You are on page 1of 2

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI: 1 kg.

ubi keledek merah - dipotong kiub kecil 4 biji ubi kentang - dipotong kiub kecil 100 gram daging dicincang Garam, dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Bahan A : Diblend untuk dijadikan pes 4 sudu besar rempah daging 2 sudu besar udang kering 1 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu besar serbuk lada hitam Air secukupnya Bahan B: Ditumis 1 labu bawang besar - dihiris 3 ulas bawang putih - dihiris 2 tangkai daun kari 1 sudu besar jintan manis Cara menyediakan inti: 1. Ubi keledek dan ubi kentang dikupas kulitnya dan dipotong kecil bentuk kiub. Ketepikan. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B sehingga terbit bau dan kekuningan. 3. Kemudian masukkan bahan A. Masak sehingga rempah terbit minyak (pecah minyak). 4. Masukkan air secukupnya. Air hendaklah cukup untuk mengempukkan ubi. Kacau rata. 5. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau suka boleh tambahkan ajinomoto. 6. Masukkan ubi keledek dan ibu kentang yang telah dipotong tadi dan kacau rata. Masak sehingga ubi empuk. Sekiranya air kering dan ubi masih belum empuk, tambahkan air dari semasa ke semasa dan masak sehingga ubi empuk. 7. Setelah masak dan inti agak lembap, bolehlah dimasukkan daun sup dan daun bawang. Kacau seketika, kemudian tutup api. BAHAN-BAHAN UNTUK PASTRI KARIPAP: 500 gram tepung gandum 50 gram tepung beras 50 gram tepung ubi 1 sudu besar gula 1 sudu besar garam 2 1/2 sudu besar majerin* 1/4 cawan minyak* (* dicampur kedua-duanya dan dipanaskan di atas api) Air sejuk daripada peti ais Cara-cara menyediakan pastri karipap: 1. Campurkan kesemua tepung, garam, dan gula. Gaul rata.

2. 3.

Tuangkan minyak panas dan gaul rata. Tuangkan air sedikit-sedikit sehingga membentuk doh lembut.

4. Sapukan sedikit marjerin di atas doh dan tutup. Ketepikan selama lebih kurang 30 minit. 5. Selepas 30 minit, potong doh dan bahagikan kepada bahagian kecil membentuk bebola. Buat sehingga habis dan ketepikan selama 10 - 20 minit lagi. Biarkan doh senantiasa dalam keadaan tertutup bagi mengelakkan pastri mengeras cepat. 6. Ambil sebiji doh, letakkan di atas papan pencanai dan canaikan dengan kayu pencanai. Bagi mengelakkan doh daripada melekat, taburkan di atas papan pencanai dengan sedikit tepung gandum. 7. Isikan dengan inti, kemudian diklimkan. Buat sehingga habis. 8. Goreng dengan minyak dalam sehingga garing. Toskan dan kemudian dihidangkan.

You might also like