You are on page 1of 3

SAMPEL KAJIAN

ADAKAH SAMPEL KAJIAN ITU BERSESUAIAN DENGAN SOALAN KAJIAN ? - Sebab-sebab sesuatu sampel dipilih haruslah di perjelaskan contohnya dari segi umur, kebudayaan , pengalaman dan sebagainya dan bukannya di pilih secara rawak. Contohnya :- kajian mengenai impak sesuatu rawatan terhadap pesakit. Sampel haruslah daripada kalangan pesakit tersebut sahaja. ADAKAH SAMPEL DI PILIH SEHINGGA SEMUA MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN DIPEROLEHI ? - Saiz sample bergantung kepada maklumat yang dikehendaki . - Pengkaji haruslah mengetahui bagaimana dan bila maklumat yang di perolehi itu lengkap. - Proses mengumpulan sampel haruslah flexsible sehingga kesemua maklumat yang dikehendaki di perolehi.

PENGUMPULAN DATA
MAKLUMAT MENGENAI PERIBADI SAMPEL, TEMPAT DAN KELAYAKAN SAMPEL SERTA HUBUNGAN DENGAN PENGKAJI DAN SOALAN KAJIAN. - Pengkaji haruslah melibatkan diri dan melalui proses kajian dengan sendiri supaya menghayati fenomena kajian dimana beliau dapat memahami responden dengan lebih baik. - Ia adalah penting untuk mendapatkan gambaraan keseluruhan responden dengan fenomena yang dikaji. - Pengkaji bertindak sebagai instrumen dalam mengumpulan data. - Pengkaji haruslah menyatakan kelayakan, pengalaman dalam pemerhatian, temubual dan perhubungan dengan responden supaya ia dapat meningkatkan keyakinan responden terhadap pengkaji agar proses pengumpulan data berjalan dengan lancar. - Pengkaji juga haruslah meluahkan andaian beliau mnegenai topic kajian supaya responden dapat memahami topic itu dengan lebih jelas dan seterusnya dapat memberikan sumbanagan yang bernas.

PROSEDUR RIGOR
Semua prosedur pengumpualan data haruslah jelas agar dapat mengumpul data dengan tepat dan dapat mengambarkan fenomena kajian secara keseluruhan. Langkah-langkah pengumpulan data dari segi masa, maklumat dan cara pengumpulan haruslah jelas

You might also like