You are on page 1of 25

PANITIA SIVIK & KEWARGANEGARAN

RPT LAGU PENERANGAN KUIZ VIDEO


TARIAN ZAPIN TARIAN ASYIK TARIAN SINGA

LAGU 1 MALAYSIA

MENU

Warisan Kebudayaan Malaysia

Negara kita mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri dari pelbagai suku kaum, bangsa dan agama. Masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan Dusun dan sebagainya. Masyarakat pelbagai bangsa ini mempunyai pelbagai warisan kesenian yang meliputi: a) Alat muzik b) Tarian c) Permainan Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti berbangga, menghormati dan mengapresiasi kekayaan warisan kesenian pelbagai kaum yang terdapat di Negara kita.

Alat Muzik
Secara amnya, selain daripada digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis muzik, alat alat muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa(magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan.

Tarian
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis tarian yang mempunyai bentuk dan asas tarian yang berbeza antara satu kaum dengan kaum yang lain. Dalam masyarakat Melayu, antara tarian yang popular ialah tarian inang, zapin, kuda kepang, lilin, asyik, mak yong dan caklempung. Terdapat juga tarian yang berasal dari luar negara namun tarian tersebut telah mendapat sentuhan seni budaya Melayu dan menjadi milik masyarakat Melayu.

Tarian Zapin
Tarian zapin berasal dari Parsi Sangat terkenal di negeri Johor Dipersembahkan terutamanya dalam majlis keramaian

Tarian joget
Tarian ini terkenal di negeri Melaka dan Pahang Tarian Melayu yang agak rancak iramanya Antara joget yang terkenal ialah Joget pahang dan Joget Pahlawan

Tarian Singa
Tarian tradisional masyarakat cina Pepatung seperti singa digunakan semasa persembahan Dipersembahkan pada Tahun Baru Cina dan perasmian

Masyarakat Cina juga mempunyai tarian mereka sendiri. Tarian singa dan naga adalah tarian yang paling popular. Tarian ini ditarikan semasa Menyambut Tahun Baru dan juga perayaan-perayaan keagamaan. Masyarakat India juga mempunyai keunikan dalam setiap tarian tradisi kaum tersebut. Antara tarian India yang popular ialah tarian klasik India iaitu bharatanatyam, bangra, ghiddha dan kathak.

Seni Bina
1. Negara kita banyak mempunyai bangunan dan binaan yang menarik warisan kesenian pelbagai kaum. 2. Seni bina tempat ibadat di negara kita dipengaruhi oleh seni bina tempatan dan luar negara.

a) Rumah ibadat
Rumah ibadat
Masjid

Penerangan
Tempat ibadat penganut Islam Dipengaruhi ciri seni bina dari Arab, Parsi dan Asia Tengah Tempat ibadat penganut Buddha Dipengaruhi seni bina Thai, Myammar dan China Tempat beribadat penganut Hindu Dipengaruhi ciri seni bina kuil di kawasan selatan India Tempat beribadat penganut Kristian Dipengaruhi seni bina gereja di negara Eropah

Tokong

Kuil

Gereja

b) Mercu tanda
Mercu Tanda
Menara Kuala Lumpur Menara Berkembar Petronas

Penerangan
Dipengaruhi seni bina Islam, Jerman, Perancis Dipengaruhi seni bina tempatan dan luar negara

c) Bangunan bersejarah
Bangunan Sultan Abdul samad Bangunan Kereta Api Tanah Melayu Bangunan Astana A Famosa

Permainan
Tujuan permainan tradisional adalah untuk mengisi masa lapang, beriadah, menyihatkan badan, dan menggalakkan interaksi sosial antara penduduk setempat. Permainan tradisional bukan sahaja dimainkan oleh golongan dewasa tetapi turut dimainkan oleh golongan kanak-kanak.
MENU

1. _________ ialah alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui getaran tali yang diregang. a) Idiofon b) Aerofon c) Membranofon d) Kordofon

SALAH!! CUBA LAGI

BACK

TAHNIAH!

2. Permainan tibow ialah permainan tradisional yang popular dalam kalangan suku kaum a) Melanau b) Kenyah c) Kadazan d) Iban

SALAH!! CUBA LAGI

BACK

TAHNIAH!

3. Alat muzik yang berikut dimainkan dengan cara memukul rangka badan, kecuali: a) sape b) kesi c) gong d) angklung

SALAH!! CUBA LAGI

BACK

TAHNIAH!

TAMAT SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like