You are on page 1of 7

HEM 2014

SK LEGEH MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 1/ (2014)

Tarikh Masa Tempat Pengerusi Hadir

: : : BILIK GERAKAN : EN. MOHD YUSOF B CHE MAT : - Guru Besar - Penolong Kanan Pentadbiran - Penolong Kanan HEM - Penolong Kanan Kokurikulum - Setiausaha - Jawatankuasa Bimbingan dan Kauseling - Jawatankuasa Disiplin - Jawatankuasa SMM - Jawatankuasa SPBT - Jawatankuasa RMTS, Musalla & Bilik Guru - Jawatankuasa Susu 1 Malaysia - Jawatankuasa Kantin - Jawatankuasa Kesihatan Murid - Jawatankuasa Kebajikan Murid - Jawatankuasa 3K

1. Tn Hj Che Noh bin Che Moh 2. En Ahmad bin Awang 3. En Mohd Yusof bin Che Mat 4. En Amli bin 5. Pn Nur Shahida binti Shaarin 6. YM Pn Tg Shazwani Akmal binti Tg Sharif 7. Ust. Mohd Din bin Md Nor 8. En Asrul Hadi bin Mohamad 9. En Mohd Asri bin Mohamad 10. Pn Nor Hidayah binti Zakaria 11. En Azman bin Che Musa 12. Pn Roslinda binti Ismail 13. Ust. Abdullah bin Jusoh 14. Pn Ismaniza binti Ismail 15. En Sukmin bin Muhamad Tidak Hadir Bersebab : 1. En Mohd Noor bin Hamat

- Jawatankuasa Pengawas Sekolah

PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Surah Alfatihah. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa kerana hadir ke mesyuarat HEM untuk kali pertama bagi tahun 2014 1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid (HEM) adalah salah satu cabang pengurusan dalam organisasi sekolah yang berkaitrapat dengan pengurusan murid. Ini merangkumi aspek disiplin dan sahsiah murid supaya mencapai tahap memuaskan demi kecemerlangan akademik.

Mesyuarat Pengurusan Bil 1

HEM 2014
1.4 Pengerusi berharap agar semua Ahli Jawatankuasa dapat sama-sama memberikan pandangan dan pendapat demi menambahbaik aktiviti HEM bagi tahun 2014. 2 PERUTUSAN GURU BESAR 2.1 Guru Besar mengucapkan syukur kerana dapat melaksanakan mesyuarat pengurusan Unit HEM 2014. 2.2 Guru Besar menyatakan bahawa Unit HEM sangat penting bagi menentukan kejayaan murid. Beliau berharap agar Unit HEM diurus dengan baik supaya prestasi murid semakin baik dan meningkat. 2.3 Guru Besar mengingatkan bahawa setiap jawatankuasa berkait rapat antara satu sama lain. Jawatankuasa Disiplin diingatkan supaya ditadbir dengan baik supaya setiap tindakan dapat ditangani dengan sewajarnya umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak beselerak. 2.4 Guru Besar memaklumkan bahawa pembahagian bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan e-Kasih perlu diuruskan dengan baik supaya tidak timbul masalah. Pemilihan e-Kasih bukan di bawah tanggungjawab pihak sekolah. Semua guru terutamanya guru kelas perlu menjelaskan kepada ibu bapa agar mereka faham bahawa sekolah hanyalah saluran kepada bantuan e-Kasih tersebut. 2.5 Guru Besar menyentuh tentang buku teks. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diharap dapat diurus dengan lebih baik agar semua murid mendapat bekalan buku teks yang mencukupi. Beliau mengingatkan supaya berhati-hati ketika mengeluarkan pandangan dan pendapat di laman sosial supaya tidak menjadi isu yang melibatkan pihak PPD, JPN dan KPM. 2.6 Guru Besar menggesa Unit HEM agar mengatur aktiviti dengan baik supaya pengurusan berjalan lancar. Terutamanya bagi aktiviti yang berkaitan ibu bapa seperti motivasi bersama ibu bapa dan gotong royong yang melibatkan ibu bapa. 3 PENGESAHAN PERLANTIKAN PENYELARAS DAN AJK HEM 3.1 Merujuk kepada Buku Pengurusan Sekolah 2014, mukasurat 44. 3.2 Seramai tujuh belas (17) penyelaras dilantik bagi mengetuai setiap jawatankuasa yang ditubuhkan. Setiap penyelaras dibantu oleh beberapa orang ahli jawatankuasa. 3.3 Semua Penyelaras bersetuju menerima jawatan yang dipertanggungjawabkan. 3.4 Pn Nor Hidayah Zakaria memaklumkan bahawa beliau mengetuai dua jawatankuasa iaitu RMTS dan Musalla/Bilik Guru. Beliau meminta untuk menarik diri bagi Jawatankuasa Musalla/Bilik Guru. Jawatankuasa Musalla/Bilik Guru akan diketuai oelh Ust. Mohd salleh bin Che Noh. 3.5 Lantikan disahkan. 4 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

Mesyuarat Pengurusan Bil 1

HEM 2014

PENGESAHAN PERLANTIKAN PENYELARAS DAN AJK HEM 3.1.Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Kantin 3.1.1 Murid RMT bagi tahun 2012 adalah seramai 47 orang terdiri daripada muridmurid tahun 2 hingga tahun 6. Bagi murid-murid tahun 1 pula, senarai murid masih belum diterima daripada PPD. 3.1.2 Makanan RMT adalah bernilai RM1.80 seorang bagi setiap hari persekolahan. 3.1.3 Pengerusi menetapkan waktu untuk murid-murid makan RMT adalah pada pukul 7 pagi hingga 7.15 pagi. 3.1.4 Guru bertugas dan guru kantin perlu memantau makanan yang disediakan dan melihat dari aspek kualiti dan kuantitinya. 3.1.5 Pengerusi meminta guru bertugas perlu membuat laporan harian dan membuat laporan segera jika berlaku keracunan makanan. 3.1.6 Guru-guru harus memastikan air yang hendak dijual ditutup untuk mengelakkan lalat. 3.1.7 Kotak kecemasan perlu ada di kantin. 3.1.8 Pemadam api perlu diletakkan di tepi dinding kantin. 3.1.9 Tong sampah yang disediakan oleh pihak kantin mestilah bersesuaian dan bertutup. 3.1.10 Markah demerit akan diberi jika pihak sekolah tidak berpuas hati dengan pengurusan dengan pengurusan dan penyediaan makanan. 3.1.11 Harga jualan mesti dipamerkan seboleh-bolehnya mengikut harga tender asal. 3.1.12 Senarai nama murid RMT perlu diletakkan di atas meja. 3.1.13 Guru bertugas perlu mencatat kehadiran murid-murid RMT.

Tindakan:Guru bertugas, Guru RMT dan guru kantin. 3.2. Program 3K 3.2.1 Pengerusi menerangkan tentang 3K yang merupakan arahan

Mesyuarat Pengurusan Bil 1

HEM 2014
keselamatan sekolah dan piawaian sekolah. 3.2.2 Aspek yang perlu diperhatikan ialah a) Aspek Pengurusan keselamatan aktiviti murid. b) Aspek Pengurusan keselamatan dalam menghadapi krisis dan bencana c) Aspek Pengurusan keselamatan Insfrastruktur sekolah d) Aspek Pengurusan keselamatan Dalam menangani gejala sosial e) Aspek Pengurusan keselamatan dalam menghadapi risiko 3.2.3 Persepsi pertama pintu pagar 3.2.4 Sekolah mestilah berfungsi/selamat 3.2.5 Guru adalah pengawal keselamatan sebagai ganti ibu bapa apabila di sekolah. 3.2.6 Guru bertugas hendaklah memastikan keselamatan waktu rehat dan waktu balik sekolah terkawal dan mengikut peraturan sekolah. 3.2.7 Jika terdapat murid yang sakit, guru bertugas memberitahu GPK HEM dan jika perlu dibawa keklinik atau dihantar pulang ke rumah dan perlu direkodkan ke dalam buku keluar murid. 3.2.8 Latihan kebakaran akan diadakan 2 kali setahun 3.2.9 Tugas Jawatankuasa Keselamatan Sekolah a) Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang diberi oleh Guru Besar. b) Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis c) Menggalakkan skim perlindungan kepada pelajar. d) Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi. e) Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat. f) Memastikan semua alat elektrik, suis dan pendawaian selamat. 3.2.10 Tugas Jawatankuasa Keceriaan Sekolah a) Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari masa ke semasa. b) Melaksanakan projek kebersihan dan keceriaan sekolah. c) Mengadakan projek-projek kebersihan dan keceriaan sekolah dengan PIBG bagi mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah. Tindakan: Semua AJK 3K dan guru bertugas 3.3 Skim Bantuan Tuisyen Tiada SBT untuk tahun 2012 walaubagaimanapun jika ada perubahan akan diberitahu kelak.

Mesyuarat Pengurusan Bil 1

HEM 2014
3.4 Data Murid 3.4.1 Maklumat murid menggunakan Aplikas SMM. Data perlu dikemaskini untuk penghantaran maklumat 2012. 3.4.2 Buku kedatangan mesti dihantar ke pejabat sebelum pukul 9.00 a.m. untuk disemak oleh GPK HEM. Tindakan: Pn. Shahrizan dan guru kelas 3.5 Disiplin 3.5.1 Buku panduan/peraturan menangani masalah disiplin diedarkan kepada semua guru. Semua guru adalah guru disiplin. Tanggungjawab guru besar, GPK HEM dan guru disiplin adalah sangat besar. 3.5.2 Peti aduan telah disediakan. 3.5.3 Kes disiplin lapor ke PPD 1, 3, 7. 3.5.4 Masalah salah laku disiplin 2012 mesti dilaporkan segera. 3.5.5 Kemaskini data STUDM 2012 dan dihantar setiap awal buln di dalam softcopy ke PPD. 3.5.6 Tugas guru disiplin a) Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni. b) Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan dikuatkuasakan. c) Mengambil tindakan sesuai terhadap kes-kes murid-murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku. d) Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid. e) Guru penasihat Lembaga Pengawas sekolah membantu guru disiplin. f) Perlantikan pengawas akan diadakan pada 16 /1/2012. g) Lantikan pengawas akan diadakan pada minggu kedua persekolahan dan dengan persetujuan ibubapa pengawas akan mempunyai pakaian baru. h) Tugas-tugas pengawas perlu dipaparkan. Tindakan:Guru Pengawas- EN Misman 3.6 Pendidikan Pencegahan PPDA dan Aedes. 3.6.1 Memastikan tiada berlakunya gejala yang tidak baik seperti merokok dikalangan murid yang menyebabkan mereka terlibat dengan dadah. 3.6.2 Memastikan tiada nyamuk dikawasan sekolah. 3.6.3 Boleh mengadakan Program Dadah 5 Minit, melukis, ceramah sebagai kempen anti dadah. Tindakan:En. Mazham 3.7 Bimbingan dan Kaunseling

Mesyuarat Pengurusan Bil 1

HEM 2014
3.7.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling. 3.7.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan. 3.7.3 Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi muridmurid baru. Tindakan:Pn. Fadzilah 3.8 Kesihatan dan Kebajikan Murid. 3.8.1 Tugas guru kesihatan dan kebajikan a) Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna. b) Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dan kebersihan kantin. c) Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid. d) Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan RMT dan lainlain rancangan bantuan dan kebajikan murid. e) Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan. Tindakan:En. Mohd. Fadzli 3.9 Skim Pinjaman Buku Teks(SPBT) 3.9.1 Tugas guru SPBT a) Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengagihan dan hapuskira. b) Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik opersi SPBT. c) Menyediakan anggaran belanjawan mengurus bagi SPBT. d) Semua murid mesti mendapat buku teks. Tindakan:Pn. Zalina 3.10 Kebajikan dan Bantuan. 3.10.1 KWAPM 2012 telah dihantar ke PPD. 3.10.2 Bantuan eKasih masih belum diketahui bilangannya. Ia dipilih oleh Jabatan Perdana Menteri melalui Ketua Kampung. 3.10.3 Program Rim up masih dijalankan bersama SJKC Chun Sun. Tindakan:Pn. Ramlah Hassan 3.11 Kehadiran online dan Buku kedatangan murid. 3.11.1 Kedatangan murid akan di kemaskini secara online setiap hari. 3.11.2 Cetakan setiap akhir bulan dan dimasukkan ke dalam fail pejabat. 3.11.3 Buku rekod kedatangan murid mesti dihantar ke pejabat sebelum pukul 9. 3.11.4 Nama murid hendaklah lengkap ditulis dengan huruf besar dengan menggunakan pen hitam. Tindakan:Guru Kelas

Mesyuarat Pengurusan Bil 1

HEM 2014
3.12 Senarai Jawatankuasa-Jawatankuasa di bawah HEM. Rujuk Lampiran 1. 5 HAL-HAL LAIN 5.1 Pengerusi memaklumkan maklumat yang diperolehi ketika menghadiri taklimat bersama En Jamaludin Saat dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli. 5.1.1 Bayaran awal persekolahan RM 100 bagi setiap murid Tahun 1 hingga 6 akan dilaksanakan dari Januari hingga Mac melibatkan guru kelas. 5.1.2 Semua majlis yang diadakan di sekolah tidak digalakkan untuk menjemput ibu bapa kerana akan melibatkan kos yang besar. 5.1.3 Seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) akan dipanggil oleh PPD sebagai pemeriksa penglihatan murid. Alat pemeriksaan sudah disediakan oleh KPM. PENUTUP a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan belum ada penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya. b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

............................................. (NUR SHAHIDA BINTI SHAARIN) Setiausaha Hal Ehwal Murid, SK Legeh, Ayer Lanas. Tarikh : 30.12.2013

............................................ (EN MOHD YUSOF BIN CHE MAT) Pengerusi Mesyuarat HEM, SK Legeh, Ayer Lanas. Tarikh : 30.12.2013

Mesyuarat Pengurusan Bil 1

You might also like