You are on page 1of 34

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

1.

DEFINISI KONSEP

Konsep Pengukuran, Pengujian, Penilaian dan Pentaksiran

PENGUKURAN adalah proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif bagi sesuatu ujian pembelajaran dan dinyatakan dalam unit pernomboran atau peratusan atau gred mengunakan skala ordinal, skala jeda (interval) bagi menentukan kedudukan dan pencapaian murid di bilik darjah atau tahap yang sama. skala ordinal digunakan untuk pangkatan gred atau kedudukan murid mengikut pencapaian markah skala jeda (interval) mengandungi unit markah yang sama pemberatan dengan nilai tersendiri dan digunakan untuk membandingkan gred diantara bilik darjah dan lainlain

Dalam erti kata, skala ordinal menentukan kebolehan murid dengan/dan pencapaian skala Interval merangkumi markah dan gred bagi membandingkan tahap pencapaian di antara murid di dalam bilik darjah

PENILAIAN didefinisikan sebagai proses bagi menentukan, mendapatkan dan menyediakan maklumat berguna untuk tujuan dan matlamat yang di perlukan Penilaian adalah satu sistem atau proses yang merangkumi aktiviti mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan menganalisa dan menterjemahkan keputusan Penilaian adalah satu proses kualitatif Penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, analisis dan penterjemahan

PENGUJIAN adalah satu cara sistematik bagi mengukur perubahan sikap individu (Gagne. R.M, 1965) Sesuatu ujian adalah untuk mengukur sikap dan tingkahlaku murid terhadap aktiviti yang diperolehi adalah instrumen pengukuran bagi memperolehi maklumat mengenai pencapaian murid dalam bidang atau domain kognitif, psikomotor dan afektif adalah perlu untuk menunjukkan aktiviti murid dalam perubahan tingkahlaku melalui pemerhatian atau ujian formal bermula dengan peringkat pembinaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat pemeringkatan bagi memastikan murid menguasai kemahiran tertentu dan memperolehi pengetahuan yang di berikan

Tujuan Pengukuran

i)
ii) iii) iv)

Menempatkan murid ke aliran yang sesuai Membuat penganalisaan, penterjemahan dan kesimpulan bagi kajian tertentu Pensijilan dalam bentuk pencapaian akademik bagi tahap persekolahan tertentu Digunakan sebagai kriteria oleh penguatkuasa tertentu untuk tujuan tertentu

Tujuan Pengujian

i)
ii) iii) iv) v)

Menentukan perubahan tingkahlaku murid Menentukan pencapaian murid dalam penbelajaran tertentu Menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian Memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran Melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat

Tujuan Penilaian

i)
ii) iii)

Mengumpul maklumat mengenai pencapain murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran Menentukan Menentukan kekuatan dan kelemahan penyampaian murid guru dalam sesuatu kemahiran bagi pembelajaran bagi membolehkan aktiviti pengayaan danpemulihan keberkesanan di dalam bilik darjah membolehkan perancangan strategi pengajaran yanglebih berkesan 2

iv) v)

Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi membolehkan aktiviti rujukan dijalankanjika diperlukan Mentaksir keberkesana pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM

Perhubungan Di Antara Penilaian, Pengukuran dan Pengujian

Pengujian

Pengukuran Penilaian

PENTAKSIRAN adalah dari perkataan Latin yang bermaksud "duduk bersama" dengan pembelajar dan mengesahkan respon adalah bermaksud dengan apa yang dimaksudkan !

Dalam kebanyakan perancangan pentaksiran kepastian atau kebolehpercayaan terhadap pentaksiran adalah amat berkurangan. Kebanyakan "kebolehpercayaan" Perancangan Pentaksiran hendaklah : Bebas dari bersifat berat sebelah atau di pengaruhi oleh bias Menunjukkan apa yang telah (atau apa yang sepatutnya) di ajar dan dipelajari Menyediakan maklumat untuk meningkatkan pengajaran (pengajaran dan atau kuikulum) Memaklumkan ketidak sefahaman 3 pentaksiran dikatakan tidak mempunyai nilai "kesahan" dan

Mengapa guru atau pendidik perlu tahu mengenai pentaksiran ? Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid Memantau kemajuan murid Memberi dan menetapkan penggredan Menentukan keberkesanan pengajaran Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan Menilai guru dan pendidik Menjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan pembelajaran

Contoh Perkataan Atau Frasa Untuk Membuat Penilaian

Aras Kemahiran Domain Kognitif

Cadangan frasa atau perkataan untuk menilai domain / perlakuan Mengingati kembali Mentakrif Memerihal Mengenal pasti Melabel Menyenarai Melakar Memadan Menama Menyatakan Melukis Menulis

Mengetahui

Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta-fakta spesifik, istilah, kaedah atau prosedur, konsep asas dan prinsip

Aras Kemahiran Domain Kognitif

Cadangan frasa atau perkataan untuk menilai domain / perlakuan

Memahami -

Menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta, konsep dan prinsip.

Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain; mentafsir bahan atau idea; merangkakan trend masa depan mengubah menganggar menerangkan memberi contoh mengukur menyukat menentukan menukar membanding dan membeza menambah meramalkan membuat inferens menghubungkait mencirikan mengelas

Mengaplikasi

Menguji lebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas.

menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkrit: mengira menunjuk cara mengubahsuai menghitung menjana idea menjelaskan dengan contoh

Menganalisis 5

Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea-idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan.

mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan perhubungan antara komponen. mencerakin menjelaskan melalui contoh memilih mengasingkan membuat andaian menghuraikan mengawal pembolehubah membuat urutan menyusun mengikut keutamaan menggunakan perhubungan ruang dan masa membuat kesimpulan

Aras Kemahiran Domain Kognitif Mensintesis Menilai -

Cadangan frasa atau perkataan untuk menilai domain / perlakuan menyelesaikan masalah Menggabungkan komponenkomponennya untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatif. menggabungkan merancang meringkaskan membina merangkakan berkomunikasi mengeksperimen menganologi mereka cipta mengkonsepsikan membuat gambaran mental mendefinisikan secara operasi membuat hipotesis mereka bentuk menilai idea/bahan maklumat/kaedah berdasarkan criteria yang spesifik untuk tujuan yang tertentu. menaksir mengkritik mentafsir mewajarkan mengesan kecondongan membuat keputusan menyokong

Menguji kebolehan calon untuk mengabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat suatu rumusan.

Menguji kebolehan calon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.

2.

PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif: Penilaian Formatif Bagi mencapai matlamat dan objektif yang dirancangkan, aktiviti penilaian seringkali memberikan maklumat penting kepada guru untuk melaksanakan tindakan seterusnya. Penilaian yang dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum dikenali penilaian formatif. Penilaian ini dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Penilaian lazimnya mendatangkan kesan negatif sama ada kepada murid, guru atau ibu bapa sendiri. Hal ini demikian kerana penilaian sering kali menimbulkan ketegangan kepada golongan berkenaan. Dengan itu, penilaian formatif cuba mengurangkan ketegangan tersebut tanpa membandingkan pencapaian antara pelajar. Pendidik yang beramanah seharusnya memberikan penerangan dan bimbingan kepada murid dan kepada ibu bapa murid akan kegunaan serta tujuan penilaian formatif. Ujian yang dibentuk dalam penilaian ini seharusnya bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. Ujian dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Misalnya, guru dapat mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajarannya, manakala murid dapat mengetahui kelemahan aspek tertentu dalam pembelajaran. Dengan itu penilaian ini bukan sekali-kali bertujuan membandingkan pelajar sebaliknya ingin membantu murid. Dengan itu, tidak ada gred diberikan kepada penilaian atau ujian yang dijalankan. Contoh penilaian formatif seperti sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred. Bagi memastikan pelaksanaan penilaian yang berkesan, beberapa langkah atau prosedur perlu diberikan tumpuan atau perhatian oleh guru, iaitu: 1) Menentukan topik pembelajaran. Dalam sesuatu sukatan pelajaran, mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Pengajaran topik-topik berkenaan memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan semua sukatan berkenaan. Langkah terbaik ialah menyusun topik berkenaan mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan 7

dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik. 2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. Guru harus mengenal pasti aspek-aspek tertentu setiap topik yang perlu dikuasai oleh pelajar. Misalnya pelajar dapat mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan. 3) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah. 4) Membentuk soalan ujian. Selepas penentuan elemen-elemen berkenaan, misalnya ada sepuluh elemen dalam sesuatu topik, maka setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan. 5) Mencadangkan langkah susulan. Tujuan penilaian formatif dijalankan ialah antara lain untuk mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. Dengan itu tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Misalnya, murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.

Penilaian formatif atau ujian formatif dianggap sebagai suatu strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid-murid masing-masing saling memperolehi maklumat akan kelemahan-kelemahan yang wujud semasa pengajaran pembelajaran berlangsung berdasarkan keputusan ujian yang ditunjukkan. Ini memberikan motivasi kepada guru dan

murid untuk membaiki prestasi masing-masing. Guru memperbaiki prestasi penyampaian manakala murid memperbaiki strategi pembelajaran.

Tujuan Penilaian Formatif


Pada asasnya, penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki pengajaran pembelajaran. Di samping memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, secara langsung penilaian yang dijalankan dapat meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Hal ini dapat direalisasikan melalui ujian-ujian yang dikendalikan dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. Situasi ini akan menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan. Penilaian formatif juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. Dengan mengadakan ujian formatif, guru dapat meninggi pencapaian dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan. Di samping itu, kegunaan penilaian formatif juga bertujuan mengubah suai pengajaran seseorang guru. Hal ini kerana pencapaian yang rendah di kalangan muridmurid barangkali disebabkan oleh kelemahan pengajaran guru itu sendiri. Pendekatan yang diambil oleh guru berkenaan tidak semestinya sama dalam semua sesi pembelajaran yang dikendalikan. Begitu juga murid-murid yang dihadapinya terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Ada yang sederhana, lemah dan cemerlang. Keadaan ini memerlukan pengubahsuaian dalam penyampaian guru agar pembelajaran lebih berkesan. Berasaskan penilaian yang dijalankan guru dapat mengenal pasti aspek atau topik yang menunjukkan kecenderungan murid-murid masih lemah dan topik yang telah dikuasai oleh murid. Selain mengatasi kelemahan dalam pengajaran, guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. Misalnya, guru menggunakan pendekatan syarahan dalam menyampaikan pengajaran. Pada akhir topik berkenaan, satu ujian formatif dilakukan dan mendapati kebanyakan murid kurang memahami topik yang diperkatakan. Dengan itu guru 9

dapat memahami bahawa pendekatan berkenaan tidak sesuai dan beliau boleh mengubah dengan menggunakan pendekatan lain seperti perbincangan dan sebagainya. Penilaian formatif juga bertujuan untuk memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. Maklumat yang diperolehi daripada siri ujian yang dijalankan dapat digunakan oleh murid-murid untuk mengatasi kelemahan mereka. Mereka boleh berbincang dan mendapat bimbingan serta khidmat nasihat daripada guru mereka. Dengan cara itu, muridmurid berkenaan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya meningkatkan penguasaan pembelajaran. Mereka juga akan menjadi sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topiktopik pembelajaran. Kesimpulannya, penilaian atau ujian formatif adalah suatu strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat dalam membantu pelajar dan guru. Maklum balas yang diperolehi dapat digunakan oleh guru dan murid-murid serta merta dalam memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud. Ia memberikan motivasi kepada guru untuk terus berusaha dengan gigih bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Manakala pada pihak murid-murid pula, ia memberikan harapan tinggi mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Penilaian sumatif Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian. Tujuan penilaian sumatif ialah untuk menentukan sejauh mana objektif-objektif sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid-murid. Dengan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan ujian, peratusan objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui. Kedua, penilaian sumatif bertujuan memberikan gred kepada murid-murid

berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan adanya gred yang diberikan, akan memudahkan guru untuk membuat perbandingan antara individu dalam satu-satu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut tingkatan atau 10

kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru boleh membuat kesimpulan peringkat pencapaian pelajar mengikut kumpulan tertentu misalnya kumpulan pelajar lemah, sederhana dan cemerlang. Contoh penilaian sumatif seperti penilaian pada akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR dan sebagainya. Bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran penilaian sumatif, langkahlangkah berikut harus diberikan penekanan: 1. Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi. 2. 3. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi. 4. 5. 6. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan. 7. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

11

Tujuan Penilaian Sumatif


Pada umumnya, penilaian sumatif untuk menentukan pencapaian murid sebagai satu kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah ditentukan. Selain itu, penilaian sumatif juga bertujuan untuk mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan. Guru atau pendidik juga dapat membuat ramalan akan kejayaan murid dalam sesuatu mata pelajaran. Pencapaian pada peringkat awal biasanya mempunyai perhubungan yang tinggi dengan peringkat pencapaian yang seterusnya. Misalnya, kemahiran mengenal huruf murid akan menjadi ramalan kepada kemahiran untuk menyusun huruf-huruf dalam membentuk perkataan pada masa depan. Penilaian sumatif juga dapat dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. Sebelum memulakan sesuatu kursus baru murid-murid dikehendaki terlebih dahulu menduduki ujian yang menentukan peringkat pencapaian mereka agar dapat memastikan murid-murid berkenaan telah menguasai kemahiran asas yang diperlukan dalam sesuatu kursus baru berkenaan. Sekiranya murid-murid berkenaan sudah mencapai peringkat tertentu, barulah mereka dibenarkan untuk mengambil kursus tersebut. Selain itu, keputusan penilaian sumatif juga dapat memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan. Item yang sama ditadbir kepada beberapa kumpulan bagi tujuan membuat perbandingan pencapaian yang diperolehi. Dengan cara itu, perbandingan pencapaian dapat dibuat dalam menentukan kelompok pelajar lemah, sederhana dan cemerlang serta kelas (bilik darjah) yang lemah dan cemerlang. Kesimpulannya, penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan telah lama dilaksanakan dalam dunia pendidikan dengan tujuan utama ialah untuk memberikan gred kepada pencapaian murid. Di samping itu, penilaian ini juga dapat digunakan secara menyeluruh dalam memperbaiki sesuatu kurikulum kerana keputusan yang diperolehi lebih menyeluruh.

12

Merancang Penilaian. Dalam pelaksanaan penilaian, guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen penilaian yang perlu digunakan. Penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) boleh membantu guru membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan. Dengan bantuan JPU guru dapat merangkakan tajuk/kemahiran yang hendak diuji dan peringkatnya dalam taksonomi kognitif Bloom. Bilangan serta peratus soalan untuk setiap peringkat kognitif juga ditunjukkan dalam jadual penentuan ini. Untuk sesuatu tajuk dan peringkat taksonomi, hasil pembelajaran murid dicatatkan secara spesifik. Penentuan hasil pembelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada: mata pelajaran tajuk-tajuk yang dinilai peringkat kebolehan murid yang dinilai wajaran aras kesukaran: mudah, sederhana, sukar

Guru perlu meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam sukatan pelajaran. Bilangan peratus soalan bagi sesuatu tajuk perlu ditunjukkan.

13

3.

BENTUK PENILAIAN, CONTOH DAN PELAKSANAAN

Penilaian Secara Pemerhatian Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti: sikap perlakuan/amalan amali kemahiran manipulatif kemahiran bersosial kemahiran belajar kemahiran kinestetik kemahiran literasi komputer kemahiran mereka cipta

Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

Penilaian secara lisan. Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara: murid dengan guru murid dengan murid murid dengan bahan pembelajaran Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah: kefahaman konsep pengetahuan fakta kecekapan mendengar 14

penggunaan bahasa yang tepat kefasihan menghafaz sebutan dalam berbahasa kecekapan mencongak gaya persembahan pertuturan dan sikap

Instrumen Penilaian Lisan Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut: bacaan kuat syarahan perbahasan bercerita perbincangan hafazan temu bual soal jawab nyanyian deklamasi sajak mendengar dan memberi respon secara lisan Penilaian lisan membolehkan guru : mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz. mengesan kelancaran dalam sebutan. mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta. Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut guru perlu memastikan: soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami. aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea. 15

pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Penilaian Secara Penulisan. Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut: karangan laporan projek/kerja kursus/folio latihan dan ujian bertulis huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Instrumen Penilaian Penulisan Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut: kemahiran menulis menyusun idea penggunaan tanda baca perbendaharaan kata mengaplikasi mentafsir menilai Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira: soalan menepati kemahiran yang akan diuji bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan aras kesukaran soalan dipelbagaikan skema pemarkahan disediakan Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:

16

soalan subjektif soalan objektif Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.

17

4.

BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI

Bidang dan Bentuk Penilaian Bidang pembelajaran yang diuji dalam Pendidikan Islam meliputi : Penguasaan ilmu Penguasaan kemahiran Penghayatan dan amalan

Hasil pembelajaran yang telah dikenalpasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah: Pemerhatian Lisan Penulisan Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada: hasil pembelajaran yang hendak dinilai. kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk : Mengesan serta-merta mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam pengajaran harian tidak memerlukan instrumen yang khusus.

Mengesan kemajuan mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran perlu dirancang secara individu atau kumpulan menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis

18

Mengesan pencapaian mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program perlu dirancang secara individu dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan

19

5.

PEMBINAAN ITEM PENDIDIKAN ISLAM

Objektif: Penggubal perlu mengetahui falsafah dan objektif penilaian secara keseluruhan selain memahami dengan jelas objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan soalan yang hendak digubal.

Sukatan Pelajaran, Format dan JPU: Soalan yang digubal mestilah berdasarkan sukatan pelajaran, format dan JPU bagi mata pelajaran yang berkaitan. Tujuannya ialah supaya kertas soalan yang dihasilkan mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Kata kerja: Gunakan kata kerja yang menepati aras taksonomi seperti telah diterangkan di atas.

Bahasa: a. Gunakan bahasa yang mudah difahami iaitu jelas dan tepat dari segi kehendak soalan. b. c. d. Pastikan penggunaa tatabahasa dan struktur ayat yang betul. Tinggalkan perkataan / ayat yang kabur dan mengelirukan Hanya istilah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja yang diberi keutamaan. Sekiranya terdapat istilah lain, pastikan ia diguna pakai oleh Kementerian Pendidikan. Contoh: inferens. e. Tandakan istilah bahasa asing yang digunakan dengan pembuka kata dan penutup kata .:

Contoh: Idgham.

20

Jenis-jenis ujian:

JENIS UJIAN

OBJEKTIF a. Ujian Objektif.

SUBJEKTIF

Ujian

ini dipanggil sedemikian kerana pemeriksa yang lain akan memberikan

markah yang sama apabila memeriksa kertas jawapan objektif yang sama. Jawapan bagi ujian objektif adalah pendek. Didapati lebih sesuai menguji kebolehan calon di aras kognitif yang rendah iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Pemarkahan adalah objektif ,cepat, mudah dan jitu. Sebaliknya ujian objektif gagal menguji kebolehan calon untuk memilih, menyusun dan menyatukan idea. Walaubagaimana pun kajian menunjukkan jika ujian objektif digubal dengan teliti boleh juga menguji kebolehan calon di aras kognitif tinggi. Contoh-contoh ujian objektif adalah seperti berikut: i. Item jawapan pendek.

Siapakah nama ibu Nabi Muhammad s.a.w. ? ____________________________________ ii. Item melengkapkan.

Rukun Iman mempunyai __________ perkara. iii. Item benar-salah.

Tandakan ( ) bagi kenyataan yang benar dan (X) bagi kenyataan yang salah. (a) Rukun Islam empat perkara ( (b) Rukun Iman enam perkara iv. Item padanan. ( ) )

Nabi Muhammad

Taurat

Nabi Musa

Al-Quran 21

v.

Item Aneka pilihan.

Tahun Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan dikenali dengan nama tahun ______ (a) Rusa (b) Harimau (c) Kuda (d) Gajah

Kelebihan Ujian Objektif 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Dapat meliputi semua bidang mata pelajaran dengan luas. Dapat menguji aras kognitif di peringkat pengethuan, kefahaman dan aplikasi dengna berkesan. Masa yang diperlukan untuk menjawab dan memeriksa adalah ringkas. Objektifnya aras tinggi. Jawapan yang sama akan diberikan markah yang sama walaupun diperiksa oleh pemeriks yang berlainan. Item ujian boleh dinyatakan dalam bahasa yang mudah. Unsur emosi pemeriksa tidak akan mempengaruhi pemarkahan. Kebolehpercayaan keputusan adalah tinggi kerana banyak soalan boleh disediakan.

Kelemahan Ujian Objektif 1) 2) 3) 4) 5) Pembinaan ujian memerlukan lebih tenaga, masa dan perbelanjaan. Tidak dapat menguji kebolehan calon pada aras kognitif yang tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian. Gagal menguji kebolehan calon untuk menyusun dan menghuraikan idea-idea. Mungkin menggalakkan calon-calon meneka jawapan. Calon boleh berlatih menjawab soalan-soalan objektif bagi tahun-tahun lalu boleh meningkatkan taraf pencapaian.

b.

Ujian Subjektif. Ujian subjektif ialah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan calon

memberi jawapan secara lisan atau bertulis. Jawapan calon mungkin bebas atau terhad. Sekiranya bebas, jawapan itu adalah dalam bentuk esei dan sekiranya terhad ia mungkin 22

merupakan satu ayat sahaja (struktur). Bertujuan menguji kebolehan pelajar pada aras kefahaman, aplikasi dan jika digubal dengan teliti boleh menguji aras yang lebih tinggi. Berdasarkan kepada jawapan calon, ujian subjektif boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

i.

Jawapan Terhad (struktur).

Jenis soalan ini menghadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon. Jawapan yang diberikan hanya merupakan satu ayat atau satu frasa sahaja. Contoh: Tulis rukun-rukun Iman di ruangan berikut mengikut urutan.

1. __________________________________________ 2. __________________________________________ 3. __________________________________________ 4. __________________________________________ 5. __________________________________________

ii.

Jawapan Tidak Terhad (Esei).

Jenis soalan ini membenarkan calon memilih, mengatur, dan membentangkan jawapan yang difikirkan sesuai. Contoh: Terangkan peranan ibadat haji dalam menyatukan umat Islam.

Kelebihan Ujian Subjektif 1) 2) 3) Mudah untuk dibina dan ditadbir Boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran Merupakan cara untuk mengetahui sejauh mana seorang calon dapat menerangkan idea-ideanya.

23

4) 5) 6) 7) 8)

Calon-calon dapat diuji kebolehan untuk menyususn, menganalisis dan membuat sintesis idea-idea meraka. Peluang untuk meneka jawapan adalah kurang. Menggalakkan calon menyediakan diri menghadapi ujian dengan meneka kepada kemahiran menyusun dan membuat sintesis isi jawapan. Peluang untuk menipu atau meniru jawapan dikurangkan. Dapat mengukuh hasil pembelajaran yang kompleks.

Kelemahan Ujian Subjektif 1) 2) 3) 4) 5) 6) Unsur subjektif semasa pemarkahan akan mempengaruhi kesahan dan

kebolehpercayaan ujian itu. Hanya dapat meliputi bidang yang terhad kerana bilangan esei terbatas. Pemarkahan mengambil tenaga dan masa yang panjang. Pemarkahan ujian esei mungkin dipengaruhi oleh factor-faktor yang kurang relevan yang panjang atau pendek. Pemarkahan juga dipengaruhi oleh bentuk emosi pemeriksa, keadaan fizikalnya dan masa yang telah digunakan untuk memeriksa kertas jawapan. Kesan halo mungkin dapat memainkan peranan. Markah yang tinggi bagi soalan pertama mungkin mempengaruhi markah bagi soalan-soalan seterusnya.

24

6.

PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) PENDIDIKAN ISLAM

Jadual Penentuan Ujian dikenali juga dengan nama Test Blue Print

atau

Test

Specification. JPU merupakan satu matrik yang terdiri dua paksi kandungan (paksi menegak) dengan paksi aras kemahiran (paksi melintang). Dalam ruangan aras kemahiran pula dicatatkan objektif pengajaran yang biasanya disesuaikan dengan taksonomi objektif pendidikan. Secara am objektif pengajaran dinyatakan dalam kurikulum pelajaran dan secara khusus terdapat dalam sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran berkenaan. Tiaptiap pelajaran mempunyai penekanan aras kemahiran yang berbeza sesuai dengan objektif mata pelajaran berkenaan. Secara ringkas perkara-perkara yang boleh didapati daripada sesuatu JPU adalah seperti berikut: 1) 2) 3) 4) 5) 6) Kandungan ujian : topik-topik Aras kemahiran: taksonomi objektif pendidikan Pemberatan dalam peratus pada kandungan dan aras kemahiran: panjang masa mengajar dan kepentingan. Bentuk atau format ujian: objektif, esei, amali, kerja kursus dan lain-lain. Bilangan item: mengikut bentuk ujian, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan item: dalam lingkungan 20% hingga 80%

Kepentingan JSU 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras kemahiran kepada guru yang mengajar dan menggubal ujian. Memastikan terdapat perseimbangan antara topic-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji (terdapat sebaran aras kemahiran yang sesuai). Menjadi panduan membentuk format ujian. Menjadi panduan membentuk soalan. Menstabilkan taraf ujian yang sama pada masa hadapan. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh kumpulan lain. Membolehkan perbandingan dengan ujin yang lain. Menstabilkan taraf dan aras kepayahan ujian dari semasa ke semasa.

25

Komponen Utama Dalam JSU

1)

Paksi Kandungan: Dalam paksi kandungan dicatatkan bahan yang diajar. Bahanbahan itu boleh dicatatkan secara ringkas atau secara topic demi topic seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Boleh juga dibuat secara ringkas dan am yang mana sukatan dibahagigkan kepada skop-skop yang luas seperti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak. Pembahagian begini hanya sesuai untuk menghasilkan rumusan dan kurang memberi faedah kepada guru dan penggubal soalan.

2)

Paksi Aras Kemahiran: Dalam paksi ini mengandungi objektif pengajaran yang merupakan perubahan tingkah laku dan kemahiran-kemahiran yang diharapkan pada tiap-tiap topic dalam paksi kandungan. Model yang digunkan ialah taksonomi pendidikan iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

3)

Paksi Pemberatan: Pemberatan adalah penekanan yang patut diberikan kepada tiaptiap topic dan kemahiran. Untuk ujian bilik darjah pemberatan bolehlah didasarkan kepada rasa penting terhadap sesuatu topic atau tajuk yang diajar pada sesuatu ketika. Untuk sesuatu ujian yang lebih luas penggunaannya, pemberatan tentulah berdasarkan kepada keluasan isi pelajaran dan panjang waktu yang diperuntukkan kepadanya. Proses pemberatan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat: a. b. c. Menukarkan pemberatan waktu kepada peratus dan dicatatkan di hujung paksi tersebut. Membahagikan peratus itu kepada bentuk soalan yang sesuai objektif atau esei. Menyelaraskan bentuk soalan, bilangan soalan dengan aras kemahiran.

4)

Kepayahan soalan: Secara kuantitatif kepayahan soalan adalah dimaksudkan peratus calon yang boleh menjawab dengan betul pada sesuatu soalan. Semakin besar peratus semakin mudahlah sesuatu soalan itu. Untuk ujian pencapaian bersifat rujukan norma, min kepayahan ujian sebaik-baiknya ialah 50%. Walaupun begitu soalan yang mudah dan sukar harus juga dimasukkan ke dalam ujian. Soalan mudah iaitu lebih kurang 70% daripada calon boleh menjawabnya, boleh menjadi motivasi kepada calon-calon yang lemah. Soalan yang sukar pula lebih kurang 30% daripada calon dapat menjawabnya, boleha menjadi pencabar kepada calon-calon yang bijak. Perbanyakkan soalan beraras kepayahan sederhana antara 40% hingga 60%.

26

Terdapat kajian menunjukkan soalan-soalan beraras kepayahan sederhana boleh menambah sisihan lazim dan memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian.

Langkah Menyediakan JPU Langkah 1: Kaji objektif ujian dan sukatan pelajaran berkenaan. Fahamkan falsafah, objektif, topic-topik dan cadangan penilaian yang juga menyebutkan kerja kursus serta kerja amali. Sebaik-baiknya kerja kursus dan amali tidak berulang secara tepat dalam ujian/peperiksaan. Langkah 2: Tentukan format ujian/peperiksaan iaitu dari segi tempoh ujian, jenis soalan, bahagian, bilangan pemberatan markah. soalan peruntukan masa bagi setiap bahagian,

Buat rumusan format seperti contoh berikut: Rumusan Format

Mata Pelajaran Panjang Masa Bentuk Markah Perkara Masa Markah Bilangan soalan Markah 1 soalan

: : : :

Pendidikan Islam 2 jam Objektif dan esei 100 Objektif 1 jam 40 40 1 1.5 minit Esei 1 jam 60 3 20 20 minit

Masa bagi setiap soalan

Langkah 3:

Senaraikan tajuk/topik yang hendak diuji dan masa kuliah yang diperuntukkan bagi setiap tajuk.

27

Carta aliran proses menyediakan JPU:

Pilih tajuk yang hendak dinilai.

Tentukan Hasil Pembelajaran.

Tentukan bilangan soalan mengikut aras.

Tulis bilangan soalan dalam petak berkenaan.

Semak jumlah dan peratus semua soalan dalam lajur menegak danmendatar.

28

Contoh JPU Mata Pelajaran: Pendidikan Islam Tajuk: Solat Lima Waktu
Aras Kemahiran Kandungan Pengetahuan M Sd S Kefahaman M Sd S Aplikasi M Sd S Analisis M Sd S Sintesis M Sd S Penilaian M Sd S Jumlah %

Pengertian

Bilangan Waktu Rukun Hikmah

Jumlah %

( M = Mudah, Sd = Sederhana, S = Sukar ) Nota: Tidak semua peringkat hasil pembelajaran dan aras kemahiran mesti diuji dalam sesuatu penilaian/ujian. Aras kemahiran bolehdiubahsuai kepada mudah dan sukar.

29

7.

PENILAIAN PAFA SEKOLAH RENDAH

Beberapa perkara asas fardhu ain yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam, yang hendak dipastikan supaya setiap murid benar-benar mengetahui, memahami, mengamal dan menghayati dengan betul dan sempurna sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak.

Tujuan 1. Mengenalpasti murid yang lemah dalam kefahaman dan amalan PAFA, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna. 2. Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam PAFA, dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%. 3. Menimbul dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati dalam amalan kehidupan harian. 4. Merangsang tanggungjawab guru untuk memastikan murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan.

Peraturan 1. Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari tahun 1 hingga tahun 6 (UPSR). Tingkatan 1 hingga tingkatan 3 (PMR) dan tingkatan 4 hingga tingkatan 5 (SPM) mengikut kod-kod yang telah ditetapkan. 2. Penilaian akhir PAFA dijalankan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 3. 4. Penilaian PAFA dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah. Penilaian dijalankan sendiri oleh guru Pendidikan Islam mengikut masa yang sesuai, sebagai proses penilaian biasa dalam pengajaran dan pembelajaran. 5. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kod-kod yang ditetapkan. Guru boleh meneruskan penilaian kepada murid yang menguasai kod-kod seterusnya. Murid ini boleh dinilai semula sebagai pengukuhan. 6. Soalan dan jawapan penilaian tidak rahsia sebagaimana yang telah dicadangkan dalam buku panduan. Murid hendaklah diberitahu lebih awal. 30

7.

Sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang serta bimbingan yang secukupnya untuk mengulang serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha ini diteruskan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan betul dan sempurna.

8.

Pencapaian murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa secara kemaskini dalam Borang Pencapaian Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah rekod bagi proses dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid.

9.

Penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian/ Daerah sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa.

10.

Pemantauan proses pelaksanaan penialain PAFA di peringkat sekolah akan dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar dari semasa ke semasa.

11.

Pencapaian LULUS dalam sesuatu Kod / Tajuk ialah apabila murid faham sesuatu tajuk dan dalam hal ibadah dapat mengamalkan sesuatu kemahiran sekurangkurangnya pada tahap keupayaan yang paling minima yang dikira SAH dari segi syarak.

12.

Murid diperakui LULUS dalam keseluruhan penilaian PAFA apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua kod / tajuk soalan yang telah ditetapkan.

13.

Borang pencapaian individu hendaklah disertakan bersama rekod perpindahan pelajar ke sekolah lain.

14.

Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian di peringkat sekolah menggunakan format sijil yang disediakan. Laporan juga perlu diserahkan kepada Bahagian / Unit Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, menurut prosedur yang disediakan.

Pelaksanaan

Sept

Mac

Ogs

Bil

Tindakan

OKt

Feb

Jan

Jun

Mei

Apr

Jul

Catatan

Memastikan murid memiliki buku panduan penilaian PAFA Penyediaan Fail PAFA (borang berkelompok)

31

Pelaksanaan PAFA 3.1 Ting. 1- 2 3.2 Ting. 3 (PMR) 3.3 Ting 4 3.4 Ting. 5 (SPM)

Kemaskini borang berkelompok PMR dan SPM Menghantar keputusan penuh PAFA/ Disket ke Unit/ Bahagian Peperiksaan (JPN) 5.1 PMR 5.2 SPM

Mengemaskini rekod pencapaian individu murid yang akan berpindah sekolah baru (sekiranya ada) Penyetaraan daripada Kementerian/JPN/ Bahagian/ Daerah

Mengikut takwim pihak berkenaan

32

AGIHAN KOD PAFA (UPSR, PMR DAN SPM)

TINGKATAN

KOD DINILAI 01 02

TAJUK Mengucap Dua Kalimah Syahadah Rukun Islam Rukun Iman Beristinjak Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis Cara Berwudhuk Cara Bertayammum Cara Mandi Wajib Azan dan iqamah serta jawapan dan doa selepasnya Solat Fardhu Solat Jenazah Puasa Adab Terhadap Ibu bapa Ihsan Kewajipan Menutup Aurat Batas Pergaulan Dalam Islam Mengucap dua kalimah syahadah Rukun Islam Rukun Iman Beristinjak Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis

03 04 05 06 07

08 09 10 11 12 13

15 16 17 01 02

03 04 05

33

06 07 08 09 10 11 12 13 5 14 15 16 17 15

Cara Berwuduk Cara Bertayammum Cara mandi wajib Azan dan Iqamah serta jawapan dan doa selepasnya Solat Fardhu Solat Jenazah Puasa Adab terhadap ibu bapa Perkahwinan Ihsan Kewajipan menutup aurat Batas pergaulan dalam Islam Ihsan

34

You might also like