Professional Documents
Culture Documents
Baju Kurung
Baju Kurung
BAJU KURUNG
Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan E Senang bukan? Apa-apanya... A B C D E Badan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang Tangan - 2 keping, kiri dan kanan Kekek- 2 keping, kiri dan kanan Pesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah Leher - satu je
UKURAN Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama ukuran Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit dari belakang Ukur Panjang Tangan Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan aje(separuh)) Ukur lebar tangan bawah (separuh) Ukur kekek, ini 4 segi sama Ukur lebar pesak atas Ukur lebar pesak bawah
BILA POTONG, LEBIHKAN UNTUK JAHITAN Lebihkan 3/4" kiri, 3/4" kanan Lebihkan 1 1/2 " - 2 " bawah Lebihkan 1" bawah dan 3/4" atas Lebihkan 3/4 " Lebihkan 3/4" Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
ei
Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam biasanya 4 3/4", tak ni , luasanya sama aja. payah lebih, ngam2 atau kecikkan sikit dlm 2 mm Ukur labuh leher baju tu biasanya 4 - 41/2"
eii
AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat dua, mengikut ukuran labuh baju tadi
A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa lebihan untuk jahitan) Ha, Dah tandakan dengan kapor, potonglah., bila dibuka jadi satu bahagian badan, panjaaaaang sebab depan dan belakang sekali., Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan bahagian bahu kiri dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher nanti.
Kita ambil Bahagian B untuk Tangan Ini lebih kain yang telah dipotong badan. B untuk tangan. Ambil ukuran biii (tangan atas), katakan 8". campurkan 3/4" untuk lebihan jahitan. kalikan 2 (untuk depan belakang) - 8 3/4 + 8 3/4 = 17 1/2 . so, B = 17 1/2 " Lipatkan B, dan ukur panjang tangan pula (bI)
Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas dan bawah, potong ikut garisan tersebut. POTONG PESAK (4 keping)
kita akan ambil Bahagian D untuk Pesak Cara saya mengukur pesak .
OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah 4 ". saya perlu lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah 3/4" + 3/4" + 2" untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak bawah Di gambar P1, kita akan lipat bahagian dx untuk dijadikan pesak Ukuran dx ialah 3/4" + 3/4" + 2" + 3/4" + 3/4" + 4" = 9 " Lipat dx sebanyak 9 inci . Potong Pesak (4 segi ) kemudian, ukurkan di dan dii . Buat satu garisan lurus menyambungkan di dandii. dan kanan pesak. potong garisan tersebut, dan potong kiri
Jangan lupa tandakan dengan kapur di bahagian yang lurus, supaya senang apabila hendak cantumkan semasa menjahit. tandakan depan dan belakang. Lebih mudah sepasang tandakan bahagian pesak bawah dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas. apabila sambung untuk menjahit, satukan yang bertanda kapur.
POTONG KEKEK
Cari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan untuk jahitan 3/4" kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4 1/2"
nak tunjuk cara mencantum semasa menjahit pulak.... tapi, kena buat / tebuk leher dulu!
Ambil bahagian badan tadi, kan dah suruh gosok, so, adalah bahagian tengahkan? potongkan sikit untuk tandakan bahagian leher.
gunting pelan
Lepas tu, ambil kain badan tadi, buka panjang dan lipat dua. Letakkan pelan leher di tanda guntingan. lekatkan dengan jarum peniti, atau jahit jelujur, potong betul2 ikut pelan tu.
ambil satu kain lebih (perca), guna pelan leher tu, potong kat badan tu.
Cantumkan leher pada badan dengan leher pada kain perca tadi. jahit jelujur halushalus sekeliling leher tu. kemudian diterbalikkan, kain perca jadi bahagian dalam badan. jelujur kasar pulak untuk jahit bunga/ mata lalat.. apa-apalah.
okeylah tu bahagian leher. Jahit mata lalat nantilah, kalau tak tindih aje dengan mesin.
CANTUM BADAN 1. Ambil sepasang pesak, tadi kita dah tanda dengan kapur, bahagian atas pesak dan bahagian bawah pesak., ambil yang kita tandakan tu (yang sama ye..., atas dan atas. 2. Ambil satu kekek
Cantumkan, merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian hijau dengan hijau
Cantumkan pesak yang telah sambung dengan kekek tadi pada tangan mengikut biru dengan biru, depan dan belakang. kemudian cantumkan tangan, hijau dengan hijau. Buat kan kedua-dua belah, kiri dan kanan.
Badan sudah, pesak, kekek dan tangan sudah. Sekarang ini kita cantumkan keduadua bahagian pulak
cantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan. Jahit depan kiri dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang dulu..., mana-manalah, asalkan sesual.
DAPAT TAK BAJU KURUNG?????, kemudian, gosoklah bahagian bawah tangan dan badan, kemudian jahitkan dengan jahit zigzag...., leher belum siap, tapi, dah boleh pakai dah.... TERIMA KASIHLAH.....