You are on page 1of 2

MEMAHAMI FAHAMAN WAHABI Bukan golongan Salafiah.

Mutakhir ini,isu berkaitan fahman Wahabi hangat di perdebatkan dalam beberapa lapangan samada berkaitan isu akidah,syariah mahupun terorisme agama.Fenomena Wahabi menjadi lebih sensasi apabila ia dikaitkan dengan individu tertentu. Polemik fahaman Wahabi bagaimanapun bukanlah sesuatu yg baru dalam masyarakat kita dan dunia Islam amnya.Namun,pemerhatian penulis mendapati ramai dalam kalangan kita kurang jelas dgn pengertian salafi,salafiah,Wahabi dan Wahabiah. Sehubungan dgn itu,tulisan ini cuba memperjelaskan lafaz dgn maksudnya yg sebenar.Hal ini penting supaya hakikat pengertian maksud hendak dibicarakan dapat difahami dgn sebaik mungkin sebagaimana reality yg berlaku. Lafaz Salafi Lafaz Salafi berasal daripada perkataan salaf yg mempunyai pelbagai maksud.Menurut Lisan al-Arab,lafaz salaf berasal daripada perkataan (salafa, yaslufu, salafan)iaitu bermaksud orang terdahulu(salaf),sejenis urusan jualbeli dlm perniagaan,meratakan tanah utk bercucuk tanam,mermberi pinjaman atau hutang dan lelaki yg hebat. Apabila lafaz salaf ditabah dgn huruf (ya nisbah),maka ia menjadi perkataan alsalafi.Ia bermaksud generasi umat Islam yg terawal iaitu golongan terdiri daripada Nabi SAW,sahabat,tabiin dan tabi tabiin. Walaupun lafaz salaf bersifat umum,dlm kebanyakan penulisan bermaksud khusus.Lantaran itu, ia kadang-kadang disebut sebagaial-salaf al-solehutk menjustifiksikan kuliti keimanan mereka sebagai sebaik-baik manusia. Lafaz Salafiah

Apabila lafaz salafi ditambah lagi dgn huruf(ta marbutah,maka ia akan menjadi lafaz salafiah. Lafaz ini bermaksud orang-orang yg menisbahkan fahaman mereka kepada pegangan salaf(generasi sahabat dan tabiin). Olehitu,segala fahaman dan pegangan hidup Salafiah seharusnya bersumberkan metodologi generasi salaf sepenuhnya.Tanpa prinsip ini,lafaz salafiah hanya sekadar jenama yg gah dan kemungkinan mengikut metodologi pemikiran tertentu. Antara metod Salafi yg paling digemari ialah berpandukan kepada pemikiran ulama Hanbaliah Mujassimiah,Syeikh Ibn Taimiyah al-Harrani,Ibn Qayyim alJauziyah dan Muhammad bin Abdul Wahab. Lafaz Wahab Menurut al-Marbawi,ia bermaksud memberi,anugerah,kurnia dan seumpamanya.Ia juga salah satu daripada nama Allah yang mulia nan indah.Demikian asal usul pengertian Salaf,Salafi,Salafiah dan Wahabi menurut bahasa Arab. Namun, apabila istilah ini digunakan dalam sesi pemikiran,ia mempunyai tafsiran teknikal yang khusus.Apabila digunakan lafaz Wahabi dalam tulisan ini dan selainnya,pengertiannya merujuk kepada fahaman dan gerakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di semenanjung Arab. Sementara lafaz al-Wahabi secara asalnya merujuk kepada bapa Muhammad iaitu Syeikh Abdul Wahab bin Sulaiman bin Ali.

You might also like