Professional Documents
Culture Documents
Pss
Pss
1. Apakah itu Pusat Sumber Sekolah? Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2. Apakah dasar Pusat Sumber Sekolah? Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
1 / 18
Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Apakah objektif Pusat Sumber Sekolah? Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis
Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah
Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat 4. Apakah peranan Pusat Sumber Sekolah? Pusat Ilmu
Pusat Penemuan
Pusat Pengajaran
Pusat Profesional
2 / 18
Pusat Hubungan Masyarakat 5. Apakah fungsi Pusat Sumber Sekolah? Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.
Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.
Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.
Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.
Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. 6. Apakah halatuju pusat Sumber Sekolah di Malaysia? Program dan halatuju PSS di Malaysia adalah sejajar dengan perkembangan ICT masa kini. PSS kini bukan hanya terdiri daripada bahan cetak semata-mata (buku, surat khabar, jurnal, majalah) malah merangkumi bahan berbentuk elektonik dan digital (courseware, e-bahan, eduweb TV, e-book, audio book, e-jurnal, newspaper online).
Program dan halatuju PSS tidak boleh lari daripada dua dokumen berikut:
The School Library Manifesto: The school library in teaching and learning for all (IFLA/UNESCO 2000)
3 / 18
Kedua-dua dokumen ini menjadi asas kepada perancangan dan pembangunan PSS di Malaysia. 7. Apakah jenis-jenis perkhidmatan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah? Perkhidmatan Sirkulasi Bahan
Sirkulasi bahan di sesebuah PSS perlu mengambil kira saiz koleksi, jumlah pengguna dan keperluan pengguna.
a. Pinjaman biasa
b. Pinjaman khas
c. Pinjaman berkelompok
Sirkulasi bahan juga boleh dibuat antara PSS / perpustakaan awam melalui pinjaman antara perpustakaan (inter-library loan) bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.
4 / 18
Khidmat nasihat / rujukan perlu diberi kepada warga sekolah berkaitan perkara berikut :
Pemilihan bahan
Pencarian maklumat
PSS perlu menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS.
a.
b. keratan akhbar
5 / 18
c.
d.
bibliografi beranotasi
e.
f.
Program pendidikan pengguna perlu disediakan secara terancang dan berterusan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan program, aktiviti dan perkhidmatan PSS di samping memberi kemahiran kepada mereka berkaitan penggunaan kemudahan PSS dan pencarian maklumat.
6 / 18
Akses kepada maklumat sekolah / PSS perlu disediakan melalui papan / sudut maklumat yang ditempatkan di lokasi yang strategik.
Perkhidmatan ini perlu disediakan mengikut keperluan dan kemampuan sekolah. Akses kepada pangkalan data sumber maklumat pelbagai bidang ilmu sama ada dalam atau luar negara perlu disediakan melalui laman web sekolah atau PSS.
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perkhidmatan yang boleh disediakan oleh PSS adalah seperti berikut :
7 / 18
Bilik Rakaman
Perkhidmatan Reprografi
Perkhidmatan ini disediakan untuk percetakan, memuat turun maklumat digital dan membuat salinan bahan.
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk mengakses maklumat menggunakan kemudahan Internet atau Intranet. 8. Apakah program utama Pusat Sumber Sekolah? Terdapat dua program utama PSS iaitu program galakan membaca dan literasi maklumat. Semua aktiviti yang dirancang perlu menjurus ke arah pelaksanaan program ini.
Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program PSS diselaraskan, Surat Pekeliling Ikhtisas berikut perlu dipatuhi dan dijadikan panduan:
8 / 18
b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1988 : Kegiatan Khas Bagi Tahun Pembaca 1988 bertarikh 20 Januari 1988
c) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998
d) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2000: Tahun Pusat Sumber Sekolah (PSS) bertarikh 20 April 2000
e) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2001: Gerakan Membaca di Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri bertarikh 19 November 2001
f) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003: Dasar Penggunaan Media dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bertarikh 28 Julai 2003.
g) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005: Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah bertarikh 12 Mei 2005
Program galakan membaca perlu dilaksanakan kerana budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat dapat dibina melalui amalan membaca yang berterusan.
9 / 18
melaksanakan pendekatan pembacaan secara terancang melalui program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca).
2. Literasi Maklumat
Program literasi maklumat perlu dilaksanakan untuk menyedia dan melengkapkan murid dengan kemahiran tertentu yang diperlukan bagi menghadapi kehidupan sebenar.
Aspek kemahiran yang perlu diberi penekanan dalam literasi maklumat adalah seperti berikut:
Pentafsiran maklumat
Pembelajaran kendiri
10 / 18
Kemahiran yang menyumbang ke arah pencapaian matlamat literasi maklumat adalah seperti berikut:
Kemahiran bekerjasama
Kemahiran merancang
Kemahiran komunikasi
Kemahiran menilai
Literasi maklumat perlu dilaksanakan oleh GPM dan semua guru mata pelajaran secara :
modular
11 / 18
integrasi / merentas kurikulum 9. Bagaimanakah merancang kewangan di Pusat Sumber Sekolah? Pengetua / Guru Besar perlu memaklumkan jumlah PCG dan Yuran Khas Sekolah yang diterima bagi tahun semasa kepada GPM bagi membolehkannya merancang aktiviti tahunan yang dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah.
Rancangan belanjawan perlu dirancang secara teliti berdasarkan rancangan pembangunan jangka panjang dan rancangan tahunan PSS. Laporan kewangan tahunan mestilah mengambarkan penggunaan kewangan PSS dan pencapaian objektif.
Jumlah kewangan tertentu untuk sumber baru (contoh: buku, majalah dan bahan bukan bercetak); sejumlah kewangan untuk bahan promosi (contoh: poster)
Kos untuk kegunaan dan penyelenggaraan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi 10. Apakah sumber kewangan Pusat Sumber Sekolah? Sumber kewangan Pusat Sumber Sekolah terdiri daripada:
12 / 18
Sumbangan PIBG
a. Geran Bantuan Per Kapita (PCG) PSS bagi sekolah rendah dan sekolah menengah ditetapkan oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010 - Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Muridbertarikh 24 Disember 2010
Surat Pemberitahuan Ralat SPK Bilangan 8 Tahun 2010 bertarikh 17 Januari 2011
ATAU
13 / 18
Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
Pembelian buku, perisian dan lain-lain yang bersesuaian untuk pengajaran dan pembelajaran
Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
Program Pendidikan Khas Integrasi Melengkapkan stesen pembelajaran bagi program pendidikan khas integrasi
Perolehan / pembelian Harta Modal adalah dibenarkan dengan menggunakan peruntukan PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran bagi kegunaan pengajaran dan pembelajaran
14 / 18
Yuran Khas Sekolah ialah peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada sekolah. Sekolah rendah menerima RM 4.50 bagi setiap murid manakala sekolah menengah menerima RM 9.00 bagi setiap murid. Peruntukan ini digunakan untuk program dan aktiviti PSS, pendidikan jasmani dan pendidikan seni. Rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.3/2008: Peruntukan Yuran Khas Sekolah bertarikh 7 Januari 2008.
Sumbangan PIBG
PSS boleh memohon sumbangan daripada PIBG bagi membangun dan meningkatkan kualiti perkhidmatan PSS. 11. Bagaimanakah menilai keberkesanan Pusat Sumber Sekolah? Petunjuk prestasi ialah alat pengukuran yang digunakan untuk memantau dan menilai pencapaian prestasi.
Petunjuk prestasi yang boleh digunakan untuk memantau dan menilai pencapaian prestasi PSS adalah seperti berikut:
Petunjuk penggunaan
15 / 18
Jumlah pengunjung
Pinjaman setiap waktu operasi (contoh : semasa dan selepas waktu sekolah)
Petunjuk sumber
Petunjuk kualitatif
16 / 18
Keceriaan
Ciri-ciri Keselamatan
Petunjuk kos
17 / 18
Petunjuk perbandingan
Perbandingan data penarafan PSS antara sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru
Perbandingan jumlah penggunaan PSS dan pinjaman bahan antara PSS Sekolah A dan Sekolah B
18 / 18