You are on page 1of 3

JADUAL PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA DAN READ 2012 SK BATANG AI 2012

HARI ISNIN (22/10/2012) SELASA (23/10/2012) RABU (24/10/2012)


Perhatian: 1. Guru-guru yang terlibat untuk program ini adalah seperti berikut: a. Bacaan (Pn. Sampandai + Pn. Robbia) b. Jawapan Tersembunyi (En. Ariff + Cik Permai) c. Mencari Maklumat (En. Syafiq + En. Izzat) 2. Setiap aktiviti akan bermula pada pukul 2 p.m sehingga 4 p.m. 3. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan En. Ariff.

TAHUN 6 BACAAN MENCARI MAKLUMAT

TAHUN 5 JAWAPAN TERSEMBUNYI BACAAN

TAHUN 4 MENCARI MAKLUMAT JAWAPAN TERSEMBUNYI

MEMBIMBING RAKAN MEMBACA (TAHUN 1)

Seorang waris keturunan Panglima Rentap, pejuang kemerdekaan Sarawak yang begitu berani menentang regim Brooke 163 tahun lepas, mahu generasi muda mencontohi semangat patriotisme dan nasionalisme pahlawan Iban itu. Sejak dulu lagi, ketika Luyang Bansang, 48, masih di alam remaja, beliau sudah mengetahui menerusi cerita rakyat, yang disampaikan oleh bapanya sendiri mengenai seorang panglima perang orang Iban yang tidak pernah menyerah kalah menentang Rajah Brooke dalam tiga peperangan besar pada 1857, 1858 dan 1861 di Bukit Sadok, Ulu Layar yang kini terletak dalam Bahagian Betong. Hakikatnya Rentap berjuang dengan berani mempertahankan kawasan dan kaumnya menentang penjajah dan meninggal dunia pada usia tua di sekitar tahun 1870-an di Ulu Wak, Julau, yang kini merupakan sebahagian kawasan Bahagian Sarikei, kira-kira 30 minit dengan berjalan kaki dari rumah panjang kediamannya. Menurut inskripsi peringatan Rentap di Bukit Sibau, Pakan, tapak baru pusara peringatan Rentap yang dibina oleh kerajaan negeri, pejuang kemerdekaan ini dari keturunan Skrang, yang menyertai ekspedisi pelayaran semasa awal kehidupannya mencipta kehebatan sebagai ketua panglima perang. Apabila James Brooke menjadi Rajah Brooke Sarawak pada 25 Sept 1841, beliau mengisytiharkan pelaut Iban di Saribas dan Skrang sebagai lanun, menyebabkan Rentap menentangnya di Kerangan Peris, Skrang pada Ogos 1844. Dalam satu petanda awal gerakan anti-Rajah Brooke, bagi Rentap, James Brooke sendiri merupakan seorang lanun yang cuba meluaskan kuasa dan pengaruh serta mengganggu cara hidup tradisional kaum Iban. Rentap diisytiharkan sebagai seorang pahlawan Sarawak oleh kerajaan negeri pada 27 Julai 1993. Sebagai sebahagian daripada warisan sejarah dan kekayaan budaya, kerajaan telah meningkatkan kemudahan termasuk pondok dan trek hutan menuju ke Tugu Peringatan Rentap di puncak Bukit Sadok. Dari kawasan tinggi inilah panglima hebat dan pengikutnya turun dan melayari Sungai Saribas atau Sungai Ulu Skrang River untuk melancarkan serangan menentang penjajahan Brooke. Luyang berkata kemudahan yang lebih baik dan penyelenggaran akan memudahkan orang ramai termasuk pelancong dan pelajar melawat tugu bersejarah di puncak Bukit Sadok, dengan replika Bujang Timpang Berang, sejenis meriam yang digunakan oleh Rentap dalam peperangannya menentang askar-askar Brooke dibina. Meriam sebenar kini ditempatkan di Pejabat Daerah Betong, Bukit Bangun, setelah dipindahkan dari Kubu Lily di Betong, di mana sebuah jalan dan dewan komuniti dinamakan sempena nama Rentap.

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu Sungai Sekrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan yang dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan. Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Sekrang. Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya. Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu Sungai Skrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit Sadok. Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana diperkuatkan oleh sebatang merian yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah mereka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam yang dikenali sebagai "Bujang Sadok". Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orangorangnya habis dibakar oleh kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke Ulu Entabai. Kemudian Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah untuk tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya.

You might also like