You are on page 1of 6

Nama:.

Tingkatan 2:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAHAT BANDAR LAHAT BARU, 31500 LAHAT, PERAK. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013 TINGKATAN DUA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 1 JAM _________________________________________________________________________________________ Arahan: Kertas ini mengandungi 40 soalan objektif . Jawab semua soalan. __________________________________________________________________________________________ 1 Kecemerlangan diri bagi seseorang murid biasanya dikaitkan dengan A seseorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi. B kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. C kemahiran berkomunikasi sesama rakan. D kemahiran menyelesaikan masalah peribadi. 2 Ciri-ciri berikut menunjukkan perwatakan terpuji murid, kecuali A berbudi bahasa. B belajar bersungguh-sungguh. C sentiasa berfikiran positif. D mengharapkan balasan ketika bertugas. 3 Antara berikut, yang manakah halangan dalam komunikasi? A Jarak antara dua penutur. B Bahasa yang tidak difahami. C Bunyi radio yang kuat. D Gerak badan pemberi maklumat. 4 Mengapakah kita perlu membuat refleksi diri? A Untuk mencatat peristiwa dalam diari. B Untuk membuat perbandingan dengan orang lain. C Untuk membaiki kelemahan diri. D Untuk memastikan kita dihormati oleh rakan.

5 Mengapakah kecemerlangan pendidikan dikatakan asas kepada pencapaian kerjaya idaman? A Mendapat ganjaran yang lumayan daripada pihak syarikat. B Ilmu dan kepakaran boleh dimanfaatkan untuk kesejahteraan semua. C Majikan akan memuji dan menghargai kecemerlangan pendidikan seseorang individu. D Seseorang individu akan mudah mendapat kedudukan penting dalam kerjaya. 6 Penampilan perwatakan individu akan menentukan kecemerlangan dirinya. Berikut merupakan sifat-sifat perwatakan terpuji, kecuali A gigih dan berani. B berserah kepada takdir. C membuat keputusan sendiri. D rasional dalam mengambil risiko. Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak.

7 Sifat-sifat seperti daya juang dan daya saing yang tinggi perlu disertai dengan A keazaman. B penaakulan. C keprihatinan. D perasaan simpati. 8 Keupayaan menilai kelebihan dan kekurangan diri merujuk kepada aspek A penaakulan. B berfikir secara rasional. C komunikasi yang berkesan. D kemahiran membuat refleksi. 9 _________________dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan akan membolehkan orang lain menaruh kepercayaan kepada kita. A Kejujuran. B Keberanian. C Keseronokan. D Kesederhanaan. 10 Selain pencapaian pendidikan, kecemerlangan diri juga perlu disertai dengan A fizikal yang sempurna. B perwatakan yang terpuji. C pemikiran yang lurus. D daya saing yang keterlaluan. 11 Apakah maksud demokrasi berparlimen? A Suatu sistem kerajaan yang dipilih hasil penggulingan kuasa oleh pihak tentera. B Suatu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat melalui pilihanraya dan bertanggungjawab kepada rakyat. C Suatu sistem kerajaan yang dipilih melalui sistem pewarisan takhta. D Suatu sistem kerajaan yang dipilih secara pembahagian kuasa pada peringkat pusat.

12 Tempoh masa yang dibenarkan untuk calon berkempen ialah A dalam tempoh 30 hari. B pada hari penamaan calon sahaja. C antara hari penamaan calon dengan hari pengundian. D pada hari pengundian sahaja. 13 _____________________merupakan badan perundangan tertinggi bagi Kerajaan Persekutuan. A Dewan Undangan Negeri. B Yang di-Pertuan Agong. C Yang Dipertua Dewan Rakyat. D Parlimen.

14 Pilihan raya kecil mestilah diadakan dalam tempoh __________hari selepas berlakunya kekosongan itu. A 30 B 40 C 60 D 80 15 Peribahasa manakah yang tidak menggambarkan ikatan kekeluargaan yang erat? A Bagai pungguk merindukan bulan. B Bagai aur dengan tebing. C Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. D Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. 16 Mengapakah setiap keluarga digalakkan menyambut hari khas dalam keluarga? A Untuk mengingati hari khas tersebut. B Untuk mengekalkan struktur keluarga. C Untuk memberikan penghargaan kepada ahli keluarga. D Untuk membolehkan setiap ahli keluarga memberikan hadiah kepada kita.

17

Bagaimana cara untuk menangani konflik dalam keluarga? A Melarikan diri dari rumah. B Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. C Mengadakan perbincangan dengan ahli keluarga. D Mendedahkan masalah yang dihadapi kepada pihak luar. Apakah kesan buruk penglibatan seseorang dalam gejala negatif kepada ahli keluarga yang lain? A Menambahkan tanggungjawab ahli keluarga. B Menyusahkan ahli keluarga meneruskan kehidupan. C Merapatkan hubungan antara ahli dalam keluarga. D Mencemarkan maruah dan nama baik keluarga. Bagaimanakah kita boleh mewujudkan perpaduan dalam keluarga? A Mengawal pergerakan ahli keluarga. B Mengamalkan ajaran agama. C Berkasih sayang antara anggota masyarakat. D Mengambil berat masalah rakan-rakan. Segala masalah dan kesulitan yang dihadapi hendaklah diluahkan agar A mengekalkan reputasi diri. B mudah untuk berkomunikasi. C tidak membebankan diri sendiri. D mendapat penghargaan daripada keluarga.

18

19

20

21 Apakah tanggungjawab sebagai warganegara? A Menjaga keamanan negara. B Memajukan diri, bangsa dan menjaga nama baik dan imej negara. C Melibatkan diri dalam program pembangunan negara. D Berusaha memenangi sesuatu pertandingan pada peringkat antarabangsa. 22 Antara berikut, yang manakah bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya? A Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. B Suruhanjaya Pilihan Raya. C Suruhanjaya Kebajikan. D Suruhanjaya Sekuriti. 23 Anita telah dipilih untuk mewakili negara dalam suatu pertandingan sukan di luar negara. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Anita? A Bangga terhadap diri sendiri. B Bertanding dengan bersungguh-sungguh. C Memandang rendah kebudayaan negara lain. D Bercakap benar. Setiap warganegara yang berkelayakan diwajibkan mengundi untuk A membuktikan kebolehan negara. B mengelakkan daripada dipenjara. C menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin. D mempraktikkan amalan demokrasi. Pemimpin negara bertanggungjawab untuk A memajukan diri dan menjaga nama baik negara. B memimpin dan memajukan serta memastikan keamanan dan keharmonian hidup rakyat. C memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian negara. D memastikan warganegara mengundi.

24

25

26 Bagaimanakah anda boleh memberikan sumbangan dalam majlis sambutan hari lahir adik? A Meminta upah kerana turut membantu. B Membiarkan ahli keluarga menyediakan persiapan. C Bekerjasama dengan ahli keluarga membuat persiapan. D Membantu ibu menyiapkan persiapan setelah dipujuk.

27

Apakah tujuan penubuhan kementerian? A Membuat dan menguatkuasakan undang-undang. B Menggubal dasar-dasar kerajaan. C Melicinkan pentadbiran program pembangunan negara. D Berperanan dalam hal ehwal pemerintahan negara.

28 __________________________merupakan suatu badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif Kerajaan persekutuan. A Perdana Menteri. B Yang di-Pertuan Agong. C Menteri. D Ketua Menteri. 29 Bagaimanakah kasih sayang dan hubungan erat dalam keluarga dapat dikekalkan? A Memastikan aktiviti keluarga diadakan di tempat peranginan. B Menyambut upacara agama dan perayaan bersama-sama keluarga. C Menunjukkan kelebihan keluarga kepada orang lain. D Berbincang dengan ahli keluarga selepas masalah timbul. 30 Siapakah tokoh yang memperkenalkan Wawasan 2020? A Tunku Abdul Rahman. B Tun Hussein Onn. C Tun Dr. Mahathir Mohamad. D Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. 31 Setiausaha Majlis Raja-raja juga dikenali sebagai A sultan. B Yang Dipertua Negeri. C Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. D Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

32 Siapakah yang mempengerusikan persidangan Majlis Raja-raja yang diadakan tiga atau empat kali setahun? A Perdana Menteri. B Menteri Besar. C Raja Melayu. D Yang di-Pertuan Agong.

33 _____________akan mengiringi Yang di-Pertuan Agong ke persidangan atau mesyuarat Majlis Raja-raja. A Perdana Menteri B Menteri Besar C Raja Permaisuri Agong. D Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

34 Kerajaan membangunkan kemudahan dan perkhidmatan dalam negara semata-mata untuk A meningkatkan keuntungan negara. B bersaing dengan negara jiran. C menjamin kesejahteraan rakyat. D membelanjakan wang dengan berhemat. 35 Setiap pandangan atau pendapat yang dikemukakan perlu melalui A saluran yang betul. B penulisan surat rasmi. C tindakan yang agresif. D perbincangan yang matang.

36 Warganegara Malaysia boleh menjaga nama baik negara sekiranya A memuji-muji keistimewaan negara. B mengancam keselamatan pelancong asing. C menunjukkan tingkah laku yang negatif. D mengamalkan sikap bersopan santun kepada pelancong asing. 37 Perlakuan yang manakah menunjukkan amalan berterima kasih kepada negara? A Menjaga kemudahan awam yang disediakan. B Merendah-rendahkan kepimpinan Perdana Menteri. C Memberi maklumat sulit kerajaan kepada negara luar. D Memburuk-burukkan pemimpin yang tidak disukai. 38 Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan bersuara? A Kebebasan untuk membahaskan isu yang sensitif. B Kebebasan individu untuk bercakap perkara yang disukainya. C Kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat dengan batasan tertentu. D Kebebasan menyuarakan pendapat yang dipengaruhi oleh orang lain. 39 Mengapakah kita perlu membentuk sahsiah kanak-kanak sejak dari kecil? A Kerana perkara tersebut wajib dilakukan. B Kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara. C Kerana mereka bersikap degil dan tidak mendengar kata. D Kerana mereka masih kecil dan tidak mengerti apa-apa. 40 Apakah kesan sekiranya kita mengabaikan tanggungjawab sebagai pengundi? A Pemimpin akan dipilih sendiri oleh kerajaan. B Timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat. C Amalan demokrasi tidak akan berjalan dengan lancar. D Pemimpin yang dipilih bukan daripada golongan yang berkelayakan.

Kertas soalan tamat.

Disediakan oleh: .... (Pn.Nurul Aznida Awang) Guru MataPelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

Disemak Oleh: (Tn.Hj.Mohd Nazri b.Mohd Padzil) Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

Disahkan oleh:

Skema jawapan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaaraan Tingkatan Dua Peperiksaan Akhir Tahun 2013 Penggubal soalan: Pn. Nurul Aznida bt Awang. Soalan Objektif

1. B 2. D 3. B 4. C 5. D 6. B 7. A 8. D 9. A 10. B

11.B 12.C 13.D 14.C 15.B 16.A 17.B 18.D 19.A 20.C

21.B 22.B 23.B 24.D 25D 26.C 27.B 28C 29.B 30.C

31.C 32.C 33.A 34.C 35.A 36.D 37.A 38.C 39.B 40.C

You might also like