You are on page 1of 14

Nota sejarah dunia.

PEMBANGUNAN EKONOMI AMERIKA SYARIKAT SELEPAS 1865 Menjelang abad ke-19 M dan ke-20 M, Amerika Syarikat telah mengalami prtmbuhn ekonomi yg amat pesat. Perkembangan dlm bidng ekonomi didorong oleh kemajuan dlm bidng perindustrian,pertanian,systempengngkutan..PERINDUSTRIAN: Slps tmt Perng Saudara,Brlku prkembngan yg pesat dlm bidng perindustrian. Perkembangan ini mnyebabkn Amerika Syarikat muncul sbgai ngra pengeluar hasil pertanian dan perindustrian dunia.Perkembangan ini menyebabkan muncul industriindustri baru sprti industri kereta api, besi keluli, perlombngn dan pemprosesan mknn. PERTANIAN;Amerika Syarikat juga mencapai kemajuan yg pesat dlm bidng pertanian. Pnggunaan teknologi moden telah menyebabkan berlaku peningkatan dlm pengeluaran hasil pertanian. Perkembangan ini telah mnyebabkan Amerika Syarikat mula mengeksport hasil pertanian ke seluruh dunia. Pada tahun 1834, Cyrus McCormick telah mencipta mesin menuai tanaman. Penemuan ini mmbolhkan tnman gandum dpt ditanam di kawasan yg lebih luas. Dlm pda itu, usaha juga dilakukan untk memajukan industri penternakan lembu mlalui kajian dan penyelidikan telah dilakukan untk membaiki baka--baka lembu. Perkembangan ini telah menyebabkan Amerika Syarikat menjadi kawasan perladangan yg kaya.PENGANGKUTAN:Slps Perang Saudara, Amerika Syarikat mrupakn sebuah ngra yg trbentang luas telah disatukan menerusi pembinaan landasan kereta api. Perkembangan pesat dlm pembinaan landasan kereta api berlaku pada pertengahan abad ke-19 M terutama slps kerajaan meluluskan Akta Landasan Kereta Api Pasifik pada tahun 1862 dan 1864.Mnjelang tahun 1860-an, trdpt lbh kurang 53 000 batu landasan kereta api di Amerika Syarikat dan telah meningkat shngga mencecah 166 000 batu menjelang tahun 1880-an. Ini telah menggalakkn kpd penerokaan kwsn-kwsn baru untk mmbina petempatan dan perkembangan ekonomi.Dlm pda itu, usaha dilakukn untk mencantumkn laluan kereta api yg pendek iaitu dimulakan oleh Cornelius Vanderbilt yg telah mencantumkan landasan kereta api di bahagian tengah New York. Beliau turut trlibat dlm usaha memanjangkan landasan kereta api dari New York ke Chicago. Dlm pada itu, J. Edgar Thomas pula memanjangkan landasan kereta api dari Philadelphia ke Chicago dan St. Louis.Smntara itu, landasan kereta api merentas benua yg prtma mnghubngn pantai Atlantik dngn pantai Pasifik siap dibina pda tahun 1869. Landasan kereta api di sebelah barat Sungai Missouri telah dibina oleh Syarikat Union Pacific. Manakala landasan kereta api di sebelah timur Sacramento, California pula dibina oleh Syarikat Central Pacific.Kejayaan menyiapkan landasan kereta api merentas benua mendorong pihak lain untk melibatkan diri dlm pembinaan rangkaian jalan kereta api. Pembinaan landasan-landasan kereta api menyebabkan petempatan--petempatan baru dibuka di sepanjang laluan kereta api.Pembinaan sistem kereta api juga membawa perubahan dalam bidang ekonomi dan juga politik. Syarikat-syarikat kereta api juga merupakan perniagaan awal Antra faktor yg menyumbng kpd perkembangan bidng perindustrian 1. Kekayaan sumber asli Negara Prtumbuhn pesat dlm perindustrian di Amerika Syarikat disebabkn oleh kkayaan sumber asli negara sprt arang batu, besi keluli dan minyak. Mnjelang tahun 1913, Amerika Syarikat telah mnjdi pengeluar arang batu yg utama. Kkayaan sumber asli meletakkn asas bgi pertumbuhan perindustrian di Amerika Syarikat.2. Perkembangan sistem pengangkutan:Prkembangn sistem pengngkutn juga mnjdi salah satu faktor yg merangsang pertumbuhan industri di Amerika Syarikat. Kerajaan mmperuntukkan dana bgi mmbina rangkaian jalan kereta api bgi memajukan sektor perindustrian. Selain itu, trdpt juga syarikat-syarikat swasta yg melabur modal dlm industri kereta api. Antra tokoh yg terlibat dlm pembinaan landasan kereta api ialah James J. Hill, Collis P. Huntington dan Jay Gould. Pembinaan rangkaian jalan kereta api menyebabkan sektor perindustrian berkembang dngn pesat.3. Penawaran buruh yang tinggi:Salah satu lagi faktor yg mndorong pertumbuhan industri di Amerika Syarikat adalh penawaran buruh yg tinggi. Kemasukan imigran dri dlm dan luar ngra mnyebabkan trdpt bekalan buruh yg mncukupi. Slps Perang Saudara berakhir, Amerika Syarikat mengglakkan kemasukan golongan imigran ke negara trsebut. Malah, undang-undang yg menggalakkan kedatangan buruh ke Amerika Syarikat telah digubal. Pada tahun 1864, Undang-Undang Buruh Kontrak telah diwartakan bgi menggalakkan kemasukan buruh ke negara tersebut. Kemasukan buruh menyebabkan sektor perindustrian mengalami perkembangan pesat..4. Penciptaan teknologi baru:Prkmbangan dlm bidang perindustrian juga disebabkn oleh penciptaan teknologi baru. Antra ciptaan baru yg telah mengubah cara hidup manusia adalh telefon (1876) oleh Alexander Graham Bell, cahaya elektrik (1879) oleh Thomas Alva Edison, kereta (1893) oleh Henry Ford, telegraf (1844) oleh Samuel F.B. Morse dan kapal terbang (1903) oleh Wilbur dan Orville Wright. Selain itu, penciptaan teknik pengeluaran besi keluli merangsang pertumbuhan sektor pembinaan dan pengangkutan. Penggunaan jentera-jentera baru juga menyebabkan berlaku peningkatan dlm pengeluaran barangan.5. Organisasi industri yang cekap dan teratur:Satu lagi faktor yg menggalakkn pertumbuhan industri ialah kemunculan teknik baru dlm pemasaran. Slps Perang Saudara berakhir, sistem pemasaran yg dikenali sbgai Mail Order House diperkenalkn. Menernsi sistem psran ini, brangn akn dihantar mlalui pos. Antra syarikat yg mempelopori sistem pemasaran ini ialah Roebuck and Company dan Montgomery Ward. Selain itu, muncul juga gedung-gedung jualan yg menjual plbgai jenis brangan. Antra gedung jualan yg terkenal trmsuklah Marshall Field (Chicago), Macy (New York) dan Filene (Boston). 6. Peranan kerajaan:Kerajaan juga mmainkn peranan pnting dlm perkembangn sektor perindustrian. Antra lngkh yg diambil oleh kerajaan untk merangsng pertumbuhn perindustrian ialah mengenakan kadar cukai yang rendah,

yang amat menguntungkan. Industri kereta api juga melahirkan ramai jutawan terkenal seperti Cornelius Vanderbilt, Daniel Drew, Jay Gould, James J. Hill dan J. Pierpont Morgan. Menjelang tahun 1860-an, sistem kereta api merangsang pertumbuhan industri asas seperti besi, keluhi, pembinaan dan pembuatan mesin.

mewujudkan sistem perbankan kebangsaan, memperkenalkan dasar imigrasi yg longgar, mewujudkan kestabilan mata wang, membenarkan penggunaan sumber semula jadi dan memperkenalkan kadar tarif yg bersesuaian..Pada tahun 1862, kerajaan juga meluluskan beberapa akta yg menggalakkan penggunaan tanah awam sprti Akta Landasan Kereta Api Pasifik, Akta Ladang dan Akta Majlis Anugerah Tanah.Menerusi Akta Landasan Kereta Api Pasifik, kerajaan menyumbangkan tanah-tanah awam kpd syarikat swasta untk pembinaan landasan kereta api, mmberikn bayaran $48 ribu dolar bagi setiap batu jalan kereta api yg dibina di kawasan pergunungan dan memberi pinjaman subsidi selama 30 tahun serta dikenakan kadar faedahyang rendah kpd syarikat-syarikat yg terlibat dlm pembinaan landasan kereta api. MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA Penternakan Ulat Sutera 1. Negara China mempunyai keluasan hampir 9.6 juta km persegi tetapi tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian hanyalah 15% sahaja. Kawasan lain terdiri daripada pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara China. Negara China juga sebahagian besarnya berada dalam kawasan hawa sederhana mengalami perubahan iklim dari kawasan tropika ke kawasan sejuk. Walaupun berkeadaan demikian, negara China masih lagi mampu mengeluarkan makanan daripada perlbagai jenis tanaman untuk kegunaan masyarakat dan untuk dieksport ke negara luar.2.Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Qing, negara China masih dipanggil masyarakat agraria iaitu meliputi 85% daripada keseluruhan penduduk dan tinggal di desa. Masyarakat agraria China tertumpu di kawasan timur laut China dengan Mongolia. Kawasan ini mempunyai dataran loes yang subur disepanjang Sungai Kuning. Di sebelah selatan pula terdapat pula Sungai Yangtze (sungai terbesar di China) yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat agraria di China.3.Tanah di negara China semua dimiliki oleh maharaja dan dikurniakan kepada golongan bangsawan atau pembesar (tuan tanah). Tanah merupakan satu aset yang amat berharga yang dapat menentukan status sosial seseorang itu. Tuan-tuan tanah ini akan memberikan kepada golongan rakyat masyarakat agraria untuk diusahakan. 4.Tanah ini akan diusahakan dari satu generasi ke satu generasi secara bersama dan tidak mengutamakan hak individu. Masyarakat agraria China mengusahakan tanah pertanian secara tradisional dengan menggunakan peralatan lama dan najis binatang untuk menyuburkan tanah. Namum, hasil yang diperolehi masih cukup untuk menampung keperluan harian mereka tetapi tidak dapat menyimpan.5. Walaupun negara China mempunyai tanah yang subur dan masyarakat agrarianya cekap bercucuk tanam, namum mereka masih hidup dibelenggu dengan kemiskinan. 6. Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Tanaman lain turut diusahakan seperti menanam kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin lain. Masyarakat China yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma, sekoi

MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA 2.Masyarakat petani terutama disebelah utara Belanda telah mengusahakan kegiatan pertanian scra kecil kecilan dan secara sistem pertanian padang terbuka. Hasil pertanian ini untuk pasaran tempatan di bandar-bandar negara Belanda shja.3.Dlm sistem ini, tanah pertanian dbhgi kepada bidang tanah iaitu setiap bidang tanah dibahagi kepada beberapa lajur tanah secara memanjang untuk diusahakan oleh petani. Petani hanya akan mengusahakan beberapa bidang tanah sahaja dan sebidang lagi akan dibiarkan kosong atau tanah rang sahaja untuk mengembalikan kesuburan tanah bagi musim akan datang.4.Pada abad ke-17, revolusi pertanian yang berlaku telah mendorong pertambahan tanah pertanian kepada 36 ribu ekar sekitar tahun 1590 hingga tahun 1615, begitu juga dengan masyarakat petani dan penggunaan kuda dalam pertanian turut bertambah. Kegiatan dan pengeluran hasil pertanian semakin meningkat apabila kerajaan Belanda berjaya menambak laut untuk dijadikan kawasan pertanian. Penggunaan teknologi kincir angin semakin merancakkan lagi kegiatan pertanian di Belanda kerana kawasan tanah tinggi boleh disalurkan air untuk pertanian.5. Masyarakat agraria Belanda menggunakan kaedah tanaman giliran antara tanaman ubi-ubian, kekacang dan bijirin. Kaedah ini akan mengembalikan kesuburan tanah dan meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian. Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijirin seperti gamdum, barli, oat yang menjadi sumber utama Belanda. Tanaman lain pula yang diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan. Hasil-hasil ini akan dieksport keluar negara.6.masyarakat agraria Belanda juga mengusahakan kegiatan penternakan binatang terutama lembu tenusu untuk pengeluaran hasil tenusu. Belanda telah menjadi pusat utama penternakan lembu ini. Lembu-lembu daging pula diternak untuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain di Belanda antara tahun 1500 hingga tahun 1660.7. Masyarakat agraria Belanda di desa turut mengusahakan industri tekstil terutama di Flanders dan Brabant. Mereka mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Masyarakat di bandar pula, menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain kemudian dipasarkan sehingga tahun 1568. 8.Pada abad ke-17, industri tekstil di Leiden semakin berkembang terutama dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen, says, fustians dan

camlets. Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran kain sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden, Haarlem telah menjadi bandar pengeluran kain linen utama untuk dipasarkan ke Eropah.9.Hampir 1/5 masyarakat agraria Belanda telah mengusahakan kegiatan menangkap ikan terutama di kawasan Holland dan Zealand merupakan perairan yang kaya dengan ikan herring berkualiti tinggi. Pada abad ke-17, masyarakat Belanda telah menangkap ikan dari Laut Utara hingga ke Selat Inggeris dengan menggunakan kapal-kapal yang bersaiz besar sehingga menjangkau 30 tan beratnya. Mereka berjaya mengatasi nelayan Jerman untuk menguasai pasaran ikan di kawasan Baltik. Mereka akan berada di laut selama 8 minggu dengan anak kapal antara 10 hingga 15 orang. 10. Masyarakat agraria Belanda juga terkenal dalam industri pembinaan kapal yang terbaik di Eropah iaitu bermutu tinggi, tahan lasak, dan boleh memuatkan muatan yang lebih. Industri ini telah mendapat kepercayaan masyarakat pedagang di Eropah pada abad ke-17. Sekitar tahun 1630-an, Belanda telah berjaya membina 2 500 buah kapal dan separuhnya untuk kegunaan di Eropah seperti negara England, Perancis dan Sepanyol. Perkembangan industri perkapalan ini telah mendorong perkembangan perdagangan Belanda terutama pada tahun 1648. 11. Kapal-kapal Belanda telah digunakan untuk mengangkut gandum dan barli dari Poland dan Timur Prusia, seterusnya ke Perancis, Sepanyol dan Mediterranean. Kapalkapal ini juga turut digunakan untuk mengangkut besi dari Sweden dan barangan perdagangan dari Rusia, Timur Hindia, Brazil, Jepun, Asia Tenggara dan Kepulauan Barat Afrika. Perkembangan ini membolehkan Belanda menguasai perdagangan Eropah pada abad ke-16.12. Pada abad ke ke-16, hubungan antara pelabuhan Antwerp di Belanda dengan pelabuhan Lisbon di Portugal amat rapat. Apabila pelabuhan Antwerp jatuh ke tangan Sepanyol pada tahun 1585, aktiviti perdagangan telah berpindah ke pelabuhan Amsterdam dan telah muncul sebagai pusat perdagangan yang baru. Akibat pemberontakan oleh orang Belanda di bahagian utara telah mendorong Raja Phillip II menutup pelabuhan Lisbon dan menghalang kapal-kapal dari Belanda memasuki pelabuhan Lisbon.13. Keadaan ini telah menyebabkan pedagangpedagang Belanda mencari sendiri barangan mereka sehingga mendorong Belanda menawan Kepulauan Rempah di Asia Tenggara. Tujuan Belanda bertindak demikian untuk menguasai perdagangan di Timur, menghapuskan monopoli Portugal dan Sepanyol, mengumpul kewangan untuk menentang kekuasaan Sepanyol di Belanda dan menawan pusat perdagangan Portugal di Timur.14.Pada tahun 1596, Belanda di ketuai oleh De Houtman telah sampai ke pelabuhan Bantam yang kaya dengan lada hitam, kemudian singgah di Jakarta, Pulau Madura, Bali dan kembali semula ke Amsterdam pada tahun 1597.15.Pada tahun 1598, 22 buah kapal dari Belanda menuju ke Timur dan telah meningkat kepada 60 buah kapal menuju ke Kepulauan Rempah di Timur antara tahun 1595 hingga tahun 1601. Mereka telah mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan di Kepulauan Rempah di Asia Tenggara dengan memberi perlindungan kepada pemerintah tempatan seperti dengan Pulau Ambon (1600) dan Pulau Banda (1602). Sebagai balasan Belanda dapat

dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.7.Masyarakat agraria China mula mengalami perubahan di zaman Dinasti Ming apabila wujudnya hubungan luar dengan negara-negara luar seperti selatan India, Sri Lanka, Hormuz, dan persisir pantai timur Afrika. Hubungan ini telah meningkatkan aktiviti perdagangan China dengan pedagang-pedagang dari luar terutama di pelabuhan Canton. 8.Kedatangan pedagang luar ini telah menyebabkan negara China menerima pelbagai aspek dari tamadun luar. Perkara ini secara langsung telah membawa banyak perubahan dalam bidang pertanian dan ini akan meningkatkan lagi ekonomi negara China. Seterusnya, membolehkan negara China menikmati kemakmuran dan kekayaan dalam pertambahan penduduk dan bidang pertanian.9.Semasa pemerintahan Dinasti Ming, China telah berusaha untuk meningkatkan hasil pertanian mereka dengan memperkenalkan sistem pengairan, mengamalkan tanaman giliran mengikut musim, memperkenalkan peralatan pertanian yang baru, meningkatkan keluasan kawasan pertanian dan penggunaan baja.10. Penanaman padi jenis baru telah diperkenalkan dari selatan Vietnam yang boleh ditanam dua kali setahun dan tidak memerlukan air yg banyak. Ini telah memboleh padi ini di tanam di kawan tanah tinggi yang kekurangan air. Tanaman baru yang lain turut diperkenalkan seperti tanaman kekacang, ubi kentang manis, barli dan jagung yang dibawa dari Asia Barat. Tanaman baru ini telah meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian masyarakat agraria.11. Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan; teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan selatan Kingsu; kapas di Kinagsu dan daerah utara; perlombongan di Yunnan; perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.12.Seterusnya negara China semakin berkembang ekonominya terutama dalam pembuatan porselin, pembuatan kertas, sutera dan kapas di bandar Nanjing dan Beijing. 13. Industri porselin memberi sumbangan dalam pendapatan negara China dan bandar Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluran porselin utama. Soochow pula sebagai bandar pusat industri tekstil dan Sungkiang menjadi pusat pengeluran kain kapas. Tanaman kapas menjadi tanaman penting di zaman Dinasti Ming. Industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang kepada ekonomi masyarakat agraria di China.14.Semasa pemerintahan Dinasti Ching (1644-1911), kerajaan China hanya membiarkan ekonomi berada di tangan golongan bangsawan. Golongan ini hanya mengawasi sistem pao-chia (tanggungjawab kolektif) untuk mengawal kaum petani. Manakala di zaman Kang-hsi, ekonomi China berlaku pemulihan dan hasil pengeluaran pertanian bertambah. Sebagai contoh pada tahun 1661, kawasan pertanian seluas 549 juta ekar (mu) meningkat kepada 724 juta ekar (mu) pada tahun 1725 dan 781 ekar pada tahun 1766.15.Masyarakat agraria China juga turut menjalankan kegiatan perusahaan pertukangan secara perkongsian modal dan tanggungjawab untuk memajukan perusahaan ini. Mereka akan bergabung mengikut wilayah

memonopoli perdagangan buah pala.16.Bagi menjamin dan mengukuhkan kedudukan Belanda di Kepulauan Rempah ini, maka pada tahun 1602, parlimen Belanda bersetuju menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda atau Vereenigde Oostindische Compagine (VOC). Dengan bermodal sebanyak 6 juta guilder. Pengusaaan ini telah membolehkan Belanda mengawal sepenuhnya perdagangan import seperti lada hitam, bunga cengkih, buah pala, kulit kayu manis dan bunga lawang di Eropah. Pada tahun 1690, VOC telah memperkenalkan tanaman kopi di Jawa setelah berjaya dalam tanaman rempah.17.Pada awal abad ke-17, usahawan atau pemodal Belanda yang berjaya telah menceburi perniagaan insuran dan perdagangan mata wang asing serta turut memberi pinjaman kepada negara Denmark, Austria dan Sepanyol. Sebagai contoh, usahawan atau pemodal Nouis de Geer telah mengusahakan kilang senjata di Sweden dan ada usahawan Belanda memonopoli perdagangan eksport di Rusia.18.Bank Amsterdam adalah bank yang paling berjaya di Eropah iaitu antara tahun 1611 hingga tahun 1701, deposit Bank Amsterdam meningkat daripada 1 juta florin kepada 16 juta florin. Perkembangan perdagangan luar negara, industri dan pertanian di Belanda telah menarik kedatangan pedagang luar dan tempat ke Amsterdam pada tahun 1609. Perkembangan dan pengukuhan perdagangan dan mata wang telah meningkatkan perdagangan antarabangsa di Amsterdam. 19.Penubuhan bank dan badan kewangan yang lain telah meningkatkan urusan perdagangan seperti Bank Amsterdam. Penubuhan bank ini telah memudahkan lagi pemindahan wang dan pinjaman kepada pedagang sebagai pelaburan jangka panjang. Keadaan ini telah meningkatkan keupayaan pelabuhan Amsterdam dalam perdagangan antarabangsa. Kerajaan Belanda telah berusaha menaik taraf pelabuhan Amsterdam seperti mendalamkan lagi pelabuhan Amsterdam, menyediakan lebih banyak gudang menyimpan barang dagangan, menyediakan kemudahan asas lain dan menghubungan pelabuhan dengan jalan darat yang lain.20. Usaha kerajaan Belanda ini telah memberi peluangan pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangannya pada abad ke-17.

menjadi satu kesatuan peniaga yang akan disertai oleh kesatuan peniaga, kesatuan penenun, kesatuan peniaga bank, kesatuan peniaga pakaian, dan kesatuan peniaga emas. Persatuan berperanan sebagai badan yang akan mengawal harga barangan, menatapkan nilai barangan, dan menyelesaikan segala masalah atau pertikaian antara ahli-ahli persatuan.16.Masyarakat agraria China turut menjalankan ekonomi perdagangan walaupun kegiatan ini dianggap hina dan rendah tarafnya di negara China. Namum kegiatan ini sebenarnya memberi pulangan yang cukup besar kepada negara dan masyarakatnya.17. Aktiviti perdagangan berkembang dengan baik kerana adanya sistem pengangkutan yang baik iaitu sungai sebagai jalan perhubungan yang utama seperti Sungai Yangtze, Sungai Peiho dan Sungai Kuning. Manakala terusan turut dibina untuk merancakkan lagi aktiviti perdagangan seperti Terusan Besar (menganjur dari Peking ke Hangchow di selatan Sungai Yangtze) dan terusan-terusan kecil di bahagian tengah dan selatan China. Sistem perhubungan darat masih primitif iaitu masyarakat masih menggunakan unta dan keldai sebagai pengangkutan utamanya.18. Aktiviti perdagangan China bukan hanya tertumpu kepada perdagangan dalam negara dan kawasan Asia sahaja tetapi turut berlaku dengan pedagang dari negara Barat terutama di abad ke-16 dan 17. Kekayaan negara China dengan hasil perlombongan arang batu, besi, tembaga, bijih timah, timah hitam, antimoni dan perak telah menarik ramai pedagang dari Barat ini. Pada abad ke-16, pedagang dari Portugal, Sepanyol, Belanda, Rusia dan British telah mula berdagang dengan China. 19. Pada tahun 1532, aktiviti perdagangan dengan pedagang Portugal telah bermula di pelabuhan Macau dan dibenarkan berdagang di Canton pada masa-masa tertentu sahaja dengan dipantau ketat oleh pembesar China. Melalui aktiviti perdagangan ini China dapat membeli barangan perak dari Portugal dan pedagang Portugal pula membeli sutera untuk dibawa ke Eropah.20. Pada tahun 1575, pedagang Sepanyol telah tiba di China dan diikuti boleh pedagang Belanda pada tahun 1604. Rusia pula telah menghantar wakilnya untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan China pada tahun 1654. Seterusnya pedagang British pula tiba di China pada tahun 1639 untuk berdagang dengan China. Aktiviti perdagangan ini telah menyebabkan pengaliran keluar wang perak China dengan banyak dan ini telah mengakibatkan China berada di ambang inflasi. 21. Oleh itu di zaman Dinasti Ching, kerajaan China telah mula mengamalkan dasar pintu tertutup terhadap aktiviti perdagangan dan hanya membuka pelabuhan Canton sahaja untuk aktiviti perdagangan, itupun dikawal ketat oleh peraturan negara China. 22. Pedagang-pedagang Barat mula tidak berpuasa hati dengan dasar kerajaan China dalam aktiviti perdagangan ini kerana bertentangan dengan amalan prinsip atau konsep perdagangan bebas yang diamalkan oleh Barat. Wakil-wakil Barat terutama British telah dihantar untuk berunding dengan kerajaan China tetapi semuanya menemui kegagalan.23. Kegagalan ini akhirnya telah mencetuskan ketegangan hubungan dan telah menbawa kepada Perang Inggeris-China 1 atau Perang Candu 1 pada tahun 1839 hinga tahun 1842.

MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN Pengenalan/Definisi Masyarakat Feudal: masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya berasaskan saling memerlukan antara satu sama lainmasyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak dan berada pada kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah), manor dan serf (petani) manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo serta samurai.

Susun lapis masyarakat feudal di England Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja atau pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi. Di bawahnya terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan kepada raja. Golongan bangsawan ini terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua. Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan pertama pula membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua. Proses ini dikenali sebagai subinfeudation . Bangsawan lapisan ke dua seterusnya membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang lebih rendah daripadanya atau golongan petani. Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani yang menentap difiefnya. Hampir kesemua petani terdiri daripada serf yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba. Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain.Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan. Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan satu kelas yang berasingan. Sebilangan besar daripada mereka terdiri daripada daripada golongan bangsawan yang mempunyai tanah

Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England . Setiap serf (rakyat bawahan biasanya petani) memberi sumpah kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang lebih tinggi ini ialah knight (pahlawan), bangsawan (baron, duke , lord) dan akhir sekali ialah Raja. Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan Raja. Punca kekayaan golongan ini ialah tanah yang dianugerahkan oleh Raja. Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan (lord) kepada vassal tersebut. Harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca kekayaan kepada tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja kepada seseorang lord kemudian lord pula akan memberikan tanah kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan. Dalam aspek ketenteraan, wujud kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai penerimaan fief. Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi kewangann. Ciri-ciri Masyarakat Feudal di Jepun Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang berada di kemuncak struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah. Hakikat ini dapat dilihat pada zaman Kamakura antara abad ke-12 dan 14, di mana keluarga Minamoto menjadi keluarga yang penting di Jepun. Keluarga ini mampu membekalkan keperluan keselamatan yang diperlukan oleh maharaja dan mereka turut menguasai tanah dan segala penghasilannya. Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik mereka yang setia kepadanya mewarisi jawatan jito atau pengurus tanah dan bertanggungjawab mengutip cukai. Shugo merupakan pegawai yang bertanggungjawab memastikan agar semua cukai di bayar walaupun kekerasan terpaksa digunakan. Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman Meiji apabila beberapa perubahan besar dilakukan. Menurut Abdullah Zakaria Ghazali, dalam usaha melihat sejarah sistem Feudal di Jepun, maka zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini merupakan akar kepada keberlangsungan sistem feudal yang hanya tamat pada pertengahan abad ke19. Menurutnya lagi, sistem feudal tumbuh subur di Jepun kerana kewujudan estate persendirian yang dikenali sebagai syo atau syoen. Pertumbuhan estet-estet persendirian ini telah dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan golongan perwira (buke).Golongan ini memberi taat setia kepada Kamakura dan hasil daripada ketaatsetiaan ini menyebabkan mereka mendominasi jawatan jito serta shugo. Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas kepada kemunculan sistem feudal di

sebagai Vassal dalam sistem feudal. .Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah barat di kawal oleh greja. Bishop, abot dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru itu mereka sering campur tangan dalam pemilihan jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah seorang dari ahli keluarga mereka. Akibatnya pegawaipegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan meterial dan mempunyai dua tanggungjawab. Susun lapis masyarakat feudal di Jepun Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun, Daimyo dan Samurai. Golongan diperintah terdiri daripada petani, tukang dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa. Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas. Namun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir. Baginda hanya menjadi lambang perpaduan rakyat. Kuasa pemerintah terletak kepada Shogun Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun terjamin. Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang penyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa. 3. Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada Shogun. Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang memusuhi Shogun. Mereka telah ditempatkan jauh daripada Shogun untuk mengelak ancaman daripada mereka. 4. Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan negara dan Daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain. 5. Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja. 6. Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang dan alat-alat

Jepun. Sehubungan itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun telah melahirkan dua golongan yang saling bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi pemerintahan dan golongan tentera. Golongan birokrasi pemerintahan termasuklah tuan-tuan tanah atau daimyo yang bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja. Selain itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan berbeza dengan negara lain. Ini disebabkan wujud keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan tentera dan petani , manakala maharaja tidak mempunyai sebarang peranan. Kemunculan golongan tentera khusus (profesional) di Jepun begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa maharaja. Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan sama ada untuk mempertahankan hak milik mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan mereka.Kekuatan ketenteraan ini menjadi tulang belakang kepada kebangkitan daimyo di Jepun sehingga maharaja tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.

lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang. 7. Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka.

Nota Pengajian Am: Bahagian Dasar Negara Bab 1: Dasar Dlm Negara (Dasar Ekonomi) 1. DEB (Dasar Ekonomi Baru):Meneknkn pmbasmian kmiskinan & ksamaan dlm pembangunan ekonomi tnpa mengira kaum,Menyusun semula masyarakat.2. DPN (Dasar Pembangunan Nasional):Meneknkn pmbngunan seimbang,Mwujudkn masyarakat yg lebih brsatu padu.3. DWN (Dasar Wawasan Negara):Mnjadikn ngra maju tnpa abai pmbngunn msyarkt,Mngukuhkn daya than ekonomi.Bab 2: Dasar Luar Malaysia (Malaysia dan Negara Serantau)

RASUAH : FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB DAN LANGKAHLANGKAH MENGATASINYA

Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, ASEAN + 3 (PENTING!) Mrupakn fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, prtemuan antra ketua ngra ASEAN dgn Perdana punca dan langkah yang efektif untuk Menteri Jepun, Presiden Korea Selatan & Presiden menanganinya. China,Mrupakn prjanjian brkaitan ekonomi & Punca yang ketara tentang gejala ini sering perdagangan shja,ASEAN + 3 dilaksanakn scra tdk dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem rsmi dan wujud krna kgagaln EAEC (Majlis pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat Perundingan Ekonomi Asia Timur) yg dibantah oleh menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela Amerika Syarikat (takut mungkn menjejaskan kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang kepentingan ekonomi negara-negara Asia telus terutama dalam aspek pemberian tender dan Pasifik)Misi Nasional: Lima Teras Misi Nasional.1. projek lain yang menyebabkan ramai pekerja Meningkatkan Ekonomi dlm rantaian nilai lebih awam mengambil kesempatan daripada tinggi:Tingkatkn produktiviti,daya saing & nilai kelemahan itu untuk mengambil wang secara ditmbah dlm pertanian, pembuatan & haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang perkhidmatan,Jana sumber kekayaan baru dalam berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan sektor berintensif ICT & bioteknologi.2. awam yang terangsang untuk melakukan jenayah Meningkatkan keupayaan pengetahuan & inovasi yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa negara serta pupuk minda kelas pertama:Jadikan apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem Islam Hadhari sbgai rangka kerja pembanguan tadbiran awam negara kita. sejagat,Tingkatkan prestasi sekolah rendah sebagai

sekolah pilihan rakyat.3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi.:Membasmi kemiskinan tegar,Mengatasi jurang dlm kumpulan etnik dgn menambah pendapatan individu.4. Meningkatkan tahap & kemampanan kualiti hidup:Memastikan perlindungan alam sekitar & penggunaan sumber asli yg cekap Menyediakan kemudahan pengangkutan awam elak kesesakan lalu lintas & penggunaan bahan api.5. Mengukuhkan keupayaan institusi & pelaksanaan:Tingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awamTangani kegiatan rasuah dalam sektor awam & swasta.

Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuKarangan Rasuah. Faktor-faktor penyebab dan langkahlangkah mengatasinya

Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya. Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita. Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita terutama

yang tinggal di bandar-bandar besar. Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.

Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini. Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.

Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnyaah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat

akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini. Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan. Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya.

Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya PROSEDUR RAYUAN KES JENAYAH Prosedur rayuan kes jenayah 1) Notis rayuan difailkan dengan pendaftaran Mahkamah dalam tmpoh 14 hari selepas keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi 2) Hakim yang membuat keputusan membuat penghakiman bertulis mengenai alasan keputusan tersebut dibuat 3) Pendaftaran Mahkamah membuat notis yang mengandungi rekod prosiding berserta bayaran yang ditetapkan kepada perayu ( kecuali pendakwah raya) 4) Dalam tempoh 10 hari selepas notis disampaikan, perayu memfailkan petisyen rayuan berseta lima salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Rayuan dengan Pendaftar Mahkamah 5) Pendaftar Mahkamah member salinan notis rayuan dan petisyen rayuan kepada Mahkamah Rayuan 6) Pendaftar Mahkamah menyampaikan salinan rekod prosiding dan salinan notis rayuan serta petisyen rayuan kepada pihak perayu dan peguam 7) Mahkamah Rayuan mengeluarkan waran tangkap sekiranya rayuan dibuat terhadap tertuduh yang dibebaskan sebelum rayuan dibuat 8) Sekiranya Mahkamah Rayuan menolak rayuan atas alasan tertentu, notis penolakan desampaikan kepada perayu 9) Jika Mahkamah Rayuan menerima rayuan tersebut, Mahkamah Rayuan member notis tentang masa dan tempat perbicaraan bagi pihak perayu
.

You might also like