleh daripada
sumber-sumber

b. Jelaskan empat jenis pendapatan yang dimaksudkan oleh individu di atas.


(8 markah)
c. Bezakan antara keperluan dan kehendak dari sudut ekonomi.
(6 markah)
d. Senaraikan tiga daripada empat jenis potongan wajib. (3 markah)

S oalan 3

Permintaan bagi payung telah meningkat dengan mendadak pada bulan


Januari 2009 berbanding bulan Disember yang lalu

a. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan tersebut berlaku.


(10 markah)
b. Huraikan tiga jenis keanjalan permintaan yang anda ketahui (9 markah)

c. Jadual berikut menunjukkan permintaan durian.


Harga (RM) Kuantiti diminta (KG)

2
2 4
4 2
6 1

I. Kirakan keanjalan permintaan jika harga durian meningkat daripada RM 2


kepada RM 4. (3 markah)

II. Lukiskan keluk permintaan di atas menggunakan skala menegak 1cm = RM1
dan skala mendatar 1cm = 2kg (3 markah)

S oalan 4
a. Jelaskan tiga jenis wang dalam ekonomi (6 markah)

b. Terangkan sebab lembu tidak bertahan lama sebagai wang. (4 markah)

Tunai Ansura
RM n
2000 RM

c. Jelaskan dua fungsi wang berdasarkan rajah di atas. (6 markah)

d. En. Ramli ingin memnyimpan wang di bank perdagangan. Huraikan tiga jenis deposit
bank perdagangan yang boleh dibuka oleh beliau. (9 markah)

S oalan 5

a. Pelanggan bank perdagangan boleh menggunakan perkhidmatan ’arahan kepada bank’


untuk membuat pembayaran. Jelaskan 4 jenis perkhidmatan tersebut.
(8 markah)

b. Jelaskan empat prinsip ’Skim Perbankan Islam’. (8 markah)

c. Jelaskan cara Bank Pusat mengawal kestabilan nilai mata wang negara.
(6 markah)

d. Terangkan cara bank pusat bertindak sebagai jurubank kepada kerajaan.


(3 markah)

Bahagia n B (kaji an K es)

3
Arahan : Anda wajib menjawab soalan ini.

Soalan 6

En. Johan baharu sahaja bersara dari sebuah syarikat perkilangan yang terkemuka.
Beliau telah menerima ganjaran persaraan berjumlah RM 40 000. Oleh kerana
merasakan dirinya masih kuat, En. Johan bercadang untuk membuka perniagaan. Walau
bagaimanapun, isterinya iaitu Pn. Aminah tidak bersetuju dengan cadangan En. Johan.
Hal ini demikian kerana Pn. Aminah berpendapat mereka boleh menggunakan wang RM
40 000 untuk menambahkan pendapatan dengan cara lain.
En. Johan dan Pn. Aminah telah berjumpa dengan En. Raju yang merupakan
seorang pakar ekonomi untuk mendapatkan pandangannya. En. Raju menasihati En.
Johan dan Pn. Aminah membahagikan wang tersebut; sebahagian digunakan untuk
membuka perniagaan, sebahagian pula digunakan untuk tujuan lain. Walau
bagaimanapun, En. Raju menasihati En. Johan agar memikirkan masalah asas ekonomi
terlebih dahulu sebelum memulakan pernigaan.
Setelah setahun beroperasi, perniagaan En. Johan mengalami masalah kewangan.
Beliau bercadang untuk meminjam wang daripada bank perdagangan. Beliau berharap
pinjaman tersebut dapat memulihkan semula perniagaannya.

a. (i) Adakah anda bersetuju dengan keputusan En. Johan untuk membuka perniagaan
(1 markah)
(ii) Mengapakah anda berpendapat demikian? (2 markah)

b. Jelaskan kaedah lain untuk meningkatkan pendapatan menggunakan wang RM


40 000 seperti yang dimaksudkan oleh Pn. Aminah (6 markah)

c. Jelaskan empat masalah asas ekonomi yang perlu difikirkan oleh En. Johan sebelum
beliau membuka sesebuah perniagaan. (8 markah)

d. Huraikan jenis-jenis pinjaman yang boleh dipohon oleh En. Johan melalui bank
perdagangan. (6 markah)

e. Nyatakan dua sumber pinjaman lain selain bank perdagangan. (2 markah)

So ala n T amat.
Sebahagian besar daripada orang yang berjaya di dunia ini bermula dengan kegagalan, tetapi mereka tidak pernah
jemu untuk mencuba sehingga beroleh kejayaan!!!

You might also like