You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

CADANGAN UNTUK MENJALANKAN PROJEK BAGI MENGUMPUL DANA UNTUK LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LUAR NEGARA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

OLEH:

UNIT L2 PPISMP b.Ed TESL AMBILAN JUN 2011

1.0

PENGENALAN

Bahasa Inggeris kini merupakan bahasa rasmi kebanyakan negara di dunia. Ia juga merupakan bahasa yang paling kerap dituturkan dalam pelbagai bidang yang bersifat profesional. Sebagai langkah persediaan bagi negara yang bakal mencapai taraf setanding dengan negara-negara maju, mata pelajaran Bahasa Inggeris seharusnya mula dijadikan keutamaan bagi para pelajar. Salah satu cara bagi menerapkan penggunaan Bahasa Inggeris yang berkesan dalam kalangan pelajar adalah melalui pendekatan oleh guru -guru Bahasa Inggeris itu sendiri. Oleh yang demikian, Unit L2 dari kursus PPISMP b.Ed TESL Ambilan Jun 2011 bercadang untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar ke negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, contohnya seperti United Kingdom atau lain - lain negara. Lawatan ini merupakan satu nilai tambah kepada setiap guru pelatih untuk mendalami Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Justeru, dapat memantapkan persediaan mental dan fizikal sebagai guru Bahasa Inggeris yang lebih berkualiti kelak.

2.0

RASIONAL Untuk makluman pihak tuan, kos untuk lawatan ini agak menelan

perbelanjaan yang besar. Oleh yang demikian, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi mengumpul dana untuk menampung perbelanjaan untuk lawatan ini. Segala dana yang berjaya diperoleh akan dimasukkan ke dalam satu tabung khas kelas.

3.0

OBJEKTIF 3.1 Menjalankan pelbagai projek yang bersesuaian bagi mengumpul dana untuk lawatan sambil belajar ke luar negara. 3.2 Menanam semangat bekerjasama dalam diri pelatih ketika

melaksanakan aktiviti bersama.

4.0

JAWATANKUASA INDUK PROJEK Penaung - Tn. Hj. Abd Kadir bin Basiran (Pengarah IPG Kampus Ipoh) - Tn. Hj. Mat Akhir b. Hj. Abdullah (Timbalan Pengarah) Penasihat - En. Muhd Yusni bin Mohd Junos (Ketua Jabatan Bahasa)

Penyelaras Projek - En Sheikh Ahmad Suhaimi (Tutor)

Jawatankuasa Pelaksana Pengurus Projek : Ahmed Faris bin Arifin

Penolong Pengurus : Masnoor Wardani bt Maswira Setiausaha Bendahari Unit Publisiti : Nur Alia bt Harun : Siti Fatimah bt Ahmad : Rabiatul Adawiyah bt Basree

5.0

CADANGAN AKTIVITI i. Mengadakan jualan cenderamata pada hari-hari istimewa seperti: a) Hari Guru b) Hari Ibu / Hari Bapa c) Sambutan Hari Raya Aidilfitri ii) Mengadakan jualan makanan dan minuman pada hari-hari tertentu di institut, seperti: a) Hari Sukan b) Karnival iii) Aktiviti penjualan cenderamata seperti kad-kad ucapan, rantai kunci, poskad, t-shirt dan sebagainya Aktiviti kitar semula Aktiviti carwash atau membasuh kereta pensyarah dan guru pelatih

iv) v)

6.0

PENUTUP

Kami, Unit L2 dari kursus PPISMP b.Ed TESL Ambilan Jun 2011, amat berharap agar pihak tuan dapat meluluskan kertas kerja serta cadangan yang dikemukakan ini.

Disediakan oleh,

Disokong oleh,

Nur Alia bt Harun, (Setiausaha Projek)

En Mohd Yusni b Mohd Junos, Ketua Jabatan Bahasa Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

En Sheikh Ahmad Suhaimi Tutor merangkap Penyelaras Projek

Tn. Hj. Abdul Kadir b Basiran, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

You might also like