You are on page 1of 5

Rangka Isi: Tugasan : Faktor-faktor berlakunya kemalangan di jalan raya Pendahuluan : Setiap hari berita kemalangan di jalan raya

a sering terpapar dalam media massa. Statistik menunjukkan jumlah kemalangan akan meningkat pada musim-musim perayaan. Isi-isi: faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya Kecuaian dan kelalaian pemandu contohnya memandu dalam keadaan mengantuk, letih, mabuk dan lain-lain. Sikap ego pemandu memandu melebihi had laju, memotong di tempat yang bahaya, menggunakan telefon semasa memandu, dan lain-lain. Keadaan kenderaan yang kurang baik contohnya keadaan tayar yang sudah haus (tidak berbunga), brek yang tidak berfungsi, dan lain-lain. Keadaan jalan raya yang tidak baik contohnya bengkang-bengkok, tidak rata, berlopak dan licin terutama selepas waktu hujan dan lain-lain. Penguatkuasaan undang-undang yang kurang berkesan contohnya tidak semua orang yang melakukan kesalahan dikenakan denda, terdapat juga pihak berkuasa terlibat dengan rasuah. Kesimpulan : Semua pihak perlu berusaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya kerana bukan sahaja mengorbankan nyawa dan harta benda, malah boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi Negara

Adalah menjadi harapan saya agar rakyat Malaysia akan sentiasa beringat dan berwaspada semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Bersama-sama kita jadikan jalan raya kita jalan yang selamat. Demikianlah sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim di Putrajaya barubaru ini. Peribahasa alah bisa tegal biasa kini telah menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia memandangkan saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan berita-berita kemalangan jalan raya yang menyayatkan hati sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Walaupun OPS Sikap XIII sempena Aidilfitri baru-baru ini berjaya mengurangkan kes kemalangan maut daripada 213 kes kepada 203 kes, namun statistik masih menunjukkan bahawa kemalangan keseluruhan pada tahun ini meningkat sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya walaupun pelbagai pihak telah memainkan peranan mereka dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UTM), sikap pemandu ketika berada di jalan raya merupakan faktor dominan berlakunya kemalangan jalan raya. Memang tidak dapat dinafikan, pemandu marcapada ini memandang enteng terhadap peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.. Buktinya, ramai pemandu yang tidak mematuhi speed limit terutamanya ketika memandu di lebuh raya sehingga menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan apabila cuba membelok ke kanan atau ke kiri di selekohselekoh jalan. Di sisi itu, risiko untuk seseorang mengalami kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi bagi mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk atau pun mabuk. Hal ini demikian kerana pemandu yang memandu kenderaan ketika mengantuk akan hilang konsentrasi semasa memandu dan secara tidak langsung menyebabkan kenderaan dikawal secara auto-pilot yang akhirnya membawa kepada kemalangan jalan raya. Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang leka berbual-bual dengan rakan sebelah serta mengggunakan telefon bimbit ketika memandu

turut menyebabkan kemalangan. Pernyataan ini diperkuatkan lagi apabila statistik menunjukkan bahawa 94 peratus pengguna jalan raya terlibat dalam kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap acuh tak acuh mereka ketika berada di jalan raya. Pendek kata, kecuaian pemandu ketika di jalan raya merupakan penyumbang utama kemalangan jalan raya. Bak kata pepatah Melayu, kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya. Selain daripada faktor manusia, keadaan fizikal jalan raya yang tidak memuaskan turut membawa kepada kemalangan jalan raya. Di samping struktur jalan yang berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan yang tidak rata, infrastruktur jalan yang turut gagal berfungsi juga boleh membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi mereka yang memandu pada waktu malam. Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia gemar memulakan perjalanan mereka pada waktu malam khususnya pada musim perayaan bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas. Namun, ketiadaan lampu jalan di sepanjang jalan raya menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap dan seterusnya membataskan penglihatan para pemandu terhadap objek di hadapan mereka. Kondisi sebegini bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu malah secara tidak langsung menyebabkan pemandu tidak sedar akan posisi sebenar kenderaan mereka. Tambahan pula, ketiadaan penghadang jalan raya terutamanya di kawasan-kawasan yang tinggi seperti Genting Highlands meningkatkan lagi risiko untuk sesebuah kenderaan terbabas jatuh ke dalam lembah yang curam. Oleh itu, jelaslah bahawa kemalangan jalan raya turut berlaku apabila prasarana jalan raya berada dalam keadaan yang kurang memuaskan. Melihat dari perspektif yang berbeza, aktiviti lumba haram yang semakin menjadi-jadi juga sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya dalam kalangan pelesit-pelesit rempit. Tanpa mengira keadaan trafik, para pelumba motosikal haram ini akan berkumpul dan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Kodok-kodok rempit ini akan bermaharajalela di jalan-jalan raya dan menjadi pemandu yang beraja di mata dan bersultan di hati dengan aksiaksi yang membanggakan diri masing-masing. Aksi-aksi lumba haram yang ganas seperti drift and drag, gaya 'aerospace' dan 'superman' bukan sahaja salah di sisi undang-undang negara, malah membahayakan nyawa penguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Cuba kita bayangkan pelbagai kemungkinan yang akan menimpa pelumba haram yang memecut laju dengan kelajuan 200 kilometer sejam secara tiba-tiba gagal mengawal motosikalnya dan melanggar seorang kanak-kanak. Adakah dia dan kanak-kanak itu masih terselamat? Dan adakah dia akan dibawa ke muka pengadilan setelah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak yang tidak berdosa? Maka, tidak hairanlah jika aktiviti lumba haram menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Dalam pada itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga merupakan punca kecelakaan di jalan raya. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat serta mampu memberi kesan terhadap psikologi masyarakat tempatan, namun ketidaktegasan dalam pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan di jalan raya. Sebagai contoh, akibat daripada ketidakjujuran segelintir pihak berkuasa yang sanggup menerima rasuah, pemandu bas yang mempunyai 13 saman dan dua waran tangkap masih terlepas daripada tindakan undang-undang. Hal ini diperkukuhkan lagi apabila sebuah bas yang digunakan sejak tahun 1987 serta telah empat kali gagal dalam pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd kerana masalah brek, serta disaman 19

kali oleh pihak polis sejak tahun 1991 dan merekodkan 79 saman daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semenjak lima tahun lalu masih lagi dibenarkan beroperasi di jalan raya. Adakah pihak berkuasa terlalu alpa akan tanggungjawab mereka dalam memakmurkan alam sehingga memandang enteng terhadap perkara sebegini? Di manakah terletaknya keadilan dan keunggulan undang-undang negara sehinggakan fenomena sebegini masih diberi muka? Tuntasnya, kelemahan penguatkuasaan undang-undang turut menjadi dalang dalam masalah kemalangan jalan raya. Secara intihanya, kemalangan maut di jalan raya berpunca daripada pelbagai faktor. Pada hakikatnya, kecelakaan jalan raya bukan sahaja mengakibatkan kecederaan serta menyebabkan banyak nyawa terkorban, malah telah memusnahkan alam sekitar dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di jalan raya. Hal ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara memandangkan pihak kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih infrastruktur jalan. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak haruslah berganding bahu dalam mencari ikhtiar supaya kadar kemalangan maut jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan. Jika Beijing berjaya melakukannya, mengapa tidak Malaysia? Malaysia boleh! Insya-Allah. Jika segala permasalahan ini dapat dirungkaikan, tidak mustahil hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 seperti yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh menjadi kenyataan.

[AR] Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari sama ada di kaca-kaca televisyen, di dada-dada akhbar mahupun di corongcorong radio pasti ada sahaja dipaparkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa manusia. [ARA.Tanya] Murah sangatkah nyawa manusia sehingga banyak jiwa yang terkorban di jalan raya? Jika hal ini dibiarkan berterusan, sudah tentu merugikan sesebuah negara. [AA] Oleh itu,punca-punca kemalangan jalan raya perlu dikenal pasti segera sebelum isu ini menjadi lebih parah lagi. [80 pp] Perenggan Isi 1 : Sikap Pemandu Itu Sendiri 5 Ayat [AP] Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. [AH-Mengapa?] Hal ini disebabkan pemandu bersikap mementingkan diri, tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. [AC] Sebagai contoh, pemandu kenderaan memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan. [AH-Kesan?] Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain. [AP] Oleh itu, sikap berhati-hati di jalan raya dan Biar Lambat Asal Selamat akan dapat menghindarkan kemalangan maut daripada berlaku. [78 pp] Perenggan Isi 2 : Keadaan Struktur Jalan Raya 5 Ayat [AP] Punca seterusnya penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah Keadaan struktur jalan raya.

[AH-Mengapa?] Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang, sempit dan rata sudah pasti mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. [AC] Sebagai contoh, jalan raya yang bengkang-bengkok, selekoh tajam akan memudahkan pemandu yang tidak biasa jalan tersebut terbabas dan terlibat dalam kemalangan jalan raya. [AH-Bagaimana?] Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif segera memperbaiki struktur jalan raya yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya.. [AP] Tegasnya sebelum Nasi Menjadi Bubur, struktur jalan raya perlu diberi keutamaan terlebih dahulu agar keselamatan pengguna-pengguna jalan raya terjamin. [86 pp] Perenggan Isi 3 : Keadaan Kenderaan 5 Ayat [AP] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan boleh mengundang malapetaka kepada pemandunya. [AC] Sebagai contoh, brek kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pemandu sukar mengawal kenderaan ketika saat-saat kecemasan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu akan mudah tersasar dan berlakunya kemalangan jalan raya ketika ingin menghentikan kenderaan secara kecemasan. [AP] Jelaslah, kenderaan hendaklah diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh kerana Malang Tidak Berbau. [76 pp] Perenggan Isi 4 : Undang-undang 5 Ayat [AP] Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan salah satu punca berlaku kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Dendaan dan kompaun sebanyak RM300 bagi kesalahan berat seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan kerana pemandu mampu bayar. [AC] Selain itu, Ops Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika musim-musim perayaan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu tidak gentar melakukan kesalahan di jalan raya kerana mereka mampu membayar denda yang dikenakan dan beranggapan operasi hanya dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. [AP] Jadi, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan pemantauan di kawasan berbahaya hendaklah diambil untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan maut. [93 pp] Kesimpulan. [Rumusan] Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani isu kemalangan jalan raya ini. [Cadangan] Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan dan istiqomah bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. [Pendapat] Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah, barulah inisiatif dirangka untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Isu kemalangan ini tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja kerana impaknya sangat besar kepada negara terutamanya kerugian sumber tenaga yang produktif. [Harapan] Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat hendaklah dijadikan pedoman bagi semua pengguna jalan raya agar nyawa mereka terselamat. Ingat, jangan jadikan lebuh raya sebagai gelanggang perlumbaan mahupun pusara kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah yang perlu dihargai. [80 pp]

You might also like