You are on page 1of 4

JURNAL REFLEKSI MINGGU 1 (26 Januari 2014 30 Januari 2014)

MASALAH

Pada hari pertama saya menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman persepsi pertama saya ialah persekitaran di sekolah ini unik dan cantik dan sangat tersusun yang mana ianya merupakan panorama yang indah dalam hidup saya. Pada minggu pertama ini, saya tidak mengalami banyak masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan warga sekolah kerana majoriti guru-guru di sini sangat ramah dan mesra serta mengalu-alukan kedatangan saya di sekolah ini lagi pula sekolah ini amat berdekatan dengan IPDA dan ini dapat mengurangkan rasa kekok untuk memperkenalkan diri. Di samping itu, mereka juga sangat banyak memberikan kerjasama dan sentiasa membantu serta membimbing saya dalam proses penyesuaian diri saya dengan budaya sekolah. Untuk makluman semua,sekolah ini antara sekolah yang mempunyai murid-murid yang paling ramai di daerah ini, jadi saya perlu sentiasa bersedia dan terkehadapan dalam segala bidang. Tambahan pula pengalaman semasa menjalani praktikum sebelum ini banyak membantu saya untuk berurusan dengan pihak pentadbiran sekolah.

Pada minggu ini saya tidak mengalami begitu banyak masalah kerana tidak sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) belum bermula. Selain itu, saya juga masih belum menerima jadual waktu mengajar sehinggalah hari ketiga sesi persekolahan iaitu pada hari selasa. Hal ini menimbulkan masalah kepada saya kerana mempunyai kekangan waktu untuk berjumpa dengan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Islam bagi menyemak semula jadual bersama mereka. Saya hanya sempat untuk meminjam bahan-bahan rujukan seperti buku teks, buku panduan guru dan sebagainya pada hari rabu bagi membuat persediaan rapi sebelum memulakan sesi p&p.

ANALISIS MASALAH

Antara punca-punca masalah yang dapat saya kenalpasti ialah kekurangan maklumat terutamanya tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kerana saya telah diberi jadual untuk mengajar subjek Pendidikan Islam Tahun 4 yang telah menggunakan sistem KSSR bermula awal tahun ini dan banyak rombakan telah dibuat dalam sistem ini. Antara maklumat lain yang diperlukan sebagai persediaan p&p Pendidikan Islam Tahun 4 ialah Rancangan Pengajaran Semester, Dokumen Standard, contoh Rancangan Pengajaran Harian dan Huraian Sukatan Pelajaran. Manakala bagi subjek Pendidikan Islam Tahun 6 tidak sempat meminjam Buku Panduan Guru Pendidikan Islam Tahun 6.

Setelah mengenalpasti punca-punca masalah tersebut, pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran saya iaitu:

Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini? Apakah yang perlu saya perlu saya lakukan untuk mendapatkan maklumat secukupnya? Adakah saya perlu menghubungi guru yang berkenaan atau berurusan terus dengan pihak pentadbiran?

Setelah meneliti masalah ini saya mengambil keputusan untuk mengambil tindakan dengan kadar segera kerana sesi p&p akan bermula dan saya perlu mengambil tindakan supaya saya dapat menyiapkan diri dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapinya.

CADANGAN Untuk mengatasi masalah di atas, saya mencadangkan langkah-langkah berikut : Mencari bahan dan maklumat KSSR melalui sumber internet dan perkongsian dengan rakan-rakan lain. Mendapat nomnor telefon guru berkenaan apabila perlu menghubunginya untuk mengetahui sebarang maklumat tentang sukatan pelajaran dan tajuk pelajaran yang telah diajarkan kepada murid Tahun 4 dan 6. Berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Ahmad Najdi Bin Haji Fadzil. Segala khidmat nasihat daripada guru pembimbing dan guru-guru lain banyak membantu saya dalam pengurusan dan penyesuaian diri di sekolah ini.

TEMPOH PENYELESAIAN MINGGU 1 (26 Januari 2014 30 Januari 2014)

TINDAKAN SUSULAN Berdasarkan semua masalah yang telah saya timbulkan di atas menunjukkan bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk bertindak segera bagi menyelesaikan masalah ini dengan mengumpul bahan dan maklumat daripada pelbagai sumber seperti internet, perkongsian dengan rakan-rakan, guru pembimbing dan juga pensyarah pembimbing yang mana mereka semua banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah yang membelunggu dalam minggu ini. Selain itu, saya juga akan berjumpa dengan guru-guru Pendidikan Islam yang terlibat dan juga guru j-QAF untuk mendapatkan maklumat tentang sukatan pelajaran dan tajuk yang telah dipelajari oleh murid Tahun 4 dan 6. Dengan demikian saya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan
3

membuat

persediaan

rancangan

pengajaran dengan mudah melalui rujukan daripada bahan-bahan yang dapat dikumpulkan.

KESIMPULAN Persediaan RPH sangat penting bagi seorang guru sebelum memulakan sesi P&P kerana dengan adanya rancangan tersebut sesi p&p dapat dilaksanakan dengan sistematik, terancang dan berkesan. Apabila p&p yang dijalankan berkesan sudah pastilah murid-murid juga dapat belajar secara efektif, seronok dan yang paling penting mereka dapat mencapai aras yang telah ditetapkan oleh guru dalam hasil pembelajaran.

You might also like