You are on page 1of 34

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

TUGASAN 1
LAKARAN PENGURUSAN GRAFIK [ CABANG FALSAFAH ]

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

TUGASAN 2 1.0 PENGENALAN

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

PENGENALAN

Antara perkara yang paling penting perlu wujud bagi mana-mana sistem pendidikan kebangsaan ialah dasar pendidikan itu sendiri. Ia bukan sahaja menjadi asas pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadi panduan yang amat penting dalam melaksanakan sistem tadi. Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah yang jelas. Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita. Ia mengandungi matlamat, corak dan kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop yang dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri.

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu Philos (mencintai) dan Sophia (kebijaksanaan). Dengan kata lain, falsafah merupakan perihal mencintai kebijaksanaan.

Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagai sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibuktikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah

mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafah adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistem pemikiran.

Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

2.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pada amnya, falsafah boleh difahami sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah secara saintifik, sistematik dan logikal. Maka, falsafah pendidikan boleh difahami sebagai pedoman, arah tuju atau pedoman terhadap perkara-perkara berkaitan pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal daripada ideologi negara

sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan serta Rukun Negara merangkumi keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara Malaysia khususnya. Falsafah ini menetapkan arah haluan yang perlu di tujui dan sebagai satu falsafah, ia dirasakan mempunyai keutuhan dan ketahanan yang berkekalan buat sepanjang masa dalam konteks masyarakat Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang akan dinyatakan seperti berikut akan memacu arah tuju terhadap sistem pendidikan negara.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

Inti pati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual atau lebih dikenali sebagai JERI. Justeru, sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara holistik iaitu menyeluruh dan bersepadu dalam usaha melahirkan insan yang berpekerti baik berlandaskan prinsip- prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang- undang dan kesopanan dan kesusilaan FPK juga melihat individu dalam satu perspektif yang berbeza iaitu jalinan antara beberapa lapisan perhubungan. Pendidikan dilihat bukan sahaja dalam aspek pembangunan dan kesejahteraan diri individu malahan dikaitkan dengan

pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu iaitu bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan seterusnya negara. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan sebagai teras keseluruhan pendidikan negara daripada pra sekolah hinggalah ke pusat pengajian tinggi. Ilmu diletakkan sebagai elemen utama dalam FPK. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi untuk menerangkan sesuatu kepada manusia serta mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Hal ini menyebabkan ilmu itu tidak ternilai harganya. Pendidikan ialah proses sepanjang hayat menjadikan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan dan penerokaan bukan sahaja ilmu yang ada malahan lapangan ilmu yang berbeza. Pendidikan juga menjadi agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa. Pengalaman merupakan ilmu yang paling berharga dalam memperkaya dan mengukuhkan ilmu. Pengalaman

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

menyediakan satu ruang serta cabaran kepada manusia untuk melakukan anjakan terhadap ilmu yang sedia ada. Konsep dan matlamat pendidikan ini akan menjadi lebih sempurna apabila unsur-unsur rukun negara dan pendidikan tersirat dalam ideologi dan aspirasi negara diterbitkan sebagai penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala usaha pendidikan termasuk sistem pendidikan yang sedia ada, akan dapat dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai matlamat Pendidikan Negara mengikut haluan dan pedoman yang diperkenalkan oleh Falsafah pendidikan Kebangsaan.

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

3.0 MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Ideologi dan aspirasi negara merupakan faktor yang penting dalam menentukan Matlamat Pendidikan Negara. Matlamat pendidikan ini akan menjadi lebih jelas, lebih mantap, lebih bermakna dan sempurna apabila unsur-unsur pendidikan tersirat dalam ideologi dan aspirasi negara dijelmakan sebagai pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala usaha pendidikan, termasuk sistem pendidikan yang sedia ada, akan dapat dirancang, direformasikan dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan. Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri- ciri berikut: Percaya dan patuh kepada Tuhan Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu Memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum Negara mengikut haluan dan pedoman Falsafah Pendidikan

10

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses penyelidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti: Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi

kewajibannya sebagai seorang warganegara. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif dan sempurna demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cintakan negara. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum. Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

11

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

4.0 AMALAN FALSAFAH PENDIDIKAN DI SEKOLAH


[ PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ]

12

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam penyampaian dan penerimaan ilmu kepada para pelajar. Semasa melaksanakan program pengalaman berasaskan sekolah di sekolah berkenaan, kebanyakan guruguru mengamalkan inti pati yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Amalan JERI merupakan satu elemen penting dalam proses perlaksanaan falsafah pendidikan kebangsaan. Ia merangkumi pembentukan pelajar dari aspek Intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berdasarkan program pengalaman berasaskan sekolah yang saya jalankan, guru menjadikan murid sebagai asas utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas iaitu berpusatkan murid. Proses interaksi dua hala berlaku secara aktif di mana pelajar dan guru saling berkongsi maklumat serta idea baru berkaitan subjek yang dipelajari. Ketika menyampaikan isi kandungan pelajaran, peringkat interaktif berlaku di mana guru menyediakan peluang dan ruang kepada murid untuk berinteraksi. Sebagai contoh, murid menjadikan pengalaman harian dalam hidup mereka untuk menggambarkan sesuatu konsep baru yang dipelajari. Nilai-nilai murni turut diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Buktinya, semangat bantu-membantu serta bekerjasama ditonjolkan oleh murid ketika aktiviti secara berkumpulan. Mereka saling mencurahkan idea ketika berbincang dan membentangkannya bersama-sama. Guru juga menerapkan

13

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

sikap jujur didalam diri muridnya. Hal ini dapat dilihat apabila ada antara mereka yang lewat masuk ke kelas. Guru mempersoalkan kelewatannya dan menyuruh mereka jujur memberitahu alasan kelewatannya. Guru juga menerapkan semangat inkuiri iaitu rasa ingin mencuba. Sebagai contoh, dalam eksperimen sains, mereka dibiarkan untuk melakukan eksperimen tersebut sebelum guru membetulkan kesilapan mereka. Dengan itu, semangat ingin tahu mereka akan meningkat dan mereka akan cuba untuk buat yang terbaik untuk eksperimen seterusnya. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar utama dalam sistem

pendidikan negara. Maka, Bahasa Melayu telah diserap dalam kurikulum sekolahsekolah selaras dengan amalan FPK iaitu Bahasa Melayu merentas kurikulum. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru-guru menggunakan Bahasa Melayu dalam subjek pengajaran mereka walaupun subjek sains dan matematik. Bagi subjek matematik dan sains, guru dapat menyeimbangkan antara penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hal ini adalah untuk memudahkan mereka untuk memahami dan mengingati sesuatu konsep atau kata kunci.

14

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

DISIPLIN

Disiplin memainkan peranan penting dalam memastikan hidup seseorang itu lebih teratur dan sistematik. Amalan FPK juga menyentuh berkenaan disiplin-disiplin di sekolah. Penekanan disiplin di sekolah ini amat baik di mana semua murid mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Peraturan sekolah juga jelas terpapar pada papan tanda yang diletakkan di sekitar sekolah. Murid yang

melanggar peraturan sekolah akan dikenakan tindakan oleh guru disiplin. Selain itu, ketepatan masa juga merupakan antara disiplin sekolah yang penting. Murid-murid didapati menepati masa ke sekolah di mana mereka akan datang awal ke sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Dalam perhimpunan pagi hari Isnin, murid-murid sudah beratur di tapak perhimpunan sebelum perhimpunan bermula. Ketua kelas akan memastikan kehadiran ahli kelasnya dan memberitahu kepada guru kelasnya. Pada sesi pagi sebelum masuk ke kelas, mereka dikehendaki beratur di luar kelas. Begitu juga dikelas, murid-murid akan berada di kelas sebelum guru masuk ke kelas. Mereka juga dilihat sudah bersedia dengan membaca dahulu subjek yang hendak diajar sebelum guru masuk ke kelas. Aspek disiplin lain dalam pengamalan FPK di sekolah ialah pemakaian lencana sekolah. Lencana sekolah melambangkan identiti pelajar sekolah tersebut. Lencana sekolah juga menggambarkan kebanggaan mereka kepada sekolah. Semua murid sekolah mereka. Murid-murid di sekolah itu didapati berpakaian kemas pada awal pagi sesi pembelajaran namun tidak begitu selepas waktu rehat. Ada antara baju mereka yang
15

mematuhi peraturan pemakaian lencana sekolah pada pakaian

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

terkeluar dan kotor. Situasi berbeza didalam kelas dimana mereka akan memastikan diri mereka kemas dan bersih sebelum belajar. Majoriti murid di sekolah itu berambut pendek . Pemakaian yang kemas serta berambut pendek amatlah penting kepada murid-murid. Perkara ini berkaitan dengan penampilan diri mereka. Apabila mereka berpakaian kemas dan berambut pendek, keadaan ini menunjukkan bahawa pengurusan diri mereka adalah baik dan teratur.

16

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

KOKURIKULUM Kokurikulum merupakan aktiviti yang dilaksanakan diluar bilik darjah. Kokurikulum terkandung dalam amalan FPK di sekolah. Aktiviti kokurikulum dilaksanakan di sekolah itu. Aktiviti kokurikulum di sekolah seperti unit beruniform, persatuan dan juga sukan berjalan dengan aktif mengikut jadual aktiviti kokurikulum yang dirancang. Sekolah tersebut mewajibkan murid-murid tahap 2 untuk menyertai aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum diadakan pada sebelah petang dan terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama merupakan unit beruniform diikuti pula dengan sukan dan permainan untuk sesi kedua. Kehadiran murid-murid dalam aktiviti kokurikulum adalah amat baik. Semua murid dilihat seronok mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah. Mereka mematuhi etika berpakaian sama ada ketika menghadiri unit beruniform dan sukan permainan. Guru akan memastikan kehadiran setiap pelajar sebelum aktiviti kokurikulum berlangsung. Murid-murid melibatkan diri mereka dalam aktiviti yang diadakan. Guru memberikan penerangan tentang kemahiran yang akan mereka pelajari dan mereka akan mempraktikkannya. Sebagai contoh, dalam unit beruniform Bulan Sabit Merah, mereka diajar beberapa teknik First Aid dan cara berkawad. Kepimpinan yang wujud ketika aktiviti kokurikulum berlangsung melibatkan guru dan juga murid-murid. Murid bertindak sebagai penggerak kepada setiap aktiviti yang dirancang dengan bimbingan guru. Sebagai contoh, murid akan mengendalikan aktiviti sukan dan permainan dengan guru menjadi jurulatihnya dan pemerhati.

17

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

Sikap positif turut ditunjukkan oleh murid-murid ketika mengikuti aktiviti kokurikulum seperti mematuhi arahan ketua serta semangat kesukanan yang tinggi ketika bermain. Inovatif melibatkan usaha penghasilan dan reka cipta baru yang kreatif serta bermanfaat. Tiada inovatif yang dapat diperhatikan dalam aktiviti kokurikulum sekolah ini.

18

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

BUDAYA SEKOLAH Budaya sekolah ialah personaliti atau keperibadian sekolah yang

mempengaruhi cara sesuatu kerja itu dijalankan. Setiap sekolah yang terdapat di dunia ini mempunyai budaya dan cara hidupnya yang tersendiri. Ada yang bersifat unik dan ada yang bersifat biasa. Budaya sekolah memainkan peranan yang peting terhadap sesebuah sekolah. Budaya yang baik akan melahirkan dan menghasilkan keluaran yang baik iaitu pelajar itu sendiri dari segi intelek dan rohani mereka. Budaya penyayang diterapkan pada setiap pelajar di sekolah ini. Bukan sahaja pelajar, guru, kakitangan sekolah, pekerja sekolah seperti tukang kebun, pengawal juga mempunyai budaya penyayang. Ini dapat dilihat melalui hubungan interaksi sosial antara mereka. Mereka membuat sesuatu kerja dengan tenang dan saling bantu-membantu. Guru-guru dan murid-murid saling bantu membantu dalam menjayakan program Maulidur Rasul. Dengan adanya program seperti ini, maka sikap penyayang di antara warga sekolah dengan murid-murid akan dapat dipupuk dan diterapkan dalam kalangan mereka. Sikap berterima kasih juga diamalkan oleh warga sekolah. Budaya berterima kasih ini bukan sahaja diamalkan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, tetapi juga dalam aktiviti sekolah yang lain. budaya berterima kasih yang dapat ditunjukkan di sini yang terdapat di sekolah ini ialah apabila seseorang guru itu habis mengajar dan ingin keluar daripada bilik darjah, murid-murid akan bangun dan mengucapkan terima kasih kepada guru tersebut kerana mengajar mereka. Selain itu, sikap berterima kasih yang ditunjukkan di luar bilik darjah ialah semasa di kantin sekolah. Selepas membeli makanan, murid-murid
19

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

akan mengucapkan terima kasih kepada peniaga kerana menjual makanan. Banyak lagi budaya berterima kasih yang ditunjukkan oleh sekolah ini kerana setiap apa yang mereka lakukan dalam setiap aktiviti di sekolah mereka akan berterima kasih kerana itu budaya yang diterapkan kepada mereka. Budaya yang baik seperti menghormati guru juga merupakan amalan falsafah pendidikan kebangsaan yang di amalkan di sekolah ini. Ini terbukti apabila muridmurid membeli salam kepada guru-guru sewaktu di dalam kelas mahupun semasa berselisih di luar bilik darjah. Ini menunjukkan murid-murid ini menghormati guru-guru mereka. Di samping itu juga, mereka menghormati kawan-kawan sekolah mereka. Ini dapat dilihat di dalam bilik darjah mereka belajar bersama-sama dengan baik. Selain itu juga, ia dapat dilihat ketika adanya sesuatu aktiviti yang dijalankan mereka saling bantu-membantu, bekerjasama dalam melaksanakan dan menjayakan sesuatu aktiviti tersebut. Ini menunjukkan mereka saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Keceriaan merupakan salah satu aspek dalam budaya sekolah. keceriaan sekolah dapat dilihat di seluruh kawasan sekolah. Kawasan sekolah yang dikelilingi pokok-pokok tinggi sebagai peneduh, pokok-pokok hiasan seperti pokok bunga yang mempunyai pelbagai warna menceriakan kawasan sekolah. Di bawah pohon-pohon yang tinggi itu terdapat banyak kerusi yang disediakan untuk berehat dan sebagai tempat untuk merehatkan minda. Keceriaan sekolah juga dapat dilihat melalui muralmural pada dinding sekolah yang dilukis dengan gambar-gambar yang mempunyai maksud yang tersendiri. Lukisan yang dilukis cantik dan indah yang berkait rapat dengan ilmu pengetahuan dan pembelajaran mereka. Di samping itu, terdapat banyak tanda arah yang lengkap menggambarkan pengurusan pihak sekolah yang

20

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

teratur. Selain itu, pertandingan keceriaan kelas turut diadakan oleh pihak sekolah di mana anugerah akan diberi kepada kelas yang paling ceria. Dengan adanya pertandingan seperti ini, ia akan menarik minat pelajar untuk sentiasa menceriakan bilik darjah dan mendidik mereka supaya sentiasa menjaga kebersihan dan pandai menghias bilik darjah. Kesannya, murid-murid akan dapat belajar dengan baik kerana suasana bilik darjah yang selesa dan kondusif.

21

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

GURU SEBAGAI MODEL Guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam profesionnya. Bukan sahaja mengajar, guru juga perlu mendidik murid-murid menjadi seorang manusia yang berguna kepada diri mereka, agama, masyarakat, dan negara. Seorang guru juga perlu memiliki sikap akauntabiliti dalam menjalankan tugas agar sebarang tanggungjawab yang diberi dapat dijalankan dengan berkesan. Sebagai seorang guru, sudah menjadi tanggungjawab guru untuk bersifat sebagai seorang yang boleh dijadikan contoh kepada murid-muridnya. Di Sekolah Kebangsaan Oran, guru-gurunya mempunyai sifat menepati masa. Ini terbukti apabila guru-gurunya datang awal pagi ke sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Selain itu, guru-gurunya juga masuk ke bilik darjah pada masa yang ditetapkan dan tamat pengajaran pada masa yang sepatutnya. Guru-gurunya juga menepati masa di dalam melaksanakan sesuatu aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, program Maulidur Rasul dilaksanakan pada hari Jumaat pada jam 8 pagi. Jadi semua guru yang terlibat sudah siap sedia dengan tugas masing-masing dalam menjayakan program tersebut. Guru yang berketerampilan mampu dijadikan teladan dan contoh oleh muridmuridnya. Penampilan yang kemas serta sahsiah yang baik mempamerkan keterampilan dan sifat seorang guru. Guru-guru di sekolah itu berketerampilan yang mana menjadi contoh kepada muridnya supaya sentiasa berpakaian kemas dan berpekerti mulia. Guru juga berpakaian sesuai dengan profesionnya sama ada ketika mengajar mahupun aktiviti kokurikulum. Semasa mengajar seorang guru berpakaian formal dan semasa aktiviti kokurikulum pula berpakaian sukan. Guru mempamerkan

22

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

sikap mesra dan berbudi bahasa sama ada kepada rakan sejawat mahupun kepada murid-muridnya . Di dalam guru sebagai model juga terdapat sifat integriti. Sebagai seorang guru dan penjawat awam perlu mempunyai sifat integriti iaitu sifat amanah. Sifat ini perlu diamalkan kerana tanpa sifat ini mungkin sesuatu organisasi itu akan runtuh dan hancur. Budaya ilmu juga diamalkan di sekolah ini. Antaranya ialah ada guru yang sentiasa belajar walaupun sudah lama bekerja. Ini menunjukkan guru-guru mempunyai semangat untuk belajar. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya; Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju ke syurga, maka sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu sebagai tanda meredai usahanya. Hadis ini memanifestasikan betapa menuntut ilmu itu adalah suatu usaha yang diredai dan dituntut dalam Islam. Guru-guru di sekolah itu berjaya mengamalkan komunikasi berkesan. Komunikasi dua hala berlaku di mana guru telah berjaya melibatkan murid-muridnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru juga bijak menggunakan unsur kecindan untuk memastikan murid-muridnya tidak mudah bosan dan fokus kepada apa yang dipelajari.

23

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

ISU-ISU SEMASA Pembestarian pendidikan merupakan salah satu usaha untuk

mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan kepada warga pendidik dan para pelajar. Pembestarian pendidikan turut berlaku di sekolah tersebut melalui pembinaan makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet. Selain itu, alat bantu mengajar seperti projektor LCD , cakera padat dan juga komputer riba disediakan kepada para guru. Secara tidak langsung, guru-guru dan murid-murid dapat didedahkan dengan lebih meluas mengenai dunia teknologi. Pengintegrasian teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran berupaya merangsang pemikiran pelajar berasaskan kepelbagaian sumber maklumat yang melampaui batasan bilik darjah. Peningkatan profesionalisme pula melibatkan peningkatan ilmu serta

kemahiran para guru. Guru-guru telah dihantar untuk menghadiri kursus, seminar mahupun bengkel untuk meningkatkan profesionalisme mereka. Hal ini dapat membantu para guru memperoleh ilmu serta kemahiran mengajar yang terkini selaras dengan corak pendidikan negara masa kini. Selain itu, guru-guru dapat berkongsi ilmu serta idea baru berkaitan teknik pengajaran mereka. Pendidikan sepanjang hayat merupakan proses pembelajaran yang berterusan sepanjang

hayat. Guru-guru di sekolah ini kebanyakannya mempunyai diploma. Mereka mempunyai iltizam yang tinggi untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dengan mengikuti program ijazah. Pelestarian alam sekitar merupakan pengintegrasian alam sekitar dalam pendidikan. Pelestarian alam sekitar alam sekitar amatlah dititikberatkan oleh pihak sekolah. Keadaan ini dapat dilihat melalui persekitaran sekolah yang bersih dan
24

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

ceria. Terdapat papan tanda peringatan tentang larangan pembuangan sampah merata-rata di sekitar sekolah. Guru-guru juga menerapkan kepentingan kebersihan kepada murid-murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru akan memastikan kelas bersih dan teratur sebelum sesi pembelajaran bermula dan menyuruh murid mematuhi jadual bertugas kelas. Dengan itu, para pelajar akan dipupuk akan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Persekitaran yang bersih akan melahirkan minda pelajar yang bersih serta suasana pembelajaran dan pengajaran menjadi senang dan harmoni.

25

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

5.0 REFLEKSI

26

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai objektif dan matlamat utama dalam memacu kecemerlangan pendidikan negara. Hasrat utamanya ialah memperkembangkan potensi seseorang pelajar secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan warganegara yang seimbang berdasarkan kepada aspek JERI iaitu jasmani, emosi,rohani dan intelek. Justeru, hasrat utama FPK dapat dicapai melalui institusi pendidikan negara bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Amalan FPK di sekolah merupakan perintis kepada kejayaan matlamat FPK. Pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara aktif di dalam kelas. Nilai-nilai murni yang diterapkan oleh para guru dalam P&P mampu membentuk sahsiah yang baik dalam kalangan pelajar. Bahasa Melayu merentas kurikulum menunjukkan penggunaan bahasa pengantar pendidikan dalam mata pelajaran yang diajar di sekolah. Disiplin di sekolah mampu mendidik kehidupan para pelajar supaya teratur dan bersistematik. Peraturan sekolah melibatkan ketepatan masa dan juga penampilan pelajar. Melalui peraturan sekolah, pelajar diajar untuk mematuhinya seperti lencana sekolah, pakaian kemas serta berambut pendek. Aktiviti kokurikulum di sekolah memberi pendedahan awal kepada kehidupan berorganisasi. Pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah sama ada unit beruniform ,persatuan dan sukan permainan. Budaya sekolah ialah personaliti atau keperibadian sekolah yang

mempengaruhi cara sesuatu kerja itu dijalankan. Setiap sekolah yang terdapat di dunia ini mempunyai budaya dan cara hidupnya yang tersendiri. Ada yang bersifat unik dan ada yang bersifat biasa. Budaya sekolah memainkan peranan yang peting

27

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

terhadap sesebuah sekolah. Budaya yang baik akan melahirkan dan menghasilkan keluaran yang baik iaitu pelajar itu sendiri dari segi intelek dan rohani mereka . Guru sebagai model dapat menampilkan ciri-ciri seorang guru seperti menepati masa, berketerampilan, integriti, budaya ilmu serat komunikasi berkesan. Seorang guru juga perlu memiliki sikap akauntabiliti dalam menjalankan tugas agar sebarang tanggungjawab yang diberi dapat dijalankan dengan berkesan. Isu-isu semasa merupakan cabaran kepada pelaksanaan FPK di sekolah. Pembestarian pendidikan melihat sekolah dapat mengintegrasikan teknologi sebagai medium pendidikan. Guru serta para pelajar diberi pendedahan tentang teknologi pendidikan masa kini. Ilmu dan kemahiran guru ditingkatkan dengan menghadiri kursus ,seminar dan bengkel bagi meningkatkan profesionalisme. Pendidikan sepanjang hayat memberi peluang kepada guru meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pelestarian alam sekitar di sekolah menjadikan sekolah tempat yang kondusif dan ceria untuk belajar.

28

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

6.0 PENUTUP

29

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi wadah utama dalam memastikan arah tuju sistem pendidikan negara. Institusi pendidikan menjadi teras utama dalam pelaksanaannya bermula dari peringkat rendah, menengah seterusnya pengajian tinggi. Perkembangan pendidikan yang berperingkat ini mampu mendewasakan dan mematangkan pemikiran seseorang insan. Justeru, para guru hendaklah sentiasa bersedia dan bersifat dinamik dalam menghadapi cabaran arus pendidikan negara. Selain itu, warga sekolah hendaklah menggembleng tenaga bersama para pendidik dalam memainkan peranan yang

berkesan dan berterusan demi memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan iaitu memperkembangkan potensi serta kebolehan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu agar insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dilahirkan. Dengan terlaksananya Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah diharapkan dapat berjaya merealisasikan cita-cita Wawasan 2020, iaitu membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu, bebas, merdeka, berakhlak mulia, utuh, toleran, daya saing dan cinta negara.

30

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

RUJUKAN
Choong Lean Keow (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Mok Soon Sang (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor : Penerbitan Multimedia. Mok Soon Sang. (2008). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3 : Profesionalisme Keguruan) Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-256953.html. Accessed on 2 April 2009. http://eprints.uum.edu.my/393/. Accessed on 2 April 2009. http://ilmu.edublogs.org.ke-arah-budaya-ilmu-cemerlang Accessed on 2 April 2009. http://apps.emoe.gov.my/bppdp/Kajian. Accessed on 2 April 2009. http://firstedition.com.my/guru%20sebagai%20mentor.htm. Accessed on 2 April 2009. http://lilolelya.tripod.com/budaya_sekolah.htm. Accessed on 2 April 2009.

31

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

LAMPIRAN

32

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

PENGAJARAN / PEMBELAJARAN

DISIPLIN

KOKURIKULUM

33

MUHAMAD IKHWAN BIN MAT JUSOH 890823-03-5501 PISMP RBT (A)/BI/BM SEMESTER 1

BUDAYA SEKOLAH

GURU SEBAGAI MODEL

ISU-ISU SEMASA

34

You might also like