You are on page 1of 3

Pemikiran visual merupakan satu pemikiran yang tidak verbal.

Psikologi telah mengkaji pemikiran visual yang dikatakan satu pemikiran bukan lisan. Beberapa tahun dahulu terdapat tabiat yang kuat untuk membahagikan budaya kepada dua prinsip.

Bahagian pertama berkaitan disebut sebagai budaya intelek saintis dan berkaitan dengan pemikiran. Kedua merupakan budaya manusia yang berkaitan dengan nilai. Kemanusiaan, artis, composer yang membuat melodi dan irama memiliki kelebihan.Bagi kes seperti sekarang ini,senang untuk kita sedari yang buku teks menunjukkan pemikiran sainstifik dan persepsi indah. Terdapat pendapat yang salah jika menyatakan yang sains adalah rasional manakala penggiat seni hanya membina imej yang menyeronokkan. Sebenarnya artis, penulis, komposer muzik juga boleh menyentuh perasaan dunia realiti yang berbeza tidak kurang seperti sainstifik. Simfoni umpama teori kepada sesuatu objek yang serius. Contoh yang boleh digunakan ialah bagaimana mengelaskan wanita . Watak yang berbeza dapat mengelaskan wanita dalam kelompok tertentu. Pemikiran sainstifik lebih kepada perkataan dan symbol methematik Manakala artis seperti jurutera lebih kepada garaf, diagram sesuatu yang lebih grafik. Terdapat pendapat yang jurutera memiliki pemikiran visual sebanyak 20 % hingga 40 %. C.H Pierce mengelaskan tanda yang dibuat merupakan sesuatu irama yang efektif untuk pemikiran yang munasabah. Psikologi melihat pemikiran visual berfungsi ketika berkeupayaan menggambarkan maksud imej dengan gambar yang nyata. Rudof Arnheim seorang psikologi Amerika menulis yang seseorang tidak boleh memberi maklumat terus kepada individu selagi maklumat itu tidak dalam bentuk yang jelas.

Pemikiran visual membantu kita untuk memahami pemikiran yang abstrak. Ini bermaksud sesuatu yang abstrak menjadi gambaran yang intelektual. Perlu diberi penekanan yang pemikiran visual berhasil daripada pengalaman yang berharaga dan pemikiran lisan yang abstrak. Isi kandungan gambaran pemikiran visual tidak sama dengan data yang dikeluarakan secara terus. Kandungannya berubah antara imej visual yang rasioanal iaitu gambaran tampak struktur objektif yang tidak memberi persepsi nyata. Namun dengan struktur kognitif manusia, gambaran pemikiran visual ditengah antara pemikiran abstrak yang logik dan aktiviti masa depan yang praktikal. Gambaran ini mengubah kandungan yang ingin dilaksanakan. Kadang-kadang mudah untuk mengkritik kandungan prinsip atau meningkatkan pengetahuan. Mungkin kerana pemikiran visual bukan dibina berkonsep sepertimana asas dunia sainstifik. Kita selalu ingat bagaimana bintang, planet yang disebut oleh sains tetapi tidak ingat mathematic dan teori sains tanpa visual yang jelas. Gambaran pemikiran visual yang mempunyai tingkat yang sesuai membantu memindahkan kesimpulan yang utama melalui teori yang berlainan diluar dan dalam sains. Ia membantu keputusan sains di dalam masyarakat. Perkara ini bermaksud struktur aton atau gen menjadi gambaran minda yang jelas kepada sainstis dan manusia biasa. Pemikiran visual menjadi jambatan kognitif antara pemikiran lisan dan aktiviti praktikal yang dikeluarkan antara perkataan dan urusniaga. Sepatutnya budaya pemikiran visual ini diajar kepada kanak-kanak peringkat awal usia lagi supaya berterusan hingga pelajar, ahli sains dan jurutera. Sayangnya sistem pedagogi lebih kepada proses kognitif yang disebut dalam idea falsafah.

Guru-guru yang naf percaya keperluan dan tabiat kreativiti secara automatic tanpa pendidikan menengah yang sukar.Kita tahu pendidkan di barat biasa mengamalkan pedagogi gambaran budaya falsafah dan bidang sains bersama muzikdan pendidikan seni di sekolah, kolej teknologi dan universiti. Pelajar dan penuntut berkebolehan membentuk kognitif kepada objek seni tiruan yang baru. Sistem mereka berjaya membina budaya pemikiran visual dengan berhati-hati.

You might also like