You are on page 1of 7

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502

2 Fax: 03 5191 1671

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA SK ALAM MEGAH DUA

HARI : MASA : TARIKH : TEMPAT : KEHADIRAN:

SABTU 2.45 PETANG 4 MAC 2006 DEWAN ANGGERIK 15 ORANG

KEHADIRAN 1. EN KHAIRIL FITHRI B MD. HATAH 2. EN MOHAMED IQBAL B MOHAMED KASSIM 3. CIK YUHANISSA BT CHE ABD SAMAD 4. PN MAZNIRA BT MOHAMAD 5. PN NAZEEMA BT MOHD YUNUS 6. PN ASMAHNIZA BT AMIN 7. TN HJ KAMARUDIN B ISHAK 8. EN MOHD ALI B HJ AHMAD 9. PN NOR AZLINA BT ABD AZIZ 10. PN JARAH BT ISMAIL 11. EN IKRAM B IBRAHIM 12. EN MOHD SHUKRI B SHAHABUDIN 13. CIK ZARINA BT RAMLI 14. PN AISYAH BT MUHAMAD RAZI (1/1) (1/1) (1/1) (1/1) (1/1) (1/1) (1/1) (1/1) (1/1) (1/1) (1/1) (1/1) (1/1) (0/1)

TURUT HADIR 1. EN ABDUL RAZAK B JIDIN (GURU BESAR / PENASIHAT) 2. PN YUSNITA BT HUSSEIN (PEMANGKU GPK HEM)

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

BIL CATATAN 1. UCAPAN PENGERUSI 1.1 1.2 En Khairil Fithri selaku pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua AJK ke mesyuarat. Meminta kerjasama semua AJK bergabung tenaga bagi menyempurnakan mandat yang telah diberikan.

TINDAKAN

PENGERUSI

2.

UCAPAN PENASIHAT 2.1 Tahniah di atas pemilihan sebagai Jawatankuasa PIBG yang baru dan mengharapkan semua pihak memainkan peranan untuk memajukan sekolah. 2.2 Menerangkan perlembagaan PIBG. 2.3 Menyatakan bahawa sebuah tandas di Blok B telah dibuka untuk murid perempuan dan semua peralatan di bilik ini terpaksa dikeluarkan. 2.4 Memohon sumbangan PIBG bagi membina stor peralatan bagi menyimpan barang-barang ini. 2.5 Sekolah telah mengarahkan kontraktor membersihkan tandas dan membekalkan bahan pencuci yang mencukupi. 2.6 Memohon PIBG membekalkan perisian untuk pembelajaran komputer di makmal komputer. 2.7 Bagi proses pendaftaran awal persekolahan, pihak sekolah boleh menyediakan pelan lokasi bilik darjah dan meletakkan pengawas di setiap kelas untuk kemudahan ibubapa. Murid-murid baru akan ditempatkan di Dewan Anggerik dahulu sebelum ditempatkan ke kelas yang sepatutnya. 2.8 Memohon PIBG menyediakan 44 sukarelawan bagi membantu guru untuk menyediakan resit bagi yuran pendaftaran pada hari pendaftaran 2.9 Mengemukakan pandangan jika PIBG ingin mengeluarkan buletin sendiri atau ingin bergabung dengan buletin sekolah supaya penyampaian maklumat lebih berkesan kepada ibubapa. 2.10 Memohon PIBG menyediakan peruntukan untuk membayar gaji guru ganti. 2.11 Memohon PIBG menyediakan peruntukan untuk membayar gaji pengawal keselamatan lalulintas yang dinaikkan dari RM250 ke RM300.

GURU BESAR

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

3.

SUAIKENAL AJK BARU 3.1 Semua AJK baru memperkenalkan diri masing-masing. SEMUA AJK

4.

PEMBENTUKAN BIRO 4.1 Lima biro telah ditubuhkan iaitu : a) Biro Pendidikan & Penerangan Pengerusi : En Kamarudin Ishak b) Biro sukan Pengerusi : En Mohd Ali c) Biro Keselamatan dan Disiplin Pengerusi : Pn Asmahniza Amin d) Biro Ekonomi Pengerusi : Pn Nor Azlina Abd Aziz e) Biro Keceriaan dan Pembangunan Pengerusi : Pn Nazeema Mohd Yunus Semua ahli menerima sebulat suara. 4.2 Pengerusi meminta semua ketua biro membentuk subkomite masing-masing (4 ahli termasuk Ketua Biro), mengadakan mesyuarat dan membentangkan laporan dan rancangan dalam mesyuarat akan datang.

KETUA BIRO

5.

TINDAKAN SUSULAN 5.1 Tandas 5.1.1 Pengerusi mengingatkan bahawa kebersihan tandas perlu ditingkatkan memandangkan isu ini telah dibangkitkan dalam 2 mesyuarat agung PIBG yang lepas. 5.1.2 Guru Besar memberitahu bahawa terdapat 2 buah tandas (1 tandas murid lelaki dan 1 tandas murid perempuan). Kedua-dua tandas ini dibersihkan sebanyak 2 kali sehari pada pukul 10.00 pagi dan 12.30 tengahari oleh 2 orang pekerja. 2 orang pekerja BIRO ini juga bertanggung-jawab untuk membersihkan KECERIAAN seluruh kawasan sekolah. DAN 5.1.3 Guru Besar mencadangkan 2 strategi untuk PEMBANGUNAN menangani masalah ini, 1) Mengarahkan pihak kontraktor pembersihan untuk membekalkan bahan pencuci yang mencukupi 2) Membuka sebuah lagi tandas untuk murid lelaki. 5.1.4 Guru Besar mengemukakan permohonan kepada BIRO EKONOMI PIBG untuk membina sebuah stor (Anggaran RM4K) bagi menempatkan barang barang yang dikeluarkan

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

5.1.5

5.1.6

bagi pembukaan sebuah lagi tandas. Pengerusi meminta kebersihan tandas diawasi BIRO sehingga ke mesyuarat akan datang untuk melihat KECERIAAN keberkesanannya. Sekiranya masih tidak memuaskan, DAN sebagai langkah terakhir, pihak PIBG mungkin akan PEMBANGUNAN menambah seorang lagi pencuci. Guru Besar mencadangkan agar berita mengenai tandas seperti gotong-royang boleh dimasukkan di MAKLUMAN dalam buletin dengan menjemput semua ibubapa.

5.2 Yuran 5.2.1 Pn Nor Azlina mengesyorkan supaya PIBG mempunyai anggaran jumlah yang tepat daripada yuran PIBG. 5.2.2 Pada masa sekarang, tidak ada maklumat mengenai berapa banyak yuran PIBG yang telah dikutip untuk tahun 2006 dan berapa banyak lagikah yuran PIBG yang belum dikutip. 5.2.3 Akaun PIBG juga sepatutnya ditutup pada 31 Disember 2005 dan bukannya 31 Januari 2006. Pembetulan akaun ini perlu dilakukan untuk menepati perlembagaan PIBG. 5.2.4 Guru besar mencadangkan cara pembayaran yuran PIBG boleh dibayar dua kali bagi yang tidak mampu dan dimasukkan dalam buletin. 5.2.5 Pn Nazeema mencadangkan disediakan keratan pada surat bagi menggantikan resit untuk menyelesaikan masalah resit yuran tidak dapat dikeluarkan sewaktu pembayaran 5.2.6 Guru Besar tidak bersetuju kerana yuran tetap ada tiga bahagian dan tidak boleh dicampuradukkan. Mencadangkan agar PIBG menyediakan sekurangkurangnya 22 sukarelawan untuk membantu guru sekiranya resit yuran hendak dikeluarkan sewaktu pembayaran 5.2.7 Pengerusi meminta agar Biro Ekonomi dan Bendahari menyelidik permasalahan resit pembayaran ini dan mencadangkan alternatif penyelesaian pada mesyuarat akan datang 5.3 Baju Sukan 5.3.1 Pengerusi menyatakan pembelian baju sukan adalah untuk menyeragamkan pakaian murid. 5.3.2 Pn Asmahniza mengenengahkan kesusahan ibubapa yang mempunyai ramai anak untuk membeli baju

BIRO EKONOMI & BENDAHARI

MAKLUMAN

BIRO EKONOMI & BENDAHARI

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

5.3.3

5.3.4

sukan Guru besar menyatakan sekiranya ada ibu-bapa yang MAKLUMAN mempunyai masalah kewangan dan tidak mahu membeli pakaian sukan maka mereka tidak diwajibkan membeli pakaian sukan. Penjualan pakaian sukan yang murah dari kedai buku merupakan penghabisan stok lama. Sekolah akan GURU BESAR memastikan kedai buku tidak lagi menjual pakaian sukan dari stok lama.

5.4 Makmal Komputer 5.4.1 Penggunaan makmal komputer memang mempunyai jadual tetapi tidak semua kelas boleh memasuki makmal secara kerap kerana sekolah mempunyai 22 kelas. Tambahan pula, setiap kelas mempunyai empat subjek yang diutamakan menggunakan komputer iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

MAKLUMAN

5.5 Keselamatan Lalulintas 5.5.1 Pengerusi mengenengahkan isu yang telah dibangkitkan pada mesyuarat agung PIBG i.e. Terdapat kelewatan pengawal lalulintas menjalankan tugas pada waktu pagi dan tidak menggunakan papan tanda amaran berhenti. 5.5.2 PIBG akan berurusan dengan MBSA untuk membuat semula bump dan memohon supaya MBSA boleh membina lampu trafik ataupun jejantas. 5.5.3 En Mohamed Iqbal mengesyorkan agar sekolah bergabung dengan SMK Alam Megah Dua untuk menguatkan lagi cadangan. 5.5.4 Guru Besar mencadangkan agar gaji pengawal lalulintas dapat dinaikkan. 5.6 Usul 5.6.1 Guru besar menyatakan bukan semua usul boleh dimasukkan dalam buku program kerana bukan semua berbentuk usul. Bagi hal yang bukan usul dibincangkan dalam hal-hal lain. 5.6.2 En Kamarudin mengatakan berbagai idea boleh diambil daripada usul-usul yang telah dihantar oleh pihak ibu-bapa. 5.6.3 Guru besar mencadangkan agar PIBG menapis usulusul tersebut.

BIRO KESELAMATAN DAN DISIPLIN

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

5.6.4

Pengerusi meminta Cikgu Yuhanissa (Setiausaha PIBG) untuk membuat kompilasi usul-usul yang telah dihantar dan menyerahkannya kepada Pengerusi untuk dianalisa. Usul-usul yang bagus akan diambil untuk dibincangkan di dalam mesyuarat PIBG akan datang.

SETIAUSAHA & PENGERUSI

6.

HAL-HAL LAIN 6.1 Guru Besar merujuk kepada laporan sukan tahunan dan memohon PIBG menyediakan peruntukan sebanyak RM4,820 untuk perbelanjaan sukan tahunan sekolah 2006 6.2 Ahli mesyuarat jawatankuasa PIBG meluluskan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM4,820 untuk sukan tahunan sekolah 2006. 6.3 Guru Besar memohon peruntukan guru ganti sebanyak RM390. Ahli mesyuarat jawatankuasa PIBG meluluskan permohonan peruntukan guru ganti sebanyak RM390. 6.4 Guru Besar memohon peruntukan untuk menaikkan gaji pengawal lalulintas sebanyak RM50 sebulan (Daripada RM250 kepada RM300). Ahli mesyuarat jawatankuasa PIBG meluluskan permohonan peruntukan kenaikan gaji pengawal lalulintas sebanyak RM50 sebulan. 6.5 Guru Besar memohon peruntukan untuk membina stor peralatan dalam anggaran RM 4,000. 6.6 Pn Asmahniza mencadangkan agar mencari kontraktor dengan bayaran yang berpatutan. 6.7 En. Iqbal menerangkan tentang pertandingan Piala Raja Muda yang akan diadakan di SK Seksyen 7, Shah Alam. Memohon PIBG menyediakan peruntukan untuk yuran penyertaan sebanyak RM250. 6.8 Peruntukan yuran penyertaan sebanyak RM250 diluluskan oleh ahli mesyuarat PIBG. 6.9 Ahli mesyuarat PIBG membuat keputusan untuk bergabung dengan buletin sekolah yang sedia ada untuk menyampaikan maklumat kepada pihak ibubapa. 6.10 Pn. Asmahniza mencadangkan agar warna kertas buletin sekolah ditukar kepada kertas warna agar ianya mendapat perhatian pihak ibubapa berbanding dengan kertas putih. 6.11 Mesyuarat AJK kali kedua dijangka diadakan pada 8

BENDAHARI & BIRO EKONOMI

SETIAUSAHA

Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua Tel: 03 5192 6879 / 5191 8502 Fax: 03 5191 1671

April 2006 pada pukul 2.30 petang. 6.12 Pengerusi mencadangkan agar motto PIBG dimasukkan di dalam buletin, contohnya Anak Kita, Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

You might also like