You are on page 1of 7

Kaedah dan Teknik Mengajar Kaedah dan teknik mengajar adalah dua istilah yang kerap digunakan bersama

atau silih berganti. Kaedah ditafsirkan sebagai peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba dipraktikkan. Pemilihan dibuat untuk menentukan kemahiran-kemahiran tertentu yang hendak diajar. Susunan bagaimana isi pelajaran itu akan disampaikan juga ditentukan. Teknik adalah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik yang sesuai memudahkan pencapaian sesuatu objektif pengajaran.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Mengajar

Terdapat pelbagai kadeah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru uutk menyampaikan pelajaran. Walaubagaimanapun, guru perlu memilih kaedah yang tepat dan sesuai gar penyampaiannya lebih berkesan dan menarik. tidak ada satu kaedah yang boleh dikatakan sebagai kaedah terbaik. Beberapa factor yang perlu diberikan pertimbangan dan diubahsuaikan agar sesuatu kaedah itu lebih berjaya dan berkesan. Menurut Pierce dan Lorber (1977) terdapat lima faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar. 1. Objektif pengajaran yang hendak dicapai. 2. Jangka masa pengajaran. 3. Bahan-bahan pengajaran yang ada. 4. Latar belakang pelajar. 5. Jumlah dan susunan pelajar.

1. Objektif pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan.setelah memastikan objektif-objektif, barulah guru

Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan apakah objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan.setelah memastikan objektif-objektif, barulah guru menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut. Penyediaan objektif semestilah berdasarkan isi atau kandungan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran mata pelajaran tersebut.

Jumlah objektif tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas yang agar baik pencapaian pelajarnya, bilangan objektif pengajaran mungkin lebih daripada kelas yang agak lemah pencapaian pelajarnya.

2. Jangka Masa pengajaran

Kebanyakan sekolah menetapkan jangka masa pengajaran di antara 30 minit hingga 40 minit atao 60 minit hingga 80 minit sekiranya pelajarn tersebut diberikan dua masa yang berturutan. Dengan jangka masa yang telah ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai digunakan dalam masa tersebut. Beberapa kaedah perlu diubahsuai agar pelajar tidak melebihi masa. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah perbincangan yang bercorak perbahasan, sebaik-baiknya menggunakan dua masa pelajaran. Jumlah pelajar yang terlibat dan masa menyampaikan hujahhujah perlu diambil kira agar perbahasan dapat dijalankan dalam jangka masa yang sepatutnya.

4. Bahan Pengajaran

Selain isi pelajaran, alat-alat bantu mengajar juga termasuk di dalam bahan pengajaran. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Sekiranya isi pelajarn itu berbentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur di dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kaedah dan teknik yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran- kemahiran tersebut.

Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendakalah sesuai digunakan dengan kaedah atau teknik yang dipilih. Biasanya alat bantu mengajar boleh disesuaikan dengan kaedah. Penggunaan papan tulis atau carta misalnya, boleh digunakan dengan pelbagai kaedah. Cuma masa menggunakan alat-alat tersebut mungkin perlu diubah suai, sama ada di peringkat awal, pertengahan atau akhir pengajaran.

Guru juga perlu meninjau kelengkapan yang ada di sekolah supaya boleh menggunakannya dan memastikan kelengkapan tersebut dalam keadaan yang baik. Alat-alat seperti carta, sebaik-baiknya dibuat sendiri agar sesuai dengan objektif dan kaedah yang dipilih.

5. Latar Belakang Pelajar

Kaedah atau teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Kaedah

yang agak rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian sesuatu masalah, tentulah tidak sesuai bagi murid-murid di peringkat rendah.

Guru boleh mengetahui latar belakang pelajar dengan bertanya kepada guru kelas atau guru mata pelajaran. Cara lain ialah dengan menjalankan ujian pada hari pertama untuk mengetahui tahap pencapaian kelas tersebut.

6. Jumlah dan susunan pelajar

Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah ang hendak digunakan. Kelas yang agak ramai jumlah pelajarnya, biasanya menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas dan keberkesanan pengajaran. Walau bagaiamanapun, guru boleh mengubah suai kaedah yang digunakan supaya jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi memilih kaedah. Misalnya, sekiranya guru memilih kaedah permainan, pelajar boleh dipecah- pecahkan menjadi kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan ini menjalankan permainan masing-masing.

Tempat duduk pelajar yang mudah alih boleh membantu kaedah pengajaran dan selain bilik darjah guru juga boleh menggunakan tempat lain yang sesuai sepeti di dalam dewan, Pusat Sumber atau di persekitaran sekolah.

Teori Sosial Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

Model Inkuiri

Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terb imbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan. Daripada perspektif pedagogi, inkuiri mencerminkan model pembelajaran konstruktivis atau sering dirujuk sebagai pembelajaran aktif. Justeru, pengajaran berorientasikan inkuiri seharusnya melibatkan mujrid-murid dalam penyiasatan bagi memenuhi keinginan ingin tahu mereka. Implikasinya pendekatan inkuiri bermula dengan keinginan mengetahui sesuatu. Penyiasatan ataupun pembelajaran bermakna tidak akan terhasil apabila tidak timbul persoalan atau sifat ingin tahu yang memerlukan jawapan, penyelesaian, penerokaan dan membuat keputusan. Implikasi Model Inkuiri Suchman dalam Proses Pengajaran Dalam mengaplikasikan Model Inkuiri Suchman dalam proses pengajaran, guru akan menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan murid-murid dan menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai. Sebelum memulakan p&p, setiap guru perlu menyediakan rancangan pelajaran harian untuk setiap mata pelajaran yang mengandungi objektif p&p dan bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran.

Dalam proses pengajaran menggunakan model inkuiri ini juga, guru perlu merancang langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip ataupun teori dengan jelas dan terperinci. Guru juga perlu membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang terpesong daripada objektif pelajaran. Peranan guru sepanjang proses p&p ini lebih kepada menjadi fasilitator yang mengawasi dan memantau murid-murid. Dalam persekitaran pembelajaran yang mana guru sebagai pembimbing, memberi fokus, mencabar dan menggalakkan pembelajaran turut meningkatkan sifat ingin tahu kanak-kanak (Prof Madya Dr Zuraida Ismail, 2003). Implikasi pembelajaran inkuiri menggalakkan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri dengan guru memainkan peranan sebagai pemudahcara yang berkesan. Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri murid-murid.

Kebaikan Model Inkuiri Pendekatan inkuiri membolehkan murid-murid menggabungkan kemahiran proses sains, taakulan saintifik dan pemikiran kritikal bagi membina kefahaman berhubung konsepkonsep saintifik. Murid-murid yang terlibat dalam pembelajaran inkuiri boleh membina kefahaman yang mendalam termasuk menghargai pengetahuan dan proses penemuan. Antara kelebihan model inkuiri ialah: a) Arahan kendiri, memajukan kemahiran pemikiran kritikal dan kemahiran pemikiran aras tinggi. b) Berpusatkan murid - murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran

c) Menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan atau penjelasan-penjelasan yang mungkin. d) Perasaan ingin tahu akan membawa kepada inkuiri seterusnya;dan

e) Kurang perlu mencari jawapan yang betul kerana sebarang kesimpulan adalah berbentuk tentatif sahaja; kesimpulan bergantung pada data yang sedia ada.

KESAN- KESAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG KE ATAS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 5.1 Pelajar- pelajar dapat memahami konsep fakta dan bahan pengajaran guru akan menjadi jelas iaitu isi pelajaran dapat difahami dengan lebih cepat, mudah, tepat dan bermakna. 5.2 Pelajar- pelajar juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur. Pelajar dapat menaakul sebab musabab berlakunya sesuatu kejadian dengan lebih jelas. 5.3 Pelajar- pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jika penerangannya menarik dan bermakna. Ini dapat meneguhkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. 5.4 Contoh- contoh ilustrasi dan bahan pelajaran bukan sahaja dapat merangsangkan pelbagai deria pelajar, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep dengan tepat serta mengukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan mereka.

5.5 Masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan kerana pelajar dapat memahami dengan cepat dan ini boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti pembelajaran yang lain kepada pelajar.

6.0. KOMPONEN- KOMPONEN KEMAHIRAN MENERANG 6.1 Kemahiran menerang mengandungi empat komponen utama, iaitu : komponen aras permulaan , komponen kemahiran ilustrasi, komponen penyusunan idea dan komponen penutup.

7.0. CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO 7.1 Guru pelatih yang memilih kemahiran menerang sebagai latihan dalam sesi pengajaran mikro haruslah merujuk kepada prinsip- prinsip panduan sebelum merancang aktiviti pengajarannya. Contoh- contoh dan alat bantu mengajar haruslah disediakan untuk digunakan dalam aktiviti penerangan. LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN Terdapat beberapa langkah yang saya cadangkan bagi membantu guru-guru dalam menangani masalah disiplin antaranya ialah membina hubungan positif antara guru dan murid, menetapkan set peraturan dan rutin bilik darjah, terangkan plan pengurursan disiplin kepada murid, memberi teguran dan kaunseling,

3.1 Membina hubungan positif antara guru dan murid. saya berpendapat bahawa langkah pertama yang patut di ambil bagi menangani masalah disiplin ialah guru perlu membina hubungan positif dengan murid bermula daripada hari pertama penggal persekolahan sepertimana turut disarankan oleh Glasser. Hal ini kerana hubungan yang positif ini dapat mengurangkan emosi-emosi negatif sebaliknya menggalakkan emosi-emosi positif. Pendekatan ini membuatkan murid merasa dihargai oleh guru sekaligus memotivasikan murid dalam menghasilkan tugas-tugas pembelajaran dengan baik. Perkara yang lebih penting ialah, hubungan positif ini melahirkan rasa hormat murid kepada guru.

3.2 Menetapkan set peraturan bilik darjah. Langkah kedua ialah, sejak awal sesi persekolahan lagi, guru perlu berbincang dengan murid-murid untuk menetapkan satu set peraturan yang utama yang menjadi asas kepada bilik darjah. Peraturan ialah penyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah.

3.3 Terangkan pelan pengurusan disiplin kepada murid. Langkah seterusnya merupakan langkah yang penting bagi memastikan peraturan yang telah ditetapkan bersama murid-murid semasa langkah kedua terlaksana dengan berjaya. Guru perlu mengajar dan membimbing murid-murid tentang pelan pengurusan disiplin yang dibentuk sebagaimana yang telah di sarankan dalam Model Asertif Canter.

3.4 Memberi teguran dan Kaunseling Selain tu, guru juga boleh membuat teguran secara langsung kepada murid untuk peringkat rendah dan teguran secara individu untuk murid yang lebih dewasa. Menurut Kounin, tindakan atau teguran guru terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan akan turut memberi kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik darjah.

3.7 Menggunakan modifikasi tingkah laku Langkah seterusnya yang boleh diambil dalam menangani masalah disiplin dan tingkah laku oleh guru ialah melalui modifikasi tingkah laku. saya mencadangkan guru untuk menggunakan modofikasi tingkah laku seperti yang disarankan oleh B.F Skinner. Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Langkah yang bersisitematik ialah mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah, menetapkan matlamat, menentukan strategi bertindak, merancang prosedur atau plan tindakan, melaksanakan strategi mengikut plan bertindak, menilai keberkesanan dan mengubah plan jika perlu dan memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

You might also like