You are on page 1of 13

Minggu 10: Penilaian Rekoder

Kemahiran teknik rekoder Skala kadar penilaian rekoder

Kemahiran teknik rekoder: 1. Penglidahan 2. Pernafasan 3. Penjarian 4. Postur 5. Peniupan melodi

1. Penglidahan

Bunyikan du dengan lidah untuk not tengah, lu untuk not rendah dan tu untuk not tinggi. Untuk double tongueing , bunyikan du-ku. Untuk memainkan not kaitan, penglidahan berlaku pada not pertama sahaja. Untuk permainan staccato, bunyikan tut untuk menjadikan not itu pendek.

2. Pernafasan
Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan secara perlahan dan terkawal. Untuk meniup not tinggi, gunakan lebih tekanan udara dan lepaskan secara laju. Gunakan satu pernafasan untuk meniup satu frasa.

3. Penjarian
Tangan Kiri Ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

Tangan Kanan Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam. Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh. Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua pembukaan kecil. Pembukaan kecil tersebut digunakan untuk menghasilkan bunyi syap (#) dan flet (b).

Penjarian
B A G C D = = = = = 01 012 0123 02 2 F E D C F# Bb = = = = = = 0123 4 0123 45 0123 456 0123 4567 0123 56 013 4

4. Postur

Pandangan sisi & Pandangan hadapan Badan tegak dan selesa. Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. Tangan regang sedikit supaya tidak mengganggu pernafasan.

Pegang rekoder dengan meletakkan jari

tangan kiri di bahagian atas rekoder dan


jaritangan kanan di bahagian bawah rekoder.

Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah


dan ibu jari tangan kanan. Gunakan music stand untuk meletakkan skor muzik.

Skala kadar penilaian rekoder


Kriteria penilaian mengikut skor lagu Ketepatan melodi Kualiti ton Perangkaian stail

Penilaian Kendalian Sekolah

Rujukan:
Rekoder, http://panitiamuziksmsah.blogspot.com/p/rekoder. html Modul rekoder, http://www.scribd.com/doc/60512356/ModulRekoder

You might also like