You are on page 1of 30

PENGGUNAAN ICT DALAM P-P

KANDUNGAN
PENGENALAN ICT UNTUK PEMBELAJARAN TUTORIAL ICT UNTUK PEMBELAJARAN (Explotary) ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI ICT SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI PENUTUG LAMAN WEB PENDIDIKAN RUJUKAN LAMPIRAN

PANDUAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Unit 1: Pengenalan 1.1 Objektif Di akhir unit guru-guru akan dapat: menghuraikan faedah ICT kepada pelajar menerangkan syarat untuk memanfaatkan ICT dalam p-p Menghuraikan bagaimana ICT boleh dimanfaatkan dalam p-p

1.2 Apakah Maksud Penggunaan ICTDalam P-P


Penggunaan ICT dalam p-p bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan p-p 1.3 Apa Tujuan Dokuman Panduan Ini? Panduan ini bertujuan untuk: menjelaskan bagaimanan ICT dapat digunakan secara, berfikrah,terancang, dan berseuaian dalam aktiviti p-p Membantu guru merancang dan melaksana aktiviti p-p yang mengguna ICT

1.4 Apa Manfaat ICT Dalam Pembelajaran?


Penggunaa ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam Pembelajaran. berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. meningkatkan motivasi pelajar. Membolehkan pembelajaran individu (individualise learning) atau pembelajaran kendiri. membolehkan pelajar mengakses maklumat,mengumpul maklumat . mengwujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan

membolehkan pelajar mencuba pelbagai

eksperime. meningkatkan kreativiti dan imaginasi pelajar dan memberi peluang belajar berkesan. meningkatkan kemahiran ICT

1.5 Apa syarat Memanfaatkan ICT Dalam P-P


Untuk memperoleh manfaat mengguna ICT dalam P-P, perkara-perkara berikut: Penggunaan ICT dalam p-p dirancang dengan baik.. Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan p-p Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran

1.6 Perlukah Saya Menjadi Pakar Komputer Sebelum Menggunakan Dalam P-P
Guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai kemahiran asas ICT yang boleh diperolehi melalui aktviti kelab komputer sekolah yang melaksanakan program Literasi Komputer Kementerian Pendidikan.Rujuk web berikut untuk huraian lanjut tentang kemahiran ICT http:kdp.ppk.kpm.my/lk-guide.htm# PERINGKAT 1

1.7 Bagaimana Menggunkan ICT


Dalam P-P
Dalam konteks penggunaan ICT dalam p-p Pendekatan terbaik ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan kepeluan pelajar,serta tercapai objektif yang ditetapkan. Penggunaan ICT dalam p-p dapat dari dua aspek,iaitu aspek pengajaran (guru gunakan ICT) dan aspek pembelajaran (pelajar guna ICT). Dalam konteks pembelajaran, penggunaa ICT p-p boleh dikategori sebagai

TUTORIAL PENEROKAAN APLIKASI KOMUNIKASI

Unit 2: ICT Untuk Pembelajaran Tutorial


Objektif: Di akhir unit, guru-guru akan dapat: menerangkan maksud pembelajaran tutorial. menerangkan bagaimana ICT dapat digunakan untuk pembelajaran tutorial. merancangkan aktiviti pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT melaksanakan aktiviti pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT.

2.2 Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Tutorial?


ICT untuk pembelajaran tutorial merangkumi: pembelajaran ekpositori (guru menyampaikan maklumat kepada pelajar secara pasif) Demontrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dandikawal urutan,babaknya oleh sistem. Latihan dan latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem

2.3 Bagaimana ICT Dgunakan Untuk Pembelajaran Tutorial?


Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang di simpan dalam bentuk cd-rom,cakera keras atau laman web. Secara umum setiap perisian pendidikan terdiri daripada komponen berikut: mempersembahkan maklumat membimbing menyediakan/memberi latihan menilai pencapaian

Sebelum guru menggunakan pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangkan: Adakah perisian itu sesuai dengan pelajar. Adakah peralatan ICT yang sesuai untuk pelaksanaan perisian. Ada kemahiran mengendali peralatan ICT. Ada keperluan untuk menggunakan ICT (utk.menguasai pengetahuan )

2.4 Apa Yang Sesuai Situasi Untuk Guna Pendekatan Ini?


Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut: Kelas mengandungi pelajar ramai dengan kemempuan berbeza. Guru beri perhatian pada sekumpulan pelajar dan kumpulan lain menggunakan komputer. Pelajar guna komputer jika guru terpaksa out station(p-p berlaku ada / tanpa guru) Komputer untuk pemulihan(pelajar bermasalah pembelajaran) Komputer untuk aktiviti pengayaan yang lebih mencabar (pelajar cerdik)

2.5 Apa Kelebihan Mengguna ICT?


Dapat mengindividukan pembelajaran. Pelajar mengikut kemampuan pelajar Meningkatkan motivasi pelajar untuk pelajar Murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau penyeliaan guru secara minimum.

Unit 3: ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan (Exploratory)


Objektif Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat: menerangkan maksudkan pembelajaran penerokaan. Menerangkan bagaimana ICT dapat digunakan pembelajaran penerokaan. Merancangkan aktiviti pembelajaran ICT. Melaksanakan aktiviti pembelajaran penerokaan yang mengaplikasikan ICT.

3.2 Apakah Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan


Penggunaan ICT untuk pembelajaran ICT untuk pembelajaran penerokaan apabila ICT digunakan sebagai medium untuk: mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, Portal Maklumat dan sebagainya. Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi Melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal pelajar.

3.3 Bagaimana ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Penerokaan


Pendekatan ini ada hubungkait dengan pendekatan konstruktivisme yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis,penyelesaian masalah dan pengetahuan dibina melalui interaksi sosial.

CONTOH PEMBELAJARAN PENEROKAAN


Pelajar di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada Word Fact Book di laman web Central Intelligence Agency (CIA) atau merujuk kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta.

Simulasi maya pembedahan katak Virtual Frog Disection Kit Version 2.0 boleh digunakan di dalam kelas Biologi.Capaian juga boleh dibuat dirumah untuk tujuan ulangkaji
Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer membuat pendua kandungan laman ini ke dalam cekera keras tempatan dengan menggunakan perisian pwendua web seperti WinHTTrack Selain daripada mengakses maklumatb terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yagn disimpan dalam cd-rom seperti ensaiklopedia,pangkalan data yang terdapat dipasaran. Guru perlu mengawal masa kerana pembelajaran penerokaan mungkn memakan masa terlalu panjang

3.4 Apa Syarat Yang Sesuai Untuk Mengguna Pendekatan Ini?


ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi: Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan. Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

3.5 Apakah Kelebihan Menggunakan ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan? Memberi peluang kepada pelajar menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran. Mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Memberi peluang pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivsme,multiple intelligence dll.

Unit 4: ICT Sebagai Alat Aplikasi


Objektif: Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat: menerangkan maksud menggunakan ICT sebagai alat aplikasi. menerangkan bagaimana menggunakan ICT sebagai alat aplikasi. Merancangkan aktiviti p-p mengguna ICT sebagai alat aplikasi. Melaksana aktiviti p-p yang mengguna ICT sebagai alat aplikasi.

4.2 Apa maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?


ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran,bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat p-p. Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh pelajar dalam menghasilkan karangan atau Penggunaan perisian hamparan elektronik Untuk memplot graf Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design(CAD) dan lain-lain termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran

4.5 Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Aplikasi


Ada guru beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi apabila pelajarnya menyediakan karangan dengan menggunakan penprosesan perkataan.Penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya,komputer dan pemprosesan perkataan hanya diguna seperti mesin taip sahaja. Bagaimanapun, apabila kumpulan pelajar berbincang,mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemprosesan perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat. Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, pelajar akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. ICT adalah alat yang ideal boleh digunakan tugas yang tidak autentik ( untuk mengelas dan menyisih data yang banyak)

4.4 Apa Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi?


Pelajar boleh memberikan tumpuan kepada

melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. Situasi ini membuktikan persekitaran sosial turut membantu pembelajaran-melalui pembangunan kenahiran kognitif,metakognitif,bertutur dan bekerjasama. Guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar. Pelajar dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran

Unit 5: ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi


Objektif: Di akhir unit ini, guru-guru akan dapat: menerangkan maksud mengguna ICT sebagai pemudah komunikasi. menerang bagaimana ICT dapat diguna sebaga pemudah komnukasi dalam p-p Merancang aktiviti yang menggunakan ICT sebagai pemudah komunikasi dalam p-p melaksana aktiviti yang mengguna ICT sebagai pemudah komunikasi dalam p-p

5.2 Apa Maksud ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi?


ICT digunakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan pelajar-guru dapat menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut: Teks Grafik Audio Video atau Kombinasi pelbagai mod

5.3 Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam P-P?


Terdapat empat teknik untuk berkomunikasi melalui ICT, iaitu: Teknik Seorang-Sendirian Teknik eorang kepada Seorang Teknik Seorang kepada Ramai Teknik Ramia kepada Ramai.

5.4 Apa Kelebihan Guna ICT Alat Pemudah Komunikasi?


Pelaksanaan Pembelajaran Kolaboratif/Pembelajaran Kooperatif Meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global. Melibatkan pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran. RUJUK WEB: htto://kdp.ppk.kpm.my/ atau http://mercury.galaksi.com/kdp/.

LAMAN WEB PENDIDIKAN


Laman Malayisa Schoolnet http://myschoolnet.ppk.kpm.my/ Jaringan Pendidikan http://kdp.ppk.kpm.my Pendidik Net http://www.teletre.com/pnm/ TMSchool On Line http://www.tmsol.com.my/ CikguNet http://www.cikgu.net.my/ Prog.JDP.Perak http://members.tripod.com.-ilhamnet/ Internet Education Resources http://www1.moe.edu.sg/ier/ Pendidikan Perdana Lontar Web http://lontarweb.umlib.um.edu.my/ Pendidikan Muzik KBSM Ulasan Mengandungi bahan-bahan Kurikulum seperti SP dan HSP. Terdapat juga bahan-bahan sokongan lain yang dapat membantu para guru dan murid. Sumber maklumat dan aktiviti teknologi. Maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Dikendalikan oleh sekumpulan pendidik yang berdedikasi menjadikan Internet education rich. Terdapat pelbagai maklumat pendidikan dan sambungan kepada sekolah/JPN/PPD dll. Tutorial UPSR/PMR/SPM, forum, chit-chat dll. Bermanfaat untuk dilawat. Mengandungi bahan-bahan rujukan seperti rancangan mengajar, tip mengajar dan pelbagai lagi panduan lain yang berkaitan dengan teknologi maklumat.

You might also like