You are on page 1of 24

KERTAS 2

MASA : 1 jam 15 minit

PENGENALAN
Terbahagi kepada tiga bahagian Bahagian A Memindahkan maklumat / Mentafsir bahan grafik

BENTUK

Masa 1 jam 15 mint

Bahagian C Membuat ulasan

Bahagian B Menulis karangan

UPSR (BAHASA MELAYU) FORMAT BAHARU MULAI 2005


KERTAS 2

Markah.
Markah penuh : 60 markah Bahagian A Bahagian B Bahagian C : 10 markah : 30 markah : 20 markah

BAHAGIAN A Mentafsir Bahan Grafik

BAHAGIAN B Karangan 40 minit

BAHAGIAN C Membuat Ulasan

15 minit

20 minit

10 markah Tiada had bilangan patah perkataan Tulis 5 ayat berpandukan grafik Soalan berdasarkan bahan grafik yang diberikan

BAHAGIAN A Mentafsir Bahan Grafik

APA ITU BAHAN GRAFIK ?

Gambar - Tunggal @ Bersiri Carta Graf Jadual Peta Pelan

Contoh : Gambar Tunggal

SOALAN BAHAGIAN A - Cadangan masa menjawab 15 minit

-Wajib dijawab

-Soalan berdasarkan grafik yang diberi


-Mungkin terdiri daripada gambar bersiri atau gambar tunggal. -Ayat yang dibina mestilah berdasarkan apa yang terdapat dalam gambar sahaja.

3. Buat lima ayat sahaja, walaupun terdapat banyak maklumat dalam bahan grafik yang diberi. a. Bina ayat berdasarkan kehendak soalan. i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktivitiaktiviti yang terdapat dalam gambar . - Maknanya calon dikehendaki menulis lima ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata kata kerja sahaja.

ii. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar / situasi di bawah. - Maknanya calon boleh membina apa saja perkara

yang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama ada melibatkan kata kerja atau situasi yang ada dalam bahan grafik yang diberi.

iii. Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.

4. Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibina seimbang. Tiga ayat daripada gambar pertama atau dua ayat daripada gambar pertama.

Dua ayat daripada gambar kedua atau tiga ayat daripada gambar kedua.

BAHAGIAN B KARANGAN

30 markah Tidak kurang 80 patah perkataan Diberikan tiga buah karangan. Pilih dan jawab satu karangan sahaja.

Karangan Berformat

Karangan Tidak Berformat

1. Tuliskan kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum. 2. Kelas kamu akan mengadakan majlis perpisahan sempena guru kelas kamu yang akan akan bertukar sekolah. Selaku wakil kelas, kamu dikehendaki menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu selengkapnya. 3. Kamu telah lewat datang ke sekolah. Ceritakan tindakan yang kamu akan lakukan pada hari tersebut.

BAHAGIAN C
MEMBUAT ULASAN
Cadangan masa menjawab Bahagian C 20 minit

Membuat Ulasan
20

markah Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan. Tidak kurang 50 patah perkataan atau tidak melebihi 50 patah perkataan.

Cara Menjawab Soalan


Baca dan fahami situasi. Gariskan kata kunci dalam soalan. Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks. Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja. Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan.

Contoh Soalan Membuat Ulasan


Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersamasama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.

Senaraikan nilai murni/pengajaran/ amalan baik yang terdapat dalam petikan

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Bangun awal pagi disiplin diri Menolong ibu di dapur Bersarapan bersama kasih sayang Bersalam menghormati orang tua Rajin / tidak suka membuang masa Suka kepada kebersihan

BAHAGIAN C Cara menulis.

Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan Ini, kita mestilah(huraian/contoh). Seterusnya, kita haruslah ..................................(huraian/contoh)... Di samping itu, kita hendaklah...... (huraian/contoh).. Selain itu, kita mestilah . ..(huraian/contoh). Akhirnya, kita wajarlah.(huraian/c ..

2. BACA AYAT/KARANGAN TERSEBUT SEKALI LAGI SAMBIL MENURUNKAN SIMBOL ATAU TANDA TANDA PEMERIKSAAN & MENETAPKAN SKOR BERPANDUKAN KRITERIA PENSKORAN.
ISI ( /\/\/\/\/\/\/ ) KESALAHAN ISI KESALAHAN STRUKTUR AYAT KESALAHAN PENGGUNAAN PERKATAAN KESALAHAN TANDA BACA KESALAHAN EJAAN KESALAHAN EJAAN BERULANG KESALAHAN IMBUHAN

KESALAHAN IMBUHAN BERULANG

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon semasa menjawab soalan peperiksaan
1. 1 Tidak benar-benar memahami kehendak soalan Kurang teliti membaca dan memahami arahan, . - kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan. 2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas. - tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.

3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. - tiada mempunyai perenggan. 4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta struktur ayat yang salah dan kurang sesuai.

5. Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau dialog dalam jawapan.


6. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal menjawab cukup soalan. 7. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang diminta oleh soalan.

8. Ayat yang dibina terlalu ringkas dan mudah. Tidak menarik.

9. Ulasan tidak dibuat dengan ayat yang tersusun kemas. Kurang menggunakan penanda wacana. Penanda wacana yang digunakan tidak sesuai.

SELAMAT BERTEMU LAGI. JUMPA LAGI DI LAIN MASA & KETIKA.

Disampaikan oleh: PUAN ROSLINA OTHMAN


SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG INDAH

SENYUMLAH..SENYUMLAH AHAI.CIK MEK MOLEK SENYUMLAH..SENYUMLAH. AHAI.CIK MEK MOLEK..

You might also like