You are on page 1of 4

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI

SESEBUAH NEGARA.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, perlembagaan berfungsi untuk


mewujudkan satu bentuk pemerintahan negara yang adil dan mampu untuk
memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Perlembagaan akan membolehkan
pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya tanpa berlakunya
penyalahgunaan kuasa. Seterusnya, kita akan melihat sejauhmana kepentingan
perlembangaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Menurut Hasnah Husin (2007), kewujudan perlembagaan adalah


bertujuan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak
menjurus kepada sesetengah kaum sahaja. Sebagai contoh, Perkara 152
dalam Perlembagaan Malaysia mewartakan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara. Namun begitu, kewujudan bahasa rasmi atau kebangsaan tidak
menjejaskan bahasa ibunda kaum lain malah bahasa ibunda mereka di jamin
oleh Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan juga bertujuan mengawal pergerakan kerajaan dan


rakyat.Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan
kuasa kepada seseorang pemerintah ataupun kerajaan agar dasar-dasar yang
dijalankan oleh kerajaan mengikut tuntutan perlembagaan. Keadaan ini secara
tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan
dominasi kuasa oleh sesuatu pihak atau kaum. Di samping itu, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia turut memperuntukkan kuasa kepada rakyat melalui
kebebasan asasi yang termaktub pada Perkara 5-13 dalam perlembagaan
Malaysia. Hal ini menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak
boleh dilakukan. Sebagai contoh, Perkara 5(1), Tiada seseorang pun boleh
diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-
undang. Oleh hal demikian, pergerakan atau tingkah laku rakyat akan dapat di
kawal dan keharmonian serta kesejahteraan negara akan terjamin.
Perlembagaan Malaysia turut menggariskan beberapa perkara untuk Yang
di-Pertuan Agong bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Menurut Perkara
34(3), Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-
apa perusahaan komersil. Hal ini mengelakkan baginda mengunakan kuasa
yang ada untuk mengaut keuntungan yang bersifat peribadi. Disamping itu,
Perkara 40(1A) turut menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong dikehendaki
bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, yang mengetuai jemaah menteri.
Langkah ini juga dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
iaitu Yang di-Pertuan Agong.

Sistem politik Malaysia adalah warisan sistem politik beraja telah wujud
sekian lama. Justeru itu, sistem politik beraja telah dimaktubkan dalam
perlembagaan tetapi diwujudkan dalam konteks Raja Berpelembagaan. Menurut
Shamsul Amri Baharuddin(2007), perlembagaan bertujuan untuk menjamin
kedaulatan institusi beraja, Perlembagaan Persekutuan Malaysia
memperuntukkan undang-undang melalui Perkara 181. Oleh hal demikian,
kedaulatan raja-raja melayu akan dipertahankan dan menjadi simbol taat setia
rakyat kepada institusi beraja. Di samping itu, melalui Perkara 10(4) turut
menyatakan batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan
Raja-Raja, islam, orang melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Melalui
lunas-lunas perlembagaan ini, kemakmuran negara kita yang mempunyai
pelbagai kaum akan sentiasa terjamin dan menjunjung institusi beraja
yang wujud sekian lama.

Perlembagaan juga menjadi wadah untuk menyelesaikan masalah


khususnya berkaitan undang-undang. Perlembagaan Persekutuan Malaysia
menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam
penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Semua jenis undang-
undang yang diluluskan tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan dan
undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah.
Sebarang masalah dalam penggubalan undang-undang atau rujukan apa-apa
hukuman seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan..

Perlembagaan Malaysia juga berperanan dalam memastikan wujudnya


keadilan sosial antara kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan
ini dihadkan. Hal ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi
kebebasan ini dihadkan oleb Bab I Perkara 10(2)(a) kerana seseorang itu tidak
dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian
terhadap kaum lain, yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan
pergaduhan antara kaum serta mengancam keselamatan negara. Bagi tujuan ini,
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang
mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Akta ini tidak membenarkan
seseorang itu bercakap dengan sewenang-wenangnya sehingga menyentuh isu
sensitif yang boleh menimbulkan rusuhan kaum. Dengan ini perlembagaan
menjamin keselamatan setiap rakyat daripada dianiaya.

Perlembagaan Malaysia juga menentukan supaya hak keistimewaan


orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh
dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Hal ini kerana keistimewaan ini adalah
jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah
dan Sarawak bersetuju memasuki Malaysia pada tahun 1963. Antara perkara
yang dikaitkan dengan hak keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang
melayu ialah Tanah Simpanan Melayu, kuota dalam perkhidmatan
awam,biasiswa kerajaan,pendidikan awam,lessen perdagangan dan permit
(Paimah Atoma,2008) Walau bagaimanapun semua warganegara Malaysia,
tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undang-undang (Perkara 8 (1)),
bebas menganut dan mengamal agama masing-masing (Perkara 11(1)) dan
berhak memiliki harta (Perkara 13). Selain perkara di atas, terdapat juga
peruntukan mengenai hak pelajaran (Perkara 12 (1)) yang menegaskan bahawa
tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata
atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan
bayaran yuran ke institusi pendidikan yang diselenggarakan oleb kerajaan. Oleh
itu, isu-isu yang memperjuangkan hak sama rata antara bumiputera dan bukan
bumiputera perlu di ambik perhatian serius kerana ini akan mengancam
keharmonian negara. Pihak yang menuntut hak sama rata ini juga perlu meneliti
isu ini daripada sudut perundangan dan perlembagaan agar peristiwa berdarah
13 Mei 1969 tidak berulang.

Bagi menjamin kesetiaan rakyat, Perlembagaan Persekutuan Malaysia


turut menggariskan perkara mengenai unsur taat setia. Perkara 24 menyatakan
bahawa seseorang itu akan diperintah dilucutkan kerakyatannya sekiranya
kerajaan Malaysia berpuas hati bahawa seseorang itu telah memperoleh
kerakyatan negara lain. Manakala Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang itu
diarahkan dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti yang dia tidak setia atau
tidak suka kepada negara ini. Oleh hal demikian, keharmonian serta
kemakmuran negara tidak akan tercalar disebabkan perbuatan tidak setia
ataupun belot pada negara dan derhaka kepada Yang di-Pertuan agong.

Menurut Mustafa Ishak ( 2006), dalam karyanya Politik dan Pemerintahan


Negara, perlembagaan mempunyai peranan penting dalam memastikan
keutuhan dan kestabilan sesebuah negara. Kerajaan adalah unsur yang tidak
kekal dalam pembentukan negara, dan apabila berlaku pertukaran kerajaan
maka perlembagaan akan berperanan untuk memberi panduan dan rujukan
mengenai urusan perlantikan dan pemilihan pemerintah. Oleh hal yang demikian,
kestabilan negara akan terus bertahan kerana kerajaan yang baru akan
mengikut lunas undang-undang yang digariskan dalam perlembagaan. Mustafa
Ishak ( 2006) turut menyatakan, kerajaan yang berpelembagaan dikatakan wujud
apabila sesebuah negara diperintah menurut undang-undang dan prinsip-prinsip
perlembagaan dan prosedur pemilihan pemerintah itu selari dengan peraturan
dan panduan perlembagaan.

You might also like