You are on page 1of 11

IKRAR BSMM Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar akan taat setia kepada

Duli Yang Maha Muli Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong dan pemerintah -pemerintah di negeri kami. Berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan UndangUndang Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan lain-lain undang-undang serta arahan Persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan kepada prinsip bulan Sabit Merah seperti berikut : Kemanusiaan Saksama Berkecuali Kebebasan Khidmat Sukarela Perpaduan Sedunia

Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya

Di malam sepi Risaunya hati Saudara tak bererti lagi Tenangkan fikiran Hulurkan tanganmu Kan tercapai dunia damai milikmu milikku

Kerana kedamaian Hasil jiwa murni Rela tabah hati Sedia memaafkan

Kau kan tahu Kita bersaudara Renungkanlah Biar kau dan aku Terangi dunia Mara ke hadapan Hulurkanlah Tanganmu untuk dunia damai

Every way we go People people asking Who we are Where we come from So we tell them We are from the Red Cross Mighty Mighty Red Cross If they cant hear us Sing a little louder

OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.

Perkara perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan ialah : i) ii) iii) Lencana / logo persatuan Cogan kata / moto Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan,

cawangan, daerah, negeri dan cawangan iv) v) Pendaftaran persatuan Jawatankuasa kecil,

PERLEMBAGAAN BSMM Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 2: Matlamat Peraturan 3: Objektif Peraturan 4: Keahlian Peraturan 5: Guru Penasihat Peraturan 6: Ahli jawatankuasa Peraturan7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8: Kewangan Peraturan 9: Penyertaan Peraturan 10: Aktiviti Peraturan 11: Peraturan-peraturan Peraturan 12: Pindaan perlembagaan Peraturan 13: Perbubaran persatuan Peraturan 14: Tindakan disiplin Peraturan 15: Hal-hal lain

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA Penasihat : Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan. Pengerusi : Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankusa Kerja atau Mesyuarat Agong. Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja. Merancang, malaksana dan menyelia aktiviti persatuan Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pentadbir Tentukan langkah-langkah keselamatan pemeriksaan doktor jika perlu Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi persatuan Naib Pengerusi : Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan. Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila ketiadaan pengerusi. Menjalakan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan.

Setiausaha : Menyimpan pendaftaran ahli. Membuat urusan suratmenyurat dengan pihak luar, pentadbir institusi pendidikan atau ahli persatuan. Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat. Berkerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. Merekod kegiatan gerak kerja ko kurikulum. Bendahari : Menyimpan rekod dan stok harta persatuan. Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli. Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. Menyimpan dan menyiapkan penyata kira kira persatuan. Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan persatuan. Ketua Patrol atau Ketua Biro : Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan sesuatu tugas yang ditetapkan mengikut biro, bahagian atau patrol. Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan.

Terdapat banyak persatuan yang ditubuhkan di Malaysia. Setiap satunya berbeza cara penubuhannya mungkin kerana terikat dengan perlembagaan. Terdapat dua cara perlantikan jawatankuasa bagi sesuatu persatuan iaitu: 1. Mesyuarat Agong. Semua ahli berhak membuat pencalonan, memilih dan melantik sesiapa sahaja di kalangan ahli menjadi Jawankuasa. Jawatan yang di pertandingkan antaranya ialah Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan jawatankuasa kerja. Pemilihan dibuat secara mengangkat tangan atau undi rahsia dengan menggunakan kertas. 2. Perlantikan oleh penasihat Perlantikan dibuat melalui perbincangan dengan ahli atau ujian tertentu terutamanya untuk pasukan beruniform. Ia berbeza kerana perlantikan melalui penasihat mengikut kepada kebolehan seseorang ahli yang tertinggi berbanding dengan ahli yang lain. Carta organisasi untuk perlantikan oleh penasihat juga berbeza daripada perlantikan ahli jawatankuasa melalui mesyuarat agong. Ia bergantung kepada keperluan sesuatu pasukan.

PRINSIP ASAS BSMM 1. Kemanusiaan Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua ianya wujud. Tujuannya adalah melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia. Ia mempupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia. 2. Kesaksamaan Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius. 3. Keberkecualiaan Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak plitik, perkauman, agama dan ideologi. 4. Kebebasan Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara. Persatuan tetap menjaga otonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. 5. Khidmat Sukarela Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung. 6. Ketunggalan Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

7. Kesejagatan Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.

You might also like