You are on page 1of 3

TAMADUN YUNANI

Tamadun yunani terletak di semenanjung Greece dan pulau sekitarnya dikelilingi laut Mediterranean dan Aegen. Tamadun ini bermula dengan Negara kota atau polis. Ini terhasil daripada gabungan beberapa Bandar dan kampung. Setiap Negara kota mempunyai sebuah kota yang dikelilingi kawasan pertanian. Di dalam kota pula terdapat pasar,kubu kuil dan juga istana. Contoh Negara kota yang terkenal ialah Athens dan Sparta. Setiap Negara kota mempunyai pemerintahn dan undang-undang tersendiri serta mempunyai beberapa tuhan. Masyarakat dalam Negara kota sentiasa bersatu padu tetapi kerap berlaku peperangan antara Negara kota. Sistem pemerintahan Dalam tamadun yunani telah wujud beberapa bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara kota. Bentuk pemerintahan tersebut mengalami pelbagai perubahan daripada monarki,oligarki,aristokrasi,diktaktor dan akhirnya demokrasi. Wujudnya pelbagai bentuk pemerintahan ini menunjukkan bahawa orang yunani sentiasa ingin berusaha untuk meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota mereka.

Agama & kepercayaan Semasa tamadun yunani kebanyakannya percaya kepada tuhan zeus. Selepas itu mereka mengamalkan ajaran kristian dalam kehidupan seharian mereka Pendidikan Athens mewujudkan manusia yg seimbang pencapainya dalam rohani dan jasmani. Pendidikan muzik, jasmani, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menulis, dan menghafal dititikberatkan. Sekolah-sekolah falsafah ditubuhkan di Athen, Thebes, & Corinth. Ini juga telah melahirkan beberapa tokoh seperti Thucidides dan Herodutus. Di sparta pula mementingkan pendidikan kearah melahirkan warganegara tentera yang gagah ,sempurna dan setia kepada negara kotanya. Sparta mementingkan latihan fizikal dan kemahiran bersenjata

Bahasa & sistem tulisan Penggunaan bahasa Yunani. Selepas itu Latin zaman empayar Rom. Tokoh penting: Homer dan Hesiod. Hesiod penyair hasil dua buku iaitu Theology menceritakan tentang ilmu asal usul manusia dan ketuhanan dan Works and Days. Homer pula menghasilan lliad dan odyssey.ulisan orang Phoenecia tersebar di yunani dan telah ditambah huruf vokal kemudian ke Rom dan Asian Tenggara dan berubah ke huruf rumi. Sumbangan Banyak sumbangan yang telah diberikan oleh tamdun yunani kepada dunia. Sumbangan yang paling penting ialah system demokrasi yang membabitkan rakyat secara langsung. Malaysia juga telah mengamalkan system ini. Dari segi falsafah pula Aristotle,Socrates,Plato telah menjadi rujukan pada zaman moden ini dan karya Iliad masih dirujuk sehingga kini. Teknologi sains dan matematik juga masih dipakai hingga sekarang. Sukan olimpik yang di langsungkan julungkali sekarang juga berasal dari tamadun yunani. Perluasaan kuasa Philip II telah menyatukan Macedonia dan Yunani. Alexander The Great pula menguasai Parsi, Mesir, Turkistan Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean.Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran budaya Yunani, Parsi, dan budaya timur yng lain) ke Itali, Iskandariah dan Antioch.Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander dan munculnya empayar Rom.

You might also like