You are on page 1of 4

Darul Ulum Al-Islamiyyah 12 Makanan Kegemaran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: 1. Barli 2. Kurma 3. Buah Tin 4. Anggur 5.

Madu 6. Tembikai 7. Susu 8. Cendawan 9. Minyak Zaitun 10. Delima 11. Cuka 12. Air Jom Kita Amal

Sumber : http://darulislamiyyah.blogspot.com

12 Makanan Kegemaran Rasulullah

1. Barli Baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. ia mrupakan penyejuk badan. 2. Kurma - Rasulullah bersabda, Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan, ia juga baik dimakan ketika mengandung. 3. Buah Tin Ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir. 4. Anggur - Rasulullah sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus. 5. Madu Dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam. 6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah bersabda, Tiada seorangpun wanita yang mengandung dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya. 7. Susu - Rasulullah bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.

8. Cendawan - Rasulullah bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh. 9. Minyak Zaitun Rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut. 10. Delima - Rasulullah bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari. 11. Cuka Makanan yang Rasulullah suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali) 12. Air - Rasulullah bersabda, Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru. Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, suapkanlah ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat. Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam surah Al Mukminun ayat 52: Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baikbaik dan kerjakanlah amal yang soleh. Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172: Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik. Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: Ya Robbku, Ya Robbku, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (HR. Muslim) Jom Kita Amal

You might also like