You are on page 1of 2

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

1.0 PENGENALAN Sebelum sesuatu ujian hendak dibina, satu jadual penentu ujian mestilah dibentuk terlebih dahulu. Jadual ini dikenali sebagai Jadual Penentuan Ujian (JPU). JPU merupakan satu pelan ujian atau kerangka bagi satu ujian yang berkenaan. Disamping itu ia juga disebut sebagai test blue print khas untuk sesuatu situasi yang dibina bagi sesuatu kelas. Bagaimanapun JPU dibina hanya setelah pembina ujian menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. 2.0 KONSEP JSU Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU), adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan. Ia juga menghurai aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. 3.0 FUNGSI JSU Fungsi utama pembinaan JSU adalah untuk : mengawal soalan-soalan yang akan dihasilkan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian menjadi garis panduan kepada penggubal soalan membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain menentukan pemberatan terhadap bidang/topik tertentu membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain menyelaras aras kesukaran ujian menstabilkan taraf dan mutu ujian

4.0 KEPENTINGAN JSU kertas ujian dapat digubal secara sistematik kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina lain. 5.0 CIRI-CIRI JSU Ciri-ciri utama JSU ialah : penentuan tajuk aras kemahiran yang hendak diuji paksi menegak adalah tajuk atau isi pengajaran paksi mendatar adalah kemahiran atau konstruk, bilangan soalan, dan menentukan kesahan setiap ujian 6.0 PENGGUNAAN TAKSONOMI BLOOM DALAM JSU Biasanya JPU dibuat berdasarkan Taksonomi Bloom (1956) iaitu berdasarkan kepada domain kognitif yang disusun mengikut hierarki yang mengandungi enam aras kesukaran iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Pun begitu bagi mata pelajaran pendidikan moral JPU dibuat berdasarkan kepada pendekatan-pendekatan pendidikan moral iaitu pemupukan nilai, bertimbang rasa, rasional, tindakan sosial, perkembangan moral kognitif,

penjelasan nilai dan analisis nilai. Aras kemahiran domain kognitif Contoh kata tugas yang boleh digunakan i. Pengetahuan Mengingat kembali Takrifkan Padankan Perihalkan Namakan Lakarkan Kenal pasti Nyatakan Tuliskan Labelkan Lukiskan Senaraikan ii. Kefahaman Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain, mentafsir bahan atau idea dan merangkakan trend masa depan Ubahkan Anggarkan Buat Inferens Anggarkan Terangkan Hubungkaitkan Tukarkan Cirikan Banding bezakan Berikan contoh Tambahkan Kelaskan Ukur Ramalkan Sukat iii. Aplikasi Menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkrit Kirakan Hitungkan Tunjuk cara Jelaskan dengan contoh Ubahsuai iv. Analisis Mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen Cerakinkan Jelaskan melalui contoh Pilih Huraikan Kawal pemboleh ubah Asingkan Kesimpulan Susun mengikut keutamaan Buat urutan Buat andaian Selesaikan masalah v. Sintesis Menggabungkan komponen-komponen untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatif Gabungkan Buat eksperimen Rancangkan Ringkaskan Buat analogi Binakan Rangkakan Buat reka cipta Konsepsikan Buat gambaran mental Reka bentukkan vi. Penilaian Menilai idea/bahan/maklumat/kaedah berdasarkan kriteria yang spesifik untuk tujuan tertentu Taksirkan Wajarkan Buat keputusan Tafsirkan Sokong Kritik Kesan kecondongan 6.0 PROSEDUR PEMBINAAN JSU Dalam pembinaan JPU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu (1) mengkaji sukatan pelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan (4) menentukan bilangan soalan.

You might also like