You are on page 1of 3

JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH SK TANJUNG ARU 1, KOTA KINABALU

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS) BIL. 1/2012 TARIKH : 7 Januari 2013 MASA/HARI : 12.20-1.30 T/HARI (ISNIN) TEMPAT : BILIK GERAKAN SK. TANJUNG ARU 1 PENGERUSI : TN. HJ. MD YUSSOF BIN MATTAIM (GURU BESAR) KEHADIRAN : 1. Tn. Hj. Yussof Bin Mattaim Guru Besar 2. Pn. Zaliha Said PK1 3. Pn. Eliasen Dungkim PK HEM 4. Pn. Russiah Rukiman PK Kokum 5. Ust. Mohd Rafiza Yusri Abd Razak GDM 6. En. Nadzir Razi (Teknishen) Wakil Guru ICT 7. Pn. Ungku Rabtah Ungku Rahim SU PEPERIKSAAN 8. Cik Masturah Talikun SU APDM 9. En. Mohd Fauzi Pelah SU UPSR 10. Pn. Syarifah Azlina Syed Abdul Hadi Wakil Ketua Panitia 11. Pn. Shirley Nelly Lawrence Wakil Penyelaras Tahap 2 12. Pn. Haslina Sudin Wakil Penyelaras Tahap 1 13. Pn. Noridah Awang Wakil KTBM Tidak Hadir : 1. En. Mohd Adie Haim Guru ICT - Cuti rehat sakit

AGENDA MESYUARAT 1 : Ucapan Pengerusi 2 : AJK JPMS 2013 3 : Perancangan dan perlaksanaan JPMS 4 : Hal lain-lain

LAPORAN MESYUARAT 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Guru Besar memulakan dengan selamat datang dan teguran kehadiran mesyuarat. 1.2 Guru Besar memaklumkan mesin pencetak ada masalah untuk memperbanyakkan surat. 1.3 Guru Besar mengingatkan untuk soalan ujian yang hendak dicetak mengikut prosedur. 2.0 AJK JPMS 2012 2.1 Ust. Rafiza menerangkan carta organisasi JPMS yang melibatkan semua guru dan KTBM.TINDAKAN: SEMUA AJK JPMS 3.0 Perancangan dan Perlaksanaan JPMS 3.1 Ust. Rafiza (GDM) menerangkan beberapa sistem online yang utama iaitu EMISonline dikemaskini sepanjang minggu dan bulanan, E-operasi dikemaskini sebelum 31 Mac 2013,SPLG dilaksanakan untuk soal selidik bagi guru dan SGM (Standard Guru Malaysia)mempunyai soal selidik yang perlu di jawab. 3.2 Pn. Ungku Rabtah menyatakan sistem SAPS untuk TOV dan ETR boleh dikemaskini sebelum 23 Mac. 3.3 Guru Besar menyatakan bahawa SAPS dan SPPBS akan memberi kesan kepada ranking. 3.4 Cik Masturah bertanya samada data murid (APDM) ada link ke SAPS. 3.5 Pn. Ungku Rabtah menyatakan ada link . 3.6 En. Mustakim memaklumkan bahawa sistem HRMIS perlu dikemaskini untuk modul data maklumat peribadi, perisytiharan harta dan LNPT. Boleh rujuk Unit HRMIS JPN. 3.7 GDM mengedarkan jadual kerja GDM untuk tempoh 6 bulan pertama, manakala 6 bulan berikutnya akan diedar pada hujung bulan Jun. 3.8 GDM juga mencadangkan supaya perlu dibuat satu bengkel kepada semua guru dalam memahami lebih lanjut tentang semua system data yang digunakan di sekolah. GDM akan memohon PK1 untuk memberikan tarikh yang sesuai untuk berbengkel pada bulan Januari ini. 4.0 Hal lain-lain Tiada. Penutup Pengerusi menutup majlis dengan ucapan terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan pada 1.30 t/hari. Disediakan oleh, MOHD RAFIZA YUSRI BIN ABD RAZAK Guru Data Maklumat SK Tanjung Aru 1

Pencadang :________________________ Disokong oleh :________________________ Tarikh : ______________________

You might also like