You are on page 1of 20

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 3

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum ini.

Adalah diharap dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

Instrumen

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali. 4

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND


1 2 3 4 5 6

STANDARD
TAHU TAHU, FAHAM TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU DAN FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

TAHU

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. untuk melaksanakan sesuatu

TAHU, FAHAM

TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid menggunakan pengetahuan BUAT kemahiran pada suatu situasi.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid melaksanakan sesuatu kemahiran BUAT DENGAN BERADAB mengikut prosedur atau secara sistematik.

dengan beradab, iaitu

TAHU DAN FAHAM DAN Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan BOLEH BUAT DENGAN mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap BERADAB TERPUJI positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai TAHU, FAHAM DAN BOLEH keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta BUAT DENGAN BERADAB cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk MITHALI mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
7

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI


Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 3, murid dapat :

1.

Mengetahui maksud komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, komposisi badan, kuasa, kelajuan, dan prinsip-prinsip latihan; Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal; Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik, gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat; Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan; Mengetahui peluang-peluang kerjaya dalam sukan; Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan; Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik; dan Mengetahui pengurusan sesebuah organisasi dalam persatuan sukan dan permainan. 8

2. 3.

4. 5. 6. 7. 8.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN


Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 3, murid dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Memahami kesan amalan pengambilan makanan secara berlebihan; Menjelaskan erti perkahwinan dan hidup berumah tangga; Menjelaskan keperluan diet harian berdasarkan kumpulan peringkat umur; Memahami kesan stres dan langkah-langkah mengatasinya; Memahami implikasi pengambilan dadah terhadap masyarakat, ekonomi dan keselamatan negara; Menjelaskan akta dan undang-undang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit; dan Mengaplikasi prinsip dan prosedur external cardiac compressions (ECC) dan, cardiopulmonary resuscitation (CPR).

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

BAND
1

PERNYATAAN STANDARD
Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran. Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran. Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran. Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman. Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat dan berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat. Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

10

BAND 1 Tahu

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR B1 DJ1 Mengetahui tentang konsep kebolehbalikan dan perbezaan individu dalam prinsip latihan. B1 DJ2 Mengetahui tentang konsep menjejak dalam rekreasi dan kesenggangan. B1 DJ3 Mengetahui tentang konsep pengurusan dalam sukan.

EVIDENS B1DJ1E1 Menyatakan maksud prinsip kebolehbalikan dan prinsip perbezaan individu. B1DJ2E1 Menyatakan formasi pergerakan dalam aktiviti menjejak. B1DJ3E1 Menyenaraikan persatuan sukan kebangsaan yang terdapat di Malaysia.
(sekurang-kurangnya lima persatuan sukan)

B1 Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

B1 DJ4 Mengetahui tentang isu dan etika dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan

B1DJ4E1 Menyatakan maksud keagresifan dalam sukan. B1DJ4E2 Menyatakan maksud semangat kesukanan.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

11

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR B1 DK1 Mengetahui tentang keselamatan persekitaran.

EVIDENS B1DK1E1 Menyatakan akta yang digubal oleh kerajaan bagi menangani masalah jangkitan penyakit.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

12

BAND 2 Tahu dan Faham

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR B2 DJ1 Mengetahui dan memahami tentang komponen kecergasan fizikal.

EVIDENS B2DJ1E1 Menjelaskan faedah latihan meningkatkan komponen kecergasan kuasa dan kelajuan.

B2 Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

B2 DJ2 Mengetahui dan memahami tentang undang-undang dan peraturan permainan. B2 DJ3 Mengetahui dan memahami tentang undang-undang dan peraturan olahraga. B2 DJ4 Mengetahui dan memahami tentang konsep menjejak dalam rekreasi dan kesenggangan. B2 DJ5 Mengetahui dan memahami tentang etika dalam sukan.

B2DJ2E1 Mengenalpasti undang-undang dan peraturan asas dalam permainan bola tampar dan permainan sofbol. B2DJ3E1 Mengenalpasti undang-undang dan peraturan dalam acara lumba jalan kaki dan acara lempar cakera. B2DJ4E1 Menjelaskan aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti menjejak. B2DJ5E1 Menjelaskan ciri-ciri semangat kesukanan penonton.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

13

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR B2 DK1 Mempunyai kefahaman tentang amalan pemakanan secara berlebihan. B2 DK2 Mempunyai kefahaman tentang keselamatan persekitaran.

EVIDENS B2DK1E1 Menyatakan faktor amalan pengambilan makanan yang berlebihan.

B2DK2E1 Menyatakan kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988). B2DK3E1 Menyenaraikan petanda dan keadaan yang memerlukan ECC dan CPR.

B2 DK3 Mengenalpasti tentang konsep pertolongan cemas.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

14

BAND 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR B3 DJ1 Melakukan aktiviti komponen kecergasan fizikal.

EVIDENS B3DJ1E1 Melakukan sekurang-kurangnya dua aktiviti bagi setiap komponen daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa dengan betul. B3DJ2E1 Melakukan sekurang-kurangnya dua kemahiran asas bola tampar atau dua kemahiran asas sofbol. B3DJ3E1 Melakukan fasa-fasa kemahiran lempar cakera.

B3 Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

B3 DJ2 Melakukan kemahiran asas permainan.

B3 DJ3 Melakukan kemahiran asas olahraga. B3 DJ4 Memahami tentang konsep pengurusan dalam sukan.

B3DJ4E1 Menjelaskan peranan jawatankuasa induk dalam persatuan sukan dan permainan.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

15

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR B3 DK1 Memahami kandungan kalori dalam makanan. B3 DK2 Memahami konsep penyalahgunaan bahan.

EVIDENS B3DK1E1 Menyenaraikan jumlah kandungan kalori dalam tiga jenis makanan yang berbeza. B3DK2E1 Menjelaskan implikasi pengambilan dadah terhadap ekonomi dan politik.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

16

BAND 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR B4 DJ1 Mengaplikasikan konsep kecergasan fizikal dalam latihan, permainan dan olahraga.

EVIDENS B4DJ1E1 Melakukan aktiviti dalam komponen daya tahan kardiovaskular dan menjelaskan perubahan kadar nadi sebelum dan selepas melakukan latihan.
(paarlauf / lompat tali / latihan piramid).

B4 Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

B4DJ1E2 Membezakan pembolehubah prinsip kekhususan dalam latihan daya tahan otot, kekuatan otot dan kuasa berdasarkan ulangan, intensiti dan kadar pergerakan. B4DJ1E3 Mengaplikasikan kelajuan dalam permainan sofbol atau acara lumba jalan kaki. B4 DJ2 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran pendidikan pergerakan. B4DJ2E1 Melakukan kemahiran gimnastik artistik / gimnastik irama / gimnastik pendidikan / pergerakan kreatif dengan teknik yang betul dan selamat.
(sekurang-kurangnya dua kemahiran)

B4 DJ3 Mengaplikasikan isu keagresifan dan komersialisme dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan. DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

B4DJ3E1 Mengulas isu-isu keagresifan daripada media massa.

17

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS B4DJ3E2 Menjelaskan sekurang-kurangnya tiga kebaikan dan tiga keburukan komersialisme dalam sukan.

B4 DK1 Mengaplikasi pengetahuan pertolongan cemas.

B4DK1E1 Menunjuk cara pelaksanaan pertolongan cemas mengikut prosedur ECC atau CPR.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

18

BAND 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR B5 DJ1 Menguasai perlaksanaan program kecergasan yang berasaskan prinsip latihan.

EVIDENS B5DJ1E1 Melengkapkan jadual program kecergasan diri dalam tempoh dua minggu berasaskan prinsip kebolehbalikan/perbezaan individu.
(jadual program disediakan oleh guru, pelajar hanya memilih aktiviti, intensiti dan kekerapan dalam latihan)

B5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat dan berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

B5 DJ2 Menguasai perlaksanaan dalam kemahiran gimnastik pendidikan.

B5DJ2E1 Merancang dan melaksanakan variasi pergerakan mengikut tema.


(penglibatan dalam persembahan)

B5 DJ3 Memahami konsep kerjaya dalam sukan.

B5DJ3E1 Membincangkan kerjaya yang berkaitan dengan sukan dan permainan.


(hasil perbincangan dilaporkan secara bertulis atau lisan)

B5 DK1 Menguasai isu-isu kekeluargaan.

B5DK1E1 Membincangkan isu-isu semasa kekeluargaan.


(hasil perbincangan dilaporkan secara bertulis atau lisan) (sumber: media cetak atau media elektronik)

B5 DK2 Menilai kandungan kalori dalam pemakanan.

B5DK2E1 Membandingkan keperluan kalori berdasarkan kepada aktiviti harian pelajar aktif dengan pelajar sedantari (tidak aktif).
(hasil tugasan dilaporkan secara bertulis. Contohnya: folio, buku skrap, persembahan power point dan lainlain mengikut kreativiti pelajar)

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

19

BAND 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR B6 DJ1 Mengamalkan konsep perancangan dan pengelolaan sukan dan rekreasi yang berkualiti.

EVIDENS B6DJ1E1 Merancang dan mengelolakan aktiviti rekreasi atau pertandingan sukan atau permainan.
Pertandingan Sukan / Permainan: -kertas cadangan, ahli jawatankuasa, jadual pertandingan, pelaksanaan Aktiviti rekreasi: -kertas cadangan, ahli jawatankuasa, tentatif program, pelaksanaan

B6 Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

DSP Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 3 Draf Julai 2013

20

You might also like