You are on page 1of 1

Pemerhatian

Melalui permerhatian yang telah saya jalankan, kebanyakan murid tidak menumpukan perhatian kepada sesi pengajaran. Hal ini disebabkan sesi pengajaran membosankan bagi mereka. Oleh itu, saya telah mencuba pelbagai cara bagi menarik minat mereka untuk belajar. Antara kaedah yang saya ketengahkan ialah aktiviti permainan, seperti BINGO, mewarna dan Benda Beracun. Melalui permainan ini, mereka akan terdorong untuk belajar kerana permainan adalah salah satu lumrah dalam kehidupan kanak-kanak. Oleh itu, wajarlah bagi guru bagi menggunakan permainan dalam sesi pengajaran mereka. Aktiviti berkumpulan dan berpasangan sememangnya elok dilakukan bagi mempercepatkan percambahan minda mereka. Tetapi keburukanya ialah sekiranya ada ahli yang menumpang dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu, saya tidak menggalakkan aktiviti perbincangan kerana ianya tidak sesuai dengan kaedah pengajaran dan kognitif murid yang saya ajar.

You might also like