You are on page 1of 10

BMM3110: SINTAKSIS

TUTORIAL 1: Berdasarkan pengurusan grafik, jelaskan maksud atau definisi ayat dan pembahagian subjek dan predikat . Sertakan contoh- contohnya sekali.

DISEDIAKAN OLEH:JUNAIDA BINTI SHUKOR NOOR FARAHANA BINTI M. BAKRI SITI AISYAH BINTI ROSLAN ZUZIATIE ANISHA BINTI ZAIN
PENSYARAH PEMBIMBING: ENCIK HJ. MOHD NOR BIN HAMZAH

DEFINISI AYAT
Arbak Othman (1983:133) Ayat ialah unit yang terbesar dalam tata tingkat tatabahasa. Ayat merupakan satu bentuk pengucapan yang didahului dan diakhiri oleh kesenyapan. Asmah Hj. Omar (1980: 359) Ayat ialah unit yang paling tinggi dalam skala tata tingkat nahu. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, iaitu dimulai dengan kesenyapan dan di akhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai.

SAMBUNGAN..
Nik Safiah Karim (2006:414) Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna. Zaba (1958:2156) Ikatan perkataan yang ada benda dan ada cerita. Demikian ini ialah dinamakan ayat. Benda dan cerita itulah tunjang atau teras bagi sebarang ayat dan jika tiada mengandungi daripada salah satu dua anggota yang wajib ini tidaklah ia memberi faham yang mencukup kerana tiada sempurna maksudnya. Maka oleh itu, walau beberapa panjang pun rangkainya perkataanperkataan itu bukanlah jadi ayat.

MAKSUD SUBJEK
Ayat

Subjek
Bahagian ayat yang diterangkan Subjek setiap ayat adalah terdiri daripada frasa nama

Predikat
Bahagian ayat yang menerangkan subjek

Predikat pula terdiri daripada unsur frasa nama, frasa kerja dan frasa sendi nama

CONTOH BINAAN AYAT

SUBJEK Ali (FN)

PREDIKAT peniaga. (FN)

Pemburu itu (FN)


Bajunya (FN) Rumah itu (FN)

melontar lembing. (FK)


cantik sekali. (FA) di tepi sawah. (FSN)

Kakak (FN)
Adik (FN)

menonton televisyen. (FK)


bermain di taman. (FK)

CONTOH STRUKTUR BINAAN SUBJEK DAN PREDIKAT

SUBJEK

PREDIKAT

Amin

guru besar di sekolah baru itu.

Abang kandungku

sedang berehat di bilik sebelah.

Pegawai kastam itu

amat cekap.

SUBJEK

PREDIKAT

Guru besar di sekolah baru itu

Amin.

Sedang berehat di bilik sebelah.

abang kandungku.

Amat cekap

pegawai kastam itu.

SEKIAN

You might also like